November 2009


Dalam keadaan perang, kita dibenarkan melakukan apa sahaja dalam memastikan kemenangan menjadi milik kita. Kalau perlu kita bermuslihat, kita bermuslihat. Kalau perlu kita menghadirkan seorang dua pengintip, kita buat. Kalau perlu kita berada di dalam kem musuh, kita kena lakukan. Ini adalah adat dan taktik peperangan. Dalam perang, apalah salahnya kita mendoakan MUSUH kita ditimpa bala bencana. Yang puak UMNO ini nak katakan, kalau kita doakan bala kepada orang – ini adalah tidak Islamik sifatnya. Kalau dalam perang, apakah kita tidak boleh mendoakan kesusahan kepada musuh?
TG Nik Aziz sekadar menyatakan doa yang wajar dan tepat bagi menggambarkan bahawa puak UMNO ini sudah melampaui batas. Kali ini, habis semua cerita dalam kain TG dibenarkan untuk diceritakan. Sorang dua yang kecewa kerana dipecat, jadi seorang yang gila memfitnah dan membiarkan TG berada di dalam keadaan yang tidak karuan. Ini semua tidak wajar dan menyebabkan TG berasa dirinya benar-benar dihina.
Orang PAS sendiri mestilah kuat bersetia dengan perjuangan. Jangan kerana kita dikhabarkan bahawa TG kaya raya, pergi haji dengan pakej mahal – kita pula yang turut menjaja cerita di masjid-masjid dan surau-surau. Kita pula yang jadi tukang tambah. Kita pula yang jadi penyedap cerita. Kita yang pula mengangguk dan mengiyakan perbuatan mereka. Ini sudah tidak betul dan tepat. Dalam keadaan apa sekalipun, kita bersetia dengan pimpinan PAS.
TG Nik Aziz mesti dipertahankan dengan bersungguh dan sepenuh hati. Jangan kita jadi di kalangan orang PAS sendiri yang dah mula menggerakkan usaha untuk memastikan TG Nik Aziz jatuh tersungkur dan tersembam bumi. Masya’Allah. Mereka ini bukanlah kalangan yang benar-benar menyayangi dan mengasihi pejuang Islam seperti TG. Dalam kes doa menurunkan bala kepada Najib ini adalah perkara yang tidak wajar sesama kita jadikan isu. Anggap Najib itu musuh – dan mendoakan musuh kita ditimpa kecelakaan adalah satu muslihat yang dibolehkan. Kita nak menang. Kita nak tegakkan Islam. Kalau ada halangan yang terlalu teruk – kepada Allah SWT jua kita panjatkan doa. Apa masalahnya?
Dalam Perang Khandaq misalnya, ada ayat doa yang secara khusus membayangkan bagaimana tentera Islam berdoa untuk kegoncangan pihak musuh. Tidak ada pun yang dikatakan salah dalam hal dan perkara ini. Selain beriktiyar secara militari, ada kekuatan lain yang wajar kita pohonkan. Ada lagi satu hal yang tidak dilupakan Rasulullah dan para shahabatnya. Doa. Ya, doa! Mereka menyadari sepenuhnya bahwa khandaq dan ikhtiar lain merupakan wasilah semata, sementara kemenangan ditentukan oleh Allah SWT. Maka sebagaimana di perang Badar Rasulullah berdoa, pada perang Khandaq ini pun Rasulullah berdoa. Doa Rasulullah SAW itu adalah:
Allaahumma munzila al-kitaab, sarii’a (selanjutnya…)
Advertisements
Salam Iduladha buat semua pengunjung yang dirahmati Allah SWT. Moga id ini akan menjanjikan kebahagian kepada Sdr/Sdri. Teruskan pengorbanan buat parti tercinta. Jangan sampai kita jadi korban politik – sudahlah.
Islam mesti dipertahankan dalam apa jua keadaan.
Ikhlas,
Sidang Penyumbang Blog

Pertamanya, kita berterima kasih banyak dengan soalan YB Yusmadi Yusoff (PKR – Balik Pulau) yang dengan lantang mengemukakan soalan mengenai status dan kedudukan Malaysia sebagai Negara yang membenarkan perjudian di dalam masyarakat. Yang menjadi kemusykilan kita, isu ini sepatutnya diusahakan oleh Ahli Parlimen PAS. Sebab kita parti Islam. Parti yang menegakkan persoalan halal haram. Parti yang menegakkan perjuangan menegakkan daulah islamiyyah. Sayangnya, Ahli Parlimen PKR juga yang menyuarakan pandangan. Mana pergi suara-suara hebat PAS di dalam Parlimen? Sibuk dengan perjuangan sendiri?

