Ogos 2011


Ana nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang sudah beraksi cemerlang dalam wacana di Sinar semalam. Ana rasa, memang tidak silap PAS menghantar Tuan Ibrahim ke wacana tersebut, khusus untuk menidakkan pandangan Tan Sri Mufti Perak dan Ustaz Fathul Bari. Ana rasa, semalam adalah hari kemenangan PAS dalam segenap segi. Semua apa yang dibentangkan oleh Tuan Ibrahim sememangnya membuka mata mengenai peranan dan kesungguhan PAS dalam memastikan Islam terus menjadi hebat di Malaysia.

Nak ketawa pun ada apabila penyokong-penyokong kita menidakkan pandangan Tan Sri Harussani. Tercengang-cengang mufti nak menjawab. Orang cerita pasal Negara dan bangsa, dia dok cerita pasal FATWA HEBAT dia iaitu poco-poco adalah haram. Apalah punya mufti. Tak high level langsung.

Kalau pemikiran dan ijtihad mufti hanya setara poco-poco, baik kita tidak payah ada Mufti. Buang masa. Sanggup lagi Dato’ Mufti nak pertahan fatwa dia pasal poco-poco. Aduhai. Pemikiran Mufti pun…tak maju langsung.

Mufti tidak sama sekali menafikan bahawa NEGARA BERKEBAJIKAN adalah ciri Negara Islam. Senyap. Takut? Tak cukup hujah? Tak buat homework?

Memang Tuan Ibrahim pandai konar hujah kepada Mufti dan Ustik Umno. Terdiam dan terpaku. Soal takbir pun nak dimain-mainkan. Apalah punya pemikiran.

Ana pernah banyak kali tulis dalam blog ini, PAS hidup hari ini kerana kita bijak berstrategi politik. Ramai yang tempelak ana. Kata PAS sudah tidak Islam. PAS sudah tidak bersungguh nak tegakkan agama Allah. PAS dah jual maruah?

Ana minta kalian dengar hujah Tuan Ibrahim semalam. Kita tolak pelawaan UMNO nak bentuk kerajaan di Perak kerana kita mahu kekal kepada STRATEGI POLITIK. Ana dah beritahu banyak kali. Kalian tak percaya. Apa salahkah ana cakap bahawa PAS perlu mendahulukan strategi politik? Sekarang bila Tuan Ibrahim yang cakap – kalian, ahli-ahli PAS dan puak UMNO patut sedar. Jangan nak salahkan ana.

Tuan Ibrahim semalam ana ibaratkan macam Lionel Messi. Gelecek Mufti dan Ustaz Umno sampai ke dalam gol. Terdiam. Baru tahu penangan PAS. UMNO pun…hantar la orang yang standard sikit. Kalau setakat yang ada tu…..belum tentu boleh jadi Bilal 5 masjid milik PAS…

Advertisements

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyahut gesaan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar buku Konsep Asas Negara Berkebajikan terus dipercambahkan perbincangannya di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Setiausahanya, Dr. Khairuddin Aman Razali menegaskan komitmen Dewan Ulamak PAS Pusat untuk merealisasikan hasrat Presiden PAS itu.

“Insya Allah kita akan memastikan agar seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan pandangan dan agama memahami hasrat PAS untuk mewujudkan sebuah Negara Berkebajikan yang lebin mapan dan jitu serta berbeza sekali dengan Negara Kebajikan bawaan barat,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan bahawa menjadi keutamaan Dewan Ulamak untuk mempelopori usaha penerangan tentang Negara Berkebajikan.

“Kita, insya Allah akan berusaha memastikan agar buku Tuan Guru Presiden ini akan didiskusikan di seluruh negara, insya Allah kita akan menggerakkan Dewan Ulamak setiap negeri untuk merealisasikan hasrat ini,” ujar beliau lagi.

Ini adalah petanda baik – Dewan Ulama tidak lagi menjadi badan yang pasif dan hanya bertugas setahun sekali. UMNO memang banyak kali kutuk kononnya Dewan Ulama’ PAS ini macam Tok Imam Kampung. Duduk diam dan tidak berada dalam arus politik.

Kali ini puak UMNO akan kenal dengan fungsi Dewan Ulama’ PAS yang sebenar. Mereka akan turun  ke bawah dan sama-sama membawa dasar Negara Berkebajikan.

