November 2008

Salam Perjuangan,

Lebih kurang empat bulan lagi genaplah setahun pemerintahan mutlak DAP di Pulau Pinang. Kerajaan PAS di Kedah. Campuran pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor. Di Kelantan pula masuk tahun ke 19 pemerintahan PAS. Serta jangan dilupa penguasaan PR di Lembah Klang.

Ana sebenarnya dikejutkan oleh seorang event manager atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai “penganjur acara” di suatu pagi yang hening baru-baru ini. Beliau bertanya apa bentuk sambutan untuk setahun pemerintahan di salah sebuah negeri berkenaan.

Terus ana cakap, ana tidak tahu. Terus ana beri nombor contact seorang pemimpin di negeri tersebut untuk beliau hubungi.

Ana sebenarnya tersentak sekejap dengan pertanyaan itu. Namun bukan soalan penganjur acara itu yang ana renungkan tetapi yang lebih mengganggu fikiran ana ialah benarkah ada acara sambutan yang hendak dianjurkan?

Orang itu orang meniaga, mencari ruang untuk mengisi keperluan hidup, kehendak dan keinginan. Memang tugasnya untuk mencari business, menyara keluarga dan pekerja.

Cuma sapaan awal pagi itu masih terngiang-ngiang di kepala ana. Perlu ke sambutan diadakan?

Kalau pun dianjurkan dalam bentuk kecil-kecilan, ana perlu bertanya apa yang telah dicapai dalam tempoh setahun? Hebat sangatkah kejayaan yang telah dinikmati?

Pakatan Rakyat pada hakikatnya menghadapi banyak isu yang tidak berjawab, terbiar tertinggal tanpa ada penghujung.

Mari lihat Pulau Pinang sebagai contoh. YAB Lim Guan Eng mengambil alih kuasa Ketua Menteri dengan cukup bergaya serta kontroversi.

Selepas agenda “tidak mahu mengguna pakai DEB” beliau mengheret nama-nama bekas pimpinan ke kancah tuduhan rasuah melibatkan isu tanah. Seorang demi seorang diseret dengan tuduhan melulu dilemparkan.

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Dato’ Seri Abdul Rashid Abdullah, Dato’ Seri Dr Hilmi Yahaya, Dato’ Azhar Ibrahim dan ramai lagi dikaitkan oleh Guan Eng.

Namun, sampai sekarang, setelah hampir setahun memerintah, sudah lah tuduhan main hentam keromo, tak de asas dan tidak berpenghujung, dasar atau langkah memajukan negeri langsung tidak dibentangkan untuk rakyat. Malu ana sebab Guan Eng ni sekutu kita dalam PR.

Apa yang Guan Eng buat hanyalah mengundang perbalahan, kutukan, kritikan, hentaman. Tidak ubah seperti sebuah parti pembangkang.

Mungkin Guan Eng tidak lupa apa yang disebutkan. Beliau terus senyap mengenai isu berkenaan kerana dengar khabarnya menumpukan usaha ke arah pembangunan. Namun, persoalan terus timbul. Slogan “CAT – competency, accountability, tansparency” dilaungkan. Namun sehingga kini nampak amat tidak competent, tidak accountable dan tidak transparent langsung. Lepas itu dia gegarkan pula dengan dasar amal makruf nahi mungkar. Apa yang mungkar, apa yang makruf? Dia ni tahu ke tidak dia cakap apa? Faham ke tidak maksud yang ingin diterapkan oleh Islam?

YAB Lim Guan Eng, perlu ana ingatkan masa tidak menyebelahi anda jika perangai tidak berubah. Jika DAP nak jatuh sebab Guan Eng, ana tidak kisah. Tapi ingat! Jangan seret PAS bersama ke kancah kemusnahan.

Minum segelas kopi ‘O’ dengan seorang rakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di sebuah kedai mamak di Shah Alam cukup membuatkan ana insaf.

Bekas pentadbir tinggi sebuah organisasi kerajaan itu bercerita tentang bagaimana hebatnya Anwar mengepalai gerakan mahasiswa pada tahun 1970an.

“UKM sebelah UM time tu, di Lembah Pantai, kita golongan Islamist berjuang habis-habisan, hubungan luar Pak Sheikh dengan tokoh-tokoh dan ulamak dunia memang tak disangkal.

