Mac 2013


md nurKita dapat maklumat kawan-kawan di Bagan Serai, keputusan nekad dan kamikaze untuk bertanding juga di kawasan Parlimen tersebut adalah yang terbaik untuk Pas. Bukan soal tidak hormat dengan semangat PR, tetapi ini soal maruah dan kerja politik. Kita sudah berada lama di sini. Bukan sehari dua. Bukan sebulan dua. Bukan setahun dua. Sejak zaman Kerian Darat lagi. Mana pergi jagoan PKR pada waktu itu? Haramnya ada.

Sebab itu, ramai kalangan penyokong kita di bawah, rasa sangat kecewa apabila Ulama’ Temple University seperti Dr Md Nur Manuty potong tang konar. Tiba-tiba muncul, menggunakan kad Anwar Ibrahim untuk tanding di Bagan Serai. Kononnya boleh pastikan kemenangan.

Kita nak ingatkan Ulama’ Temple University, bahawa kerja politik bukan kerja setahun dua. Kerja lama. Kena jinak dengan rakyat. Bukannya harapkan ehsan Pak Sheikh, dan kemudiannya merajuk menangis minta diumumkan sebagai calon. Tak boleh begitu.

Kerjasama politik mesti diasaskan kepada konsep saling percaya. Penting. Bukan ikut suka hati.

Ana puji komitmen Presiden parti kepada ahli Pas Bagan Serai, bahawa Pas akan tetap bertanding di sini. Ini yang kita mahu. Presiden yang ada kuasa. Presiden yang berani dan sanggup berdepan dengan apa sahaja keadaan.

PKR yang menang Bagan Serai, akhirnya kena kencing dengan Ahli Parlimen yang diberikan kepercayaan. Mangkuk. Yang pergi letak penyamun jadi wakil rakyat nak buat apa. Memang itulah jadinya. Ini nak letak penyamun juga. Penyamun yang pandai sedikit. Ada doctorate.

Ana rasa, kerusi Bagan Serai ini, kita akan jadikan kerusi penentu hubungan Pas dan PKR. Kalau degil…kita tahulah nak buat macamana.

Advertisements

Pada amalan biasa PAS, mereka yang kalah dua kali berturut-turut jarang  diletakkan sekali lagi sebagai calon. Jadi besar kemungkinan PAS akan  meletakkan calon baru di kerusi itu dalam pilihan raya ini.

Nama yang paling popular adalah Dr Khairudin Aman Razali atau lebih dikenali dengan nama Khairudin At-Takiri. Beliau adalah Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat.

At-Takiri adalah sempena dengan nama kampung kelahirannya Seberang Takir, sebuah  kampung yang terletak di kawasan Kuala Nerus. Seberang Takir terkenal  dengan nelayannya dan keropok lekornya yang sedap.

Nampaknya itulah yang kawan-kawan harapkan berlaku di Kuala Nerus dalam PRU yang akan datang.

Pada kita calon ini memang bagus dan amat dikenali. Soalnya, mampukah dia diberikan sokongan penuh oleh parti. Khairudin memang aktif. Banyak tempat dia pergi. Beri ceramah. Tapi lepas ceramah minta derma. Kat situ imejnya ada rosak sedikit lah.

Kita harap parti dapat bantu Dr Khairudin dengan lebih bersungguh. Bagi dia peruntukan awal untuk bergerak di kawasan. Jangan biar dia sorang-sorang.

Lawan? Entah. Kalau lawan anak bekas MB (kepala botak), insya’Allah kita menang. Dia berlagak sahaja. Tak pandai mana pun.

Ana rasa BN akan letak calon baru. Tak tahu siapa. Kalau setakat menang 1000 undi lebih, ana yakin kita boleh potong. Tapi Pas kena beri peruntukan kewangan yang lebih baik. Kalau setakat nak minta derma pada PKR, ana rasa….

mustafa-ali08Ana cukup kecewa, jika seorang yang berpengalaman seperti Mustafa Ali, dikatakan tidak mendapat tempat untuk bertanding di mana-mana tempat sekalipun dalam PRU kali ini. Bayangkan, seorang yang hebat begitu, tidak mendapat tempat langsung di hati orang Pas di akar umbi.

Di mana logiknya, seorang yang berpengalaman, tidak mahu diterima sebagai calon. Di Terengganu ditolak. Di Titiwangsa pun ditolak. Di Selangor pun ditolak. Macamana orang parti boleh tolak orang yang begini hebat dan berpengalaman.

