September 2010


Salam Syawal – 19 Syawal hari ni. Ana semalam berkesempatan ke Masjid Kg Bharu bagi menghadiri pertemuan akhir dengan ADUN Galas. Ana memang tahu arwah sakit lama. Colon cancer ini bukan mainan sakitnya. Tak kiralah, cancer apa pun – akan mendatangkan mudarat kepada badan dalam jangka masa yang panjang. Akhirnya, Che Hashim pergi jua mengadap Ilahi setelah bertarung agak lama dengan penyakit yang ada.
Ana sempat berbual dengan YB Kulim, Zul Noordin di kawasan masjid. Dia sibuk berborak mengenai pemilihan 2010. Ana katakan, dia membuat keputusan tepat untuk keluar PKR. Tapi akan jadi lebih tepat kalau masuk PAS. YB Zul gelak sakan. Dia kata, bukan tak nak masuk PAS; tapi nanti orang PAS akan ‘bbq’ dia di dalam gelangggang politik. Ana tegaskan, PAS tidak begitu. PAS pun pandai juga menjaga kepentingan mereka yang ada potensi. Ana pesan YB Zul, sayang dia tak akan ada di Parlimen. Nak harap BN bagi jalan di Kulim – tak boleh harap. Aziz Sheikh Fadzir, dah siap sedia nak bertanding. YB Zul akan terketepi. Kecuali, YB Zul nak masuk bertanding atas nama PAS.
Ana beritahu YB Zul, ana sukakan perjuangan dan pendiriannya mengenai ISLAM. Ana hormat. Kerana YB Zul tak macam Anwar. Pendirian YB zul tegas dan mantap. Itu yang kita rasa sayang, Yb Zul tak masuk PAS. Rasa rugi sangat.
Ana mendoakan allahyarham che hashim akan ditempatkan di kalangan para solihin. Sumbangan, kerja buat sebagai YB di kawasan Galas memang membuatkan kita hormat dan sentiasa mengingati beliau sebagai pejuang PAS yang asli dan luhur.
Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10,330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas Che Hashim Sulaima mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.

Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari Pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland.

Kita akan saksikan pertandingan yang sengit di Galas. Perjumpaan dengan YB Tengku Razaleigh mesti kita usahakan secepat mungkin. Kalau Tg Razaleigh setuju membantu kita – insya’Allah kita akan menang. Peranan Ku Li akan membuatkan kita menang dengan selesa.

Selepas isu 4 bilion; timbul pulak isu 400 ribu. Bahaya juga angka 4 ni. Bawa masalah nampaknya kepada parti.

Ana mohon semua untuk memberikan sedikit sumbangan kepada kumpulan ilmuwan agama; yang dijadualkan ke Mekah bagi memanjatkan doa demi kesejahteraan ummat kita seluruhnya. Bukan doa pasal royalti sahaja. Kita doa untuk semua. Doa supaya Najib diberikan kesihatan. Doa supaya Kak Ros diberikan hidayah memakai tudung. Doa supaya Muhyiddin tidak rasis. Kita doa untuk semua.

Ada yang tanya ana, orang UMNO la ni – apakah doa orang PAS dah tak laku; sampai kena ‘outsource’ doa kepada kumpulan lain. Ana pandang sahaja wajah orang tersebut. Tak patut kata begitu. Ini bukan soal doa orang PAS laku atau tidak. Kita memang tidak pernah berhenti berdoa. Alhamdulillah, dimakbulkan juga dengan memberi kemenangan Kelantan dan Kedah. Perak pun kita menang; siap jadi Menteri besar – tapi game, mamak zambry dah hancurkan kerjasama kita.

Ana setuju dengan tindakan kita nak menghantar kalangan ilmuwan agama ke Mekah. Usaha kita nak perolehi royalti; dan perjuangan politik kita memerlukandoa, ikhtiyar yang berkekalan. Tak boleh berhenti. Apalah sangat 400 ribu bagi memberikan kita keberkatan dalam memimpin dan berpolitik. Tak salah rasanya.

ANTARA tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang ‘broker’ dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya.

Islam menolak segala unsur keberhalaan yang menjadikan makhluk sebagai tuhan jelmaan menggantikan tuhan yang hakiki. Islam menganggap perbuatan memohon kemakbulan doa dari makhluk adalah syirik. Tidak kira siapa pun makhluk itu. Sama ada dia nabi ataupun wali.
Seorang muslim tidak diizinkan pergi ke kubur mereka dan menyeru: wahai fulan tolonglah saya! Atau: Wahai nabi tolonglah tenteramkan jiwa saya! Atau: Wahai wali sembuhkanlah penyakit saya!

