Bukan main lagi status facebook, wechat, whatsapp semalam mengatakan Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat sudah meninggal dunia. Ini pada ana, fitnah jahat oleh puak UMNO yang memang takut jika TG sihat semula.
Sampai hati mereka buat fitnah begitu. Mengatakan Tok Guru kita sudah meninggal dunia.
Inilah adab orang UMNO, khususnya UMNO Kelantan yang memang takut dengan aura Tok Guru kita.
Mereka lupa, Tok Guru telah membangunkan negeri lebih 20 tahun dengan Islam. Hebat Islam di Kelantan. Serambi Mekah. Bayangkan. Rasa sejuk, aman, damai, mulia bila berada di Kelantan.
Ada orang mesej ambe kata kita pun buat benda sama dulu. Doakan Mahathir mati. Kalau Mahathir tu lain cerita. Memang dia kejam.
Ini orang baik, berjurus, beriman, berakhlak tinggi, hampir bertaraf wali, mahu dikatakan mati. Ini jenis orang yang tidak kasih dan sayang kepada ulama’.
Ana nak nasihatkan. Jangan fitnah orang baik dalam keadaan dunia tak tentu hala ni. Fitnah Tok Guru mati, lain yang jadi. 300 orang pergi. Jangan main macam tu. Tak baik.
Kita patut doakan TG sihat dan kita semua dapat menumpang kasih seorang ulama’. Ulama’ yang ada thiqah. Bukan ulama’ buka kedai lepas pukul 3 pm. Ini ulama’ bertaraf dunia. Dihormati di seluruh dunia.
Advertisements

Sedih tidak terkira rasanya ketika mendengar berita Tuan Guru Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin bertambah uzur, walaupun ada juga
ketikanya beliau menyampaikan juga ucapan dan tazkirah di beberapa
tempat.

Keadaan tokoh pemimpin yang satu ini mengundang doa dari umat Islam di
sana sini semoga beliau dipulihkan dari keuzuran untuk meneruskan
perjuangan.

Beliau kini berumur 82 tahun dan baru-baru ini beliau menggagahkan
diri menyampaikan Kuliah Subuh di masjidnya di Pulau Melaka dengan
suara yang tertahan-tahan, mengundang rasa pilu para jamaah.

Kasih sayang rakyat kepadanya sepanjang masa justeru sepanjang
hayatnya beliau telah mendambakan perjuangannya kepada Islam melalui
wadah PAS. Menyampaikan ribuan kuliah dan ceramah, melayani rakyat
pelbagai kaum dan agama di mana-mana.

Beliau adalah legasi yang akan terukir dalam sejarah dan akan dikenang
lama, bahawa seorang pemimpin yang menjalani kehidupan serba
sederhana, bersuara lembut, tetapi tegas telah mengambil peranan
penting mewarnakan perjuangan politik Islam di tanah airnya.

Kini Kerajaan Negeri Kelantan telah menubuhkan ‘Institut Pemikiran Tok
Guru’ sebagai mengenang jasanya bukan saja sebagai Menteri Besar
Kelantan selama 23 tahun, bahkan sebagai tokoh ulung pimpinan dan
pemikir gerakan Islam PAS sejak puluhan tahun.

Demikian ulasan di dalam Harakah online. Pada ana, apa gunanya kita
nak puja sangat Tok Guru pun. Kita kena akui, sebagai MB, beliau
banyak kelemahan dan dosa kepada rakyat. Bukan sahaja dosa kepada
rakyat yang menyokong, yang tidak menyokong pun sama juga.

Ana cukup tak gemar kalau ada orang kita yang nak julang Tok Guru
secara melampau-lampau. Ada yang sudah mula tempah jubah milik Tok
Guru untuk disimpan sebagai kenangan. Ada yang sudah menempah untuk
memikul keranda dan sebagainya.

Jangan jadi bodoh dan taklid. Tok Guru manusia biasa. Ada kelemahan.
Tak perlu nak lambung lebih-lebih. Dosa kepada rakyat, biar Tok Guru
bawa ke mahsyar.

