Julai 2013


Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan ajaran Syiah, ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Oleh itu, tegasnya PAS mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya.
“Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata-mata,” ujarnya dalam satu  kenyataan sebagaimana di bawah.
Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, PAS mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya. Tindakan tersebut  lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh  hanya bersandar kepada andaian semata-mata. Tindakan beberapa  orang pimpinan parti yang mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan  Iran atau gerakan Islam Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna  mereka pengikut Syiah.
Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi?

Pada ana, elok juga kenyataan begini diberikan pemimpin kita. Bagi jelas bahawa tak ramai pemimpin kita yang ada aliran syiah. Nak kata tak dak langsung, nampak macam menipu lah pulak.

Pada ana, kita jangan menipu. Kena akui, kita pun giat nak selesai isu syiah ini. Macam-macam perangai. Bukan boleh selesai dalam masa sehari. Kena makan masa.

Syiah ini soal dalaman. Soal iktikad.Soal kepercayaan. Bukan boleh buat main. Pada ana, elok KDN nak buat tindakan tegas. Kita pun tak mampu nak selesai isu ini secara dalaman. Kena minta tolong Polis juga.

Sebagai orang bawah, ana terpaksa mengakui, memang ada. Jumlah ana tak berani nak cakap. Ramai mana. Kebanyakannya dari Kedah dan Kelantan. Negeri lain tak ramai.

Sebab itu pada ana, pemimpin kita di atas pun, patut cakap, alu-alukan tindakan PDRM untuk banteras Syiah di dalam Pas (sekiranya ada). Puak-puak syiah dalam Pas ni pun jenis garang. Tak mahu mengalah. Cakap ikut dan. Mana tahu, kalau PDRM ambil tindakan, mereka takut sikit.

Lagipun, istilah “UTAMA” itu besar maknanya. Kalau tiada pemimpin UTAMA, ana setuju. Tapi pemimpin perasan UTAMA yang jaga Syiah, ramai.

*** ana sendiri boleh namakan. tapi takut jadi fitnah plak.

Advertisements

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/21009-pkr-nasihat-shamsul-batal-hasrat-saman

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menasihatkan bekas calon PKR di Dun Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin agar membatalkan hasrat menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas tuduhan memfitnah.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah dan sewajarnya diselesaikan dengan cara lain yang lebih harmoni.

Sambil menjelaskan tindakan itu merupakan keputusan peribadi Shamsul, Tian  juga berkata PKR berpandangan tidak bersetuju dengan tindakan itu.

“Masih banyak cara lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah itu dan kami harap ia membatalkan hasratnya dan tidak perlu membawanya ke mahkamah,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Batu itu, sudah terdapat beberapa pimpinan PKR yang menasihati Shamsul secara tidak langsung untuk tidak meneruskan hasratnya itu, namun masih belum pasti perkembangan mengenainya kerana Shamsul dikatakan masih beremosi.

  • Terima Kasih kepada Tian Chua sebab ambil pendirian yang sangat bagus dan wajar. Nak selamatkan politik kita, tak perlu saman-menyaman ni. Watlek Watpis kata budak-budak sekarang.
  • Shamsul pun, tak payah la cakap pasal imej, nama baik keluarga dan sebagainya. Orang tahu, nama awok tak sebaik mana pun boh. Tak perlu nak cengeng sangat dalam politik.
  • TG Haji Hadi ulama’ besar, apa yang dicakap adalah berdasarkan hujah dan nas. Bukan main sedap mulut. Kena ingat tu.
  • Kalau agak nak kami bantu lagi, tak payah saman.
  • PKR patut hantar budak pil kuda itu belajar sikit. Masuk lah kolej mana-mana pun. Tengok muka pun tahu, idok berapa cerodik kata orang Perak.
  • Ini isu biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit punya isu. Boleh settle. Hanya budak tak matang dan di bawah pengaruh pil kuda sahaja yang boleh keluar air mata buaya bila jumpa media.

Akhir kalam, udah-udahlah tu. Tutup buku. Bawak berehat.

Lain kali, nak jadi YB, ukur baju badan sendiri. Kalau banyak pekung atas badan, tak payah.

images“Selaku calon PAS dan bendahari PAS saya hendak tengok projek mega ini  dilaksanakan sebagaimana dijanjikan.oleh BN,” katanya dalam sidang media lewat malam tadi di Markaz Besar PRK Kuala Besut di Kampung Baharu.

