April 2009


Alhamdulillah, seronok dengan usaha pencalonan jawatan No 2 yang semakin hangat dan menarik perhatian, sampai akhbar ‘arus perdana’ pun seronok nak cover cerita PAS. Ada pulak yang cadangkan, SPRM pantau pemilihan PAS – apa dia orang ingat, pemilihan kita ini ‘hina’ macam pemilihan UMNO ke? Hampeh betul depa ni.

Kita nak beritahu, jangan underestimate kemampuan kita nak memilih pemimpin kita sendiri. Kita tidak payah ada politik wang. Kita tak perlukan politik beli jiwa. Kita tak perlukan pemimpin yang ‘senyum memanjang’, tapi hakikatnya bangang dan tidak ada idea memajukan parti. Dalam PAS, takkan ada usaha untuk ‘disqualify’ orang lain, sebab takut dengan bayang-bayang sendiri. Lepas tu heboh kononnya tidak terlibat dengan ‘konspirasi’ apapun. Sampai kiamat, orang akan lihat kita sebagai pemimpin yang bacul dan pengecut.

Ustaz Nasharuddin Mat Isa – adalah antara ‘incumbent’ yang paling berani dan berhadapan dengan realiti pertandingan. Tidak macam Mahiaddin Yassin yang ‘semput’ nak kalahkan Ali – sampai main ‘khianat’ dan konspirasi. Ustaz Nasharuddin Md Isa – pemimpin sebenar. Yang sanggup berdepan dengan siapapun jua. Menang kalah, ketentuan Ilahi. Tak perlu panggil Lembaga Disiplin atau SPRM.

Pertandingan dalam PAS berlaku secara ‘beradab’. Tidak perlu ada usaha bentes-membentes. Tidak perlu ada pelaburan wang yang menggila. Kita ‘straight forward’. Kita pilih berdasarkan ‘garis nilaian’ yang tidak ada dalam parti lain. Kita tengok banyak faktor. Kita tengok banyak ciri. Bukan setakat menantu orang itu atau orang ini. Bukan anak Presiden atau tidak. Bukan kira ikut negeri dan sebagainya. PAS suci daripada segala kekotoran yang tidak wajar ini.

Dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS, setakat ini yang ‘mengonfirmkan’ bertanding adalah: Ustaz Nasa, Husam Musa, Dr Hasan Ali, Salahuddin Ayub dan Mad Sabu. 4 calon ini adalah tokoh Timbalan Presiden, Mad Sabu – kita boleh anggap sebagai calon ‘kambing hitam’ atau ‘calon cap ayam’. Tidak tahu apa sistem untuk menilai pemimpin bagi bahagian yang mencalonkannya. PAS tidak perlu loudspeaker di peringkat kepimpinan. Kita tidak perlu orang yang ada kredibiliti tunggang-langgang ada sebagai pemimpin. Perlu diingat, ini jawatan no 2 dalam parti. Apa terjadi nombor 1, nombor 2 ambil alih. Rasa macam tak logik akal – Md Sabu jadi ‘Pemangku Presiden PAS’ (kalau ada apa terjadi).

Kalangan ahli PAS jangan cuba nak ‘bermain-main’ dengan pencalonan yang sebegini penting. Jangan bermain dengan beratnya amanah dan tanggungjawab. Tuan punya diri, patut tampil dan menolak pencalonan seberapa segera. Jangan biar parti jadi mainan politik seperti ini. Ukurlah baju di badan sendiri.

Ustaz Nasha memang ada kredibiliti dan kemampuan. Sayangnya, ada tingkah laku yang kurang digemari oleh perwakilan; khususnya dengan signal politiknya yang mahukan usaha berbaik dengan UMNO diusahakan segera. Setakat ini, mungkin dengan maklumat dan pemahaman yang salah – ramai kalangan ahli PAS yang tak mahu usaha ini diteruskan.

Husam Musa adalah calon ‘favourite’ setakat ini. Tapi, sayang – di dalam facebook sudah ada gerakan yang dinamakan sebagai ‘Say NO to Husam’. Husam, menurut mereka yang percaya dengan gerakan ini, terlalu KAYA dan tidak membawa imej perjuangan PAS. Husam, diibaratkan sebagai ‘tokoh korporat’ yang menidakkan perjuangan. Benarkah begitu? Kalau betul, Husam kaya raya, apalah salahnya? Kalau kekayaan tersebut dibalikkan kepada parti – tidakkah PAS beroleh untung?

Dr Hasan Ali juga ada kekuatan tersendiri. Demikian juga dengan Salahuddin Ayub; yang digelar kalangan ahli/perwakilan PAS sebagai Ketua Pemuda Slow. Nampak lembut, tetapi sangat berjurus dalam tindakan politik.

Kita mahu semua ahli ada kesedaran bahawa pemilihan kali ini sangat penting. Kita akan mencari saf terbaik yang mampu berhadapan dengan kerajaan. Kita mahukan saf yang bersih dan mampu membantu parti. Jangan pilih pemimpin rosak moral, walau sekecil manapun sekali. Ini masanya, kita memilih yang ‘terbaik’ di kalangan yang baik.

