Ogos 2012


Ana jadi cukup marah bila Rafizi (dalam perasmian NOW), mengatakan bahawa mereka juga akan melakukan siasatan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (termasuk Pas lah tu). Ini semua jalan nak menjahanam sama sendiri. Macamlah kita ni teruk sangat. Kita tahulah, kita tak pakai perkataan cekap, berakauntabiliti, dan transparen. Tapi jangan cuba nak ugut Pas konon nak siasat kita.

Kita dalam Pas faham sangat, ini semua kerja nak menaikkan diri sendiri. Dalam PKR itulah kerjanya. Saling bertikam sama sendiri. Dalam Pas kita kurang sikit budaya tikam menikam ni. Kita lebih sopan.

Ana nak ingatkan Rafizi, jangan nak rosakkan hubungan dengan kawan-kawan kerana nak naikkan diri sendiri. Ana dimaklumkan, antara fail awal yang sampai ke NOW adalah mengenai salahguna kuasa di Kelantan dan Kedah. Kurang ajar lah namanya tu!!!

Ana harap NOW ini tak jadi SENJATA MAKAN TUAN. Khususnya MAKAN PAS. Memang lakhanat la PKR kalau buat perangai macam itu.

Nak salur dana luar kepada NOW – kita persilakan. Jangan lupa kongsi dengan kita. Kita parti miskin.

Despite its PKR-links, the new transparency and anti-corruption watchdog National Oversight and Whistleblowers (NOW) has vowed to investigate all claims of corruption including those involving Pakatan Rakyat. “I will even investigate complaints against Pakatan. But they (the complainant) must have proof.

Ada orang PKR kata, NOW ini tempat Anwar nak ugut mana-mana kerajaan PR supaya tak melawan PKR di masa akan datang.

Semua skandal NOW akan kaji:-

  • Skandal tanah Pulau Pinang;
  • Skandal tanah di Kelantan
  • Skandal Air di Kelantan
  • Skandal Salah Guna Kuasa di Kedah.

Yang tak siasat, skandal Selangor. Mangkuk hayun punya NOW.

Advertisements

Malas ana nak ulas bab abang mat ni. Kejap ke depan. Kejap ke belakang. Kantoi buat statement salah – terus kata wartawan Sin Chew bangang cakap Melayu. Ana rasa, ini bukan jenis pemimpin yang kita nak. Kalau cakap mesti berpendirian. Bukan tarik balik. Bukan salahkan wartawan. Kalau betul wartawan tu salah, Pas SAMAN-lah Sin Chew. Senang cerita. Tapi apa yang ana dengar, memang Mat Sabu cakap macam itu.

Ana pun pelik, sebelum ini – sekitar bulan Mei 2012, Abang Mat ada buat interview dengan Business FM (BFM). Abang Mat tak sentuh Hudud langsung. Siap cakap lagi, Pas lebih utamakan Buku Jingga dan Common Policy. Tapi kenapa sekarang Abang Mat nak konar? Tengok sendiri kat sini – http://youtu.be/CGAYGBoVP6o

Sejak bila pula kita ada Timbalan Presiden kaki kencing? Ini sudah tak betul.

Ana malas nak menulis panjang. Ana siarkan sahajalah dalam Bahasa Inggeris terjemahan yang Mysinchew buat. Pada ana, terang-terang Abang Mat kata nak ubah Perlembagaan. Ana dah seronok. Baru kita boleh cari undi Melayu. Tapi Abang Mat dah konar. Ciss. Dasar pemimpin lidah bercabang.

——————————————————————————–

PAS deputy president Mohamad Sabu said if the Pakatan Rakyat were to win the next general election, PAS would seek to get the Parliament to amend the Constitution to implement the hudud law. He said this was the party’s stand and if DAP, other political parties or non-Muslims disagreed to it, they could voice up in the Parliament.

During an exclusive interview with Sin Chew Daily, Mat Sabu responded to the recent remarks by party president Datuk Seri Hadi Awang on the implementation of hudud law by PAS through democratic proceedings.

However, he said the party had so far not discussed particulars of tabling this motion in the Parliament until after the Pakatan has won the next general election.

Mat Sabu emphasised that the implementation of hudud law required the amendment of the Constitution approved by two thirds of the members of parliament.

“DAP and non-Muslim MPs have the freedom to object to this motion, as Islam by principle does not force non-Muslims to subscribe to its doctrines.

“PAS believes this motion will be supported by most Malaysians, but if majority of MPs do not agree to it, PAS will accept their views and would instead go on with the current Syariah law.

“As for Muslims, I believe we won’t have any problem so long as we practise democracy.”

He went on to say that a welfare government remained the most important agenda and that any legislation had to be done in accordance with democratic proceedings.

