Mei 2010


Letih la macam ni. Isu Johor. Orang Johor yang patut timbulkan. Orang Johor yang patut rasa geram dan marah. Orang Johor yang patut bawa ke depan. Balik-balik, serah kepada pemimpin pusat. Mana pergi pimpinan PAS di Johor. Mana pergi Pemuda PAS Johor. Mana pergi jemaah kita di Johor? Senyap? Takut? Tak berani? Atau memang dah malas nak berjuang?
Dalam kes perjanjian Malaysia-Singapura ni, kita mintalah PAS Johor jadi lebih aktif. Jangan senyap. Jangan serah kepada Mahfuz. Mahfuz ni, ana kenal sangat. Dia cakap lepas. Fakta kurang banyak. Dia asyik nak tibai orang – tapi bila orang tanya lebih sikit, dia dah gabra. Mana pergi pimpinan PAS Johor? Anak nak tanya sekali lagi. Ini hebat pada nama sahaja. Bila ada isu, semua senyap seribu bahasa. Ana tak kira, kalau dah lemah – anak akan tarbiyyah terus. Tak nak simpan.
Aku tengok kenyataan terakhir PAS Johor pada April 2010. Macamana nak jadi kuat di negeri kubu UMNO; kalau isu pun tak pandai nak pilih dan perdebatkan. Yang PAS Johor jadi manja semacam ni sebab apa. Setakat bercakap tentang isu JCorp. Kalau orang buka cerita KOHILAL – mula ternganga. Mula kutuk parti sendiri. Mula tak boleh nak pertahan. Sudahnya, tak habiskan perbincangan. Minta diri nak sembahyang.
Dato’ Dr Haji Mahfodz ni apa kerjanya? Rehat? Termenung? Atau cuba menyusun isu lampau? Isu sekarang tak nak dibidas. Patut Pesuruhjaya PAS Johor bangun dan serang MB Johor – sebab sanggup serahkan kedaulatan kepada bangsa asing. Ini apa pun tak ada.
Kalau tak faham isu, kenalah tanya dengan yang faham. Apa isu di Singapura ni? Kena tanyalah kawan-kawan.
Kita kena pindahkan stesen keretaapi, daripada Tanjung Pagar – ke Woodlands. Apa jadi dengan tanah tu? KIta buka joint venture company – Malaysia Singapura. 60:40. Malaysia 60; Cina Singapura 40 %. Untung bagi ikut modal. Modal berapa masalahnya? 300 juta? 400 juta? Untung berapa? Siapa yang terlibat? Khazanah? Syarikat mana? Apa orang Johor dapat?
Ganti dengan tanah mana? Ganti dengan tanah di sebelah Marina Bay. Tempat judi. Itupun dah isu. Tak Islam langsung pembangunannya. Sebelah tempat judi. Tapi harga mahal la beb – kata orang dekat RM30 bilion Singapore Dollar. Takpelah kat tempat judipun. Janji masyuk.
Ana penat dengan orang PAS yang ada jawatan; tapi tak pandai nak guna. Tak pandai nak ‘ayak’ cerita. Tak pandai nak adun cerita untuk tarik perhatian rakyat.
Kalau dah tak ada idea…jangan pegang jawatan. Elok turun sahaja. Buang masa.
Cuba tanya Melayu Singapura, apa dia orang rasa dengan keputusan Memanda Menteri kita orang. Dia orang suka tak dengan keputusan kerajaan kita orang. Sebab apa kalau suka? Sebab apa kalau marah?
Lepas lesen judi; berjiran pulak dengan pusat judi. Memang sempurna sungguh. Itupun PAS Johor nak diam.
* dasar taik judi!
Ana ucap tahniah kepada Presiden, Tg Haji Hadi yang membuat cadangan yang pada ana bernas – secara ‘strategi politik’. Ana tahu, PAS Kelantan memang tak berapa nak seronok dengan cadangan ni. Tapi, Presiden orang PAS Terengganu. Maka, kita mesti ikut pandangan kepimpinan – betul tak? Oleh yang demikian, kalau ada kumpulan yang tak setuju; dengar dahulu hujah dan pandangan pimpinan kita. Jangan cepat nak melompat.
Kita kena tengok ‘asbab’ kenapa Haji Hadi mencadangkan perkara ini. Sambutan baik yang ditunjukkan oleh orang Cina (agama Kristian) di Sibu kepada jentera kita jadi pemula. Lain macam rasanya. Mereka terima PAS luar dalam. Mereka jujur melayani kita. Mereka nak tahu pasal perjuangan PAS. Pasal kaedah kita pimpin Kelantan, Kedah dan Perak. Mereka bangga  bagaimana Nizar boleh memimpin PERAK bersama dengan DAP. Mereka kagum.