Apa yang diperkatakan oleh Mahfuz mengenai kenyataan Nik Abduh nampak seakan ada ‘dendam kesumat’ yang tidak pernah padam. Kenapa dan mengapa? Apakah perlu seorang yang masih ‘junior’ seperti Mahfuz ingin menidakkan kepimpinan TG Nik Aziz? Apakah sudah hilang rasa hormat? Apakah sudah hilang rasa sayang kepada alim ulama’?

Mahfuz seakan cukup naik angin dengan tulisan Nik Abduh (di nikabduh.wordpress.com) yang menganggap ada pihak di dalam pejabat ayahandanya yang cuba meretakkan hubungan antara TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi. Kenyataan Nik Abduh memang cukup pedas, termasuk menganggap tindakan sedemikian sebagai dosa yang berpanjangan. Takkanlah secara tiba-tiba, Nik Abduh nak berkata demikian, sekiranya tidak ada sesuatu yang sedang berlaku di peringkat atasan, mahupun di dalam pejabat TG Nik Aziz sendiri.

Nik Abduh mengatakan bahawa faham Tok Guru mengenai Unity Government ini sudah diselewengkan oleh beberapa orang kakitangan pejabat TG Nik Aziz sendiri. Mereka sengaja mahu untuk ‘mewujudkan’ suasana yang sukar antara keduanya – sebagai jalan untuk memuliakan diri mereka sendiri. Hina sungguh perangai dan fiil mereka ini.

Sayangnya, kenapa Mahfuz yang naik angin. Atas asas dan alasan apa? Kenapa jadi begitu? Apa dendam lama yang Mahfuz belum selesai dengan Tok Guru? Apa kesumat lama yang masih belum selesai antara keduanya. Mahfuz, dengan bongkak mengatakan bagaimana dia sendiri pernah berselisih faham dengan TG Nik Aziz sebelum ini. Tidak ada kesan apapun kepada parti? Bongkak sungguh manusia bernama Mahfuz ini.

Sebagai ahli PAS, kita minta kalangan pimpinan PAS – khususnya yang masih muda meletakkan ‘hormat, kasih dan sayang’ kepada ulama’ lama di tempat yang sebaiknya. Jangan kerana kita muda, jangan kerana kita rasakan kita sudah kuat, jangan kerana kita sudah rapat dengan Anwar – ulama’ parti sendiri nak dihumban ke dalam longkang. Jangan terlalu kurang ajar dengan ulama’. Jangan anggap diri sudah sempurna. Apa sumbangan Mahfuz kepada kekuatan PAS sekarang ini? Sewaktu kalah, dan menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan – jentera penerangan parti hampir lumpuh dibuatnya. Jalan terbaik – membina jambatan dengan Anwar (yang sudah mula punya kekuatan di dalam PAS).

Blog ini amat berharap, kalangan pemimpin muda PAS masih menaruh rasa hormat kepada kelompok ulama’. Nik Abduh hanya membayangkan apa yang sebenarnya berlaku di peringkat kepimpinan PAS. Sebagai anak, dan lebih lagi sebagai ‘ahli’ PAS – Nik Abduh punya ‘locus standi’ (bahasa mahkamah) untuk mempertahan ayahanda dan perjuangan PAS. Kalau ada ahli yang suka bermain dengan ‘adu domba’ dan ‘fitnah’ – takkanlah Abduh nak senyap dan perhati sahaja. Sudah tentu dia pertahankan. Waima menantu kepada Perdana Menteri (mantan) akan mempertahankan kebodohan ayahandanya. Apatah lagi Abduh yang mempertahan seorang ulama’.

Nyatanya, ada dendam yang belum terlerai Mahfuz kepada TG Nik Aziz. Inilah penyakit utama yang perlu kita sama-sama elakkan. Kita jangan jadi mereka yang cepat lupa diri – dan tidak mahu lagi menjaga adab bila berhadapan dengan alim ulama’. Mahfuz memang sudah melampaui batas.

Blog ini mengharapkan perwakilan dan seluruh ahli PAS dapat membuka mata dengan sikap seperti Mahfuz ini. Kita tidak mahu, dalam kita sibuk dengan perjuangan menegakkan parti, ada individu yang mengambil keputusan menyerang ‘kepimpinan ulama’ yang kita sama-sama pertahan selama ini. Selisih faham, jika ada antara TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi pun – tidak perlu disambut secara kurang ajar oleh orang lain. Mereka adalah pimpinan yang dirahmati Allah SWT. Insya’Allah ada jalan penyelesaian yang terbaik.