Perbuatan itu adalah syirik. Mukmin hanya meminta doa daripada Allah. Firman Allah: (maksudnya)

Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (untuk dihitung amalan pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka (surah al- Ahqaf: 5-6).

Yang kita hantar ini bukan ‘broker’ doa. Bukan. Mereka ini alim dan ulama’ yang sangat zuhud dan mementingkan kehidupan bersederhana. Dengan hadirnya mereka di Mekah, insya’Allah mereka dapat menyampaikan doa dengan lebih jelas dan khusyuk.

Jangan la dok cari sangat isu PAS ni…kita hanya nak beroleh keredhaan Allah SWT sahaja.

p/s: ….

Salam Syawal.

Ana naik hairan dengan sikap bloggers UMNO yang main pusing cerita ‘sumbangan dan sedekah’ 4Billion ringgit oleh syarikat I’DA group kepada PAS. Pasai apa yang dok kecoh sangat. Biasalah. Syarikat derma kepada parti perkara biasa. Itupun takkan nak jadi cerita macam PAS ni jahat sangat. Kita pun parti politik. Kita pun nak guna duit. Kita pun pandai nak senang di dunia. Tak salah. Rabbana Atina Fid-dunya Hasanah. Bukan nak apapun. Nak hasanah. Nak kesenangan dan kemudahan.

UMNO pun ligan duit bagai nak rak. Jangan la nak menipu. Apa jadi dengan syarikat seperti HATIBUDI, PEREMBA, BANK BUMIPUTRA, DAZA CORPORATION, FLEET HOLDINGS dulu. Main duit jugak. Derma kepada parti juga. Siapa boleh menolak bahawa memang ada istilah – POLITICAL FUND. Ini istilah UMNO. Istilah PAS – sadaqah jariah.

Apa salahnya I’da nak bagi jumlah 4bilion kepada PAS. Apa salahnya? Kalau UMNO terima tak salah? Kalau Menteri UMNO buat golf untuk kumpul dana tak salah? Bila bab sampai PAS pulak jadi salah? Berapa banyak duit JUDI, BERJAYA CORP yang dah financekan Haji/Umrah/Ziarah/Orang Miskin/Anak Yatim UMNO? Berapa? Bila DAP bagi duit kepada warga emas dengan duit judi jadi masalah. Sukahati dia lah nak bagi dengan duit apa pun. Yang UMNO sibuk pasal apa.

Samada I’da tak puas hati sebab tak dapat projek, itu perkara lain. Yang penting, janji kena tepati. Jangan suka-suka sahaja nak bagi cek kosong. Dosa namanya. maka dengan itu, en Rahim mesti menunaikan janji untuk memberi sadaqah jariah sebanyak RM4 bilion. Kalau tidak jadi seperti warga luar negara yang janji nak bagi MAKNA 1bilion. Mneipu.

En Rahim kata insya’Allah. Jangan pula jadi lupa janji.