Kita nak ingatkan Ahli Parlimen PAS, rakyat, terutamanya orang muda di luar sana semakin bijak dalam memerhatikan tindak tanduk kita. Kalau kita sendiri tidak bersungguh memperjuangkan mengenai Islam; apa dan di mana dalilnya yang mengatakan kita ini parti Islam? Takkanlah soal judi, arak pun kita nak biarkan orang lain bersuara. Habis, YB kita nak suarakan pasal apa? Pasal politik dan ekonomi sahaja? Pasal Anwar sahaja? Inilah bentuk soalan yang kita harapkan KELUAR daripada mulut YB PAS. Tapi, sayangnya, ianya tidak dilakukan.

YB Yusmadi tidak pada asasnya mempunyai ‘kekuatan’ untuk bertanyakan mengenai Malaysia dan amalan Judi. YB Yusmadi bangkitkan bagaimana Najib sudah menjadi seorang PM yang gilakan ‘special draw’. Selalu nak buat special draw sebagai kaedah untuk mendapatkan wang mudah. Yusmadi lupa agaknya, Malaysia ini sudah menjadi Darul Maisir semenjak daripada Ketua Umum PKR sendiri berada di MOF. Yang selalu amalkan special draw ini adalah Anwar Ibrahim. Yusmadi jangan nak galak sangat hentam kerajaan yang ada, takut-takut mereka buka balik fail lama – terkeluarlah fakta Menteri Kewangan yang paling hebat melakukan Special Draw adalah Anwar sendiri!

Ini yang ana katakan, kita nak bersuara mestilah berasaskan ‘amalan’ kita. Jangan sedap mulut nak kritik itu dan ini – sedang pemimpin kita sendiri sewaktu memimpin menjadi ‘tahi maisir’ yang terkenal. Nalla menjadi rakan karib yang membantu – untuk menghantar wang Magnum kepada Pejabat Menteri Kewangan ketika itu. Ana tahu juga, sebab ana dahulu kakitangan MOF. Wajah Nalla ini memang ana biasa nampak di dalam lif. Ana tak faham kenapa Menteri Kewangan pada ketika itu rapat dengan India yang hodoh dan tidak nampak cerdik ini. Tapi, itulah hakikatnya.

Ana berasa kesal, kerana soalan dan ketidakpuasan hati ini sewajarnya datang daripada orang kita. Orang PAS. Wakil rakyat PAS. Kelantan boleh bangga kerana negeri kita tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ‘al maisir’ dan perjudian. Ya, betul, ada juga karaoke disini sana – yang kononnya melambangkan kita tidak Islamik; tetapi pengunjungnya siapa? Pengunjungnya adalah kontraktor UMNO yang bernafsu kuda. Bukan orang PAS.

Kalau Mujahid Yusof Rawa, Mahfuz, Nasharuddin atau Lo’ Lo’ yang menyuarakan soalan mengenai Maisir adalah lebih molek lagi. Ana juga nak mencadangkan agar YB PAS di Wilayah Persekutuan desak tindakan diambil kepada disko-disko dan kelab malam di Jalan P Ramlee. Ana tengok dah macam Siam pun ada. Tidak ada nilai agama langsung. Mana pergi JAWI? Mana pergi YADIM? Mana pergi JAKIM? Mana pergi agensi Islam yang lain. Takkan setakat lalu sahaja.

Rasanya kalau pergi malam bila-bila, nak dapat 100 orang Islam yang meneguk arak adalah perkara yang mudah. Terlalu mudah. Sayangnya tidak ada tindakan langsung. JAWI macam belum masuk Jawi. tidak ada kuasa. Macam budak belum bersunat – tapi pasang niat nak kahwin. Tak ada gigi. Pemimpin JAWI makan gaji buta. Sara anak bini dengan gaji buta kan suatu dosa. Apa bentuk tindakan yang JAWI ambil? Duduk diam sahaja?