Jangan main gila. Pada ana, Mustafa Ali ini ada gaya untuk naik lebih tinggi. Malah, jauh lebih wibawa berbanding Timbalan Presiden pun. Bukan calang anak.

Beliau berpengalaman luas dalam dalam politik negara bermula menjadi ahli Parlimen Kuala Terengganu pada tahun1974 sehingga tahun 1978 dalam masa yang sama menjawat jawatan sebagai setiausaha Parlimen KementerianPerdagangan dan Perindustrian Malaysia pada tahun 1974 sehingga tahun 1977. Turut berpengalaman menjadi Timbalan Menteri SainsTeknologi dan Alam Sekitar pada awal tahun 1977 sehingga November 1977.

Pada 1977, beliau kemudiannya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri SainsTeknologi dan Alam Sekitarkerana tidak setuju dengan tindakan kerajaan Pusat mengisytiharkan MAGERAN di negeri Kelantan Darul Naim -(negeri Serambi Makkah) . Semua ahli Parlimen PAS akan dipecat dari parti PAS jika menyokong rang undang-undang Darurat Kelantan 1978. PM Hussein Onn menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional dan Mustafa Ali berhenti menjadi menteri pusat.

Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dari tahun 1982 sehingga 1990. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Dungun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan dari tahun 1999hingga 2004. Pada zaman pemerintahan kerajaan PAS di negeri Terengganu pada tahun 1999-2004 beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO) dan menjawat portfolio Pengerusi JawatankuasaPembangunan EkonomiPetroleumPerindustrian dan Sumber Manusia dari tahun 19992004.

Jawatan pertama dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) ialah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 1975 hingga 1987 seterusnya beliau dilantik sebagai Bendahari Agung PAS Pusat dari tahun 1987 hingga 1997, Naib Preseiden PAS Pusat pada 1997 hingga 2005, Pesuruhjaya PAS Terengganu pada 2005 sehingga tahun 2009 sertaPengarah Pilihan Raya PAS Pusat sejak 1997 sehingga 2009. Kini beliau diamanahkan sebagai Setiausaha AgungParti Islam SeMalaysia (PAS) menggantikan tempat Dato’ Kamaruddin Jaafar.

Ini bukannya pengalaman yang pendek! Terel. Banyak pengalaman dalam kerajaan.

Ana rasa cukup rugi kalau ahli kita tolak orang hebat begini. Bagi dia bertanding di Titiwangsa. Apa salah.

KitSiangDewan Pemuda PAS Negeri Perak mengalu-alukan dan mengucapkan selamat  datang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri ini  untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Kami merasakan kehadiran Datuk Seri Anwar ke Perak sebagai satu  nukleus penting kebangkitan rakyat setelah ‘rampasan kuasa’ oleh Umno  Barisan Nasional (BN) pada awal Februari 2009 yang lalu,” kata Timbalan  Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Katanya, kedatangan Anwar ke Perak juga untuk mengembalikan ‘kuasa rakyat’ kembali mentadbir negeri ini.

Justeru, ujarnya kesudian Anwar untuk bertanding di Perak amat tepat dan dinanti-nantikan.

“Sudah tentu banyak persoalan timbul kini, di manakah kerusi yang  bakal ditandingi oleh Datuk Seri Anwar nanti?” tanya beliau dalam satu  kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Ana ada pandangan yang berbeza dalam hal ini. Bukanlah tak suka. Tapi pada ana, Perak tak perlukan Pak Sheikh pada ketika ini. Kita sudah berada dalam keadaan selesa. Yang perlukan Pak Sheikh pada ketika ini adalah Negeri Sembilan. Lebih penting.
Di Negeri Sembilan, PR tidak ada kekuatan pemimpin. Lemah. Terlalu sangat ikut cakap DAP. Susah nak tawan undi Melayu/Islam. Ana cakap terus terang sahaja.
Di Perak, mantan MB sudah ada. Nizar adalah ikon kepada perjuangan Pas di Perak. Tak perlu ada Pak Sheikh. Sudah kuat.
Di Negeri Sembilan yang perlu.
Kalau ikut kawasan, ana suka sangat kalau Anwar berlawan dengan menantu Tun Dol di Rembau. Barulah ada umph. Bukannya cari kerusi selamat di Ipoh Timor. Kenapa mesti nak bertanding di kawasan majoriti Cina. Lawan di kawasan kita lah.
Ana cadang, Pak Sheikh jadi kepala di Negeri Sembilan. Nismilan kata budak muda. Barulah sedap berlawan. Negeri yang sudah kuat, nak letak lagi calon kuat nak buat kejadah hapa. Buang masa.
Bila Pemuda kita di Johor nak sambut dan alu-alukan kehadiran Kit Siang?