Nampaknya media arus perdana menggunakan banyak masa dan tenaga untuk fokus kepada pemilihan PAS kali ini. Dengan mengaitkan kita dengan pelbagai perkara bagi membuktikan PAS juga sebuah parti biasa dan tidak terlalu ‘islamik’ dalam menentukan arus politik. Inilah yang sedang diusahakan oleh Utusan Malaysia khususnya, yang saban hari mengemukakan soal ‘kerajaan perpaduan’ sebagai alasan untuk kita bersatu dengan kerajaan. Seperti kata Haji Hadi, usaha tersebut diusahakan zaman Pak Lah. Bukan Najib.
Kita, dalam PAS, menerima baik apa sahaja cadangan yang membawa kebaikan kepada parti. Jangan pandang terlalu dekat, tapi mesti melihat jauh ke hadapan – dan melihat di mana PAS dalam masa 5 atau 10 tahun lagi. Kita kena pandang jauh.
Soalnya, penulis khuatir kerana dikatakan wujudnya faktor 2A dalam pemilihan PAS kali ini. Pengaruh 2A ini sangat kuat; tidak dirasakan di permukaan, tapi mempunyai arus yang sangat kuat di peringkat bawah. Ramai kalangan yang mula tertanya-tanya, A yang manakah lebih ‘powerful’. Arus yang manakah lebih mampu membawa perubahan kepada PAS.
‘A’ yang pertama adalah Anwar. Jangan kita nafikan bahawa Anwar mempunyai ‘kekuatan’ dalam PAS kali ini. Ramai yang mula berkiblatkan Anwar dalam politik PAS. Kekuatan dan pengaruh Anwar ini timbul apabila Setiausaha Agung PAS diberikan kepada KJ. Maka, timbullah arus baru di dalam PAS. Arus yang mahu melihat perubahan dan PAS bertukar menjadi sebuah parti untuk semua. PAS for All. Arus ini bukan kecil.
Anwar dikatakan mempunyai kekuatan untuk menentukan siapa dalam PAS yang muncul sebagai tokoh baru kali ini. Anwar kecil hati dengan Hadi, kerana Hadi bersungguh nak bersatu dengan UMNO. Anwar tidak boleh membenarkan ini berlaku. Kalau PAS mempunyai bunga untuk bersatu dengan UMNO, dengan sendirinya Anwar akan menjadi kurang penting dalam ‘equation’ politik PAS.
Anwar tidak mahu sama sekali ini berlaku. Walaupun Anwar mungkin kuat pengaruhnya dalam arus PAS. Tetapi mungkin ianya belum cukup kuat untuk menumbangkan Hadi. Ini hakikat yang membuatkan kita lega. Jangan sampai Anwar ada kuasa menentukan kepimpinan kita. Untuk yang kita tidak mahu. Selisih Malaikat 44 kata orang tua.
‘A’ yang kedua yang khabarnya mempunyai ‘kuasa dalaman’ kepada parti kita ini adalah ‘Abduh’. Nik Abduh mempunyai kuasa istimewa dalam parti kita ini. Hubungan sebagai anak kepada ‘Mursyidul Am’ meletakkan status Abduh sebagai orang yang lebih kuat daripada YB KeJi dalam pentadbiran Pak Lah. Nik Abduh lebih mempunyai ‘lineage’ untuk bercakap mengenai masa depan PAS.
Kuasa Abduh jangan kita sangkal dan perkecilkan. Khususnya di Kelantan, Nik Abduh adalah ‘king-maker’ yang sangat berpengaruh. Kita pun suka dengan Abduh, sebab perjuangan politiknya nyata dan sangat kuat. Ini yang kita mahukan, perjuangan politik mestilah mempunyai sejarah yang nyata dan panjang. Tak boleh naik ”lift’, naik secara tiba-tiba dan kemudian mencipta kekayaan. Abduh – ada ciri-ciri reformis dan muslih yang baik dan unggul. Ini potensi yang mesti diketengahkan.
Pengaruh 2A – akan menentukan ke mana PAS selepas ini. Abduh perlu diberikan ruang dan kesempatan untuk berada di dalam arus perdana PAS yang sebenar. Anwar ini, perlu dipastikan halatuju politiknya. Kita tidak mahu, PAS akan menang sorak, kampung tergadai – kita tidak mahu ada yang ambil kesempatan daripada politik yang cuba dipengaruhi kepentingan diri dan gila kuasa. PAS mesti kuat – kerana PAS; bukan orang lain.

Dalam politik, ‘signal’ dan isyarat politik adalah penting dan sangat memberi bantuan. Signal dan isyarat ini boleh datang dalam pelbagai bentuk. Dalam bentuk ucapan. Dalam bentuk penulisan. Dalam bentuk borak-borak kosong. Dalam bentuk tindakan – yang boleh ditafsir sebagai ‘berisyarat politik’. Kadangkala, senyap pun boleh dijadikan asas isyarat. Zaman Rasululullah SAW dulu, kalau kalangan sahabat bertanya – dan Nabi diam sahaja, boleh juga dijadikan isyarat. Bahasa orang putih – dipanggil ‘tacit approval’.

Dalam PAS, kita pentingkan ‘isyarat politik’ ini. Kalau mahu, katakan mahu. Kalau tidak, katakan tidak. Jangan main acah-acah. Ahli PAS tak suka dengan politik acah-acah. Ahli kita tak suka dengan politik ‘cakap lain; buat lain’. Kita kalangan orang yang buat, apa yang kita cakap.

Tok Guru Nik Aziz – sepatutnya lebih bertanggungjawab dan jangan berselindung di sebalik senyum pahit. Kalau mahu bertanding, kalau mahu menjawat jawatan Presiden – katakan terus terang. Senang kita di bawah untuk buat kerja. Ini tidak. Pencalonan terima. Tapi cakap tidak mahu bertanding. Bagaimana ni? Hok mano satu kito ni nok pakainya?