Nyatanya, Malaysia ini sudah jadi Darul Maisir, Darul Zina, Darul Rasuah, Darul Rogol, Darul Bunuh Orang – buat sekian lama. Bila nak berhenti, Wallahu’Alam. Kalau YB PAS masih sibuk bercakaran sama sendiri dan kurang bercakap pasal ‘Islam’, kita akan jadi lebih payah dan susah. Perubahan mesti dilakukan sekarang

Khabarnya, TG Nik Aziz dan Husam sama-sama menangis sewaktu memikirkan kemungkinan Husam letak jawatan tempohari. Bayangkan, seorang yang TG anggap sebagai ‘protege’ politik buat sekian lama sanggup untuk mengundurkan diri kerana tekanan politik. Ini bukan tekanan luaran. Ini tekanan dalaman. Kalangan kita. Kalangan ahli PAS. Inilah yang membuat kita runsing, apakah kita ini sudah tegar untuk berperang sama sendiri dan tidak memikirkan tentang masa depan harakat perjuangan Islam yang kita sama-sama sepakati. Untuk melihat orang seperti Husam menitiskan air mata kerana tidak tahan menerima tekanan – dari kalangan orang dalam adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.
Seperti kata TG, Husam ini adalah suatu ‘pemberian’ kepada Malaysia, bukan Kelantan sahaja. Bijaknya amat terserlah. Kemahirannya tidak boleh diketepi. Fikirannya jauh ke hadapan. Jauh daripada jangkauan sebahagian besar daripada ahli politik Malaysia sendiri. Inilah pujian yang sangat tepat dengan bakat kepimpinan Husam. Yang menjadi kemusykilan banyak pihak, kenapa Husam memberikan syarat agar orang lain dipecat sebelum dia menerima hasrat untuk menanggguhkan perletakan jawatan.
Ramai yang menganggap Husam sudah melampaui batas sebagai seorang ‘anak didik’. Prinsip wala’ dan kesetiaan Husam sudah menyebabkan TG terpaksa tunduk kepada permintaannnya. Inilah sesuatu yang ramai di kalangan kita yang rasa tidak wajar dan tidak patut. Sebagai seorang anak didik TG, Husam tidak wajar meletakkan TG di dalam keadaan ‘keterpaksaan’ untuk menerima tuntutannya. Sebagai seorang pejuang, Husam sepatutnya lebih mampu melihat ‘perjuangan’ dalam konteks yang lebih luas. Tidak dalam kepentingan peribadinya.
Antara Husam dan Menantu, nampaknya TG dipaksa untuk mengutamakan Husam. Ini harga yang sangat mahal. TG terpaksa menidakkan hubungan keluarga demi seorang bernama Husam. Apakah ini suatu yang Husam mahu lihat dan saksikan?
Hakikatnya, dalam sebuah perjuangan Islam – kita tidak memerlukan primadona. Orang yang menganggap dirinya melebihi ‘Tok Guru’. Inilah yang kita rasa tidak kena dengan perjuangan kita sekarang. Kita kena sama-sama muhasabah dengan keadaan ini. Jangan sampai perjuangan PAS menjadi ‘sandaran’ kepada kepentingan sesetengah pihak.
Apa yang berlaku di Kelantan ketika ini adalah suatu mihnah yang amat berat kepada kita. Selepas masalah dalaman parti, antara Presiden dan Mursyidul Am – kali ini kita berada dalam perang ‘kasih tiga segi’; antara protege – menantu – dan tok guru.
Kita sama-sama doakan agar masalah ini cepat selesai – dan tidak berterusan. Biarlah semua perkara diselesaikan secara bijaksana dan baik. Insya’Allah, semuanya akan memperkukuh kedudukan PAS.