Abby-Abadi-Keluar-Hukum-Sendiri-ROTIKAYAPAS meletakkan 22 calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Dari 22 kerusi tersebut, lapan darinya adalah kerusi parlimen, manakala 14 kerusi dewan undangan negeri (Dun).

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud, berkata 22 kerusi untuk calon wanita itu telah dimuktamadkan parti.

“Setakat ini, 22 kerusi telah dimuktamadkan untuk calon di kalangan muslimat.  Mungkin ada pertambahan lagi,” tegas beliau pada satu sidang media, di  Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, kerusi-kerusi  tersebut meliputi beberapa negeri seperti di Kelantan, Selangor, Negeri  Sembilan, Sarawak dan Perak.

Beliau juga berkata, asalnya mereka (muslimat PAS) meminta setiap negeri satu kerusi parlimen, dan satu kerusi Dun.

“Bagaimanapun, kami mendapat kerjasama yang baik apabila ada negeri yang menawarkan  lebih dari satu kerusi untuk calon wanita,” tegas beliau.

Ana tak kisahlah pusat nak letak berapa orang pun. 50 orang pun. Tapi pada ana, kita kena kaji betul-betul. Bukan setakat letak jadi calon, sebab dia perempuan/wanita/muslimat. Kekuatan politik kena ukur juga. Bukan main ambil ikut suka.

Pada ana, PAS kena realistik bab ini. Bukannya apa. Kalau setakat letak calon, lepas tu kalah, nak buat apa kebenda. Rugi duit sahaja. Ada kawasan yang memang calon Muslimat tidak wibawa. Nampak letih. Tua. Kurang bergetah. Tapi sebab nak bagi cukup kuota, kita bagi juga tempat. Ana tak setuju sangat dengan cara ini.

PAS kena guna kekuatan artis yang sokong kita. Minta Abby Abadi tanding. Pujuk Wardina tanding. Irma Hasmie. Sharifah Aini kalau perlu. Wajah macam ini yang patut kita berikan peluang. Terutamanya di dalam kawasan bandar. Barulah kita nampak maju.

Tahun 2008, kita bagi 13 calon wanita tanding. Berapa yang menang? Ramai yang melingkup. Tapi sebab dia wanita, dapatlah peluang. Pada ana, strategi ini macam ini kurang bijak. Kena beri ikut meritokrasi. Pak Sheikh Anwar kita selalu pesan, semua benda mesti ada merit. Kalau meritnya sebab perempuan. Itu bukan merit. Itu menipu.

Terus terang ana kata, sesetengah calon wanita PAS lebih layak jadi NENEK sahaja di rumah. Buang masa.

Lim_Kit_SiangAna terima sangat banyak sms daripada rakan-rakan di Johor (Tangkak, Sungai Mati, Parit Raja, Lenga, Semerah, Kluang, Pontian Kecil, Batu Pahat) yang melahirkan kerisauan dengan kehadiran Kit Siang di Gelang Patah. Pada mereka, wajah Kit Siang adalah satu malapetaka kepada politik Pas di Johor. Kena banyak perbetulkan. Pada hakikatnya, mereka lebih minat dan gemar dengan muka dan senyuman manis Dr Jimmy Chua Jui Meng untuk mengepalai PR di Johor.

Kepada mereka, Kit Siang ini ada masalah persepsi. Orang Melayu masih lagi sangsi dengan pemikiran sebenar Kit Siang. Apa pandangan Kit Siang tentang Hudud? Tentang Islam? Tentang DEB? Tentang orang Melayu secara keseluruhannya.

Ada satu sms ahli Pas di Muar, dengan mudah sahaja menulis: ‘Lan, ko jangan ingat Melayu Johor nak terima kita dengan Kit Siang. Aku sendiri menyampah dengan dia’. Ana hanya terima sahaja sms kawan-kawan.

Pada ana, Pak Sheikh kita (Anwar) pastinya ada strategi yang lebih baik untuk Johor. Tapi perlu juga hati-hati dengan kesan kepada Pas. Bukan sebab PKR sahaja. Ana sudah banyak kali cakap pasal ini. Kena ambil berat semua pihak.