Mungkin, TG Nik Aziz (dengan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan), tidaklah mahu sangat dengan jawatan Presiden PAS. Tapi, ini soal ditolak oleh penyokong la ni. Ada kalangan yang tidak senang dengan TG Haji Hadi. Cari jalan, untuk memastikan TG Nik Aziz cukup pencalonan.

Tapi, minta maaf cakaplah – kalau pun betul TG Nik Aziz nak bertanding, pencalonan biarlah dari Bahagian yang ber’maruah’ sikit. Kalau kita percaya, PAS Bahagian itu jelmaan kepada masyarakat akar umbi – takkanlah orang Bukit Bintang sahaja yang nakkan Nik Aziz. Ini suatu penghinaan kepada Tok Guru. Jangan hina sedemikian rupa.

Agaknya, ahli PAS cawangan mana yang calonkan Tok Guru kita ini? Ahli PAS cawangan Jalan Alor? Ahli PAS depan Lot 10? Ahli PAS Cawangan KTV Raja Chulan? Atau ahli PAS Times Square? Carilah Bahagian PAS yang lebih bermaruah dan berkaliber – kalaupun betul mahu mencalonkan TG Nik Aziz. Bahagian PAS Bukit Bintang – turut mencalonkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden! Memang ingin menjahanamkan PAS nampaknya!

PAS Bukit Bintang jangan cuba buat perangai adu domba dan pecah belahkan PAS. Jangan nak buat ‘lawak Nabil’ dengan pencalonan jawatan tertinggi PAS. Jangan buat main. Jangan suka ambil mudah. Kita nak siapkan parti untuk pilihanraya akan datang. Bukan nak suruh orang gelakkan kita kerana ada pemimpin lemah dan tidak ada integriti. Pemimpin yang keluar masuk mahkamah. Apakah PAS sudah hilang barisan kepimpinan yang berkaliber?

Nampaknya, PAS Bukit Bintang memang nak buat ‘lawak Nabil’. Ya lah, kononnya ‘terpeluk’ anak dara orang waktu menang anugerah. PAS Bukit Bintang – agaknya ‘tercalon’ Mat Sabu. Bengap tahap tertinggi.

Kita kena ikhlas dalam perjuangan. Jangan ikut suka. Jangan ikut hati. Kita kena fikirkan PAS dalam tempoh 5-10 tahun lagi. Mantapkah PAS dengan adanya Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Di mana rasionalnya?

PAS Bukit Bintang perlu bermuhasabah diri dan jangan hanya mencalonkan sesedap rasa dan hati. Malulah kepada masyarakat sekeliling dengan pilihan kita. Siapa yang mereka rujuk sewaktu membuat pencalonan? Tukang pukul pusat spa dan karaoke belakang Lot 10 ke? Atau apek ‘bapak ayam’ di hujung jalan Bukit Bintang? Pencalonan macam tidak guna ‘hemah’ dan budi bicara.

PAS Bukit Bintang memalukan seluruh warga PAS dengan mencalonkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Ini bukan rancangan raja lawak la syeikh…ini serius. Balik rumah, minta khatam Quran lagi sekali – bersihkan hati dan jiwa. Kalau pilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden – PAS ini sudah menempah malapetaka politik nampaknya.

Berdasarkan pencalonan semasa, nampaknya pertandingan antara Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi akan menjadi kenyataan. Memang sayang, pertandingan ini akan pastinya membuatkan salah seorang KALAH, tetapi inilah sebahagian daripada proses demokrasi yang hebat di dalam PAS. Kita tidak ada sistem kuota. Kita tidak ada ‘arahan’. Kita tidak ada ‘wahyu’ yang menidakkan peluang seseorang untuk bertanding jawatan. PAS suci bersih daripada segala itu.

Sejujurnya, TG Nik Aziz patut meneruskan peranan sebagai Mursyidul Am PAS sahaja. Haji Hadi patut diberikan peluang untuk memimpin PAS sebagai Presiden. Apalah salahnya? Ya, mungkin TG Haji Hadi mungkin bersikap keras dan tidak liberal. Untuk apa kita di dalam PAS memerlukan pemimpin liberal? Tidakkah PAS memerlukan pimpinan yang keras, namun senantiasa memegang teras perjuangan parti. Tidakkah begitu?

Tuan Guru Nik Aziz adalah antara tokoh ulama’ yang sangat menentang keperluan untuk PAS bekerjasama dengan parti selain yang berada di dalam Pakatan Rakyat. Kepada Nik Aziz, ini semua merosakkan prestasi dan penerimaan rakyat kepada PAS. Saat orang bukan Islam pun, mula memberi kepercayaan kepada PAS, apa perlunya kita bekerjasama dengan kerajaan. Kita sedang selesa dan mampu menawan hati rakyat.

Pertembungan fikrah inilah yang menjadi benih kepada permasalahan dan krisis kepimpinan di dalam PAS. Di atas permukaan, seakan nampak tiada masalah dan tidak ada kecamuk kuasa. Di bawah, kami ahli biasa amat merasainya. Yang kami risau, dengan pertandingan ini – PAS akan rugi dengan sokongan dan kesetiaan kepada kelompok tertentu. Kita tidak mahu ada pertembungan nyata antara – PAS dan kelompok Erdogan yang ada di dalamnya.