Nampaknya, kita amat berbangga dengan kesediaan Ibu kepada Menantu Mantan Perdana Menteri (MMPM), Khairy Jamaluddin hadir ke program khusus untuk merencana strategi mendekati wanita anjuran PAS Selangor. Kehadiran Ibu MMPM adalah suatu pemberi semangat kepada usaha kita untuk meneruskan usaha untuk mencari ‘jalan pertemuan politik’ dengan PAS. Kehadiran MMPM di rumah terbuka Timbalan Presiden PAS juga membayangkan bahwa anak muda yang berkebolehan seperti Khairy sangat terbuka dengan perjuangan PAS. Ya lah, dalam kita mengutuk Khairy, kita perlu mengakui bahawa dia mempunyai bakat dan kemahiran bisnes yang luar biasa. KJ adalah seorang anak muda yang sangat ambitious dan mampu untuk menjadi aset kepada perjuangan PAS dalam jangka masa panjang.

KJ menganggap dirinya ‘indispensable’ di dalam parti kerana banyak rahsia PM yang dia tahu. Selaku orang paling kanan kepada Tun Lah, rahsia Najib semuanya dalam tangan KJ. Pernah dalam pertemuan KJ dengan Pemuda PAS, dia membayangkan bahawa ‘moraliti’ adalah penting dalam meletakkan diri kita sebagai Perdana Menteri. Ini membayangkan bahawa KJ sendiri faham dan maklum bahawa PM yang ada bukanlah baik sangat orangnya. KJ juga pernah berkata, dia mampu sahaja ‘menelanjangkan’ PM kalau dia mahu. Sebab itu KJ lebih rapat dan akrab dengan PAS kebelakangan ini.

Apa persamaan KJ dan Nik Ariff – kedua-duanya bijak dan pandai memilih ‘isteri’. Kemahiran ini tak ramai orang yang berjaya buat dan laksanakan. Persamaan inilah yang meletakkan kedua-duanya di dalam radar politik. Nik Ariff adalah juga MMB, Menantu Menteri Besar. Yang juga mempunyai akses kepada koridor kuasa (menurut ayat Raja Petra).

Ramai kalangan ahli PAS yang mahukan ‘tindakan sebaiknya’ dilaksanakan dalam menentukan PAS tidak terikut dengan kepimpinan Tun Lah. PAS mesti berani menjadi ‘bersih, lebih bersih daripada kain putih’. Nik Ariff mesti cepat dibersihkan daripada terus berada di dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan – atau PAS akan menerima nasib sama seperti Tun Lah. Ditolak oleh rakyat dan rakan taulan. Dihina oleh parti sendiri. Ini kita tidak mahu berlaku kepada TG Nik Aziz.

Alasan bahawa ‘dia adalah seorang yang paling bijak di Kelantan’ tidak boleh diterima oleh ramai ahli parti. Nik Ariff belum teruji kebijaksanaannnya. Sepatutnya, TG Nik Aziz lebih berani dan bersikap apolitical dalam membuat perlantikan. Siapa yang mampu di kalangan orang Kelantan mesti diterima masuk dan menggalas amanah. Ini tidak, fokus TG lebih kepada menantunya sendiri.

Kita jangan lupa, bagaimana akrabnya KJ dengan ECM Libra (yang menyusun kepentingan ekonomi sanak keluarga Pak Lah), demikianlah juga Nik Ariff menyusun kekayaan keluarga TG. Walaupun mungkin sebenarnya tidak ada campur tangan ekonomi dan politik; akhirannya orang tidak akan melihatnya begitu. Kehadiran KJ dan Nik Ariff akan menyebabkan imej dan ‘bersihnya’ seseorang pemimpin akan jadi cemar juga.

TG Nik Aziz wajar mengambil tindakan berani walaupun terpaksa bermasam muka dengan anaknya sendiri. Seperti juga bagaimana Pak Lah sayangkan anaknya; TG mesti melakukan tindakan untuk membersihkan dirinya daripada amalan nepotisme dan menantuisme. Ini semuanya tidak baik buat PAS.