“Tak tahu lah saya macam mana dia boleh ada hubungan dengan mereka semua tu. Macam senang je keluar masuk ke negara-negara Timur Tengah,” kata bekas pegawai pencen tersebut.

Orang ini menyebut beberapa nama negara yang amat signifikan dan mempunyai pertalian rapat dengan Amerika Syarikat.

Beliau juga menyentuh bagaimana pada satu masa Anwar menaiki pesawat terawal dari Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan kepada tampuk pemerintahan baru sebuah kerajaan selepas ketua negaranya dilantik, hasil kejayaan satu gerakan revolusi.

“Anwar diberi penghormatan, you bayangkan dia hanya berusia 20an masa tu tapi hubungan dia sudah erat terjalin,” katanya.

Tidak ada yang tidak hebat pada kaca mata bekas pegawai tersebut. Semuanya tentang Anwar gah-gah belaka.

Beliau yang turut menganggotai badan-badan NGO bersama Anwar mempertahankan Anwar dan berkata pemimpin pembangkang itu dianiaya kerana musuh-musuhnya tidak mahu menerima gerakan Islam.

Ana memerhati riak wajah orang tersebut dengan teliti. Hujah, nada dan perbincangan tidak banyak berbeza dengan mereka yang satu kapal dengan Anwar.

Semua yang ada dalam fikirannya tertumpu terhadap apa yang kononnya Anwar mahu bawa, tapi tiada penjelasan isi. Apa sebenarnya yang dia bawa? Berkali-kali ana tanya, jawapan beliau amat retorik.

Jika isu penyelewengan dalam kerajaan yang mahu dibanteras, apa halnya dengan kecelaruan kepimpinan di bawah negeri-negeri yang ditunjangi Pakatan Rakyat ketika ini.

Jika betul dia mahu perjuangkan Islam. Mengapa dia tidak menyertai PAS sahaja? Jika tidak pada 1980an pun, selepas dipecat UMNO dia masih boleh kembali ke pangkal jalan.

Ana fikir kita perlu rasional dalam hal ini. Perlu dibuat perbandingan dengan teliti. Memang tidak syak, selaku pejuang PAS, kita taat dengan pendekatan kepimpinan kita.

Bagaimanapun yang ana hairan dan pelik, takkanlah pemimpin kita tidak berbincang mengenai agenda masa depan yang Anwar bawa.

Takkan tak ada orang yang pernah bertanya pada Anwar, apa rasional dasar yang mahu diterap? Pendirian tentang isu kaum, pelajaran. Semuanya dijawab secara berselindung. Agenda Islam tak nampak langsung.

Ana terfikir juga di manakah lagi rakan-rakan yang mengenali Anwar dari zaman mudanya. Di mana mereka sekarang. Mereka ini seolah-olah tidak kelihatan.

Ana insaf, setiap zaman ada pemimpinnya. Setiap kelompok ada terajunya. Jika zaman sudah berlalu, pengikut sudah tidak tahu arah tuju. Apakah masih boleh ini dianggap perjuangan? Masih relevankah Anwar?

Salam Perjuangan,

Sembilan orang termasuk beberapa pimpinan parti PAS ditahan polis dalam kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah, Ampang Ahad malam.

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamarulzaman Mohammad, Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor Mohd Sani Hamzan dan Ketua Unit Amal Wilayah Saifudin Abdullah dan beberapa orang penyokong telah ditahan.

Perhimpunan di dataran itu bermula kira-kira 9 malam dianjurkan oleh Gerakan Mansuh ISA (GMI). Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang katanya nak jadi nakhoda malam tersebut terus tidak nampak  batang hidung.

Sehingga ke saat akhir, para penyokong memantau blog dan apa juga saluran maklumat yang ada untuk mengetahui sama ada Anwar akan hadir atau tidak tapi semuanya hampa. Tak ada langsung maklumat. Rupa-rupanya dia main taktik kotor.

Apa yang sudah jadi dengan Anwar ini? Parti kita PAs pula sudah kembali seperti dahulu. Bergerak sendiri. Berjuang tanpa mengenal penat lelah. Tapi Anwar yang bertenggek di belakang pemimpin utama parti kita sudah mula tikam belakang.

Akhirnya polis menahan pimpinan kita dalam satu perhimpunan aman.

Memang tidak syak, hari ini atau mungkin esok Anwar akan muncul terkontang kanting, ternganga-nganga dengan wajah bengis untuk kononnya membebaskan para pimpinan kita. Dia akan buat kenyataan akhbar mengkritik cara polis bertindak. Mempertikai segala cara dan tindakan.