Perhatikan Firman Allah Q.S.al-An’am:2, bermaksud:

‘ Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya
ajal atau kematianmu, dan lagi suatu ajal yang ditentukan [untuk
berbangkit] yang ada pada sisiNya [yang Dia sendirilah
mengetahuinya].’

Dan lagi FirmanNya Q.S.an-Nahl:61, bermaksud:

‘ Maka apabila sudah tiba ajal seseorang tidak akan dapat diundurkan
atau dimajukan walaupun hanya sesaat.’

PINTU

Dunia yang kita diami sekarang mempunyai dua pintu.

1] Pintu masuk kedalam dunia, melalui rahim ibu;

2] Pintu keluar dari dunia ini, dinamakan liang lahad/kubur.

Kita bernama manusia ini tinggal didunia adalah ibarat dagang merantau
dan lambat laun pastinya kembali juga kenegeri asal, yakni, liang
lahad / akhirat!

Sampai waktu, kalau Tok Guru kena pergi, pergilah dia. Macam kita juga.

Mana nak letak muka pun ana tak tahu. Dalam pada kita hentam UMNO main politik anak beranak, kita pun pakai benda sama. Cam haram.
Ana jadi marah sebab ada ARAHAN PIHAK ATASAN supaya Khalil Dato’ Seri Hadi Presiden PAS dijadikan sebagai pemimpin Pemuda Pas. Malahan, ada yang kata, Presiden akan umum letak jawatan jika perkara itu tidak dipenuhi. Kalau itu berlaku, dan Mat Sabu menang Timbalan Presiden – Mat Sabu jadi Presiden. Tak ke mampus.
Pada ana, apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa demokrasi dalam Pas pun macam main-main. Sekejap demokrasi. Sekejap arahan.
—————————————————

Khalil is the eldest son of PAS president Datuk Seri Hadi Awang and  Nik Abduh’s father is Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat. Political  parties love the idea of continuity because it means that the party is  moving along.

The pro-ulama team took two of the three Youth posts in a hard-fought contest.

Youth wing chief Suhaizan Kaiat secured 320 votes, narrowly beating  his pro-ulama rival Kamaruzaman Muhammad, who secured 307 votes.

Suhaizan’s deputy Khalil and vice-chief Khairil Nizam Khirudin are from the pro-ulama group.

Suhaizan won on the strength of his track record as the former Youth information chief and his reputation as an activist.

It may not be the ulama dream team but it is actually quite a good  combination of Suhaizan the activist, Khalil the religious scholar and  Khairil the technocrat.

————————————————————–

Ana sendiri dapat 13 sms arahan untuk pastikan Khalil menang. Kalau macam ini caranya, memang kita nak kalah PRU14.
Orang yang tak berjuang dalam parti, diberikan tempat ikut suka dan arahan.
Dalam pada kita kutuk UMNO. Kita pun buat benda sama. Tak ke haru.

Keputusan Nik Abduh Nik Aziz untuk tidak mempertahankan kedudukannya sebagai  timbalan ketua dewan pemuda Pas adalah tepat. Alasan beliau kerana  hendak beri laluan kepada orang muda dan beliau sendiri sudah 10 tahun  dalam pemuda. Itu alasan belau. Tetapi dalam pemerhatian saya,  pengunduran itu kerana ketidakmampuan beliau untuk memimpin Pemuda. Arus politik sekarang ini yang lebih sofisikated dan bukan hanya sekadar membuat catatan isengan di facebook atau membaca petikan  ayat-ayat Quran memerlukan mereka yang lebih kompeten dan memikir jauh  ke depan dalam politik, apa lagi di cekrawala anak muda. Menyedari  hakikat itu juga Abduh bukan sahaja hanya perlu sepenggal dalam  kepimpinan pemuda tetapi kalau beliau gagal meletakkan diri sebagai  seorang ahli parlimen yang aktif dan progresif nampaknya sepenggal  jugalah dia menjadi MP.