  • Sebagai orang Islam kalimah yang bermaksud “dengan izin Allah’ ini selalu digunakan apabila kita berjanji atau ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. Sebagai manusia kita adalah sangat lemah. Manusia tidak boleh meramal masa depan. Manusia tidak dapat memastikan apa yang bakal dilakukan akan berjaya atau tidak.
  • Oleh itu, Allah SWT telah mengajar makhlukNya agar mengucapkan kalimah ini. Kalimah ini sangat suci. Kalimah ini menunjukkan manusia yang mengucapkannya mempunyai rasa rendah diri terhadap RabNya. Rendah diri dengan mengakui bahawa hanya Allah SWT sahaja yang dapat memakbulkan dan merealisasikan apa yang diingini dan dirancangnya.
  • Allah SWT telah mengajar RasulNya, Muhammad SAW untuk mengucapkan kalimah ini. Ini telah diterangkan di dalam ayat 23-24, Surah Al Kahfi (Gua):
    “Dan jangan sekali kali kamu mengatakan tentang sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi (23) kecuali (dengan menyebut): “Insya Allah”. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini” (24).
  • Menurut riwayat ayat ini diturunkan sebagai pelajaran kepada Nabi Besar Muhammad s.a.w. Hal ini berlaku ketika mana ada beberapa golongan Quraisy yang datang berjumpa baginda ingin bertanyakan hal berkaitan roh, kisah Ashhabul Kahfi, dan Zulkarnain. Baginda menjawab kepada mereka datanglah esok pagi agar baginda boleh menceritakannya.
  • Walaubagaimanapun, wahyu terlambat turun pada esoknya menyebabkan baginda tidak dapat menceritakannya dan menjawab pertanyaan yang telah dikemukakan. Oleh itu, ayat-ayat ini diturunkan untuk memperingatkan baginda untuk sentiasa mengucapkan kalimah ini bagi membuat sesuatu pada masa akan datang.
  • Banyak benda kita bokeh buat dengan RM4bilion. Boleh tumbang Terengganu kalau kita susun betul-betul.
  • Ini semua rezeki Allah SWT untuk kita sebarkan Islam.
Nampaknya, semakin hari suasana antara PERKASA dengan parti Melayu semakin kalut. Tak boleh nak control. Kita kena kerja keras pastikan Pasir Mas akan pilih orang kita – bukan Ibrahim Ali lagi. Memang hampeh Tok Yim. Kaki kencing. Dahla menang dengan bantuan kita. Hari ni sibuk dengan agenda PERKASAP yang kononnya boleh jadi kemenyan untuk memperbaiki prestasi UMNO.
Kita percaya, satu hari nanti – Tok Yimlah akan jadi pembaca talkin kepada kematian UMNO. Kasihan. Kita sembahyangkanlah UMNO. Kafankan. Mandikan sebaiknya. Biarlah jenazah UMNO dikebumi dalam perut bumi 153 dengan bahagia. Jangan kita biarkan UMNO tak termandi dan tak terkafan. Kesian.
Memang banyak kain yang kita kena pakai nak bersihkan dubur UMNO. Sabarlah. Sebagai parti yang terlalu lama memerintah. UMNO banyak lakukan kesalahan. Perut UMNO penuh rasuah. Tak percaya? Cuba banding perut TGNA dengan perut Tengku Nan. Jauh beza. Tubuh UMNO dah lama kurus kering sokongan. Tangan UMNO tak tergapai membantu orang Melayu dan umat Islam. Mata UMNO hanya melihat hiburan dan artis. Lidah UMNO hanya membawa umpat dan menghina PAS. Kaki UMNO hanya tahu membawa ahlinya ke kelab dangdut dan karaoke. Pinggang UMNO sakit. Bukan sebab kuat sembahyang. Tapi sebab kuat main golf.
Maka Tok Yim pun datang ke tepi kubur UMNO. Pakai songkok tinggi. Pakai baju linen. Cigar tadi – Tok Yim buang ke kubur sebelah. Setakat cigar RM350; Tok Yim boleh minta Ah Chong sponsor.
Tok Yim pun mula….

Bismillah hir rah man nir rahim (tak betul pun Tok Yim sebut….ada jeritan di belakang; Hidup Melayu!)

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai UMNO Bin PERKAUMAN, wahai UMNO Bin PENJAJAH, wahai UMNO Bin RASUAH, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai UMNO Bin KRONI, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai UMNO Bin LANUN, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Kepada 153 aku percaya!!! (jeritan di belakang….Hidup Melayu! PERKASA!)

Wahai UMNO Bin PENIPU tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai UMNO Bin PKFZ, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Tok Yim….pun ketawa terbahak-bahak.
Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu! – jerit Tok Yim.
p/s:….jom cigar!
Salam Syawal.
Ana seronok bebenor raya kali ni. Seronok berjalan dengan teman-teman PKR. Ke Ipoh Barat ler…Kuala Kangsor, Parit, Kepala Batas…merata teman berjalan. Memang ler tidak ada kena mengena dengan kita. Tapi teman ni percaya bebenor dengan ‘persahabatan’ kita dalam PR. Tumpang meriah.
Seronok mereka memilih. Satu ahli, satu undi. Meriah. Kalau satu ahli, satu undi – ana percaya keputusan dalam Muktamar kita pun akan jadi lain. Ramai juga yang tertiarap. Ini hebat PKR. Mereka berani. Dekat 400,000 ahli dapat mengundi pilih pemimpin…masya’Allah. Amerika…puak-puak PKR ni. Seronok tengok mereka berkempen. Open. Ada debat terbuka. Betul-betul dengan semangat setiakawan. Bila kita nak ikut? Satu ahli satu undi. Ini jadikan Mak Mertua teman, adik ipor teman, sepupu sepapat teman boleh mengundi. Rasa ler mereka tu jemaah yang ‘hidup’. Bukan jemaah yang ‘mengikut’ sahaja.
Ana nak komen kenyataan DAP semalam…DAP gesa Umno henti salahguna Perkara 153.
Ana setuju sangat. Umno ni ingat perjuangan, jihad ni dah macam perkara 153 sahaja. Rukun islam ke mana. Rukun iman ke mana. Maslahah ke mana. Yang penting 153…153. Macam la mereka tu jadi ‘champiun’ sangat perkara tu pun.
Bahasa? UMNO pertahan? Kita yang pertahan. Kita yang demo. Kita yang bantah. UMNO? Main selamat,…tukar dasar. Kononnya mereka ikut suara rakyat. Pi rahhh mabuk.
Kita pun tak tolak Bumiputera. Kita sayang. Tapi bukan dengan cara bagi kaya Ibrahim Ali,..bukan dengan kita bagi kaya dia sahaja. Kita nak semua orang kaya. Orang Islam terutamanya. Bukan dengan jerit 153 sahaja…
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham (kiri) berkata Perkara 153 menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong melindungi peruntukan kepada orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak dalam institusi pendidikan dan perkhidmatan awal, untuk biasiswa, dan pemberian permit.

