Jun 2013


Ana cukup puas hati dengan prestasi kalangan wakil rakyat kita, khususnya dari Kelantan dalam minggu pertama sidang parlimen. Pada ana, prestasi wakil rakyat Kelantan memang bagus. Ada jiwa TRW.

Memang kita agak, Anuar Musa akan diberikan peranan sebagai tukang pukul di Parlimen. Tapi kita kena siapa Anuar Musa. Banyak isu. Banyak skandal. Banyak cerita.

Sebab itu, apabila YB Takiyuddin (Kota Bharu) bangun untuk mencabar Anuar Musa, dia terdiam dan tidak boleh menjawab. Mula bersilat entah apa-apa.

Hebat. Cukup hebat. YB Izani. YB Siti Zailah. YB Takiyuddin. YB Dr Hatta. YB Nil Abduh. Fuhh. Ini semua pendekar kita yang hebat membawa isu Kelantan dan rakyat.

Ana yang ada dikawasan atas pun, melihat bagaimana pemerhati rasa kagum dengan ketinggian ilmu kalangan wakil rakyat Pas. Kagum mereka. Bawa ayat Quran. Beri tamsil yang jelas. Inilah yang kita harapkan.

Prestasi wakil rakyat lain, Terengganu misalnya – lemah. Pada ana cukup lemah. Tak bermaya. Pokok Sena, pakai hujah sama. Tak maju.

Temerloh ada potensi. Kuala Nerus pun ok. Hak lain, setakat penuhkan kerusi sahajalah. Minggu hadapan ana pergi lagi, sebab ada YB sponsor bilik dan makan di Hotel Maya. Hotel mahal sheikh. Blogger Pas pun sudah ada harga tau. Jumpa hari isnin sheikh. Ana nak turun makan sushi.

Advertisements

us asean business councilSiapa yang mendengar ucapan Ketua Juak UMNO Kelantan di Parlimen pagi tadi pastinya kecewa, sebab kuat sangat Jeli ni nak masukkan orang luar berniaga di Malaysia. Bersungguh benar mempertahan TPPA. Agenda siapa yang kuat sangat nak pertahan ni?
Ana tengok, dalam isu TPPA ini, kerajaan nak sangat TPPA masuk dipersetujui antara Malaysia dan Amerika.
Petang semalam, peniaga-peniaga Amerika dibawa ke Parlimen. Untuk apa? Lobi untuk berniaga? Itupun boleh dibenarkan.
Ana dimaklumkan oleh ramai penyelidik BN di Parlimen, antara yang kuat sangat mahukan TPPA ini adalah Duta Besar Malaysia ke Amerika. Di atas tujuan apa?
Kita harap sangat, jangan bersungguh sangat nak bawa orang putih masuk ke negara kita sampai tak boleh nak control. Ranap ekonomi kita nanti.
Cuba kita tengok siapa di dalam US Asean Business Council ini:-

Mr. Maurice Greenberg Chairman & Chief Executive Officer C.V. Starr & Co., Inc. Mr. Roderick M. Hills Chairman Hills Companies
Mr. Muhtar Kent Chairman & Chief Executive Officer The Coca-Cola Company Mr. Charles Williamson Former Chairman & Chief Executive Officer Unocal Corporation
  • J. William Ichord * (Secretary) Vice President, International Government Affairs ConocoPhillips
  • Cathy Novelli Vice President, Worldwide Government Affairs Apple
  • Jake Jennings Executive Director, International External & Regulatory Affairs AT&T
  • Paul Weida Vice President- Director Government Affairs Black and Veatch
  • Greg Saunders Senior Director, International Affairs bp
  • Abraham Klaeijsen President & Regional Director Cargill Asia Pacific Ltd.
  • Kevin Thieneman President, Caterpillar Asia Caterpillar, Inc.
  • George L. Kirkland ** Vice Chairman of the Board and Executive Vice President of Upstream and Gas Chevron
  • Michael Zink President, ASEAN Citi
  • Joe Maruschack President, Asia-Pacific ConocoPhillips
  • Robert Gilby Managing Director, Southeast Asia Disney
  • Pat Dawson Asia Pacific President Dow Chemical Company
  • Emma Cochrane Vice President, Asia Pacific, Africa & Power ExxonMobil
  • Karen Reddington Regional Vice President, South Pacific Operations FedEx Corporation
  • Larry A. Bolander Vice President, Southeast Asia Fluor Corporation
  • Stephen Biegun Vice President, International Government Affairs Ford Motor Company
  • W. Russell King * Senior Vice President, International Relations & Federal Affairs Freeport McMoRan Copper & Gold, Inc.
  • Nick Nash Director, General Atlantic Singapore Fund Pte. Ltd. Principal, General Atlantic
  • Karan Bhatia * Vice President & Senior Counsel, International Law & Policy General Electric Company
  • Martin Apfel President, Southeast Asia Operations General Motors
  • Ralph J. Gerson President & CEO Guardian Industries Corp.
  • Jerry Cook Vice President, International Trade HanesBrands
  • Elizabeth Hernandez Vice President, Government Affairs HP
  • Stephen Braim * Vice President, Government Programs IBM Growth Market Units
  • Anjan Ghosh Regional Director Intel
  • Leslie Mancuso President & CEO Jhpiego, an affliliate of the Johns Hopkins University
  • Richard Andrew Vice President, Public Policy Mastercard
  • Samir Khalil Executive Director, International Policy Merck & Company
  • Pradeep Pant President, Asia Pacific Mondelēz
  • Shakilla Shahjihan Regional Corporate Affairs Lead Monsanto Company
  • William Ennis Director, International Business Development Northrop Grumman Corp