Dr Khairuddin Aman Razali ini bukan calang-calang ustaz. Top class. Ulama’ UIA. Kalau dia sendiri dah bercakap mengenai Negara Berkebajikan; dengan lunas Al-Quran dan Sunnah, jawabnya UMNO akan ghuyub. UMNO mana ada kepakaran bab-bab ini. Setakat Brigadier jeneral yang ada tu, kita yakin tidak akan ke mana.

Ana kadang-kadang kesal juga dengan jemaah kita yang mudah sangat nak ambil penceramah. Asal dia boleh tibai gomen, kita ambil. Asal dia boleh belasah orang, kita ambil. Asal dia boleh hina pemimpin sikit-sikit, kita ambil. Sudahnya, nama PAS juga yang terpalit kotor. Orang marah. Orang jadi tak respek kepada parti.

Ana harap sangat, kalangan mereka yang mendokong parti ini agar hati-hati sikit bab pilih penceramah. Jangan rosakkan parti sendiri. Kes di TTDI Jaya ni adalah contoh. Ana tak ada masalah peribadi dengan Ustaz Ali Setan (Azmil). Tak ada. Ana suka dia sebagai seorang pendakwah. Tapi nak mengangkat Ali sebagai penceramah utama parti, kita rasa perlu difikirkan semula. Ana dah tengok ceramah sejam suku Ali Setan. Ana pun rasa tak sedap.

Dahla tercungap-cungap. Mesej yang disampaikan terlalu kasar gamaknya. Gamaknyalah.

Dia sentuh pasal SPB YDP Agong ikut suka. Bukanlah ana kata tak boleh nak kritik. Tapi Agong ini pada ana – janganlah kita sentuh sangat. Ana dah ulang banyak kali. Masalah kita dengan pengundi Melayu kalau celupar sangat bab Agong ni. Kena tenang sedikit.

Sebab itu ana pernah tulis – kita jangan kecam Agong dengan melampau sangat. Nanti orang Melayu akan hilang respek kepada PAS. Susah.

Kita jangan mudah sangat nak angkat individu sebagai USTAZ. Jangan…takut kalau mereka tak menjiwai perjuangan PAS, mereka tak faham strategi politik. Rosak kita nanti.

Penceramah sama pun cakap pasal Melayu BODOH dan sebagainya. Apa ke halnya? Janganlah hina orang Melayu sampai macam itu sekali.

Ana nak cadangkan, PAS Pusat wujudkan pengkalan data penceramah yang sesuai. Jangan ikut suka. Jemaah perlu check dengan PAS Pusat, siapa-siapa yang boleh layak diangkat sebagai penceramah. Wajib. Barulah mudah.

“Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat PAS Pusat, semalam,” kata Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Mohd Adram Musa dalam satu kenyataan.

Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Omar, Mohamed Nasir Ahmad dan Kamarulzaman Ibrahim.

Katanya, sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda PAS juga telah membawa Abu Kassim di hadapan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos.

======================================

Kalau tengok muka Panglima Angkatan Tentera memang ana takut sikitlah. Muka yang amat garang. Tapi dalam hati ada ‘taman’. Macam kata pak lawak, ‘muka legend; tapi hati warna pink’. Tak boleh nak kena tegur sikit. Mula lah nak tuduh semua orang pengkhianat. Mentaliti tahap UMNO sungguh. Tak maju.

Ana bukan nak kata apalah, kalau undi pos dijalankan dengan jujur; agak-agaknya kita entah menang berapa kerusi. Banyak juga agaknya. Itu belum lagi kegilaan Menteri Pertahanan sekarang nak buat kem di Bagan Datok. Apasal? Takut kalah? Apa yang strategik sangat di Bagan Datok tu? Orang curi kelapa ker? Sampai nak ada satu batalion di Bagan Datok? Aduhai…semua sebab nak dapat kelebihan undi Pos.

Pengalaman peribadi ana, di Parlimen Setiawangsa, kalau tak kerana undi Pos, dah lama Zulhasnan Rapique to kecundang dan makan tanah. Cuma undi pos sahaja yang menyelamatkan Zulhasnan Rapique. Kalau nak ikut undi yang telus – dah lama kecundang. Maknanya apa? Memang undi pos ini ada kelebihan kepada kerajaan. Janganlah nak kelentong.