Bagaimanapun, dakwanya, Umno telah memperluaskan skop kedudukan istimewa itu, merangkumi hak-hak lain termasuk perumahan dan kedai untuk dijual dengan diskaun, dan mewujudkan ekuiti korporat, iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan sistem.

Ngeh cakap betul. Ini semua agenda UMNO al-Munafikun….tipu perlembagaan untuk kepentingan politik. Pinggirkan Cina. Pinggirkan India. Islam tak ajar semua ini…kita anggap semua sebagai ‘rakyat’….

Janganlah UMNO nak main 153 macam main wayang kulit…153 jadi patung mainan sahaja. yang kaya mereka. Yang dapat projek mereka. Yang seronok mereka. Yang berbini dua mereka.
Apa lah punya politik puak ni….

Salam Syawal.

Alhamdulillah, segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana telah memperkenan usaha pemahsyuran ke bawah Duli Tuanku Sultan yang baru. Ini semua rahmat bulan syawal agaknya. Rakyat dijangka menerima baik keputusan Majlis Perajaan. Duli Tuanku pun memang dah lama rapat dengan kepimpinan TGNA kita. Alhamdulillah, ini semua petanda bahawa Kelantan Darul Naim akan kekal makmur di bawah pemerintahan Duli Tuanku Sultan yang baru.

Memang ada blog yang mempersoal perlantikan ini. Atas sebab apa pun ana tak berapa nak tahu. Tapi pada ana, yang penting adalah pandangan rakyat. Apa yang rakyat rasa. Apa yang rakyat fikir. Apa yang rakyat mahu. Seharian ada berada di Kedai Mulong; setengah hari lagi di Pasir Putih dan kemudiannya di Kubang Kerian; ana dapat rasakan Sultan yang baru ini menerima pandangan baik masyarakat. Pakaiannya yang ringkas. Sikapnya yang terbuka. Rakan-rakannya bukan daripada orang kaya dan ‘artis Indonesia’ sahaja. Rakan-rakannya adalah orang biasa. Orang Kelantan biasa yang mengenalinya sejak dari kecil.

Pada ana, ini bukan soal politik PAS atau UMNO di Kelantan. Kita perlukan payung mahkota yang lebih rakyat. Peranan istana dalam politik tidak boleh kita nak hadkan sekadar di dalam pagar istana sahaja. Sultan mestilah lebih merasai kehendak dan kemahuan rakyat. Sultan mestilah mampu merasai kesusahan rakyat dan menggunakan kuasa untuk kebaikan rakyat. Bukan di kalangan mereka yang gemar menjadi ‘kasanova’ dan ke hulu hilir dengan cerita kontroversi. Sultan alaf baru kena ada ikatan moral dan keimanan yang lebih kuat dan mantap. Boleh jadi imam kepada solat. Inilah didikan baik yang telah PAS hamparkan secara halus kepada Duli Tuanku.

Wajiblah kita menunduk, merasai bahawa ini semua adalah ‘redha’ Allah SWT jua. PAS memimpin Kelantan lebih 20 tahun. Kita dikutuk, dimomok, dikecam, dihina, diludah oleh puak tertentu dalam masyarakat kita. Alhamdulillah, kita masih mampu memimpin baik.

Betul, memang Kelantan agak miskin – tetapi kita kaya ‘moral’ dan keimanan. Kita rasa senang di Negeri Kelantan. Kita rasa roh islami di negeri Kelantan. Ini bukan ‘perasaan’ ana sahaja. Ramai yang cakap begitu. Di Kelantan – kita rasa selamat dan sejuk sentiasa.