On the possibility of PAS’ stand on hudud law being used by the MCA in the coming general election, Mat Sabu said, “It doesn’t matter. Everything has to go back to the democratic proceedings. We cannot force MCA or Karpal Singh (DAP’s president) to agree with us. This is their right. The main thing is no one should belittle other people’s religion.”

He also said he believed the party’s stand on hudud law was bound to bring a lot of pressure on Umno.

Dr Shamsuri Ahmad, political secretary for PAS president Hadi Awang, has said the PAS research centre continues to assess the possible impact of the party’s stand on hudud law on the election outcome, but the results have yet to be released. ————————————————————————————

Kita ni jangan lah main politik pak sanggup. Kejap ke tengah. Kejap ke tepi. Bosan nak berjawab kat bawah ni. Kalau kita yakin menang dan boleh pengaruhi rakan-rakan PR; kita mesti tunjuk keyakinan. Bukan main bagi pendirian dan tarik balik. Tak macho politik macam gini.

Ana terus terang, memang ramai kalangan ahli kita di bawah join Pas sebab Hudud. Undang-undang Islam. Kalau Pas pun main kencing macam ini, siapa nak percaya parti Islam?

p/s: nasib kita ada Timbalan Presiden macam….

Imej

Ana minta maaflah kalau salah translate. Ana minta Ong (anak jiran ana) yang translate. Dia memang rajin bantu ana dapat maklumat akhbar Cina. Kalau ada cerita pasal Pas sahaja dia akan call dan beritahu ana. 

Interview. with Mohd Sabu Pas Deputy President – mukasurat 8.

“Once PAS succeeds in becoming the ruling party, it will implement the Islamic Criminal Law Code…” (tajuk dia)

  • Intro: “PAS Deputy President Mohd Sabu revealed  that “PAS has decided that once it wrests power as the central government, it will seek the Parliament to amend the Federal Constitution to enable it to implement the said Hudud Law. DAP and other political parties as well as non-Muslim MPs, if they don’t agree, they may raise objection in the Parliament.”

(Abang Mat beri JAMINAN bahawa PAS akan bentang pindaan Perlembagaan kalau menang nanti. Kalau tak setuju, kawan-kawan DAP boleh bantah dalam Parlimen. Pada ana memang macho strategi abang mat ni. Tapi kena pastikan kita menang lebih besar daripada DAP lah. Kalau setakat cukup makan. Jawabnya, kita kena mengadap TOKONG GUAN ENG dan KIT SIANG lagi). Singh tak boleh berdiri tu kita biarkan aje lah. Susah nak berkawan. 

Buat apa bentang kalau dah tahu KALAH. Sebab itu hudud mesti jadi agenda Pakatan Rakyat dari awal. Kalau tunggu menang pilihanraya, jawabnya kita mimpi ajelah nak laksana Hudud. Ke parit. 

PAS, he says, also plans to conduct a seminar on Hudud Law in September so that both non-Muslims and Muslims are able to understand the said topic.

(Pas akan anjur seminar Hudud. Elok ni. Ana setuju. Kalau boleh jemput UMNO sekali). 

Mohd Sabu reiterated: “To implement the Hudud Law, Pas needs 2/3 majority support in the Dewan Rakyat (to amend the Federal Constitution). If DAP or other non-Muslim MPs oppose, this is their freedom, because Pas’ principle is that we cannot force non-Muslims to believe in Islam (Islamic teachings). Pas trusts that Malaysian people will support such move. If the majority (of the MPs) disagree to the amendment (of the Fed Constitution), Pas shall accept that majority decision and will continue with the implementation of the Syariah Law.

(Pas perlukan undi 2/3 untuk dapatkan kemenangan di Dewan Rakyat. Pas terbuka kalau MP bukan Islam tidak bersetuju. Sebab itu, ana rasa, kalau nak menang 2/3 kita kawan dengan UMNO. Bukan lawan UMNO macam tak cukup tanah. Soalnya, kenapa yang kita benci sangat pada UMNO? Entah, ana pun susah nak explain).

“For us Muslims, as long as it is democratic, we won’t have any problem. Most important is still the Welfare Islamic State–the legislation of which needs democratic procedures.”

(Negara Kebajikan masih penting kepada Pas. Kita masih mahu Negara kebajikan). 

Pada ana, wawancara dengan Sin Chew ini tak beri Pas markah politik pun. Buat orang Cina takut lagi ada. Abang Mat, bukanlah orang paling layak nak cerita pasal undang-undang hudud ni. Maklumlah, kalau ikut Hudud, abang mat pun dah lama kena lontar dengan batu sampai mati. Maklumlah, ber-affair dengan bini orang. Nasib baik bukan dengan bini ana, kalau bini ana, dah lama abang mat ‘jalan’. 