Maka, apa yang dicadangkan TG Haji Hadi ini memang ‘strategik’. Memang bagus untuk masa depan PAS. Mesti ada penyusunan cadre politik yang baik di kalangan orang Cina (tapi membawa bendera PAS). Kalau ini mampu dilakukan – UMNO akan jadi parti yang lapuk dan tak berkesan. Terus mereka kacau bilau sebab tengok PAS lebih terkedepan dalam perubahan. Ini bukan benda yang mudah untuk PAS lakukan. Tapi kalau boleh buat – Hebat! Ini petanda baik untuk PAS.
Sebab itulah Haji Hadi jadi Presiden. Fikrah beliau langkau zaman. Langkau masa. Kalau Haji Hadi boleh realisasikan bahawa PAS betul-betul for All; ianya suatu perkembangan baik untuk parti Islam. Kaedah kita nak tengok orang kafir pun kena betul. Jangan kita dibodohkan. Macam mana Anak Samy Vellu boleh kutuk UMNO. Semua orang UMNO diam. Bisu. Pekak. Tuli. Boleh ikut aje cakap Samy Bellu yang ‘ngok’ itu. Apa nak jadi dengan UMNO.
Anak Samy Bellu yang pernah dituduh membunuh itupun UMNO jadi gedik dan takut. Kalau pukul Vell Paari; takut Samy marah. Baik diam sahaja. Kan bangang namanya.
Kita berkawan dengan Guan Eng, Kit Siang, Gobala, Tian Chua – atas dasar politik. Dia hormat kita. Sebab kita ada wibawa dan sokongan. Mereka nampak kita hebat dan ada ‘maruah’. UMNO tak ada maruah.
Kalau ikut sirah; Anas r.a berkata:”Seorang anak Yahudi yang berkhidmat dengan Nabi s.a.w telah jatuh sakit, maka baginda s.a.w telah datang melawatnya. Baginda duduk di sisi kepala serta berkata kepada anak itu:”Terimalah Islam (iaitu masuklah kamu ke dalam agama Islam)”. Anak itu melihat kepada bapanya yang berada di sisinya, lalu bapanya itu berkata kepadanya:”Patuhlah kepada seruan Abu al-Qasim ini.“ (mendengar bapanya berkata demikian) dia terus menerima agama Islam (dengan mengucapkan dua kalimah syadahadah). Selepas itu nabi s.a.w keluar dari tempat itu lantas bersyukur kepada Allah dengan ucapan:”Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan dari api neraka.”
Yahudi berkhidmat dengan Nabi SAW. Pernah. Belum masuk Islam pun. Makanya, kita nak kawan dengan Yahudi boleh sebenarnya. Asal, nilai Islam kita tak tercemar. Tapi, bukan dengan APCO….hehe.
Ini sirah. Ada Melayu/Melanau yang suruh penulis tengok Sirah. Ini sirah Nabi. Apa cerita sekarang?
Ayat-ayat al-Qur’an yang disalahgunakan itu misalnya: “Janganlah orang beriman menjadikan orang kafir sebagai sekutu atau pelindung, melainkan orang beriman” (3:28) dan “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai sekutumu; mereka bersekutu satu sama lain. Siapa di antara kamu yang menjadikan mereka sekutu, sesungguhnya dia termasuk golongan mereka” (5:51). Kena tengok asbab. Kena tengok zaman. Kita sesuaikan dengan keperluan masa dan zaman. Yang nak buka sejarah lama PAS tu…jenis tak maju. Kita maju.
Hebat PAS kalau boleh tampilkan bukan Islam sebagai calon. Pening kepala orang UMNO.
* terbayang calon PAS (Cina); tanding di Cheras – kalahkan MCA. pasti hebat….
Entah kenapa, petang Ahad kelmarin tertengok VCD Adnan Sempit yang dibeli oleh anak Saudara. Layan ajerlah. Walaupun cerita tu tak ada makna apapun. Tak bijak pun. Mana ada cerita yang dibuat oleh Cina Metrowealth tu yang bijak. Semua cerita kotor. Naik motor. Rempit. Seksi sini. Seksi sana. Jatuh cinta. Gaduh. Itu sahajalah. Tapi, tak salah jemaah kita tengok cerita macam itu. Bukan apa, buat kita memahami sikap dan gaya bahasa anak muda. Ana suka bab bila adik ipar Bung Mokhtar cakap dengan kawan dia….sikit-sikit dia cakap ‘der…” (agaknya singkatan kepada Brother; dia ambil ‘der’ nya sahaja). Menarik.
Jadi, ana nak sampaikan kepada UMNO Kedah …. PAS Kedah masih kuat la DER….Masih kuat. Tak payah lah si Shafie Apdal tu nak menggila sangat kononnya Kedah nak tergolek dog. Itu semua cakap-cakap politik. Kosong dan tidak ada makna. Semuanya, telahan yang tak ada asas.
