Salam Perjuangan,

Tak sedap sungguh rasa hati kecil sebab banyak orang kata YB Dato’ Husam Musa nak sangat-sangat kita ikut Anwar Ibrahim. Sejak lepas 8 Mac 2008 YB Husam dah round negeri-negeri Pakatan Rakyat. Beliau nampak komited dengan Anwar.. Sampai ke pentas mana pun beliau ada.. atas pentas lagi..!

Dah 6, 7 bulan berlalu. Dalam seminggu dua ni pula, di mana sahaja rumah terbuka aidil fitri yang ana pergi, ana dengar kisah Husam ni tak habis-habis. Ibarat hikayat 1001 malam, cerita tak putus. Dipotong bersambung, dicencang berulang! Susah nak sekat.. Sebab orang dok bercakap..

Saf sahabat pimpinan dari Kelantan ada yang berbisik kepada ana minggu lepas yang dikhabarkan ditunjangi oleh Hj Husam ni adalah tindakan betul dan tepat.

Dia Naib Presiden, orang kanan YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz. Jadi dia tau apa dia buat. Tapi yang menjadi terbuku di hati sekarang ni sebab YAB Tok Guru Abdul Hadi Awang pun terpalit sama sehinggakan ada orang kata ada pihak nak YB Presiden berundur.

Soalan ana, siapa yang jadi pencetus gerakan ini jika benar-benar movement nak menjatuhkan YAB Presiden ni wujud? Husam ke? Atau ada orang lain yang tak nak menampilkan diri? Sampai la ni tak ramai berani nak jawab.. Cuma yang ana pasti, takkan sebab Anwar, kita anak beranak boleh berantakan. Takkan institusi Presiden boleh jadi taruhan?

Yang menjadi penggerak kepada perbincangan semua ni sebab gara-gara pandangan bahawa inilah peluang terbaik kalau nak tubuh kerajaan Pusat. Kalau terlepas susah dah nak datang balik.

Bak ulasan oleh seorang sahabat ana ni:”Kalau Anwar jadi PM, kita ada wakil sebagai TPM. Nik Aziz ke, Haji Hadi ke.. siapa je lah.. PKR tu pulak Anwar, tanpa Anwar, PKR mati. Jadi lepas Anwar, siapa? Kita lah..” Jadi peluang kita nak pimpin negara ni akan lebih cepat. Cuma yang jadi persoalan ana pulak. Siapa yang dah siap berangan nak jadi PM lepas Anwar tu nanti? Husam?

Para sahabat rata-rata sedia maklum tentang matlamat perjuangan, apa sahaja kem, tamrin, semua untuk matlamat kita menerajui perjuangan mainstream. Tapi kalau kita nak tetap nak join Anwar yang tak habis-habis dilanda badai asmara, otak kita boleh berserabut. Haji Husam tentu tau semua ni. Kerja nak tenteramkan saf pimpinan cawangan bukan senang, kecuali, kita ni memang tak ambik tau pasal orang bawah.

Jadi kalau benarlah kita tetap nak ikut Anwar, baik adakan satu program penjelasan kepada akar umbi pimpinan peringkat kawasan. Biar jelas tumpuan dan butir bicara. Tapi institusi yang kita perlu manfaatkan di sini ialah parti. Bukan mana-mana pihak yang nampak macam mencongak untung sendiri.

Advertisements