Makna kata, Panglima ATM  ini memang hati dan jiwa UMNO lah. Agak-agaknya berapa ramai MAT CELORENG yang memang hati beku nak menerima perubahan. Asyiklah membodek UMNO dan Barisan Nasional. Eloklah tu, makan duit gomen; duduk rumah gomen; hantaq sekolah gomen; kena sokong gomen….ke laut punya pemikiran.

Kita minta Mat Celoreng kita ini majulah sikit. Jangan ikut telunjuk sahaja. Yang hangpa makan tu…duit rakyat; bukan duit UMNO. Yang hangpa dok tinggal tu; rumah milik rakyat – bukan milik UMNO atau barisan nasional. Ada faham?

Ini tidak, kawan ana ada cerita kem di Sungai Buloh, nak bagi orang PAS masuk pun tak boleh. Dahlah mat celoreng kurang sembahyang. Kita nak jumpa di surau punya susah. Nak lawat rumah depa di kem pun tak boleh. Jawabnya, menanglah BN sampai hari kiamat.

* harap Panglima Tentera Darat janganlah berhati ayu sangat bila berdepan musuh…

Rakan ana, seorang ahli PAS kawasan KAPAR menyatakan bagaimana dia mendapat derma UMNO sebanya RM300 kelmarin. Majlis dilakukan bersama dengan PM dan Dato’ Rahman Palil, ADUN Sementa.

Dia kata, hebatnya UMNO Kapar adalah tetap meletakkan namanya sebagai penerima walaupun tahu dia adalah petugas pilihanraya PAS kawasan buat sekian lama. Dengan selambanya, orang UMNO memasukkan nama dia dan keluarga; kebetulan memang orang susah dan mempunyai 7 anak. Bayangkan, strategi UMNO stail macam ini memang bahaya untuk kita di kawasan. Jangan kita ambil mudah bila UMNO sudah mula mendekatkan diri dengan orang kita; sewaktu berdepan dengan hari raya ini. Boleh terbalik jadinya.

Kawan ana beritahu, pimpinan PAS Selangor kawasan ada turun minggu lalu. Tak sumbangkan apa-apa, banyak cerita politik mengenai kes gereja. Pemimpin tersebut heboh mengatakan tidak ada kes murtad di Selangor. Burukkan pemimpin UMNO setempat.

Tapi, kawan ana tanya ana, mana pergi peruntukan bantuan kemasyarakatan parti PAS? Mana pemimpin PAS yang bawa gula barang sekilo, minyak barang sebungkus, beras barang seguni, garam barang segenggam kepada rakyat? Mana? Ana diam dan tidak membalas soalnya. Ana katakan pada dia, kita bukan kerajaan di Selangor. Yang jadi kerajaan adalah PKR. Tapi kawan ana tersebut jadi marah dan tuduh ana seperti tak sekolah. Pulak…

Dia kata, kalau dulu waktu pilihanraya PAS, PKR dan DAP adalah satu. Kenapa sekarang berubah. Ana diam lagi.

Ana nak sampaikan kepada kepimpinan PAS agar turun ke bawah dengan lebih kerap dan bantu ahli kita. Jangan biar ahli kita terus terima budi UMNO – takut nanti mereka seronok dan lupa dengan PAS. Kita mintalah MB Selangor jangan memilih pemimpin dan penyokong PKR sahaja nak dibantu. Kena adil. Kalau boleh. berilah bantuan mana yang patut kepada rakyat. Inilah masanya kita nak menarik perhatian rakyat dengan kemampuan kita.

Kita cerita berdegar-degar nak tambah tanding 20 kerusi di Selangor. Pada PRU 2008, kita memenangi lapan kerusi Dun dari jumlah 15 kerusi yang kita tandingi.  Lapan kerusi yang dimenangi PAS ialah Meru, Sijangkang, Gombak Setia, Cempaka, Lembah Jaya, Selat Klang, Bangi dan Ulu Bernam. Orang kita sendiri bertanya, mana agenda bantu rakyat di lapan-lapan kerusi yang kita menang ini?

Orang kita sendiri merintih dan meminta-minta dari orang UMNO. Sudahnya…takut orang ludahkan kita nanti. Berjuang-juang juga, tapi kalau sampai dapur tak berasap….apa ke halnya???