Nik Ariff mesti mengambil jalan yang sopan – dan mengeluarkan dirinya sendiri daripada belenggu ‘fitnah’ ini. Kita percaya, Nik Ariff boleh saja hidup dengan banyak wang ‘penyusunan perniagaan’ yang dia lakukan sewaktu di PMBK. Seperti mana KJ yang tidak miskin dengan GAGALNYA menjadi Menteri; seperti itu jugalah Nik Ariff tidak akan KEDANA hanya kerana tidak berada di PMBK. Banyak syarikat yang mahukan MENANTU MENTERI BESAR sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya. Nik Ariff wajar letak jawatan dengan seberapa segera.

Seramai 650 orang anggota Jamaah kawasan Khalid Samad membuat memorandum membantah tindakan JAIS kerana tidak memperakui ‘keulama’an’ nya Khalid Samad. Ini adalah suatu tindakan yang tidak wajar – kerana kepada mereka, Khalid Samad adalah seorang yang layak digelar sebagai ‘ulama’ muktabar kerana mengajar agama dengan baik dan ‘mudah’. Khalid Samad dikatakan seorang ulama’ kerana mempunyai asas ilmu agama yang baik.
Apa yang hendak diceritakan oleh jamaah Khalid Samad adalah – Ahli Parlimen mereka sebenarnya memang layak mengajar agama. Tidak harus JAIS melarang dan menidakkan kemampuan Khalid Samad. Khalid Samad bukan sahaja boleh mengajar agama Islam, malahan mungkin juga antara ulama’ muktabar dalam ilmu ‘comparative religion’. Kesediaannya keluar masuk gereja, seharusnya membuatkan Khalid Samad lebih faham dengan agama Islam.
Kita dalam PAS ini mesti lebih memilih dan berhati-hati dalam mengemukakan ulama’ di kalangan kita. Orang macam Khalid Samad mempunyai keupayaan Bahasa Arab yang sangat terhad. Ilmu sanad dan matan dalam ilmu hadith pun rasa macam tak lengkap. Nak menyatakan ayat daripada al-Quran pun tak berapa nak fasih. Ulama’ apanya? Janganlah kita memalukan parti dengan nak menyamakan semua orang sebagai ulama’. Ini bukanlah kerja kita.
PAS kena jalankan ‘pengasingan’, untuk mengenalpasti kalangan pimpinan yang layak digelar ulama’ – dan yang tidak. Memanglah, ulama’ ini bermakna berilmu. Kita tak kata Khalid tak ada ilmu, mungkin ada. Tetapi, apakah ianya layak diangkat sebagai ulama’ adalah suatu perkara yang lain. Ulama’ apanya kalau sudah memalukan parti, membangkitkan soal ba’iah semata-mata mahu menjaga kedudukan politik sendiri. Mengadu domba seluruh Selangor agar YB Hassan Ali tidak diterima oleh parti – nak ditakrifkan sebagai ulama’? Masya’Allah, kita janganlah mudah sangat nak jadikan semua orang sebagai ulama’, hanya kerana mereka menjadi jamaah kita. Soal asas ilmu tidak boleh kita nak mempermainkan. Mesti jelas dan nyata.
Kalau tengok dalam blog Khalid pun, bercakap mengenai Islam hanya sekadar (34 kali) sedang bercakap mengenai PR, Anwar Ibrahim, PKR (lebih daripada 100 kali). Bayangkan, orang yang begini layakkah kita gelar sebagai ulama’? Bercakap mengenai Islam pun ala kadar; tetapi melebihkan seorang pemimpin yang akhlaknya diragui? Di mana nilai ulama’ dan keilmuaannya?
Lebih menarik lagi, Khalid dikatakan mempunyai ‘rekod jenayah’. Kita tak payah komen la pasal itu. Apa jenis jenayah? Bila? Di mana? Itu biarlah Polis yang dedahkan.
PAS Selangor ini menjadi masalah dengan adanya individu seperti Khalid Samad ini. Tak ubah macam perangai abangnya, Shahrir Samad – yang boleh mereka hadirkan dalam politik Malaysia adalah masalah dan ketidaktentuan. Lain tidak. Terbaru bercakap mengenai harga kereta di Parlimen. Masalah PAS Shah Alam dan Selangor dah selesai ke? Penduduk Shah Alam puas hati kah dengan prestasi ala kadar YB Khalid?