Ana nak beritahu, UMNO Kedah sendiri pun cuak dengan pilihanraya. Cuak. Mereka tahu tak boleh nak menang juga. Banyak kawasan – yang mereka menang pun; mungkin kalah semula. Takkan berani mereka nak bertanding dalam pilihanraya. Kalau setakat Det Khalid MB jongang tu….PAS boleh makan mudah. Tak ada wibawa. Kalau, Mukhriz Tun Mahathir tanding DUN; dan mungkin diletakkan sebagai MB kita ada sikit takut. Tapi, tak apa. Anak Tun tak macam Tun. Anak Tun….ada lembik sikit la der. Lembik.
Apapun, Ana nak sampaikan kecewa kepada ADUN PKR yang memalukan Ustaz Azizan kita di depan khalayak. Buka dan telanjangkan masalah depan orang bukan budaya PAS. Cakap terus terang secara peribadi apa salahnya. Ini tidak. Suka nak malukan kawan sendiri. Dia ingat nak bawa amalan PKR dalam kepimpinan kita di Kedah. Mana boleh. Inilah masalah dengan orang PKR; tak boleh nak susah sikit. Susah sikit. Mula nak lompat. Nak dapat Toyota Fortuner ker? Macam TKM Pulau Pinang yang lama, Fairus: diberikan Fortuner, gaji RM15,000 dengan dua orang body guard. Kerjanya apa? Serang kita di seluruh Negara. Penyakit orang PKR ni.
Namakan pada kita orang PAS yang sanggup buat macam itu? Tak ada. Kita tak gila harta. Kita tak mabuk kuasa. Kita tak gila Toyota Fortuner sampai sanggup telanjangkan kawan sendiri. Inilah perangai orang PKR yang Sheikh Anwar latih. Entah apa apa. Jatidiri tidak kuat. Iman cepat luntur. Jiwa perjuangan mudah mengalah.
Kena kaji bagaimana PAS Kelantan boleh bertahan walaupun dengan 1 kerusi. Hebat. Ini tanda perjuangan. Walaupun kalah Pengkalan Pasir; hanya dengan 129 undi – PAS dapat bertahan. Ini baru namanya perjuangan. Bukan macam PKR. Bukan macam ADUN PKR yang lemah ‘syahwat’ politik. Kena jolok – terus tumbang. Kena hulur – terus bergelumang.
Sebuah peristiwa yang menggambarkan kelemahan Khalifah Mu’tassim: “Salah seorang menteri khalifah keluar bertemu dengan Hulagu. Menteri tersebut membawa berita
dari Hulagu iaitu Hulagu membenarkan Khalifah Mu’tassim untuk memerintah Iraq apabila beliau
bersetuju untuk menghadap Hulagu.
Khalifah dan anaknya bertemu tentera Hulagu. Hulagu
kemudiannya menyuruh khalifah memanggil semua pegawai kerajaan dan para ulamak untuk
menemui Hulagu. Setelah mereka datang ke tentera Mongol, kesemua mereka dipancung. Hulagu
sekali lagi mengarahkan khalifah, mengeluarkan arahan perletakan senjata kepada semua
penduduk Baghdad. Khalifah Mu’tassim sekali lagi hanya menuruti perintah. Akhirnya berlakulah
pembunuhan beramai-ramai penduduk Baghdad oleh tentera Mongol termasuklah wanita dan
kanak-kanak. 750 000 – 1 000 000 orang Islam disembelih di Baghdad11.
Keesokannya pada 656 H, Hulagu memasuki Baghdad bersama Khalifah. Hulagu berkata: “Kami
adalah tetamu, berikanlah kami sesuatu hadiah.” Khalifah yang ketakutan menghadiahkan Hulagu
harta yang banyak sekali. Apabila beliau meminta makanan, Hulagu memberikannya hartanya.
Khalifah berkata: “Bagaimana aku mahu memakannya?” Hulagu membalas ”Kenapa tidak kau
membelanjakan benda yang tidak boleh engkau makan ini untuk menyelamatkan rakyatmu dan
untuk tentera yang berjuang menyelamatkan kerajaanmu
?”
Kita jangan mudah tertipu dengan janji manis ‘Hulagu’ yang ada dengan PKR. Bahaya. Mahu tergadai kerajaan kita. Jangan lupa, kerajaan hebat PAS-DAP Perak hancur kerana PKR. Takkan kita nak kena lagi. Haram jadah PKR – kalau ADUN mereka lompat lagi.
* tidak rela diliwat ‘politik’ lagi!