Ketika ditanya aoa perancangannya selepas ini, Che Long memberitahu beliau  akan terus bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan menggunakan  pengalaman ini sebaik mungkin bersama-sama parti dan rakyat.

Menjawab pertanyaan wartawan tentang faktor kekalahannya, Che Long dengan pantas menjawab “Che Long lawan kerajaan Malaysia”.

Bagi Che Long tugas di dalam parti adalah amanah yang perlu dilaksanakan bukanlah untuk menjadi calon semata-mata.

“Tugas kita kerana Islam, tidak berebut untuk menjadi calon. Mungkin empat  tahun lagi ada calon yang lebih baik dari.Che Long,” katanya menjawab  sama ada beliau akan dipilih menjadi calon untuk pilihan raya umum ke-14 nanti.

Che Long turut mengucapkan jutaan terima kasih buat  petugas-petugas PAS dan jentera parti dari luar dan dalam yang turun  berkempen dalam PRK semalam.

Ana pun nak ucap terima kasih di atas segala bantuan pegawai-pegawai Che Long yang membantu ana sepanjang PRK. Ana minta maaf, tak banyak yang ana boleh bantu. Kami dinasihatkan supaya hanya menurut titah Pengarah PRK, Jeneral Husam Musa.

Che Long tak perlu risau dengan insiden Jeneral Husam tengking ana depan orang. Pada ana, benda biasa. Kita bukan baru bergaul dengan Jeneral Husam. Sudah biasa kena tengking. Ana ok sahaja.

Ana nak ucap terima kasih kepada ahli Pas di Besut, Abang Md Tahir, Haji Osman, Kak Hajah Leha, di atas bantuan yang diberikan kepada ana dan sahabat-sahabat lain. Dalam perjuangan, kalah menang  benda biasa. Ukhuwwah itulah yang lebih penting.

Kita jumpa lain PRK. Tunggu sahajalah lagi mana YB pulak yang akan tumbang dan gugur. Ada lagi tu. Ana percaya.

Duit yang Che Long beri, ana belum bagi-bagi dengan rakan lain. Hari ini baru nak bank in. Minta halal dunia akhirat.

Seorang teman di Indonesia menghantar email dengan kandungan berikut:-

Seperti yang telah banyak diketahui, Bukit Uhud menjadi saksi  kekalahan kekalahan barisan kaum muslimin dari pasukan musyrikin Makkah  di bawah komando Khalid bin Walid. Para mujahidin pun kocar-kacir dan  berhimpun kembali di perbatasan Madinah dengan kekuatan seadanya.  Sementara, kaum musyrik Makkah berpesta pora merayakan kemenangannya di  kamp Uhud.

 

Rasulullah SAW dengan kapasitas kepemimpinannya tidak membiarkan  kekuatan mujahidin tenggelam dalam duka dan isu-isu yang terus menggulir dan membesar tentang kekalahan kaum muslimin. Menjelang subuh,  Rasulullah SAW menghimpun para sahabat yang sebelumnya menghadiri  kekalahan di Uhud.

 

Dengan membawa obor-obor besar, para mujahidin kembali menuju medan  Uhud di sepertiga malam tersebut. Dari kejauhan di bukit Uhud, pasukan  musyrikin Makkah melihat seakan ada serombongan pasukan besar dari arah  Madinah menuju Uhud. Dalam kondisi yang lelah setelah perang dan lengah  setelah pesta kemenangan, tanpa komando, pasukan musyrikin lari tunggang langgang meninggalkan Uhud untuk menyelamatkan diri dan rampasan perang kembali menuju Makkah.

 

Dari kisah tersebut, Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita semua  bagaimana memutarbalikkan krisis menjadi sebuah supremasi. Rasulullah  menyadari betul, bahwa setelah kekalahan di Uhud, seluruh mental juang  para sahabat mengalami krisis yang luar biasa, belum lagi hembusan  fitnah yang melumpuhkan semangat dan nalar para mujahidin, serta  kerugian fisik, luka-luka, serta kematian para sahabat yang tidak  sedikit.

Teruskan perjuangan wahai Saudara seagama. Kelompok agamawan di Indonesia juga biasa kalah. Namun perjuangan mesti diteruskan.

Salam kasih persaudaraan rentas Selat Melaka,

Buntarno Al-Jawi

Ana kenal dengan Buntarno ini sudah lama. Sejak dia hadir ke Melewar 8 tahun yang lalu sebagai pemerhati dari universitas Indonesia. Kemudian beliau ke Makkah selama 3 tahun. Sebelum menjadi pengajar di IAIN.