Kalau kita kaji semula pencapaian politik 2008, Pas dan DAP memang mampu buat kejutan di Johor. Kita tanding di 32 kerusi DUN (menang 2). DAP tanding di 12 kerusi DUN (menang 4). PKR tanding di 10 kerusi DUN (kalah semua).

Di Parlimen, Pas tanding di 10 (kalah semua). DAP tanding di 6 (menang 1). PKR tanding di 8 kawasan Parlimen (kalah semua). Ini waktu tsunami hebat. Ini waktu kepimpinan Tun Dol yang lemah. Sekarang masa dan zaman sudah berubah.

Ana, secara peribadi, tak nampak sebab Kit Siang nak pindah ke Johor. Dia sepatutnya tumpu kepada Pulau Pinang. Tak perlu turun ke Selatan. Jangan dia lupa, Projek Tanjung dia di PP pun dulu – gagal. Pernah ditolak rakyat Pulau Pinang. Inikan pula Johor.

Disebut bahawa antara modal DAP di Johor adalah attack Duli Tuanku Sultan Johor. Ini pun nanti jadi satu masalah kepada kita di bawah. Buatnya DAP lambak semua cerita meniaga Tuanku, dalam pada kita nak dapat undi – jahanam undi Melayu.

Kesimpulannya….memang berpotensi jadi MALAPETAKA.

Mati SyahidDewan Ulamak PAS Pusat ingin menegaskan bahawa para perajurit kita  adalah wira negara yang mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.

“Mereka adalah syahid di atas dunia lagi, dan diberikan penghormatan  seperti syahid. Najib hanya memanggil mereka sebagai syahid akhirat  sahaja!” tegas Ketuanya, Datuk Harun Taib dalam satu kenyataan ringkas.

Menurut beliau, Najib yang juga merupakan Perdana Menteri dan  Presiden Umno telah merendahkan martabat para perajurit dengan  menyamakan pengorbanan mereka dengan kematian seorang yang lemas, orang  yang mati kebakaran, wanita yang mati melahirkan anak dan seumpamanya  seperti yang dijelaskan oleh para ulama.

Pada ana, tak perlulah kita manusia nak jadi ALLAH SWT dalam isu ini. Syahid ini adalah rahsia Allah SWT jua. Bukan kita manusia. Anwar sebenarnya tak setuju kalau kita asyik nak bertelagah SYAHID siapa lebih ada value. Bukan ada cop SIRIM pun kalau seseorang itu SYAHID. Majlis Syura mana sekalipun tak boleh nak tentu siapa yang syahid dunia dan syahid akhirat.

Pertama, kita kena setuju bahawa mereka berkhidmat untuk negara dan bangsa. Itu paling penting. Kata syahid dan bentuk jamaknya syuhada digunakan dalam sejumlah ayat al-Qur’an. Diantaranya firman Allah yang menyatakan:

“Dan barang siapa menaati Allah dan Rasul (Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah, (yaitu) para nabi, para pecinta kebenaran, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Mereka itu teman yang sebaik-baiknya.” (Qs. An-Nisa [4]:69).

Menurut Tafsir al- Fakhr ar-Razi, asy-syahid adalah orang yang memberi kesaksian akan kebenaran agama Allah, baik dengan argument atau penjelasan, maupun dengan pedang dan tombak. Orang yang terbunuh di jalan Allah disebut dengan syahid.Sebab, orang tersebut mengorbankan jiwanya demi membela agama Allah dan jiwanya demi membela agama Allah dan menjadi kesaksian baginya bahwa agama Allah itu yang benar. Lain dari itu adalah batil( ar-Razi, 1995: jilid 5, h. 180). Dalam ungkapan yang lain, penulis at- Tafsir al-Wadhih menerangkan, bahwa syuhada adalah orang yang menyaksikan kebenaran dengan alasan dan bukti serta berperang di jalan Allah dengan pedang dan tombak hingga ia terbunuh (Hijazi, 1969: juz 5, h.32). Dalam pandangan kedua musafir itu, senjata yang digunakan menunjuk kepada peralatan perang yang masih bersahaja yang digunakan pada masa al-Qur’an diturunkan.
Berkaitan dengan itu, Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, menjelaskan :

Barang siapa memohon kesyahidan kepada Allah dengan benar, Allah akan membuatnya sampai pada derajat kesyahidan, meskipun ia mati di atas tempat tidurnya(an-Nawawi, 2005 :245)
Ana cadang, kita tak payah main la isu ini.

Bak kata P Ramlee….ANA MATI DALAM IMAN (PAS lettew….).

Laman Berikutnya »