Ana nak tergelak bila dengar Ustaz Idris memberikan kenyataan bahawa UMNO sedang berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai serambi Vegas. Bukan apa, selama inipun ada juga kedai judi. Pak Cik yang pakai kopiah pun ada singgah. Tapi Kerajaan memang tak kuatkuasakan undang-undang pun. Ada undang-undang, tapi tak pakai. Nak buat apa. Itulah tandanya redha dan mengiakan perjudian. Ustaz Idris buat kenyataan yang tepat.
Kalau beria nak buat serambi Vegas; kenapa tidak bagi Vincent Tan tanah – dan buat kasino macam Singapura. Buat dekat Langkawi ke. Barulah makmur. Bukan kita tak tahu, orang kaya UMNO dan orang kaya PKR pun sama juga; sewa kapal di Pelabuhan Kelang – lepas tu main judi atas kapal. PKR dan UMNO sama sahaja perangainya. Dua-dua kaki judi. Sebab tulah Kerajaan PAS-DAP di Perak runtuh. Melayan karenah orang PKR yang gila judi dan gila seks.
Sebab itu ana katakan banyak kali, walaupun apa sahaja orang Melayu nak kata – kerjasama PAS/DAP ini adalah harapan masa depan Malaysia. Melayu yang menggila kutuk DAP itu adalah Melayu kontrak. Melayu yang dah lama telan duit rasuah. Melayu yang bagi makan anak bini dengan najis rasuah. Harap Che Hasnan tak terasa. Bukan mengata dia. Mengata Melayu lain. Ini bukan umpat dan keji. Kena tengok bagaimana Lim Guan Eng tadbir Pulau Pinang. Kena perhati. Kena perhalusi. Elok sahaja. Yang bising semua MAMAK. Bukan Melayu. Mamak ini statusnya apa? Keling Muallaf?
Kalau setakat orang ‘Mamayu’ (Mamak Melayu) nak bising di Penang pasal berniaga dan sebagainya; jangan nak membohong kita lah. Naina, Kadeer, Bapoo, Merican – semua jenis MAMAYU kaki penipu. PAS memang hati-hati dengan puak MAMAYU ni. Bahaya. Melaka dulu runtuh pasal dia orang ni lah. Mendeliar. Menipu. Menggunakan kuasa untuk kekayaan diri sendiri. Nak kutuk kononnya DAP penting CINA; tapi soalnya – Melayu pentingkan apa? Mamak?
Dalam PAS, kita kena objektif. Jangan nak kutuk DAP sampai tak ingat dunia. Sudah-sudahlah tu. Jangan nak bawa sentimen perkauman melampau kat sini. Konon, DAP hina dan pijak Melayu. Habis, apa status UMNO yang pijak Melayu juga? Halal?
‘Kalah Bermaruah’
Banyak juga komen yang marah-marah dengan kenyataan Ana mengenai pilihanraya Sibu. Apa salahnya ana bersyukur dengan kemenangan DAP. Ana akui, ana sayang perjuangan DAP. Luhur untuk demokrasi. Apa masalahnya. Ana katakan Ketua Menteri Sarawak sebagai Sultan Sarawak yang gila harta pun masih ada Melayu Melanau yang sokong. Itu menunjukkan apa? Kurang cerdik? Tidak sedar diri? Masih mahu mencium kaki Ketua Menteri macam Ayah Pin? Bila ana kata bodoh…marah. Baik, ana katalah kurang cerdik.
Ana cakap begitu sebab ana ada di Sibu. Ana perhati. Ana nilaikan. Ana perhalusi. Orang Melayu Melanau memang ‘gila duit’. Ana terus terang. Siapa bagi duit. Dia sanjung. Dia sayang. Itu sahaja politiknya. Tidak lebih daripada itu.
Minta maaf cakap, ana memang dah cadangkan kepada pimpinan pusat untuk terus menyerang Sarawak. Masuk di surau/masjid. Kenalkan diri kita sebagai pejuang Islam sejati. Kita letakkan dalam minda rakyat – bahawa Ketua Menteri Sarawak ini hanyalah ‘Sultan’ tak ada gigi. Kesian. Nak bercakap pun tak berapa betul. Itupun, Melayu Malanau/Iban masih sokong. Pelik tetapi benar.
PAS kena amal sikap ‘Ngap Sayot’ macam DAP. Kita gempur Sarawak. Kita dedahkan segala macam amalan busuk Cahaya Mata Sarawak (CMS). Memang betul nama syaikat macam itu. Kekayaan Sarawak untuk ‘cahaya mata’ Ketua Menteri. Anak Sarawak yang dah jadi macam Mat Saleh. Itupun orang Melayu Melanau nak sokong lagi.
Sudah-sudahlah Che Hasnan dan kawan-kawan nak tarbiyah ana. Cabar Che Hasnan datang ke Masjid Taman Melawati dan berdebat dengan ana. Itupun kalau berani.
Sumbangan Guan Eng kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)