Dengan apa yang sedang berlaku di Kuala Besut, ana setuju dengan pandangannya. Tidak perlu banyak bersedih. Walau ditinggal sahabat politik yang lain. Menangis air mata darah sekalipun, tidak bisa mengembalikan semangat.

Ana akan habiskan hari ini. Untuk menyaksikan sendiri bahawa tahaluf siyasi kian mati.

 

Sajak ringkas ana:-

 

Kuala Besut jadi saksi…

Tahaluf siyasi kian mati…

Kerana penting diri…ego peribadi…

Kami ditinggal…sendiri dan sepi

 

Tiada Khalid al-Walid dalam perjuangan ini

Tiada Talhah, Tiada Anas, Tiada Umar,

Yang ada…hanyalah juang dompet dan tekak,

Buncit perutmu membengkak,

Derma rakyat dijadikan tuak.

 

Salam Ikhlas,

Kuala Besut – 24 Julai 2013

sara amelia bernardhttp://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20940-wanita-islam-haram-sertai-ratu-cantik

Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas bagi memastikan Pertandingan  Ratu Cantik [Miss Malaysia World 2013] yang akan berlangsung di sebuah  hotel di ibu negara pada 2 Ogos akan datang dibatalkan bagi menghormati  bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin  Hassan berkata, sementelah 4 orang dari 20 orang finalis pertandingan  ratu cantik itu adalah terdiri dari wanita Islam.

“Islam sangat menegah perbuatan yang tidak bermoral ini,” tulis beliau di dalam facebooknya.

Beliau menambah, selain ianya bertentangan dan fatwa yang telah digazet  [Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah  Persekutuan], ianya juga jelas dicela oleh syarak dan bertentangan  dengan akhlak Islamiyyah.

“Kerajaan mesti mengemukakan  undang-undang khusus untuk menyekat gejala tidak bermoral ini dari terus menjadi aktiviti yang mendapat sambutan dalam negara kita,” ujarnya  yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Beliau menegaskan, sebelum parah dan membarah, tindakan tegas dan berkesan mesti diambil.

PAS for All?

Pada ana, kita kena kembali kepada asas polisi dan dasar perjuangan baru kita. Dulu kita yang bersungguh kata, Pas mesti ditampilkan sebagai sebuah parti yang mesra semua pihak. Mesra non-Muslim. Mesra Cina. Mesra India. Mesra Iban. Mesra Kadazan.

Pada ana, keputusan ini agak ke belakang.

Pas, kalau kita nak menang lebih baik dalam PRU14, mesti juga menerima aliran fahaman liberal di dalam masyarakat Melayu. Melayu yang tak malu tunggang arak. Melayu yang tak malu peluk cium walau bukan muhrim. Melayu yang memang tidak ada nur untuk pakai tutup aurat.

Mereka ini pun pengundi. Bukannya anak Malaysia yang tak ada undi. Ada undi tu. Ramai pengikut pulak tu.

Ana rasa, zaman kita nak bantah ratu cantik, konsert, persembahan ini dah lapuk lah. Kita kena advanced. Tengok PKR, mereka steady kerana dapat dokongan Muslim liberal. Izzah kuat di Lembah Pantai, sebab puak Muslim liberal dapat menerima Izzah. Dia bertudung, tapi faham agama dia matang. Tak macam kita.

Dakwah bukan main halang-halang kesukaan orang Sheikh. Kena ada uslub yang betul. Kena ada kaedah. Bukan main balun sajer.

Pada ana, kalau begini pemikiran Ketua Pemuda, makin rosaklah undi kita. Ikhlas ana cakap. Kerana Allah. Kerana parti. Ana berani cakap begitu.

YB Ketua Pemuda, kena tengok matlamat politik lebih besar. Sebab itu, jangan nak mengamuk bila Ketua AMK kata kita bongok. Ada ketikanya…betul juga.

p/s: kesian budak PKR yang jual pil kuda. menangis dia. tertekan. stress. buatnya dia terjun tiruk macam Teoh Beng Hock, tak ke naya kita.

keluargakuAyah calon BN, Ku Abdul Rahman Ku Abdullah mungkin menyembunyikan  sesuatu apabila mendakwa kira-kira 3,000 keluarganya merupakan penyokong kuat Umno sejak dahulu lagi.

Sedangkan menurut warga emas di Kuala Besut, Ku Abdullah merupakan antara pengasas PAS.