Taktik lama, cara biasa. Anwar muncul untuk mendapatkan publisiti. Tapi tatkala tengah berjuang, berdemonstrasi untuk mengetengahkan pandangan, tidak pula dia nak campur tangan.

Apa sudah jadi dengan Anwar Ibrahim ini?

Kalau memang tidak mahu hadir pada perhimpunan tersebut, mohon lah maklumkan dalam blog. Suara Keadilan atau SMS. Jangan diperkecilkan kekuatan penyokong.. Hormatilah kami ini sebagai manusia..

Salam Perjuangan,

Bernama pada 20 November 2008 melaporkan:

“Permohonan pihak pendakwaan bagi semakan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengekalkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen akan didengar pada 5 dan 6 Feb tahun depan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam utama yang mewakili Anwar, Sulaiman Abdullah bagi penangguhan kerana beliau perlu mengendalikan kes lain di Mahkamah Tinggi Komersial hari ini…”

Pening lah ana dengan kes Ketua Pembangkang tersohor ini. Tak faham ana dengan musibah yang menimpa beliau.

Bagi mereka yang mungkin lupa, biar ana refresh ingatan semua.. Anwar, 61, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh kini bebas dengan bon peribadi RM20,000.

Ini fakta pertuduhan seperti yang dilapor dalam semua akhbar. Sementara menanti hari perbicaraan pada 2009, kita mahu juga lihat Anwar memberi sedikit tumpuan kepada rakyat.

Jangan biarkan kita di peringkat bawahan ini terus termanggu, menunggu, terpinga-pinga dan melopong tak tentu arah. Politik tetap politik. Ini soal masa depan.

Kes yang dihadapi oleh Anwar adalah kes peribadi. Kes yang didakwa oleh seorang pembantunya. Kita biarkan mahkamah yang menentukan. Perjuangan bukan dilaksanakan oleh seorang manusia bernama Anwar. Ia diterajui oleh kita semua.

Ingat apa agenda kita. Pastikan setiap dari kita faham apa yang kita hasratkan dan tidak perlu tunggu Anwar untuk menunjuk arah. Dalam keadaan ini kita perlu ke hadapan, terus bergerak.

Ana harap, pemimpin peringkat saf bawahan, pertengahan dan atasan berganding bahu merencana masa depan perjuangan. Pelik betul rasanya kalau kita tidak mahu bergerak. Menunggu Anwar mengarahkan kita. Pemimpin apa barang kita ni?

Semua kena ingat, PKR sekarang tengah sibuk dengan pemilihan. Bukan UMNO sahaja. Kita pula di pihak PAS kena fikir arah matlamat, tujuan dan maksud, asas dan perjalanan. Pemimpin kita kena berani bertindak.
Bagi seorang yang berusia 61 tahun, perjalanan Anwar tidaklah terlewat sangat. Jadi biarkan dia mengadapi kes liwat tersebut terlebih dahulu. Biar mahkamah tentukan. Kita percaya pada sistem yang telus dan kredibiliti para Hakim. Jika dia menang kes, dia akan kembali.

Cuma dalam tempoh yang ada, ana ingin rayu pada Anwar, tolonglah tengok janji-janji yang ditaburkan pada kita semua dalam pembangkang. Jika tidak mampu lakukan, baik berterus terang agar kepimpinan dapat diserahkan kepada yang Hak.

Jadi, ayuh, tetapkan matlamat, rancang pergerakan. Perjuangan tidak menunggu kita. Kita yang kena mencorakkan masa depan.