“Hab Pendidikan Cemerlang di Balik Pulau dengan keluasan 200 ekar bakal mewarnai bidang pendidikan Islam suatu hari nanti di negeri ini.  Namun, sekarang projek berkenaan masih dalam perbincangan mungkin dalam tempoh setahun atau dua tahun ia akan siap,” tegas beliau.

Umat Islam harus berbangga kerana dengan peruntukan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun lepas telah membolehkan Madrasah Al-Aminiah mewujudkan makmal sains untuk pelajarnya.

Beliau berharap Kerajaan Pusat memperuntukkan kepada SAR untuk mengubah suaian serta membangunkan institusi SAR pada masa depan kerana bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri terlalu kecil.

“Setiap tahun peruntukan akan diberikan, contohnya tahun sudah Madrasah Al-Aminiah berjaya membina makmal sains. Pembelajaran sains juga wajar dipertingkatkan pembelajaran di SAR supaya pelajarnya boleh berjaya dalam kedua-dua bidang sekali gus,” tambahnya.

Bantuan kali ini meliputi Maadrasah Manabil Ulul sebanyak RM197,000, Madrasah Al-Irsyad Al Asyraf Al-Watanaiah (RM159,000), Madrasah Al-Aminiah (RM183,000), Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah (RM166,275), Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) sebanyak RM120,000.

Sekolah Menengah Othmaniah (RM90,000), Institut Pengajian Ar-Razi (RM70,000), SABK Khairiah Islamiah (RM23,000).

Manakala SABK Al-Masriyah (RM30,000), SABK Wan Jah (RM13,000), SABK Faqiyah Daimiah (RM22,000), SABK Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiyyah (RM25,000), SABK Daeratul Maarifil Wataniah 1 (RM25,000), SABK Daeratul Maarifil Wataniah 2 (RM19,000), SABK Al-Mashoor Islami (RM25,000), SABK SMATI (RM22,000), SABK Al-Imam An Nawawi (RM3,000), Sekolah Menengah Al-Itqan (RM96,275) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum sebanyak RM45,000.

Ini pun MELAYU PERKASA dan MAMAYU nak bising lagi? DAP tolong Melayu; tolong orang Islam pun jadi DOSA? Sudah-sudahlah, kembalilah ke jalan yang benar. Berikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada PAS dan DAP. PKR? Biar dia selesai masalah LIWAT dulu. Dah selesai. Mandi junub. Barulah boleh berkawan semula.

Jangan suka nak tuduh DAP rasis. Hangpa lagi RASIS!