Dalam bab hudud ini ana minta Pas sediakan orang yang bijak sikit daripada abang mat. Khususnya bila nak bertemu dengan akhbar Cina. Kalau setakat wawancara macam ini, YDP PAS kawasan ana pun boleh bagi jawapan. Bukan tahap Timb Presiden parti. Hancus.

Egyptian political activists rallied in front of a cabinet building in Cairo Wednesday, protesting IMF chief Christine LaGarde’s visit to the country as well a $4.8 billion loan the newly-formed government has requested from the Fund. “We have officially requested a $4.8 billion loan from the IMF and talks are currently going on inside about the request,” spokesman Yasser Ali told Reuters as Lagarde held discussions with President Mohammed Mursi. He said any details would be announced later.

An IMF official also confirmed the request had been made.

Dozens of demonstrators belonging to nationalist, liberal and Marxist movements gathered in downtown Cairo denouncing the IMF, which they dubbed “the main culprit in the impoverishment of peoples.”

Activists demanded “real development” from their post-revolutionary government.

During 18 months of political turmoil since the overthrow of autocratic leader Hosni Mubarak, successive Egyptian governments negotiated with the IMF to secure emergency funding.

The Muslim Brotherhood, from which the current president hails, was originally skeptical of the IMF loan, which it feared would undermine Egypt’s sovereignty by keeping it indebted to the IMF. Sembang bab reformasi, perubahan, tahrir, kebebasan dan sebagainya – akhirnya, sebuah kerajaan yang membawa cita Islam terpaksa melutut kepada IMF dan meminta pinjaman. Kita semua tahu dan kenal dengan IMF. Kalau beri bukan kosong. Kalau dah pinjam bukannya bebas dan boleh buat keputusan sendiri. Banyaklah syarat dan benda yang dituntut oleh IMF nanti ni. Jangan haraplah kononnya Mesir akan bebas daripada cengkaman kuasa besar.

Pada ana, inilah permulaan kepada kerosakan sebuah kerajaan Islam di Mesir. Inilah mulanya. Kalau dah pinjam dengan IMF – jawabnya, lidah akan jadi kelu dan tak mampu kata apa-apa kepada kerajaan Barat.

Sebab itu, apa pun orang kata, Mahazalim, Mahafiraun, – Mahathir tak jual bangsa pada orang lain. IMF dia tolak mentah-mentah. Inilah sebabnya.

Sebab itu, Mahathir boleh dengan selambanya kata kepada Israel – bahawa mereka mengawal dunia melalui proksi. Hebat Mahathir ni. Ana setakat ni, menganggap Mahathir ini sebagai pemimpin baik. Sebab itu, pada zaman pemimpin macam Mat Sabu, Husam, Mahfuz gegak gempita menggelar Mahathir sebagai firaun – ana tak setuju. Tak pernah ana guna ayat macam itu.

Manakan tidak, seorang anak ana keluar Negara sebab adanya biasiswa Petronas. Ana segan nak kutuk Mahathir. Sebab ana rasa, ana terhutang budi  dengan pemimpin seperti ini. Kalau Mahathir terima IMF dulu – entah- entah, sekarang ini Petronas pun milik orang putih. Lakhanat.

Setakat USD4 bilion – kalangan Negara Islam tak boleh kumpul ke?

Pada ana, politik Nasharuddin ni politik budak nakal. Ada peluang nak balun parti. Ada peluang nak balun kita. Ada peluang nak kritik kita. Dia akan buat. Peduli apa dia samada parti akan baik atau teruk. Yang penting, pandangan dia dapat sampaikan. 

Bayangkan, pada ketika kita teruk berdepan menjawab isu DAP – Kafir Harbi, dia boleh relaks ajer naik kapal terbang jadi translator. Hampeh. Tak sayang parti langsung. Pada ana, ahli politik macam ini memang layak kena pecat sahaja. 

Nasha ni bukan ahli politik yang baik pun. Hancur. Tak pandai beri khidmat. Kita beri dia 3 peluang bertanding. 1999 bertanding di Yan, Kedah. Menang besar. Almaklum lawan dengan kuda tua UMNO yang tak ada kaki. Hancurlah mamat tu. Setakat buat lawak mamat tu pandailah. Steady kemenangan Nasha. 

Lepas Yan, penduduk dan pengundi protes, dia tak jaga masyarakat. Undi jadi turun. Kita pindahkan bertanding di Besut. Lawan Abdullah Mat Zain. Bungkus Nasha. Bungkus teruk. Dekat 10 ribu undi kalah. Kena. 

