Oktober 2012


Oil has been discovered off the shores of Pahang, bringing the estimated Bertam reserves to 64 million barrels.

Datuk Seri Najib Tun Razak said Petronas Carigali Sdn Bhd and Lundin Oil jointly made the discovery under a production sharing contract at Block PM 307 of the Bertam oilfield.

The Prime Minister added that the new oilfield lay 160km off the shores of  Peninsular Malaysia, opposite Pahang, at a depth of 76m.

PM 307 PSC is operated by Lundin Malaysia, which has a 75% interest, with Petronas holding the remaining equity.

Bernama quoted Najib as saying: “This (find) is very significant because we  have never discovered oil in a commercial quantity at the Penyu Basin.  This is a major breakthrough.

“With the discovery, the Bertam oilfield is estimated to have oil reserves of 64 million barrels,” he said after chairing the Biotechnology Implementation Council meeting here.

Based on the findings of commercial and technical  feasibility studies, Najib said, crude oil production would begin at the oilfield in the third quarter of 2014 with a projected output of  between 17,500 and 20,000 barrels per day.

He added: “This discovery proves there is oil and gas at the southern region of the Malay Basin towards the Penyu Basin.

“The oilfield is located on the continental shelf which is under the jurisdiction of the Federal Government.”

Najib said Pahang was expected to receive a special payment of RM100mil a year once production begins.

THIN KURAL, Isnin 29 Oktober 2012

 

4 BUAH TANDAS BERNILAI 20 RIBU RINGGIT UNTUK KUIL SINGARA VADIVELAVAR :

HASIL USAHA KELAB PENYOKONG PAS PAHANG

 

Hasil usaha Kelab Penyokong PAS Pahang, 4 buah tandas dengan kos 20 ribu ringgit dibina di Kuil Sri Singara Vadivelavar, Jerantut. Ia selepas mendengar rintihan penganut Hindu yang berkunjung ke kuil itu mengenai tiadanya kemudahan masalah tandas. Walapun kami sudah banyak kali memohon kepada kerajaan negeri mengenai keperluan itu, tetapi langsung tiada respon. Namun, sejurus mendengar keluhan kami PAS Pahang  telah bertindak segera. Dalam hanya 45 hari pembinaan tandas itu siap. Kami berterima kasih kepada PAS Pahang dan syarikat yang melaksanakan pembinaan itu.

 

Semasa berucap pada majlis itu, Pengerusi PAS Jerantut Dr Hamzah Jafaar berkata sekiranya PAS menguasai Pahang pada pilihanraya umum depan, segala keperluan masyarakat akan dipenuhi tanpa mengira bangsa dan agama. Malah, tuntutan pembinaan sebuah dewan untuk masyarakat India juga akan dipenuhi, katanya. Untuk itu rakyat perlu yakini kami dan akan akan balas keyakinan itu. katanya lagi. Pengerusi DAP Jerantut Cikgu Koh pula berjanji untuk memberikan gaji 6 bulan beliau untuk Kuil dan masyarakat India setempatkalau Pakatan kuasai negeri itu dalam PRU nanti. Masyarakat India Jerantut masih ketinggalan jauh di belakang. Justeru kami akan berusaha memajukan kehidupan mereka, kata beliau.

 

Sampai tahap ini kita jaga hati orang India. Kalau mereka pergi kuil, tiba-tiba perut memulas nak memerut – ada juga tandas yang disediakan oleh PAS untuk mereka. Ini satu program yang sangat baik dan positif.

 

Nak elok lagi, kita letak lambang PAS di depan pintu jamban. Bagi mereka ingat parti kita. Jangan sedap ‘melepas’ di tandas tajaan kita; tapi bila undi, terus disanjung Samy Vellu yang bebal itu.

 

Anwar Ibrahim pernah cakap sama kita, undi India sangat penting. Undi penentu. Jangan lupa, kalau tak ada HINDRAF dulu, jangan harap kita nak menang 5 negeri. Ini semua ada permainan politik.

 

Ana puji PAS Pahang kali ini. Taik orang India pun pastikan berada di dalam jamban dan saluran pembetungan yang ditaja oleh PAS. Macam ini barulah ada kemajuan politik. Tidak bergantung kepada undi surau dan masjid semata-mata.