Dengan adanya Sultan baru, dengan menangnya kita di mahkamah dalam soal tuntutan royalti (jangan lupa – Duli Tuanku sokong kita bawa ke mahkamah); insya’Allah Kelantan akan lebih makmur dan sejahtera. Kita doakan sahaja TGNA diberikan kesihatan dan kewarasan kepimpinan yang berkekalan. Jangan sesekali kita tunduk dengan tekanan pihak luar. Kita tentukan nasib Negeri kita.

Ana nak ucapkan Mabruk dan tahniah kepada Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.

Semoga Tuanku dikurniakan Allah SWT jiwa khidmat yang bersungguh kepada rakyat jelata. Kalau kami lemah. Kalau kami silap. Kalau kami tipu. Kalau kami rasuah. Kalau kami pentingkan diri. Kalau kami pentingkan anak menantu. Kalau kami pentingkan kroni. Kalau kami menggunakan kuasa. Kalau kami tidak amanah. Tuanku tegur dan nasihatkanlah kami.

Daulat Tuanku!

Salam ramadhan.

Selesai qiyamullail semalam – berkesempatan di Masjid Muadz ibn Jabal, Setiawangsa – ana minum di Restoran Shah Jahan. Seronok jumpa kawan-kawan lama. Semua kawan ana dah jadi orang pencen yang senang lenang. Semua pencen jawatan bagus. TKSU. Pangkat tinggi dalam kerajaan. Pangkat tinggi dalam GLC. Seronok tengok muka dia orang. Tenang. Hanya tumpukan kepada madrasah ramadhan. Tak perlu nak fikir soal duit. Semasa dalam kerajaan pun; mereka ni puas kena ‘tekan, pulas, himpit, hentak, baling fail, disindir, dipulau’. Dah biasa. Kata mereka. Sikap orang politik bila dah ada jawatan – jangan main. Mereka akan jadi mabuk jawatan. Gila kuasa.

Sebab itu apabila IGP kata kena tekan – ramai yang depa ni percaya. Standard la…kata depa. Saya yang menurut perintah.

Daripada isu Musa, terus masuk ke dalam isu dalaman PAS. Ana malas nak cakap banyak sangat – sebab ana tahu Haji Rosli bukan ahli PAS pun. Dia ni orang ‘atas pagar’. Tetapi lebih mirip kepada UMNO/BN.

Tapi dia tanyakan ana – ‘apa jadi dengan Presiden PAS’? Ana kata ada. Bagus. Tenang. Banyak buat program ramadhan. Banyak keliling Malaysia. Tapi Haji Rosli tekankan – Presiden tak perlu buat banyak sangat kerja parti; kena juga terlibat dalam soal dasar dan polisi. Apa kata Presiden PAS mengenai isu ‘YB Surau’.

Ana diam. Ini sengaja nak taste ana ni. Hampeh betul.

Ana pun buka sirah nabi. Ana cerita tentang Islam yang perlu lebih ‘terbuka’ dalam dakwah. Ana tekankan konsep ‘dakwah bil-hal’. Ana tekankan konsep kafir yang harbi dan dhimmi. Ana cakap tentang keperluan kita buat kerjasama politik dengan DAP.

Ana cakap ikut apa yang ana diterangkan berlaku dalam ‘mesyuarat pimpinan PAS’. Ana guna penjelasan puak Erdogan. Ana pun memang setuju dengan pandangan mereka. Nak berjaya politik – tak boleh nak ‘tradisional’ sangat. Kita ke belakang nanti.

Ana tak kisah Hj Rosli terima atau tidak pandangan ana. Tapi pandangan dia pun ada betulnya juga. Presiden mesti ada ‘command’. Kalau tak setuju; mesti TEGAS di dalam mesyuarat. Jangan terikut sangat. Tapi dah kebetulan ‘pandangan Erdogan’ lebih diterima. Kita ikut sahaja. Presiden pun macam tak berapa seronok. Macam tak berapa puas hati. Tapi, kalau setakat tunjuk pada muka – tapi tak mahu suarakan dan nyatakan pandangan; rugi juga. Ini akan buat lebih ramai orang berasa curiga dengan kedudukan Presiden sekarang.

Presiden mempunyai mandat besar dalam muktamar yang lalu. Mandat besar. Perlu gunakan kalau tak setuju.

p/s:…sementara Presiden senyap; ana ikut grup Erdogan.

Laman Berikutnya »