November 2013


Kerajaan tidak  bercadang untuk melanjutkan tempoh cuti haji daripada 40 hari kepada  maksimum 50 hari kerana jumlah peruntukan cuti sedia ada sudah memadai  buat penjawat awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri  Shahidan Kassim.

Beliau berkata  kemudahan cuti haji itu meliputi tempoh menunaikan fardu haji di Makkah, lima hari persediaan sebelum berlepas ke tanah suci dan lima hari  rehat, setelah kembali.

“Cuti haji sedia ada  untuk penjawat awam adalah memadai dan dasar sekarang dikekalkan,”  katanya ketika menjawab soalan asal Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) pada  sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.YB Pandan patut tengok PEKELILING sebelum tanya soalan bodoh di Parlimen. Itu pun tak boleh nak fikir.

Kakitangan awam ini ada peraturannya Tuan Haji Pandan. Bukan main ikut suka.Kalau boleh simpan cuti tak melebihi 120 hari, apa kisahnya nak cuti lama-lama lagi. Letih juga kalau pandai sangat ni. Ada masa jadi bodoh. Itu nasib baik Shahidan tak bangkit rukun haji. Kalau bangkit, jawabnya melepek la Pandan macam kucing manja dia di rumah.

Amboi, dalam pada Muktamar diarahkan untuk tidak bercakap tentang UMNO, rupa-rupanya ada MB kita yang senyap-senyap menyeludup untuk berjumpa dengan Najib. Apa hal? Apa isu?

Pada ana, kita kena telus bab nak jumpa-jumpa ni. Jangan jadi macam dulu. Hasan Ali senyap-senyap jumpa orang Pak Lah, minta jawatan MB Selangor dan bentuk kerajaan perpaduan. Orang Pak Lah siap bawak duit penuh dalam beg.

Kali ini nak pergi jumpa lagi. Nak minta duit? Nak minta masyuk?

Pada ana, kita tak payah jumpa Najibby ni. Buang masa. Kaki temberang.

Kita patut jumpa Guan Eng. Bentuk kerjasama politik yang lebih mantap antara DAP dan PAS. Itu lebih afdal.

MB Kelantan tak takut ke jadi macam MB Kedah dahulu. Bukan main layan umno, sudahnya….kena kencing jugak. Kencing manis.

Pada ana, ada cubaan orang keliling MB nak suruh melutut kepada Najibby. Ini bahaya boh. Macam tak yakin nak memimpin.

Ana pun tak tahu apa yang dilihat oleh perwakilan. Tak faham. Kalau orang kalah mahu diletakkan di jawatan tertinggi, itu sebenarnya meletakkan parti kita dalam keadaan yang berganjak ke belakang.

Ana dah tulis banyak kali, Salahuddin Ayub tidak menyumbang kepada parti sepanjang PRU yang lalu. Projek Johor GAGAL terus. Lingkup. Yang menang banyak DAP.

Itupun nak diletakkan sebagai Naib Presiden. Untuk tujuan apa?

Pada ana, Salahuddin ini sudah mencapai tahap beku dalam politik. Kalau tidak kerana kerusi simpati negeri lain, dia tidak akan masuk Parlimen pun. Terbabas.

Tapi ana nak kata apa. Dah perwakilan buat keputusan, kita terima lah.

Cuma ana nak ulas pandangan pimpinan bahawa prestasi ahli parlimen kita baik. Ana nak nafikan lah. Haram baiknya.

Pada ana, lemah dan lemah dan lemah.

Beberapa nama, kalau ana sebut, macam tunggul kayu di Parlimen. Itupun dikatakan baik.

Mana nak letak muka pun ana tak tahu. Dalam pada kita hentam UMNO main politik anak beranak, kita pun pakai benda sama. Cam haram.
Ana jadi marah sebab ada ARAHAN PIHAK ATASAN supaya Khalil Dato’ Seri Hadi Presiden PAS dijadikan sebagai pemimpin Pemuda Pas. Malahan, ada yang kata, Presiden akan umum letak jawatan jika perkara itu tidak dipenuhi. Kalau itu berlaku, dan Mat Sabu menang Timbalan Presiden – Mat Sabu jadi Presiden. Tak ke mampus.
Pada ana, apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa demokrasi dalam Pas pun macam main-main. Sekejap demokrasi. Sekejap arahan.
—————————————————

Khalil is the eldest son of PAS president Datuk Seri Hadi Awang and  Nik Abduh’s father is Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat. Political  parties love the idea of continuity because it means that the party is  moving along.

The pro-ulama team took two of the three Youth posts in a hard-fought contest.

Youth wing chief Suhaizan Kaiat secured 320 votes, narrowly beating  his pro-ulama rival Kamaruzaman Muhammad, who secured 307 votes.

Suhaizan’s deputy Khalil and vice-chief Khairil Nizam Khirudin are from the pro-ulama group.

Suhaizan won on the strength of his track record as the former Youth information chief and his reputation as an activist.

It may not be the ulama dream team but it is actually quite a good  combination of Suhaizan the activist, Khalil the religious scholar and  Khairil the technocrat.

————————————————————–

Ana sendiri dapat 13 sms arahan untuk pastikan Khalil menang. Kalau macam ini caranya, memang kita nak kalah PRU14.
Orang yang tak berjuang dalam parti, diberikan tempat ikut suka dan arahan.
Dalam pada kita kutuk UMNO. Kita pun buat benda sama. Tak ke haru.