Benar, blog ini mungkin menyatakan sedikit sokongan kepada Husam Musa. Ramai juga yang menghantar komen, menyatakan ketidaksetujuan dengan sikap berpihak kita. Namun, apa salahnya, jika pilihan itu dibuat atas niat untuk memperkukuh perjuangan PAS. Timbalan Presiden kita mahukan Husam. Namun, atas dasar ‘survival’ dan pandang jauh, Haji Hadi mesti dikekalkan sebagai Presiden. Itu niat kita. Pada blog ini, itulah gandingan impian PAS. Sayangnya, dengan hadirnya TG Nik Aziz – ianya jadi sedikit kacau.

Pertembungan ini adalah suatu ‘krisis’ yang serius jika tidak kita kawal dan usahakan langkah koreksi dan pembetulan. Kita tidak mahu, PAS menjadi alat politik kepada kelompok tertentu semata. Kita kena cari jalan tengah yang tidak merosakkan saf kepimpinan parti. Ahli PAS biasa risau dengan perkembangan ini. Kita hormat kepada TG Nik Aziz dengan sumbangan besarnya kepada PAS; tetapi takkanlah tidak ada ruang untuk ‘memulihkan’ hubungan ini. Tidakkah wajar TG Nik Aziz berada terus sebagai Mursyidul Am, dan membiarkan orang kuatnya, Husam sebagai Timbalan Presiden.

Jalan tengah inilah yang terbaik untuk parti. Kita sebolehnya tidak mahu ada usaha pihak tertentu melagakan kepimpinan kita. Kita bukan parti biasa. Kita parti Islam yang tidak terlibat dengan ‘kemaruk kuasa’. Parti masih di peringkat pengukuhan, dan seharusnyalah – kita mengekalkan perkembangan baik ini.

Berdasarkan fakta semasa, TG Nik Aziz ‘bersungguh’ untuk berentap sebagai Presiden parti kali ini. Kita sedang berada di ‘tebing’ pertembungan kuasa dan populariti yang agak hebat. Pertembungan ini seharusnya dielakkan dalam memastikan kita tidak rugi dengan pertembungan yang merosakkan.

Seluruh ahli PAS tidak sangat memihak kepada mana-mana kumpulan, tetapi lebih risau dengan masa hadapan parti. Saat kita diterima baik oleh orang Islam, orang bukan Islam dan rakan-rakan PR; janganlah hendaknya ada perpecahan yang boleh menghancurkan masa depan parti. Ini sesuatu yang kita tidak mahu fikirkan.

Di dalam blog ini, sering dikemukakan bagaimana harapan ahli PAS seluruh Negara agar kita mempunyai Ketua Pemuda PAS yang lebih berani dan terkehadapan dalam membangkitkan isu dan mempertahan parti. Kita tidak mahu, Pemuda PAS terus menjadi sayap kanan parti yang lesu dan tidak bermaya. Tampak lembut dan terlalu berhati-hati. Sifat ‘syabab’ yang berani, yang sanggup ke hadapan, yang sanggup berjuang, yang sanggup berkorban itu tidak terlalu nyata dan jelas.

Bukannya Salahuddin itu seorang pemimpin Pemuda yang gagal sepenuhnya. Ada juga yang dia perjuangkan dan diterima baik sebagai satu pendekatan yang berani. Namun, kita mahukan lebih daripada itu. Kita mahukan Pemuda PAS yang berani menyanggah pendapat orang kerajaan. Yang berani berhadapan, berpidato, bertikam lidah dengan jentera sebelah sana. Ini tidak, Pemuda PAS nampak layu dan gemar menjadi pemuda yang – lesu.

Perjuangan menarik minat generasi muda ketika ini mesti bersifat ‘revisionist dan idealist’. Kalau tidak, kita akan dilihat sebagai suatu gerakan yang sepi. Ramai kalangan penyokong yang mahukan PAS mempunyai kalangan pemimpin pemuda yang lebih ‘ummphh’. Lebih mampu berhadapan dengan Pemuda UMNO.

Betul, kita terima hakikat kerja kita jadi lebih mudah dengan adanya YB KeJi sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Senang kerja kita. Tapi kalau Ketua Pemuda PAS seorang yang senyap dan tidak berani? Apa ke halnya? Mestilah seorang yang mampu berlawan secara berdepan dengan YB KeJi. Baru seronok.

PAS tidak perlu sangat seorang ‘pemikir’ totok sebagai Ketua Pemuda. Ulama’, kalau ada ‘elemen’ itu adalah bonus yang baik. Setia kepada pemimpin. Jiwa pejuang. Berani ke hadapan dalam mengemukakan isu. Kita tidak mahu Ketua Pemuda PAS – yang nampak terlalu mengikut perjuangan PKR. Kita nak Ketua Pemuda PAS. Kita nak Ketua Pemuda kita sendiri, dan tidak menumpang orang lain. Soalnya, apakah kita tidak ada barisan pelapis ini?