 

Kalau kita dan DAP teruskan mendekati KUIL, ana yakin undi masyarakat India ini harus bersama kita. Apa punya MB Pahang, tandas pun tak mampu nak bagi. Sengkek?

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya  penayangan filem ‘My Name Is Khan’ di TV3 pada Hari Raya Aidil Adha yang kedua.

Naib Presiden Abim, Ahmad Saparudin Yusup berkata, filem yang membawa mesej yang mengelirukan jelas tidak wajar ditayangkan oleh sebuah  stesen televisyen utama Malaysia.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau mengenai perkara itu.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya  penayangan filem ‘My Name Is Khan’ di TV3 pada Hari Raya Aidil Adha yang kedua. Filem yang membawa mesej yang mengelirukan jelas tidak wajar  ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia.

Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan (Datuk) jelas menjengkelkan. Aksi  beliau dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis  skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan. Sebagai  contoh, adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang  beragama Hindu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menerima dan  mencampur aduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama  adalah sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam.
Ana nak tergelak baca statement ABIM ni. Dah ekstrim sangat. Bawa bertenang ya akhi. Ini cuma cerita. Bukannya kahwin betul-betul. Di Indonesia, kahwin berlainan agama ini sudah biasa. Bukannya benda baru. Tak perlu nak takut pun.
Apa strategi ABIM nak bangkit benda-benda ekstrim ini? Dah macam PERKASA pulak ana tengok.
Tak semua benda yang rakyat akan ikut secara membuta tuli. Janganlah anggap rendah sangat standard iman orang kita ini. Mereka minat SRK sahaja. Bukannya nak ikut cara SRK beragama.
Bila ABIM dah jadi lebih Ayatollah ni…kita pun pening.

Ana jadi pening kepala dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr Asri. Ana suka peribadi dia. Orang baik. Santun. Tapi dalam beberapa perkara, Dr Asri nampak sangat suka bantai PAS. Dalam wacana terbaru dengan Sinar, Dr Asri melahirkan kerisauan bahawa PAS akan jadi parti yang penuh dengan MULLAH. Semua benda haram. Tak boleh itu dan tak boleh ini.
Ana nampak, Dr Asri dah lama tak kawan dengan orang kita. Dia dah tak kenal PAS. PAS sekarang bukan macam PAS dulu. Kita lebih dinamik. Kita lebih ke depan dalam banyak perkara. Jadi kenyataan bahawa PAS ini akan jadi parti AYATOLLAH adalah satu penghinaan kepada PAS. Jangan hina kami begitu.
Sudahlah AYATOLLAH itu orang Syiah. Nak kaitkan dengan PAS supaya orang pun takut dengan kita. Ini semua taktik lama.
Dalam PAS, benar seperti kata beberapa pemimpin – AYATOLLAH tidak ada kemungkinan. Dengan terserapnya kumpulan profesional, bijak pandai, pemikir, kontemporari – kita sudah ada kumpulan yang lebih terbuka dan berpandangan jauh.
Dalam PAS, kita lebih cenderung kepada ANWAR-ullah. Perjuangan yang lebih menjurus kepada keterbukaan dan keadilan buat semua. Takkan Dr Asri tak boleh faham keadaan dan suasana ini.
Mengulas teguran Asri itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar  berkata, sekiranya diberi mandat memerintah Putrajaya kelak, mereka  tidak akan sekali-kali menjadi seperti pimpinan Ayatollah.

Katanya, sedia ditegur dan dikritik akan terus menjadi asas perjuangan parti itu.

“Saya rasa Dr Asri sekadar membuat peringatan yang jujur dan ikhlas,  tiada niat lain dan saya hargai peringatan yang diberi itu.

PAS lebih percaya kepada perjuangan politik Anwar kerana ianya relevan dengan masa dan keadaan. Perjuangan Anwar ada ‘fiqh realiti’ (fiqh al-waqiq). Bukan macam sesetengah pemimpin PAS sendiri yang masih terbeban dengan kongkongan pemikiran lama. Anwar berjaya membebaskan PAS daripada belenggu pemikiran Islam yang tidak selari dengan realiti. Itu sahaja.