Ana ucap takziah di atas pemergian ADUN/Exco Negeri Terengganu tadi. Pada ana, inilah kuasa Allah. Dalam pada kita diberikan pangkat. Hebat. Dinaikkan ke jawatan Exco. Akhirnya, dipanggil Allah jua.
“Mereka merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya),  Dan Allah sebaik-baik perancangan.” (Surah Ali Imran, 3:54)
Sekarang ini, orang yang paling cemas di Terengganu adalah Mat Said. Takut betul dia. Lutut kanan dan lutut kiri berlaga. Mana tidak, kalau kita menang, jawabnya dia pun jalan sekali.
Nampak sangat Allah SWT merestui perjalanan politik kita. Sampai kena buat pilihanraya kecil tak lama lagi.

Ana tak sabar nak ke sana ni. Ada peluang seri. 16 sama. Phewwit.

Reply
Forward

perutDewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap cadangan  Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk  Seri Salleh Mat Rasid yang mahu menggunakan bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara terutamanya Himpunan Black  505 pada Sabtu ini sebagai tidak rasional dan relevan.
Bagi DPPWP, cadangan Salleh keterlaluan kerana menganggap perhimpunan tersebut sebagai suatu ancaman kepada negara dan dengan menggunakan  tentera bererti nyawa dan keselamatan rakyat terutama peserta himpunan  dalam keadaan bahaya

“Mungkin  kenyataan Salleh hanya suatu provokasi bagi  menakut-nakutkan rakyat agar menjauhi perhimpunan aman yang dijadualkan  pada Sabtu ini,” ujar Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz  dalam satu kenyataan.

Justeru, tanya beliau apakah pihak polis tidak pernah menangani  perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini sehingga terfikir untuk menggunakan khidmat tentera.

Ana nak tergelak pun ada dengan cadangan Pengarah ni. Macam teruk benor la rakyat Malaysia ni. Nak ditembaknya ke rakyat Malaysia yang berkumpul besok ni? Hilang akal? Nak jadi Bashar Asad?

Pada ana, tak perlu kita risau. Dalam askar pun bukan semuanya menyokong mereka. Ambil contoh di Parlimen Setiawangsa, berapa banyak undi askar kita dapat. Relak jer. Askar pun dah naik menyampah pada mereka.

Itu belum masuk kawasan lain. Banyak undi kita dapat. Undi askar bukan 100 peratus mereka punya. Itu tanda askar pun dah sokong kita.

Kita senyum sahaja bila jumpa abang askar esok.

Majoriti abang askar pun dah gedempol. Tak larat nak kejor kita. Gedempol sebab tak ada kerja. Makan. Tidur. Kursus. Makan. Tidur. Kursus. Makan. Tidur. Kursus. Itu sahaja kerjanya pun.

Ana merujuk kepada tulisan Abang Sayuti dalam blog beliau.

http://msomelayu.blogspot.com/2013/06/molehah-kalau-pusat-kelantan-bina-lebuh.html#more
Hanifa juga menjelaskan sehingga ini kerajaan Kelantan berjaya mengumpul dana sebanyak RM2 juta dari orang ramai, di mana sasaran derma dari  orang ramai sebanyak RM50 juga sebagai modal asas membayar konsultan dan sebagainya. Semua derma itu dimasukkan ke dalam akaun Baldan Toyyiban  (Prasarana).
Dalam pada itu menurutnya kerajaan Persekutuan menerusi Wilayah Ekonomi  Pantai Timur (Ecer) juga bersetuju untuk membina lebuh raya dari Kota  Bharu – Kuala Krai. Untuk tujuan ini Ecer telah pun mengeluarkan tander.
Jelas Hanifa lagi kerajaan persekutuan juga ‘meminta’ untuk membina  keseluruhan lebuh raya berkenaan dan mahukan persetujuan kerajaan  Kelantan. Satu mesyuarat akan diadakan di antara kerajaan Persekutuan  dan kerajaan negeri membincang perkara itu lebih lanjut.
Perkembangan berhubung lebuh raya itu nampak postif untuk rakyat  Kelantan. Sekiranya kerajaan Persekutuan ikhlas untuk membina, tidak ada sebab untuk Kerajaan Kelantan membantan ataupun mengenakan apa-apa  syarat yang mengagalkannya.
Macam ini kan bagus, Kelantan kalah, tapi BN masih lagi nak buat lebuhraya. Dah janji. Mesti tepati kan.
Jangan Lupa Tujuh Projek
Tujuh projek itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan  peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.
Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu,  pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh  memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.
Ana harap gomen buat semua projek yang dah janji. Jangan buat-buat lupa pulak.
Ana tahniah kerana kita dapat kumpul RM2 juta. Banyak tu!

as sajjadKenyataan  Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Timbalan Pesuruhjaya III Pas  Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mahu melihat pengikut PAS  khasnya dan masyarakat Malaysia amnya untuk bersama-sama mengekang  penularan virus aqidah Syiah dikalangan umat Islam.