Sekali lagi ana setuju sangat dengan apa yang diperkatakan oleh Abang Sayuti. Sayang, kerana Nik Abduh lambat untuk mematangkan diri dalam politik. Tidak mahu mengeluarkan modal untuk memperkasa politik diri sendiri.
Sepanjang ana ke Parlimen, prestasi Nik Abduh memang mengecewakan. Balik-balik soal Menteri Belia dan Sukan. Kena main sahaja dengan YB Menteri.
Ana juga setuju, dalam memilih pemimpin Pemuda Pas, kita kena cari yang ada akal dan sekolah tinggi.
Ana nampak Wan Saiful Wan Jan sahaja yang layak diangkat sebagai Ketua Pemuda. Barulah kita mampu nak lawan dengan KJ dan jentera duitnya.
Ana bukan apa, kita ni selalu takut sangat kepada bakat baru. Kalau ada bakat,kita akan tanam politik dia. Wan Saiful Wan Jan, pada ana, boleh letak kan Pemuda Pas seiring dengan Pemuda UMNO.

Wan Saiful Wan Jan is the Founding Chief Executive of the Institute for Democracy and Economic Affairs.[1] He received his education at boarding school Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur, before heading to Tonbridge School, England. He holds a BA (Hons) in Management from Northumbria University and an MSc in Research Methodologies from Middlesex University.

Wan Saiful lived in the United Kingdom between August 1993 and October 2009. He worked for several organisations there, including the Commonwealth Policy Studies Unit think tank, the British Conservative Party’s Research Department, and Social Enterprise London. From 2007 to 2009,  he was vice chair of Luton Conservative Association and Head of Policy  for the Conservative Muslim Forum. In May 2007, he contested in the English local elections as a Conservative Party candidate.

Apa kata kita beri dia peluang.

Dia pandai cakap orang putih. Ahli seumur hidup Pas. Orang kuat Ku Li. Kalau kita letak Wan Saiful sebagai Ketua Pemuda, barulah debat dengan Pemuda UMNO ada saingan. Kalau letak YB Temerloh, jawabnya kita padam awal lah.

Penting beri Wan Saiful tempat, supaya dia boleh berdebat dengan PKR dan DAP dengan lebih baik. Anwar pun takut dengan Wan Saiful ni.

http://msomelayu.blogspot.com/2013/10/ulasan-sidang-dun-kelantan-7-10.html#more

Pertamanya, saya ingin memuji kepada kerajaan kerana menyediakan  kemuduhan internet. Yang berani menyiapkan sidang dewan secara langsung  dengan penuh keterbukaan. Tanpa sensor sedikit pun, kecuali tindakan  tidak pro speaker menutup pembesar suara semasa Adun, Husam Musa salor  bercakap. Saya rasa hanya kerajaan Kelantan sahaja yang telus di dalam  perkara ini. Keberanian yang tepat pada masa inilah yang dikagumi dan  secara tidak langsung sekali lagi Kelantan mengungguli dan mendahuli  negeri lain.

Justeru kerana persidangan itu dipancar secara langsung, maka saya  mengira perlu disedari oleh ahli-ahli dewan,  seperti mana diperingatkan Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat sidang dewan diikuti oleh seluruh  dunia. Ertinya setiap apa yang berlaku di dalam dewan diintap dan  diperhatikan. Justeru semua Adun serta orang yang berada di dalam dewan, kalau hendak kentut pun harus mengikut rukun-rukun dan peraturan agar  ia tidak mencacatkan dewan dan menyerlahkan kebusukan kecil dan  kebusukan besar.

Saya memerhati perjalanan dewan ini hampir 80%. Kalau terlepas pun ialah mengenai ucapan bajet oleh MB Ahmad Yaakub. Tetapi saya men’qada’kan  dengan membaca dan meneliti keseluruhan teks ucapan beliau yang  dimuatkan dalam sebuah portal berita. Saya menilai sebagai ucapan bajet  pertama beliau sebagai MB dan sebagai penerusan kepada kecemerlangan  Tokguru Nik Aziz ia dikira berjaya.