PAS akan bertanding 29 atau 30 dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Di peringkat Parlimen pula, PAS akan bertanding lapan kerusi, kata  Pesuruhajaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam wawancara khas  dengan Harakahdaily.

Ini bermakna, PAS bertanding paling banyak  kerusi DUN Johor berbanding rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu  PKR dan DAP yang akan bertanding kira-kira 27 kerusi lagi.

“Dalam pilihan raya 2008, kita bertanding 33 kerusi. Namun kali ini kita  serahkan sebahagiannya kepada PKR dan DAP,” kata beliau kepada  Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis dialog dengan Dewan Himpunan  Penyokong PAS di sebuah hotel dekat sini.


KERUSI TUMPUAN

Dari jumlah itu, PAS memberikan tumpuan kepada 17 kerusi untuk dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita beri tumpuan untuk menang 17 kerusi ini untuk membolehkan kita ‘lead’  Pakatan di Johor,” kata beliau yang memberitahu, PAS Johor sudah bekerja keras sejak tiga tahun lalu.

DAP akan bertanding kira-kira 14 dan PKR pula akan bertanding 15 kerusi DUN.

Ana ucap TAHNIAH kepada PAS Johor kerana berani membuat kenyataan bahawa KITA akan menjadi KETUA kepada Pakatan Rakyat di Johor. Secara kebetulan, ana ramai kaum keluarga di Johor. Pada mereka, soal PAS mahu menerajui Johor  ini hanyalah guruh sahaja.

Manakan tidak, daripada 30 kerusi, 24 kerusi adalah kerusi BUNUH DIRI. Takkan boleh menang pun. Habis, apa maknanya? Sedangkan DAP dan PKR mempunyai kelebihan yang lebih baik.

14 kerusi DAP – 12 kerusi punya potensi boleh menang. PKR tanding 15 kerusi – 9 kerusi boleh menang. Sudahnya? PAS takkan jadi KETUA juga.

Ana minta pemimpin kita di Johor supaya lebih strategik dalam mengemukakan pandangan. Hentam keromo – inilah jadinya.

Jangan lupa, kita pun belum bina JAMBATAN ke Istana Pelangi. Belum. Bila nak mengadap Tuanku?

Ana malas nak ulas panjang bab perangai pegawai tinggi KCS ni. Memang dah lama kita perasan di Kedah pun. Yang dikatakan Tun Mahathir sebagai LITTLE NAPOLEONS depa ni lah. Kerja malas. Kuat main golf. Kerjanya bodek Tuanku. Payah nak kata.

Ana setuju dengan pendekatan PAS Kedah yang berusaha keras untuk berdepan dengan puak KCS ni. Depa ni memang jenis tak suka buat kerja. Lebih suka berada di Padang Golf, ataupun duk bodek Tuanku di KL. Kerja senang lah kalau setakat nak bodek Tuanku.

Ana minta maaf cakaplah, KCS ini lah yang menyebabkan kerajaan kita di Kedah nampak tak berapa nak cerdik. Banyak masalah. Banyak kelemahan. Bukan sebab pemimpin kita lemah. Tapi depa ni tak membantu dengan jujur. Sibuk nak kayakan diri sendiri dan saudara mara mereka. Kiat diam sikit, depa mula mula nak ketit kepimpinan kita. Mangkuk hayun sungguh.

Ana diberitahu, kalau ikut pencapaian di seluruh Negara, KCS adalah antara pegawai kerajaan yang paling lembab dan tidak pro aktif. Semuanya tunggu arahan. Semuanya tunggu disuruh. Tak ada idea. Sebab terlalu tertutup pemikiran. Bahasa mudah, KCS ini memang koman habih.

Kalau KCS tak beri kerjasama pada kerajaan Negeri yang dipilih rakyat – mana organisasi pun boleh mengkalik. Tunggang langgang. Arahan MB dia buat tak tau. Sebab? Sebab dia ada kuasa. Apa punya pegawai kerajaan lah?