# MAMAYU….hati-hati dengan mereka ni. lidah bercabang. cakap berbelit.

Ana cukup rasa gembira bila membaca harakahdaily pagi ini. Nampaknya, Ustaz Ketua Pemuda PAS baru bangun daripada lena dan tidur yang panjang. Sebagai Ketua Pemuda agaknya dia baru sedar bahawa jadi Ketua Pemuda bukan seronok-seronok duduk depan setiap masa. Bukan seronok-seronok jadi VVIP. Bukan seronok-seronok ke hulu hilir; tanpa ada garis perjuangan yang tepat dan kental. Tidur agaknya Pemuda PAS selama ini.
Demonstrasi JUDI dan KONSERT PITBULL barulah nampak sikit bunga-bunga perjuangan Pemuda PAS. Kalau tidak. Tidur, setidur-tidurnya. Macam tak berpenghuni. Saat Ketua Pemuda UMNO macam dibuang Negeri oleh UMNO pun; Pemuda PAS tak boleh nak bangkit dan melawan. Zaman ini kena pandai pilih isu. Kena bijak pilih isu yang mampu mengembalikan kekuatan parti. Bukannya isu bodoh yang tak mampu nak tarik orang ramai. Kena cari isu baru. Isu judi memang menarik. Walaupun ramai orang Melayu beli nombor – kawan jemaah PAS sendiri pun ada yang beli nombor. Siap pakai helmet lagi. Tapi, ini soal perjuangan parti. Kita kena bantai kerajaan bukan sebab dia benar judi kepada orang Cina. Kerana kita faham dan menegakkan ideal negara Islam. Itu yang penting.
Ana dah bosan nak cakap pasal Pemuda PAS. Ketua Pemuda PAS nampak ‘berat’. Nampak tak larat nak bawa beban. Nampak letih. Nampak tak bermaya. Akhirnya, jentera jadi macam kaku dan tak menentu. Di Perak, apa Pemuda PAS buat? Di Kedah, apa Pemuda PAS buat? Waima di Kelantan, mana Pemuda PAS? Takkan nak harap pada kasihan dan simpati orang sahaja. Di Johor – lagilah sangat. Langsung tak ada pergerakan. Nak menang macamana?
Di Wilayah Persekutuan – barulah nak tunjuk muka dekat Balai Polis Chow Kit. Jumpa Mak Nyah. Untuk apa? Tarbiyah? Mereka jadi pengundi ke? Kalau jadi baguslah. Jangan buang masa dengan Mak Nyah ni semua. Buang karan ajer…kata orang kampung ana.
Tapi – ada juga di kalangan jemaah kita yang tanya; kalau judi untuk orang bukan Islam sahaja; di mana salahnya? Apakah judi itu menjadi masalah besar kepada orang bukan Islam? Oklah, kalau ada isu ah long dan sebagainya; orang Islam yang tak main judi pun ada pinjam ah long. Derita seisi keluarga. Ada PAS bantu dan tolong. Ini kata seorang jemaah kita juga, payah Ana nak jawab.
Soalnya, di kalangan bukan Islam di dalam PR sendiri menunjukkan sikap yang anti judi. Ini kita kena beritahu pada kerajaan. Ramai pemimpin bukan Islam di dalam PR yang menolak keperluan judi ‘halal’ ini. Tapi, kerajaan tak bagi komen apa pun. Macamana tu?
Ana cuma nak ingatkan kepada Pemuda PAS – bagus jika kita dah mula ‘cerdik’ dengan isu; tapi jangan buat separuh jalan. Lawan, kita mesti lawan habis-habisan. Ajak rakyat ke tengah jalan. Letak cerita liwat ke tepi. Liwat kita tak setuju. Itu kes peribadi. Tapi, judi ini adalah kes besar. Kes ummah. Makanya, memang layak Pemuda PAS lanyak dan lawan.
Sebelum itu, cuba Pemuda PAS perhati sikit di negeri yang PR pimpin. Selangor dah banjir dengan rumah urut. Depa kata, ‘body to body’. Ana tak pernah cuba. Tak teringin pun.
Kedah pun dah tutup ke semua kedai judi dan arak? Bagaimana dengan Langkawi? Botol arak banyak bertebaran. MB tak nak perjuangkan?
Kelantan penuh dengan miskin. Mana penting; lawan judi atau lawan kemiskinan di kalangan orang Islam? Ana tak pandai fiqh awlawiyyat ini. Siapa boleh ajar dan sentuh – ana alu-alukan. Dalam berkerajaan – yang mana lebih penting?