Tindakan kabinet meluluskan urusan lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar, baru-baru ini boleh mengundang bahaya kepada negara apabila urusan negara diserahkan kepada pihak yang bukan berkenaan.
Malah, tindakan itu juga menunjukkan kabinet Datuk Seri Najib Razak begitu mudah dipengaruhi Rosmah dalam urusan rasmi negara sehingga Najib terpaksa mengemukakan permohonan untuk meluluskan urusan lawatan tersebut.
“Mengikut amalan biasa, isteri-isteri pemimpin ini hanya mengiringi suami mereka dalam urusan negara. Malangnya, di Malaysia ini, isteri pemimpin pula yang dibenarkan mewakili negara dalam hal hubungan dua hala,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

 

Menurutnya, sebagaimana lazim Timbalan Perdana Menteri atau menteri Kabinet yang mewakil Perdana Menteri dalam menjalin hubungan dua hala dengan negara luar, bukannya isteri Perdana Menteri.

Tambah beliau, sebelum ini ketika pentadbiran Tun Abdullah Badawi, Tun Mahathir sering menggelarkan kabinet Abdullah dipengaruhi ‘budak tingkat empat’, namun dalam era kepimpinan Najib, kabinet Najib dipengaruhi isteri beliau sendiri.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan, di Dewan Rakyat mengesahkan kerajaan meluluskan urusan lawatan Rosmah ke Qatar.

 

 

Istilah “sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan”

Untuk Najib, “sayang isteri naik-naikkan PRIVATE JET; sayang anak, beri-berikan SAHAM dan PERNIAGAAN’.
Cerah masa hadapan Najib dan UMNO. Secerah punggung baju merelit Ziana Zain.

Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man menegaskan,  kepimpinan Pakatan Rakyat negeri wajar bersemuka selalu dalam pertemuan  untuk menjernihkan sesetengah isu yang berbangkit.

Mengulas  saranan akar umbi PAS yang dibangkitkan dalam sidang media tengah hari  semalam di Seberang Jaya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  (Adun) Permatang Pasir khuatirsekiranya tiada pertemuan antara parti  DAP, PKR dan PAS di peringkat negeri sebagaimana sekarang, ia akan  meninggalkan natijah yang kurang memberangsangkan terhadap kerjasama  dalam Pakatan Rakyat.

“Saya cadangkan ketiga-tiga parti dalam  Pakatan Rakyat Pulau Pinang bertemu selalu untuk menjernihkan keadaan  agar apa yang menjadi harapan ahli akar umbi diberikan keutamaan,”  jelasnya ketika dihubungi.

Menurutnya, memang terdapat beberapa  persoalan atau tidak puas hati kalangan kepimpinan parti ekoran sikap  sesetengah Exco namun ianya boleh diselesaikan menerusi pertemuan sesama Pakatan Rakyat.

Katanya, menjadi masalah sekarang, tiada  langsung pertemuan kepimpinan Pakatan Rakyat di peringkat negeri sejak  Pilihan raya Umum ke-13.

“Pertemuan antara parti gabungan Pakatan Rakyat di peringkat negeri kena diadakan supaya tidak timbul rasa tidak puas hati di kalangan ahli,” terangnya.

Politik Tok Pek Kong

Masalah dengan PP ini adalah perangai Ketua Menteri. Macam Tok Pek Kong. Kena sembah baru boleh jumpa. Nak jumpa kena beritahu sebab dan apa yang nak dicakap. Mesti hantar dua mukasurat rumusan apa yang nak diberitahu.

Beberapa perkara tidak boleh disentuh – ekonomi dan kepentingan ekonomi orang Cina di PP. Bab lain, boleh sentuh, tapi tak boleh kritik.

Apa punya jahanam dan lakhanat punya undang-undang nak jumpa Ketua Menteri. Dia ingat dia siapa? Presiden China?

Pada ana, Pas Pulau Pinang memang anak jantan. Berani. Ini bukan sebab ada muktamar. Ana kenal mereka. Memang aktivis kuat. Memang orang Pas dalam dan luar.

Guan Eng kena sedar diri. Jangan angkuh sangat.

Ana cukup seronok berada di Parlimen kebelakangan ini. Seronok kerana seakan ada angin baru mengenai isu hudud. Kalangan wakil rakyat DAP mula nampak risau dan tidak tentu hala. Kalau nampak orang berkopiah macam ana berkeliaran di Parlimen, mula lah mereka risau.
https://www.youtube.com/watch?v=w4E1iycGFpo
https://www.youtube.com/watch?v=sA5AULpJxes
Shahidan Yang Kurang Bijak
Ana tengok TV pagi ini, kagum juga dengan kebodohan Shahidan Kasim yang gagal menjawab soalan YB Simpang Renggam.
Soalan asal:-
Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah persempadanan wilayah Kota Iskandar ditetapkan selama-lamanya dan bilakah persempadanan akan dikaji semula untuk memasukkan kawasan Simpang Renggam yang mempunyai lokasi yang strategik.
Yang Shahidan jawab – melalut entah ke mana. Kesian.

Reply
Forward

Laman Berikutnya »