Pemuda PAS perlu bijaksana mencari sesiapa di kalangan ahli mereka untuk ditampilkan sebagai pemimpin yang dapat bersaing dengan ‘suasana politik semasa’. Kita percaya, Pemuda PAS akan mampu mencari yang terbaik dalam berhadapan dengan politik semasa ini.

Kita punya ramai bakat di peringkat Negeri yang perlu diketengahkan. Kita perlu gunakan kesempatan ketika mana lawan kita lemah dan berpecah belah. Tidak perlu kita bertanding secara menggila – sehingga parti menjadi masalah. Kita mahukan kepimpinan Pemuda yang bersatu padu, yang mampu menggalas harapan penyokong PAS seluruhnya.

Ayuh Pemuda, bariskan kita saf yang terbaik. Bariskan kita saf yang berani berhadapan dengan suasana sukar dan menyulitkan. Biar kita bangkit sebagai ‘syabab’ Islam yang sanggup berjuang.

Pencalonan untuk pemilihan kepimpinan parti kita baru sahaja masuk gear 1. Baru nak mula. Belum masuk sesi ganas – termasuk fitnah yang bertebaran melalui sms. Dalam PAS pun ada? Wajib. Bukan semuanya yang menjaga ‘thiqqah’ dan adab. Ada yang ‘over’ juga.

Antara nama yang dikatakan amat ‘diterima’ untuk bertanding di peringkat tertinggi adalah Husam Musa. Alhamdulillah, kita amat gembira dengan khabar dan berita ini. Sudah berulang kali blog ini mempertekankan keperluan kita memerlukan ‘transformasi’ di dalam kepimpinan khususnya di jawatan no dua. Husam memang ada potensi besar – sangat ‘appeal’ kepada orang muda. Karisma dan wibawa Husam memang sudah kita perhatikan lama. Inilah masanya.

Kita bukannya ada masalah besar dengan Ustaz Nasa. Blog ini sokong semua pemimpin kita. Tetapi, dalam perkara yang melibatkan survival dan kesinambungan; kita perlukan Husam. Masa telah membuktikan Ustaz Nasa lebih sesuai sebagai Setiausaha Agung. Ganti semula jawatan itu.

Husam adalah antara pemimpin PAS yang punya capaian ‘maya’ yang baik. Website Husam hebat. Membayangkan dirinya sebagai seorang pemimpin PAS yang terkehadapan dan mampu membawa cabaran yang besar. Ini yang buat kita kagum. Support system – Husam juga nampak baik. Program melimpah ruah. Rakyat menerima kehadirannya. Kemampuan Husam memimpin Kelantan adalah sangat dihormati. Husam adalah ‘shadow’ kepada wibawa ulama’ besar seperti Nik Aziz. Apakah Husam mendapat jalan mudah di Kelantan? Belum tentu. Ada juga puak yang tidak dapat terima Husam. Itu adalah adat.

PAS kena ada seorang pemimpin yang karismatik dan hebat di akar umbi. Husam ada ciri itu. Penerimaan rakyat, Melayu dan bukan Melayu – terhadap Husam adalah amat baik. Dia dilihat sebagai tokoh yang sangat ‘dinamik’, dan dalam masa yang sama ‘influential’ kepada parti. PAS tidak boleh katakan tidak kepada hakikat ini. Husam ada keistimewaan yang tersendiri.

PAS perlu membenarkan Husam memanjat setakuk lagi. Jawatan nombor dua – hanyalah pelengkap kepada jawatan nombor wahid. Rasanya, tidak ada pertandingan di peringkat itu. Oleh yang demikian, elok benarlah gandingan Hadi-Husam mewarnai politik PAS untuk beberapa tahun mendatang.

Nama Nizar pun disebut-sebut sebagai ‘calon favourite’ kepada jawatan Naib Presiden. Mungkin kerana baru sahaja dinobatkan sebagai Panglima Bukit Gantang – saham Nizar naik mendadak. Alhamdulillah, ini memberikan bukti – dakyah Nizar boneka DAP tidak menjadi di kalangan ahli kita. Salahuddin Ayub dan Mat Sabu juga dikatakan mula menerima pencalonan.

Kita kena jaga kaedah dan mekanisme kita berkempen. Jangan sampai ada yang ditahan SPRM. Jangan ada yang ter-disqualify disebabkan isu tertentu. Jangan ada yang kena amaran – tetapi dibenarkan bertanding. Jangan ada yang menang, tidak diterima parti sendiri. Ini semua perlu dijadikan iktibar.

Selamat Memilih buat semua ahli PAS di seluruh Negara. Takbir!

Takut juga dengar perkembangan politik di Negeri Terengganu sekarang ni. PAS Terengganu perlu memastikan perhatian akan diusahakan bagi mencari kelemahan dan cerita sebenar di sebalik ‘SMS Malaikat Pencabut Nyawa’ di Kuala Terengganu. Lagi ganas daripada mafia – politik orang Terengganu ni. Ngeri pun ada bila dengar.