Kita jangan lupa, jangan lupa, depa ni lah yang buat SANUSI JUNID (orang bijak) tersungkur dulu. Depa ni lah. La ni, depa nak susun bagi Azizan pulak tersungkur. Kerja busuk. Sebelum depa bagi kita kalah, baik kita lawan depa sungguh-sungguh.

Masa mula-mula kita menang, depa ni lah yang meghemut nak minta nyawa. Bila lama sikit, mula tunjuk belang.

Ana ingat kita sudah tidak ada masa. Kena pi ajaq puak KETEGAQ macam KCS Kedah ni.

Pertamanya, dia mengucapkan terima kasih kepada ana kerana blog ini. Dia bertanya kepada ana, kenapa jarang sangat menulis tentang hubungan Pas dan orang bukan Islam. Ana cakap lah kat dia, ana kena hati-hati bab ini. Kalau selalu sangat nanti jadi peruntuh parti.
Dia menulis kepada ana dalam Bahasa Inggeris. Kalau kelmarin ana post mengenai persoalan kawan-kawan kita yang nak tahu apa yang berlaku di Kedah, mamat seorang ini memberikan email yang panjang mengenai Kelantan.
Ana ringkaskan dalam fakta supaya senang kita faham:-

– Public debts increased by RM27.85 million from RM1.11 billion in 2010 to RM1.14 billion in 2011 – A total of RM188.57 million were allocated for development projects in the Kelantan State in year 2011, however a total of RM144.66 million were spent as at 31 December 2011.

– Audit works carried out from September to December 2011 found that the management of the Development and     Beautification of Kelantan River Bank Project was unsatisfactory.

– The Road Division of the State’s PWD Head Office and three districts namely Pasir Puteh, Kuala Krai and Kota Bharu were found that in general, the implementation of State Road maintenance work was unsatisfactory  .

– The Audit  revealed less satisfactory outcome pertaining quit rent revenue management.

– The management of public facilities was less satisfactory. Audit survey on customers’ satisfaction regarding the management of public facilities found that overall, a total of 62.2% and 47.6% of respondents were not satisfied  with the management of public facilities managed by MPKB-BRI and MDT.

– The People’s Plantation Programme was less satisfactory .

Kelantan Menteri Besar Corporation (KMBC), was less satisfactory. KBCSB recorded accumulated losses, negative shareholder’s equity and net current liabilities for the years 2008 to 2010. However, financial ratio analysis showed an improving trend for the same period of time.

– The Binaraya PKINK Sdn. Bhd. (BPSB) , the subsidiary of Kelantan State Economic Development Corporation (KSEDC) was  found that in general, the management  was less satisfactory. Kijang Kuari Sdn. Bhd. (KKSB) , the subsidiary of Kelantan State Economic Development Corporation (KSEDC) was  found  that in general, the management of was less satisfactory.
Ana balas pada dia, janganlah harap Kerajaan PAS Kelantan hebat macam DAP di Pulau Pinang. DAP dapat kerajaan yang dah mantap: pelabuhan baik, jalanraya bagus, sistem ekonomi negeri dah baik. Kita, terpaksa bermula daripada ‘0’. Kurang bantuan daripada kerajaan Persekutuan. Tak ada royalti minyak. Kena faham bab itu.
Ana harap dia faham lah ana tulis dalam bahasa Melayu. Tapi itulah hakikatnya.
Semua mata tumpu pada kita, Kedah dan Kelantan. Tapi kita semua kena banyak bersabar. Beri peluang untuk kita menunjukkan kemampuan. Bukannya balun ikut suka hati
Apa yang dibangkitkan anak muda Tiong Hua itu ana tak nafikan. Memang ada dalam Laporan Oditor General. Tapi tak semua laporan Ambrin Buang itu betul. Odit Report bukannya Quran.
Tapi ana jadi sangat risau bila anak muda bukan Melayu/bukan Islam (BMBI) ini semakin mengukur prestasi kita. Bahaya ni. Jangan main-main. Kalau ana dapat email ini, dan dia emailkan ramai budak muda Cina macamana? Tak melingkup kita?
Ana harap sangat DAP bantu kita bab ini. Bab mengurus kewangan ini memang kita lemah.

Laman Berikutnya »