Omar Sulong, 80 dari Gertak Seratus turut memberitahu seorang sepupu Tengku Zaihan  pernah bertanding atas tiket  PAS pada pilihan raya sebelum ini, namun  kalah.

“Memang Ku Dollah kuat PAS. Pada musim pilihan raya dia  akan membuka pos PAS di hadapan rumahnya. Dia orang kuat PAS sehingga  akhir hayatnya,” katanya ketika ditemui di sini.

Malah menurutnya adik beradik Ku Dollah juga merupakan pendokong kuat PAS di Kuala Besut sehingga awal 1990-an.

Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Pakcik Omar berkata, situasi  bertukar selepas Ku Dollah meninggal dunia dan Ku Abdul Rahman pula  mulai berjinak dengan Umno.

“Pakcik memang kenal rapat dengan  keluarga calon BN. Ku Abdul Rahman pernah memberitahu belajar seketika  di Pondok Bunut Payong dan sekolah agama di Kuala Besut.

“Dan  selepas tamat belajar dia  mengajar di sekolah agama rakyat di Kuala  Besut. Selepas beberapa tahun mengajar di situ tiba-tiba berpindah ke  Kemaman kerana khabarnya ada masalah tertentu.

Nampak sangat, BN berada dalam keadaan gelabah. Keluarga calon mereka pun dah mula gostan dan sokong kita.

Ana nak gelak pun ada, sebab ayah calon baru-baru begitu kondifen bahwa keluarganya akan menyokong BN sepenuhnya. Nampaknya hari ini sudah terbalik.

Ramai juga kalangan veteran di Kuala Besut yang cabut sticker pengundi BN yang diletakkan di rumah mereka. Kelakar. Baru letak. 5 minit lepas tu kena cabut balik. Konon nak bodek TPM/Pemimpin, sudahnya malu sendiri.

Memang sebelum ini ana buat posting kita kalah banyak. Ana tulis berdasarkan laporan dari bawah. Tapi kalau betul-betul, apa yang berlaku di Kuala Besut sekarang ini, ada harapan. Harapan masih tipis.

ICON-Green-World-320x200Gabungan NGO Pengerang berjaya menyerahkan surat rayuan kepada Pejabat  ROC, Taiwan hari ini agar membatalkan projek pembinaan kilang petrokimia oleh Syarikat Kuokuang di Pengerang.
Rombongan disertai  pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli, bendahari Chua  Peng Siang dan setiausa Seng Siew Ping selain empat pemerhati iaitu Adun Mengkibol Tan Hong Pin, Adun Tangkak Ee Chin Li dan Adun Bentayan, Chua Wee Bang serta wakil PAS Johor, Mazlan Aliman.
Mereka turut  mengadakan lawatan di Daerah Yunlin, Taiwan untuk memahami isu-isu dan  masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk tempatan selepas Kilang  Perengkahan Nafta (Naphtha Cracking Plant) dibina di tempat tersebut  pada tengah 1990-an.
Demikian dimaklumkan Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata, pihak pelabur seharusnya menjelaskan mengapa projek ini dibatalkan di Taiwan dan dipindahkan ke Malaysia.
Pihak kerajaan juga tegasnya, perlu menjelaskan mengapa satu projek yang akan menyebabkan seluruh populasi Taiwan hilang nyawa sebanyak 23 hari boleh diuruskan di Malaysia.
“Adalah difahami projek Kuokuang yang  akan dibangunkan di Pengerang adalah 1.5 ganda skalanya di Taiwan.  Adalah kerajaan ingin mengorbankan nyawa rakyat selama 34.5 hari untuk  pembangunan ini?” katanya.

Pada ana, ini adalah protes yang sangat bagus. Gila, buat projek sampai rakyat pendek umur. Ini tidak adil. Zolim.
Bila projek sudah jadi macam Malaikat Maut, memang kita kena protes. Ana terima kasih kepada Ahli Parlimen Bakri, yang mendedahkan perkara ini. 34.5 hari lama tu woi! Boleh sempat pergi haji.
Pada ana, kerjasama kita dengan cina yang pandai macam Ahli Parlimen Bakri ini akan memberikan kita banyak kelebihan.
Kita kena terus berkawan dan lawan. Sampai rakyat selamat. Sampai Ahli Parlimen Bakri boleh masuk syurga sebab berkawan dengan kita. Barulah ada semangat Ramadhan.

Laman Berikutnya »