Ana harap sangat Pemuda PAS lawan kes judi berhabisan. Ajak PKR. Kalau depa tak nak – tak apa. Depa ni sibuk dengan kes LIWAT sahaja. Bila ajak lawan bab JUDI; mula tak berapa nak bersungguh.
* ana suka juga ‘body to body’; tapi dengan isteri.
Alhamdulillah, walaupun penat masih terasa – ana mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan jamaah PAS yang telah bekerja kuat di Sibu. Kita betul-betul gempur kubu kuat BN. Habis semua kita gasak. Tak larat mereka nak berlawan dengan kita. Dengan semangat Badar dan Uhud, kita dah tawan Sibu dengan cukup berkesan. Berterabur jentera Ketua Menteri Sarawak yang tak ada gigi itu. Mesti dia meratap kalah di Sibu; bagai nak gila. Sebab itulah, dalam Islam kita jangan gila kuasa. Tak tahu apa lagi yang si Taib Mahmud ni nak. Segala harta Sarawak dah jadi harta dia. Nak lagi kekal jadi Ketua Menteri.
Taib Mahmud dengan Pak Lah, lebih kurang sama. Lembik. Dah relai. Tapi masih nak kekal kuasa (pada suatu ketika). Masih nak sayangkan menantu. Masih nak jaga kekayaan keluarga sendiri. Akhirnya, tumpas di tangan Najib. Padan muka.
Taib Mahmud macam Sultan di Sarawak. Segala macam kepentingan Negeri dan jadi kepentingan keluarga. Siapa tak kenal syarikat-syarikat keluarga Taib Mahmud. Semua kaya raya. Sedangkan orang Iban dan Melayu Melanau dia tinggal macam tak ada kepentingan. Padan muka. Rasakan gelombang rakyat.
Kemenangan DAP memang kita dah jangka. Tapi, kita jangka menang hampir 2,000. Kiraan akhir, selepas program PAS di Gereja menunjukkan mereka bersama kita. Walaupun mereka pergi jumpa PM; akhirnya mereka kembali juga menyokong Pakatan Rakyat. Strategi GEREJA kita menjadi. Strategi Khalid Samad menjadi. Strategi PAS untuk menjadi lebih terbuka dan mesra agama lain menjadikan kita sangat dihargai.
Orang Melayu/Melanau masih ‘tidak cerdik’ (bodoh) politik. Masih nak sembah air kaki Taib Mahmud. Tapi tengok politik orang Cina; lu ada duit – belum TENTU gua sokong lu. Kalau semua orang Melayu/Melanau ikut strategi politik Cina – kita dah merdekakan Sarawak. Merdeka daripada cengkaman kekayaan Taib & Keluarga.
Al-Qur’an al-Karim dengan jelas menyatakan secara berulang kali bahawa Islam merupakan agama yang bersifat ‘universal’ sehingga mengulang sebanyak lebih 70 kali kalimah al-‘alamin yang membawa maksud alam sejagat atau sekalian alam. Menurut Qatadah sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya kalimah al-‘alamin merupakan perkataan jamak bagi alam yang bermaksud semua yang wujud melainkan Allah SWT.
Tapi Melayu/Melanau dan Orang Iban masih lagi belum matang. Belum cerdik. Nampak duit RM10 pun dah menggigil. Habis sokongan kepada kita. Tapi sebagai parti Islam, kita tekad dengan usaha nak merdekakan orang Sarawak daripada kebodohan politik. Bodoh boleh belajar. Tapi kalau bodoh sampai tak tahu nak bezakan baik dan buruk; ini belum masuk akil baligh politik nampaknya.
Kita terima kasih kepada orang melayu/melanau yang halau kita daripada rumah. Kalau halaupun, orang gereja terima kami. Dengan tangan terbuka. Jenis Islam yang tak tahu menyayangi saudara segama. Kita nak nasihatkan orang melayu/melanau – jangan sampai tidak boleh berfikir dengan betul. Kalian masih lemah politik. Tak faham dengan isu. Lepas itu, beri sokongan kepada orang yang salah.
PAS semakin hidup di bumi Kenyalang. Semakin hidup. Kita ada harapan nak tawan Sarawak. Dengan syarat, kena ‘cerdikkan’ orang Sarawak.
* sujud syukur dengan kejayaan DAP.