Perbalahan yang berlaku di dalam UMNO Terengganu ini memberikan kita segala advantage dan ruang untuk kita berhadapan dengan rakyat dengan ‘senyum sampai ke telinga’. Begitulah rosaknya akhlak dan adab politik kawan-kawan kita di Terengganu ni. Pokok pangkalnya, dendam kesumat lama masih belum hilang. Kekecewaan kerana tidak mampu mengekalkan kekayaan di zaman kepimpinan Idris Jusoh masih lagi terasa.

MB Terengganu memang gedebe tahap mafia. Dia bukan kira pandangan orang lain. Yang dia tahu, dia mahukan kekal kuasa dan menjaga kepentingan kawan-kawannya. Kalau perlu mengambil peranan malaikat Mikail pun dia mahu. Janji kekal kuasa. Buruk dan bernanah sungguh amalan politik mereka ini.

Dalam PAS, kita tidak ada amalan politik yang sedemikian buruk. Kita parti Islam yang mengamalkan adab tahap tertinggi. Walaupun, mungkin secara ‘fikrah’ dan ‘kiblat kepimpinan’ kita berbeza; tetapi tidaklah sampai mengambil peranan sebagai Mikail. Nak cabut nyawa orang lain. Kita tidak ada sikap dan perangai begitu.

Dalam PAS kita mengamalkan sikap ‘mahabbah’ dan kasih sayang. Orang Ulama’ sayangkan profesional. Profesional sayangkan ulama’. Ulama’ sayangkan Erdogan. Erdogan sayangkan Ulama’. Jika perlu suatu masa nanti, puak Erdogan memimpin PAS – kita akan terima. PAS juga mengalami ‘transformasi’. Macam AF pula bunyinya. Minta maaf, dalam PAS tidak ada semangat AF. Kebetulan sahaja persamaan ‘keperluan’.

Dalam PAS, transformasi akan berlaku apabila kelompok ‘pertengahan/moderat/adalah’ ini mengambil kepimpinan. Bisik-bisik kalangan penyokong di bawah, Husam dijangka memanjat hierarki dan tangga parti dengan lebih tinggi. Husam, yang disifatkan sebagai ‘anak didik’ Mursyidul Am PAS mempunyai karisma, integriti, kemampuan, nilai agama, kemahiran pengurusan dan ‘temperament’ sebagai pimpinan yang baru. PAS akan ditransformasi (pinjam AF) lagi di bawah kepimpinan Husam. Husam punya approach yang segar dan baru. Inilah sebenarnya yang kita mahu.

Cumanya, Husam perlu ‘de-tached’ dan asingkan sedikit dirinya dari menjadi terlalu rapat dengan Ketua Umum PKR. Ini sangat penting, dalam memastikan Husam tidak dijelik oleh kumpulan ulama’. Husam perlu pastikan, di peringkat dan ketika sahamnya tinggi ini – kumpulan ulama’ tidak sangat melihatnya sebagai ‘kuda’ Anwar. Husam mesti jadi ‘orang PAS’ totok. Husam mesti dapatkan ‘endorsement’ ulama’.

Husam tidak perlu risau, dalam PAS – kita belum ada kalangan ahli yang mahu jadi ‘malaikat maut’. Kalangan yang mahu jadi ‘malaikat maut’ ini hanya ada dalam UMNO. Khususnya UMNO Terengganu. PAS memang sangat sayangkan pemimpin, apatah lagi pemimpin pelapis yang punya potensi besar seperti Husam.