Kali ketiga, 2008, kita pindah dia ke Bachok, Kelantan. Menang elok. Kalahkan menteri UMNO. Steady. Tapi ini semua berlaku sebab sokongan Tok Guru yang total. Itu pun dia tak tahu nak berterima kasih. Apa punya #####?

Biarlah dia nak berkawan dengan UMNO pun. Kita patut pecat sahaja dia. Biar tertonggeng. Jangan bagi peluang. 

Pas kena jaga disiplin parti. Kena jaga sungguh-sungguh. Pemimpin yang macam ini tak ada ruang dalam Pas. Dalam PKR pun tak ada. Dalam DAP pun tak ada. Ingat tu!

Imej

Ahli-ahli DAP merupakan rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai agama Persekutuan.

DAP juga tidak menentang Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi Malaysia dengan memberontak secara bersenjata.

Oleh itu, DAP merupakan  warga negara Malaysia yang taat.

Melabelkan DAP sebagai kafir harbi, iaitu istilah bagi bukan Islam di luar negara umat Islam, yang menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam, adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.

Dalam konteks hubungan antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang menetapkan dasarnya al-Quran dan Sunnah dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan Rakyat, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu’ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.

Malah ikatan janji antara PAS dan DAP ialah untuk menentang sebarang bentuk penyelewengan pengurusan negara, menentang kezaliman polisi-polisi pemerintahan negara, mempertahankan perlembagaan Malaysia yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Oleh itu, menyokong calon-calon pilihan raya DAP di kalangan bukan Islam yang bersepakat mengikat janji dengan Parti Islam Se-Malaysia dalam PRU13 nanti adalah tidak haram, malah ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar’iyyah yang bermatlamat menolak dan menentang sebarang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dan menegakkan kebenaran.

Kita perlu pertahankan DAP dengan apa juga cara. Ingat tu. Kalau kita sudah mengikat janji, mesti setia dan ke akhirnya. Jangan jadi macam Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang konar dan mula mengikut jalan lain kerana faktor kewangan. Agaknyalah.

Dalam konteks DAP, kita kena akur bahawa kita berkawan dalam suasana politik yang ada. Kita kawan. Kita mesti setia. Kita mesti bantu membantu. Kalau DAP perlu undi orang Melayu kepada parti itu, kita kena bantu walau dalam apa keadaan sekalipun. Takkan kita nak tinggal Kit Siang macam itu sahaja. Mana boleh. Karpal Singh – takkan kita nak buang macam itu sahaja? 

PAS memang selamanya rakan setia. Kita akan bersama. Sampai ke akhirnya. 

Hahahaa….hahahahaha….gelak satu surau lepas tarawikh semalam apabila ada rakan yang memperkenalkan penterjemah rasmi PM yang baru. Hahahaaha..sampai Pak Imam pun pakat gelak. Itulah kuatnya magnet duit dan kuasa. Kalau dahulu, orang sama cakap pasal perjuangan, pasal Islam, pasal istiqamah, pasal menentang kezaliman, pasal mewujudkan keadilan – hari ini, kerana DUIT, sanggup jadi pak turut.

Jenis politik tak ada maruah beginilah. Asal sempat, rembat. Ada peluang, timba. Kita boleh agak betapa kaya rayanya mantan Timbalan Presiden kita selepas ini. Mabuk duit dibuatnya. Sanggup jadi macai. Perjuangan apa namanya ni.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

“Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu,” kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin  yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

“DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

Pada ana. JANGAN PECAT. Biar dia buat perangai macam tu. Kalau anak bini dia tak tahu malu. Dia boleh datang majlis kita.

Kita raikan dia dengan terbuka. Tengok samada jiwa Islam dia masih kuat.

Tapi, di sebalik semua ini, kita kena fikir – mereka dapat bekas TIMBALAN PRESIDEN kita….kita dapat TAMRIN GHAFAR. Aduhai…tak sesuai langsung. Sebab itu ana dah cakap awal, Tamrin ini pada ana SAMPAH MASYARAKAT sahaja. Tak perlu kita julang-julang. Betullah dia anak Tun Ghafar. Tapi apa pengaruh dia pada UMNO. Tak ada. Zero. Dia masuk PAS seorang dia sahaja. Ada 100 orang lain yang ikut dia? Ada?

Tamrin ini pada ana, tidak membantu kita pun. Sudahlah jiwa Islam dia kita ragui. Bini dia pun tak pakai tudung. Selambak aje rambut. Tapi kita julang dia macam wira yang masuk PAS.

Kita perlu letak standard sikit lah. Kalau Muhyiddin masuk PAS – baru lah kita julang. Ini Tamrin. Rasa nak muntah.

Laman Berikutnya »