Alhamdulillah, sempat juga ana parking kereta di Masjid Wilayah Persekutuan untuk bersama dengan Haji Hadi dan Nasaruddin Tantawi ke mahkamah pagi ini. Kalau tidak melepas. Selepas TG Nik Aziz hadir tempohari; inilah kali kedua pimpinan PAS Pusat mengambil ‘langkah’ bersama dengan Anwar dalam kes liwat ini. Alhamdulillah, ini juga sekaligus bermakna kita tidak meninggalkan Anwar Ibrahim seorang diri. Sebagai kawan yang setia, kita akan bersama waktu susah dan senang. Waktu timbul dan tenggelam.   Sewaktu berjalan ke arah mahkamah, ramai Polis yang kelihatan di sepanjang jalan. Tak tahu takutkan apa. Nak kata ada perhimpunan – memang tidak rancang pun. Kalaupun ada di kalangan sahabat PKR yang hantar e mail dan risalah; tetapi di peringkat PAS – kita setuju bahawa belum masanya kita ajak penyokong turun ke jalan. Belum sampai masanya. Kita nak tunggu dahulu bagaimana suasana kes hari ini.   Nampak baik. Tak salah nampaknya Anwar mengambil Karpal Singh sebagai peguam. Tak terjawab mamat jambu itu dengan soalan Karpal. Merah padam muka dia. Habis, Hakim dan Pendakwaraya Karpal lanyak semacam. Memang ganas Singh Tua ini. Dia tak fikir panjang. Dia main gasak sahaja.   Persoalan penting tadi adalah samada perkara itu berlaku secara ‘paksa’ atau ‘sama-sama rela’. Walaupun kalangan rakan-rakan PKR seronok semacam sahaja; tetapi Haji Hadi nampak dalam pandangan yang lain. ‘Makin payah’, bisik Haji Hadi kepada Ketua Pemuda PAS. Tantawi nampak macam tak faham. Kalau semua orang happy; patut PAS juga tumpang seronok. Tapi Haji Hadi nampak pandangan berbeza.   Tantawi belum faham. Waima sewaktu bergerak ke lif pun, Tantawi masih pening lalat. Apa sebenarnya yang Haji Hadi maksudkan sebagai ‘makin payah’.   Di dalam lif, yang hanya diisi oleh beberapa orang penyokong PAS dan beberapa orang anggota Polis; Haji Hadi bertanya ana dan rakan-rakan. ‘Antum tahu apa implikasinya’? Semua tak tahu, geleng kepala. Ana jawab, implikasinya bagus. Kes gugur. Anwar akan terus menjadi sasa secara politik.   Haji Hadi sangkal. Tidak semestinya. Ana tak faham. Sampai bawah, Haji Hadi bercakap perlahan:-   ‘Anwar dengan sendirinya dianggap sebagai seorang homoseksual. Dosa sodomi lain. Dosa homoseksual pada mata rakyat lain. Apakah PAS sedia bekerjasama dengan seorang homoseksual’?. Semua terdiam dan terpaku. Tak sangka, beza huruf ‘B’ dan ‘C’ itu mendatangkan makna yang berbeza.   Ana kagum dengan Haji Hadi. Bacaan politiknya dahsyat. Jauh dan kemas. Memang betul perwakilan membuat keputusan memilih TG Haji Hadi sebagai Presiden.   Justeru, apa kes kita ni? Nak sokong tukang sodomi pun salah. Nak sokong homoseks pun tak betul.   Kita serah kepada pimpinan.   Tapi dalam hukum, jelas mengatakan: ‘Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, Dan kamu
tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan
kamu adalah orang-orang yang melampaui batas” (QS. As-Syu’ra : 165-166
)

Bahkan Homoseksual jauh lebih menjijikkan dan hina daripada penzinaan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

أقتلوا الفاعل والمفعول به (حديث صحيح أخرجه أبو داود والترمذي)

Artinya:

Bunuhlah fa’il dan maf’ulnya (kedua-duanya) (HR. Abu Daud dan Tirmidzi) WALLAHU’ALAM BIS SAWAB.

Laman Berikutnya »