Salam Perjuangan,
Anwar Ibrahim bersama YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Stadium Malawati, Shah Alam mengumumkan khabar gembira kepada para pendidik di Selangor.
Pada pertemuan bertarikh 17 November itu Tan Sri Khalid mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA dari RM 738.30 kepada RM 1000 dan elaun penyelia KAFA, dari RM 1112.00 kepada RM1500.
Seronok bukan main para guru KAFA di Selangor.
Bagaimanapun agenda besar Pakatan Rakyat bukan sekadar di Selangor. Matlamat yang dicanang ialah di seluruh negara.
Kita tidak boleh terpinga-pinga dan tersengih-sengih dengan cerita tambah elaun dua tiga ratus seorang oleh kepimpinan negeri.
Hakikat yang lebih penting ialah mengapa Selangor sebagai sebuah kerajaan peneraju dari aspek kekuatan ekonomi tidak mengadakan synergy – kesepakatan dengan semua blok Pakatan?
Kita sudah menang Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan. Lima negeri campur sebuah Pusat Pemerintahan Kerajaan dan ibu negara Malaysia.
Sokongan diterima kita memang padu.
Cuma yang menjadi kemusykilan ialah mengapa semua pihak termasuk Anwar yang pernah menjadi Menteri Kewangan tidak mengusulkan satu kesepakatan di kalangan negeri-negeri ini untuk merangsang ekonomi?
Mual benarkah Anwar sehingga tidak mahu fikir hal rakyat kebanyakan dan hanya menumpukan soal merampas kuasa Pusat?
Atau Anwar fikir umurnya semakin lanjut, jadi peluang menjadi Perdana Menteri semakin jauh?
Rakyat memerlukan pandu arah, laluan harapan untuk terus berjuang.
Kalau Anwar terus leka dan hanya mampu memberi setakat dua tiga ratus untuk kenyang perut hari ini, pastinya ini bukan Perjuangan asal kita. Yang wajar kita fikirkan ialah masa depan dan cara mencorakkan perjalanan.

Salam Perjuangan

Encik Abdullah bin Ahmad bin Abdullah Fahim atau lebih dikenali dengan nama glamour Abdullah Ahmad Badawi dah buat kenyataan mengenai harga barang.

Abdullah menyentuh kepentingan peranan persatuan-persatuan pengguna dan betapa mereka berupaya untuk menggerakkan satu perubahan demi hak rakyat iaitu untuk menikmati harga barangan yang lebih murah ekoran daripada penurunan harga petrol di pasaran.

Ana sebenarnya menghitung hari sejak daripada kali pertama harga petrol diturunkan baru-baru ini. Ana berharap pemimpin besar Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim dapat membuat sesuatu yang lebih konstruktif. Namun Anwar diam tak terkata.

Anwar boleh dianggap menang hujah dan berjaya dengan ilmu logiknya ketika berdepan dengan Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek dalam debat “Turun Harga Minyak” Agenda Daily sedikit waktu dulu.

Memang Anwar menang, namun bukan menang berisi tapi menang sebab si Shabery bercakap terkeluar skop. Hebat hujah isi Anwar pada hakikatnya tidak membina kerana dia bercakap dari luar lingkaran pemerintah. Dia mengulas dari sudut pandangan ketiga, sama seperti kita, pengkritik politik. Jadi nak cakap apa pun, cakaplah.
Cuma Anwar lebih daripada seorang pengkritik, dia seorang ahli politik yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, jadi sekarang ini bila harga petrol dah turun, dia kena jawab balik. Kena jelaskan pendirian.

Ana hiba kerana Anwar patut lebih mampu mengemukakan sesuatu yang lebih meyakinkan. Tidak cukup hanya dengan memalu gendang dan berkata ia boleh dilaksanakan, kerana bila is sudah terlaksana oleh pemerintah, kita mati hujah.

Sekarang isu itu sudah basi, tidak relevan dan tak mampu mempengaruhi rakyat. Nyata Anwar lebih banyak bercakap, tak fikir apa yang patut sebenarnya dibuat.

Sewajarnya Anwar terlebih dahulu bergabung dengan para NGO pengguna, jangan hanya bersandar kepada NGO hak asasi manusia. Perlunya Anwar memahami kehendak rakyat, jangan hanya tahu memalu gendang. Emosi dipermainkan, masa depan tidak mahu difikirkan.

NGO pengguna yang disebut oleh Abdullah Badawi ini pada hakikatnya rapat benar dengan golongan pemerintah. Nyata golongan ini lebih praktikal dan mampu memahami jiwa dan hasrat rakyat dan keperluan pengguna.

Anwar nampaknya tertinggal gerabak keretapi dengan NGO pengguna. Ana khuatir jika pimpinan utama kita ini makin tampak lemah, kelihatan tidak maju fikiran, untuk apa lagi kita berlindung di bawah terajunya.

Mungkin Anwar sibuk dengan dakwaan kes terbarunya tempoh hari, namun ini tidak patut menjadi alasan. Itu hal peribadi, ini hal rakyat. Jika tidak mampu nak berjuang, lebih baik duduk diam-diam

Laman Berikutnya »