Setiausaha Agung PAS, YB Kamaruddin Jaafar (KJ) menggesa PM baru untuk melihat ‘Thailand’ sebagai iktibar politik yang besar kepada dirinya. Apa yang berlaku di Thailand; walau ada yang menggelarnya sebagai anarki – adalah suatu usaha sebenar rakyat untuk menidakkan kerajaan yang ada. YB KJ (PAS) menginginkan agar iktibar ini difahami oleh Najib secara serius dan mendalam.
Mengaitkannya dengan isu di Perak, YB KJ (PAS) membayangkan kemungkinan bagaimana rakyat Perak juga bersedia untuk melakukan perkara sama sekiranya krisis politik tidak dapat mencari jalan penyelesaian. Rakyat Perak juga boleh turun ke jalanan, berbaring di hadapan kereta kebal/lori FRU – menahan kereta pemimpin dan Raja sekiranya mereka mahu. Kita sudahpun membuktikan bahawa itu boleh kita lakukan.
Tidak siapa pun boleh menafikan, momentum pencapaian baik kita di dalam pilihanraya adalah melalui konsistensi kita membangkit suara rakyat. Dengan himpunan ‘semut kuning’ (BERSIH) beberapa bulan sebulan pilihanraya, kerajaan jadi kaget dan sama sekali tidak percaya dengan gelombang kebangkitan rakyat. Kerajaan lumpuh. Pak Lah jadi ‘patung’. Bila pening – yang Pak Lah tahu adalah melancong ke luar Negeri. Paria sungguh PM Malaysia yang lama ini.
Mungkin, yang YB KJ (PAS) tidak sedar adalah, agenda politik ‘semut merah’ ini adalah sebenarnya gerakan ‘rakyat’ kerajaan yang lama. Masing-masing ada rakyat yang menyokong. Masing-masing ada kekuatan. Apakah akhirnya kepada semua ini? Apakah dengan naiknya ‘semut merah’ di atas takhta, bumi Siam akan tenang? Apakah nanti tidak akan ada gelombang ‘warna’ yang lain untuk menidakkan gelombang yang ada?
Blog ini berpandangan – kenyataan YB KJ (PAS) adalah berunsur ugutan dan tidak rasional. Apakah wajar kita menginginkan rakyat menjadi ‘sandaran politik’ kita. Benar, kami semua penyokong PAS; tetapi kami bukan kelompok yang cenderung kepada suasana ‘anarchy’.
YB KJ (PAS) mestilah menjadi lebih matang – mempunyai kematangan politik untuk tidak mencadangkan suasana anarki sebagai ‘jalan ke hadapan’ kepada politik di Malaysia ini. Percayalah, tidak semua penyokong PAS yang setuju dengan usaha membawa isu ke jalanan. Ramai juga di kalangan kita yang mula berasa ‘debar’ dan risau dengan suasana ekonomi yang sukar. YB KJ (PAS) mungkin tidak mengapa, banyak lagi wang IKD yang belum dibelanjakan.
YB KJ (PAS) sepatutnya menggesa dengan keras sahaja, tetapi tidak mengugut untuk membawa isu politik Perak ke jalanan. YB KJ (PAS) patut tahu dan maklum, antara faktor ‘semut merah’ Thailand berjaya menimbulkan suasana anarki ini adalah kerana wujudnya ‘back-up’ kuat dari Istana! Itulah sesuatu yang mungkin tidak ada pada kita di Perak, waima di manapun jua.
PAS memerlukan kajian menyeluruh tentang bagaimana kita mahu melakukan ‘approach’ politik di Perak. Kita tidak mahu menjadi BN sekarang, walaupun berjaya ‘merampas kuasa’ di Perak, tetapi berhadapan dengan ‘tulah’ politik yang berpanjangan. Langsung, ditolak oleh masyarakat Cina.
Blog ini faham, YB KJ (PAS) berfikir dan bertindak dalam ruang lingkup ‘pseudo PAS’. Hatinya ke lain. Tetapi janganlah sampai mencadangkan sesuatu yang menidakkan cita Islam PAS yang suci dan luhur. Jangan terlalu ‘Erdogan’ kerana kami tidak mahu dipermainkan.

Blog ini ingin mencadangkan agar jentera penyelidikan PAS Pusat berada di Bukit Gantang untuk tempoh yang agak panjang. Kita kena kenalpasti semula kekuatan dan kelemahan kita dalam berhadapan dengan PRU13 dengan menggunakan pilihanraya kecil sebagai kayu ukur.

Tanpa berselindung, apa yang dimaksudkan adalah ‘trend pengundian’ orang Melayu yang mula ada ‘wave’ menentang kita. Hakikatnya, terkesan juga nampaknya orang Melayu dengan dendangan ‘penderhakaan’ kita kepada Sultan. Ada juga yang termakan umpan. Kesemua ‘trend’ ini memerlukan usaha ‘correctional’ – pembetulan.

Pimpinan PAS, baik pusat mahupun bahagian kena turun semula – bukan sahaja ke Bukit Gantang; malahan seluruh Negeri Perak, mahupun seluruh Negara – untuk mengusahakan ‘pembaikan imej’ yang bersesuaian. Kita tidak mahu selamanya digandingkan dengan DAP – kerana ini mampu merosakkan sedikit imej kita di Negeri lain. Kita tidak mahu membayar harga yang besar dengan kemenangan Bukit Gantang.

Dalam kita bersungguh meraikan kemenangan Bukit Gantang – ada ‘imej’ yang dikaitkan dengan kita. Kita jadi terlalu bergantung kepada DAP. Setakat ini mungkin ok, sebab DAP kuat. MCA dan Gerakan macam dah tak ada ‘nilai’ di kalangan orang Cina. Itu memang petanda baik kepada ‘politik baru’ di Malaysia. Tapi kemungkinan ianya kekal begitu? Imej DAP cukup baik di kalangan masyarakat Cina – tapi imej kita di kalangan masyarakat Melayu?

Sebab itulah, kalangan penyelidik PAS kena pastikan impak kemenangan Bukit Gantang secara menyeluruh. Kita kena lihat secara yang jujur. Bukan sekadar meletakkan keseronokan kerana menang. Impak keseluruhan?

Kerisauan ini timbul apabila minum di kawasan Bukit Gantang baru-baru ini. Kalangan pengunjung sebuah kedai kopi, nyatanya sudah mula bercakap bagaimana kita menang kerana bantuan DAP dan undi Cina. Macamlah UMNO tak pernah menang dengan undi Cina. PRU 1999, Mahathir hanya hidup dengan undi Cina. Kalau tidak, dah lama bungkus. Itu mereka tak sedar.

Bila PAS menang dengan bantuan undi Cina – jadi isu dan masalah kepada mereka. Salah siapa? Mereka cuba juga rasuah orang Cina dengan peruntukan dan sebagainya; tetapi dalam suasana sekarang – dah tak jalan. Advantage buat kita, tetapi untuk berapa lama?

Laman Berikutnya »