Katanya,  masyarakat ISLAM di Malaysia perlu menjaga dan mengukuhkan pengangan  Ahli Sunnah Wal-Jama’ah bagi mengelakkan kesan buruk sepertimana yang  berlaku di Suriah (Syria).

Walaupun  kenyataan ini boleh dikira positif, namun kami masih lagi menunggu  tindakan yang tegas diambil oleh kepimpinan PAS dalam partinya. Ini  kerana, ucapan seperti ini bukanlah kali pertama yang pernah disebutkan  oleh kepimpinan parti yang kuat mengatakan mahu mengantikan UMNO pada  PRU13 yang lalu. Sebaliknya sarana untuk menyekat pengaruh Syiah dalam  PAS sudah diucapkan berpuluh-puluh tahun yang lalu…

Ana lihat ada blog yang membicarakan isu ini secara terperinci:-

http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/06/isu-syiah-dalam-pas-toksah-banyak.html

Pada ana, kita perlu tangani isu syiah ini secara halus. Pendekatan tidak boleh kasar. Pendekatan perlu dengan proses tarbiyyah yang berterusan.

Ana setuju juga, ada ketika kalangan ahli Pas aliran syiah ini memang banyak membantu parti. Kalau bab protes. Kesungguhan turun ke jalan. Komitmen berdepan dengan kerajaan zolim, mereka memang nombor wahid. Handal. Solat pun kerap (walaupun letak batu).

Tapi pada ana, untuk jangka masa panjang, Pas perlu membawa aliran sunni. Bukan soal keras atau lembut. Tapi soal pengaruh politik. Kita nak dapatkan undi orang melayu/islam, jika membawa aliran yang keras, akan membuatkan orang lari.

Kena hati-hati. YB Nik Amar pada ana, ada niat baik. Tak payah lah kita syarah dia isu syiah/sunni. Dia pakar. Dia mengajar comparative religion waktu di Uiam. Bukan kecil anak.

Pada ana, kumpulan yang beraliran syiah seperti Sajjad Movement ini adalah malapetaka kepada Pas. Tak perlu layan.

Dalam pada kita nak kurangkan syiah, ada juga kalangan orang UMNO yang nak bangunkan syiah. Ok sangat lah tu.

Nik AbduhApa yang berlaku kepada Husam di dalam arena politik Pas Kelantan ini adalah perkara biasa. Dalam politik, kalau laju sangat, itulah jadinya. Kemungkinan terpelecok itu memang tinggi.

Kita akui, memang Husam mempunyai pengaruh dalam Pas. Khususnya orang muda. Mereka suka Husam. Imej orang kaya. Duit banyak. Karismatik. Memang menjadi idaman ramai ahli kita yang muda. Mereka nak jadi kaya seperti Husam. Karismatik seperti Husam.

Tapi, dalam pada karismatik, Husam tidak pandai jaga diri. Terlalu kuat membawa imej Anwar. Bukan Tok Guru. Walaupun lama rapat dengan Tok Guru, zuhud Tok Guru tak sampai pada Husam.

Cakap-cakap jamaah di bawah, kali ini Nik Abduh adalah harapan baru kepada Pas. Lupakan Husam. Lupakan Mahfuz. Lupakan Salahuddin. Kita perlu ada pemimpin baru.

Nik Abduh ini mempunyai pandangan politik yang sangat luar biasa. Malah, ada yang kata, pendirian politik Nik Abduh mempunyai nilai seorang pemimpin besar. Ada juga teman yang menyamakan Abduh dengan Hassan Rouhani (pemimpin Iran yang baru dipilih sebagai Presiden).

Pemikiran yang moderat. Tenang. Pandai mencari kerjasama. Ini semua antara yang menyebabkan Rouhani menang di Iran. Abduh ada ciri-ciri ini. Tenang. Bijak berkata-kata.

Untuk Nik Abduh naik di dalam Pas, kita semua perlu bantu menaikkan dia ke tempat yang tinggi. Pada ana, Naib Presiden adalah satu tempat yang afdal untuk Nik Abduh. Ikon orang muda. Asal Kelantan. Bijak. Ini calon pemimpin yang kita perlukan.

Nik Abduh perlu diketengahkan sebagai Naib Presiden, dan menjadi suara penting kepada orang muda di dalam parti. Ana diberitahu, memang ada orang Anwar yang tak senang jika Abduh naik di dalam Pas. Sebab apa, ana tak pasti. Tapi dikatakan kerana Nik Abduh kerap mengkritik Anwar.

Laman Berikutnya »