PAS tidak memerlukan ulama’ (asal boleh) seperti Khalid. Kita perlukan ulama’ yang kuat peribadi dan ilmu agamanya. Yang suam-suam kuku ni, tak payahlah nak angkat sebagai ulama’. Buat malu PAS sahaja.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang memungkinkan satu lagi pilihanraya kecil diadakan dalam mas terdekat, insya’Allah. Inilah sebenarnya yang PAS amat perlukan. Satu lagi PRK di kawasan yang tidak ada sangat pengaruh UMNO. Inilah yang kita perlukan sebagai alat menaikkan moral dan semangat kita dalam perjuangan. Selepas TG Nik Aziz kita teruk diserang oleh puak UMNO, inilah jalan dan kaedahnya untuk kita bertemu dengan rakyat dengan semangat baru. Dengan air mata Nik Aziz, kita akan bangkit menawan kembali kawasan Kota Siputeh.
Mahkamah telah membuat tindakan yang adil dan saksama. ADUN terbabit, bukannya sakit, tetapi sibuk bermain ‘golf’ ketika sidang DUN sedang berlangsung. Sjil sakit adalah penipuan yang sangat hodoh. Lebih baik YB Abu Hassan bagi sijil mati sahaja, lebih molek.
Kita jangkakan, pertemuan di Kota Siputeh akan menjadi pertemuan yang sangat menarik. Hakikatnya, UMNO Jerlun tidak mempunyai calon yang baik untuk diletakkan di situ. Kecuali calon mereka tepat; kita sebenarnya sudah menang dalam pertembungan kali ini, insya’Allah. Apa tidaknya, PAS Kedah adalah antara PAS yang paling ‘tenang dan tidak punya isu’ setakat ini. Kepimpinan Ustaz Azizan diterima baik. Ada karisma. Ada kemampuan dan keberanian melakukan perubahan. Dalam pertemuan seorang rakan penulis, dengan EXCO Kerajaan Negeri Kedah (Pelancongan), dia mengakui bahawa Ustaz Azizan mempunyai gaya dan kepimpinan tersendiri. Malahan, ada ketikanya lebih baik daripada TG Haji Hadi. Itu pandangannya sendiri.
Yang penting, PAS Kedah berada di dalam keadaan yang baik. Bersatu dan bersungguh memimpin Negeri di bawah naungan Duli Tuanku. Kita kagum, walaupun mungkin miskin dan tidak kaya (tidak ada duit royalti) – Kedah mampu dipimpin baik dan berkesan. Inilah petanda bahawa PAS tidak pernah ada masalah kepimpinan. PAS Kedah sudah membuktikan, Negeri mampu dipimpin dan ditadbir dengan baik.
YB Kota Siputeh ‘GG’ (Gila Golf) – menang pun tidak besar. Kurang 500 undi. Pada kita, kalau kerajaan negeri Kedah, puak KCS (Kedah Civil Service) dapat turun bersama dengan Kerajaan Negeri ke Kota Siputeh – keputusan akan memihak kepada kita. Penduduk dan pengundi Kota Siputeh patut diberikan ‘salinan’ sijil sakit dan salinan buku log Kelab Golf sebagai petanda betapa mereka sudah ditipu oleh ADUN sebelum ini. Takkan dengan itu pun kita tak boleh nak menang?
Blog ini suka mencadangkan agar semua pimpinan PAS turun bersama ke Kota Siputeh, tanpa ada pengecualian kepada pimpinan tertentu. Ustaz Nasa, Timb Presiden PAS juga perlu diberikan penugasan khusus untuk memastikan kemenangan calon PAS. Kegagalan Salahuddin Ayub di Bagan Pinang mesti dijadikan iktibar. Bahawa ada Naib Presiden yang tidak mampu untuk berfungsi dengan baik.
Elok juga kalau gandingan YAB MB, Ustaz Nasa dan Mahfuz dijadikan benteng hadapan kepada PRK Kota Siputeh kali ini. Insya’Allah dengan linangan air mata TG Nik Aziz (wajib turun berkampung di Kota Siputeh) – kita akan mencapai kemenangan yang baik. Inilah jalan kebangkitan PAS.

Laman Berikutnya »