Ulasan MSO ini memang selalu berpihak kepada Husam. Mungkin ada bantuan kewangan setiap bulan dari Husam. Itu kita boleh faham.

Tapi rasanya perlu juga diingatkan kepada Husam, tak payah nak berlagak baiklah. Macam ada integriti sangat. Zaman dia, siapa berani nak sound? Sebab sikit-sikit dia guna nama Tok Guru.

‘Tok Guru arah saya…’

‘Tok Guru minta saya uruskan….’

‘Di atas arahan Tok Guru…ana hanya pelaksana….’

‘Ana tiada dapat apa-apa sheikh…semua Tok Guru…’

‘Tok Guru minta dana sedikit…’

‘Tok Guru mohon diberi segera…’

Ayat-ayat ini kita biasa dengar zaman Husam jadi most powerful exco di Kelantan. Bila sampai peluang orang lain, Husam nak bising pulak?

Masjid Beijing yang diilhamkan bekas Menteri besar, Tuan Guru Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat yang menonjolkan seni bina Cina pada 2005, dirasmikan Sultan Muhammad V malam tadi.
Masjid berharga RM8.8 juta itu  dinamakan secara rasmi Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, kelihatan dari jauh seperti tokong cina.
Siap dibina pada 2009, kini ia menjadi tumpuan pelancong, memandangkan kedudukannya di pintu masuk dari selatan Thailand.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub berkata, kewujudan masjid seni bina Cina mencerminkan Islam milik pelbagai kaum dan bukan milik orang Melayu  semata-mata.
“ini sesuai kerana Kelantan dikenali dengan imej  Islam zaman lampau yang bermula daripada sultan-sultan sebagai payung  agama kepada rakyat.

Alhamdulillah, pada ana, ini bukti bahawa kita cakap serupa bikin. 8 juta utk buat masjid. Banyak tu kita belanjakan.
Inilah contoh bahawa kepimpinan hebat dan zuhud TG Nik Aziz, sudah mula dirasai di Kelantan. Rakyat tak boleh pertikai. Kita buat untuk rakyat.

Reply
Forward

nik aziz bersihPresiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Tuan Guru  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal memegang jawatan Pesuruhjaya PAS  negeri Kelantan seperti mana biasa.

Bercakap kepada Harakahdaily  Tuan Guru Abdul Hadi berkata, hasrat itu disampaikannya kepada bekas  Menteri Besar Kelantan itu pada pertemuan dengan TG Nik Aziz sendiri di  JKR 10, pagi tadi.

Menurut Abdul Hadi, perjuangan PAS khususnya di Kelantan masih memerlukan idea serta pandangan dari Tuan Guru Nik Aziz  sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama.

Pertemuan secara tertutup itu turut dihadiri isteri Tuan Guru Abdul Hadi, Toh Puan Seri Zainab.

Pada analah, kalau TG Nik Aziz nak bersara, biarlah dia bersara dengan aman. Tak perlu kacau lagi.

Tak perlu rasanya presiden nak main ayat, kononnya menjaga hati. Kita nak menang Putrajaya PRU14. Mana ada masa nak main ayat kosong begini. Pada ana, dan ramai kawan-kawan di Kelantan, Nik Aziz kena meninggalkan politik sepenuhnya.

Malahan, jika boleh jawatan MURSYIDUL AM pun diserahkan kepada Dato’ Dr Haron Din sekarang. Bukan tunggu…..

Bukannya apa, kita kesian dengan TG. Dah banyak berbakti. Berilah peluang berehat dan menikmati nikmat kekayaan yang ada. Inilah masanya.

Menteri Besar mesti pegang jawatan PESURUHJAYA. Khususnya di Kelantan. Husam dan kumpulannya sedang merancang nak membunuh karier politik Nik Amar. Cerita belakang tabir Exco semua siap nak dilambak. Kalau tak ada MB dan Pesuruhjaya yang tegas, jawabnya…