Bak kata rakan ana dari Kapar…TENGOK GAMBAR TUAN GURU SAHAJA TAK KENYANG SHEIKH!!! Bunyi kasar…tapi itu suara hati dia…

Ana malas nak cakap kalau orang kuat parti sendiri sudah selalu sangat ada dalam muka depan Utusan. Penat kita melawan di bawah. Pemimpin muda kita sibuk nak dapat glamer diri sendiri. Buat kenyataan yang kadangkala lari sikit daripada pandangan rasmi parti. Nak jadi apa? Nak buktikan diri hebat? Nak jadi pejuang kepada orang lain?

Ana tahulah, memang banyak blog UBN yang dah keluar senarai nama mereka yang ada dalam majlis di gereja. Banyak. Bagi nama sebab apa? Kononnya nak buktikan bahawa semua mereka memang dalam perjalanan nak jadi murtad. Letih. Kalau dapat senarai nama sahaja dah percaya.

Ana nak nasihatkan Ketua Pemuda PAS supaya jangan galak sangat masuk Utusan Meloya. Kalau galak sangat, baik umum keluar parti. Jangan dahului imam. Kalau sudah tak percaya dengan ketua, buat parti sendiri macam Zaid Ibrahim. Senang. Sendiri tokey, sendiri macai, sendiri peon, sendiri bikin. Ana dah pesan banyak kali, termasuk sms kepada Ustaz Nasaruddin supaya ikut disiplin parti. Jangan ingkar. Tapi jenis orang muda yang tak faham erti perjuangan – dia nak buat hal sendiri. Ikut awoklah Ustaz.

Kita mengambil pendekatan hati-hati supaya tak mahu lukakan hati pengundi. Ana dah terangkan dulu, PAS kalau nak menang lebih baik – mesti mendapat sokongan orang Cina/India, pendek kata semua non-muslim. Kita banyak tumpang DAP bab ini. Tapi kalau dah kita sibuk nak berperang dan berjihad sangat; andai kata berita tak betul – nak gostan macamana? Nak gostan macam Ezam yang kata dia main ilmu ‘mantik’? Konon dia cakap sekadar perbandingan sahaja? Kan nampak bangang tu.

Jangan galak sangat nak masuk muka depan sampai hancurkan parti sendiri. Mana kesetiaan anta wahai Ustaz? Mana?

Kita jangan galak sangat nak desak itu dan ini, sedang diri kita pun tak banyak nak membantu parti. Minta maaf cakaplah, mana blogger muda-muda dalam PAS? Mana? Terpaksalah ana yang dah separuh abad nak berjuang sama. Tapi bila Dewan Pemuda nak main desak-desak; ana pun pandai naik angin.

Atau Ustaz sudah nampak cahaya di hujung terowong? Cahaya RM…kita pun nak tahu berapa banyak?

Ana rasa PM Malaysia sudah menerima maklumat dan nasihat yang salah. Dalam akhbar Utusan Malaysia (sesekali ana jengah juga di kedai Abang Mat); berkata bahawa dia dan kerajaan akan menunggu sehingga Bajet sebelum merangka sesuatu yang dapat membantu masalah kenaikan harga barangan. Ana rasa pengumuman ini memang cantik dan tepat sekali. Cantik dan tepat untuk kita sama-sama gunakan untuk kekuatan politik kita.

London ada rusuhan. Israel ada rusuhan. Spain ada rusuhan. Portugal ada rusuhan. Semua tempat ada rusuhan. Tahu apa yang sama di antara tempat-tempat ini? Soal kenaikan harga! Memang mantap. Kalau ini terus menjadi masalah rakyat dan kerajaan hendak tunggu sampai bajet (dijangka  bulan 10), kita kena guna 2 bulan ini bagi mendekati rakyat dan menjadi jurucakap mereka mengenai isu ini. Memang PAS dapat lakukan sesuatu yang baik.

Kita sekarang ni dah macam main defend. Macam Malaysia lawan Singapura – konon nak menang, tapi tak menyerang. Bila nak menang. Nak harap Tok Guru Nik Aziz (Safee Sali dalam politik PAS) pun tak boleh juga. Kita kena sama-sama serang. Jangan bagi can langsung. Kalau kerajaan dah tak pentingkan rakyat; kita cuma kena suntik sikit lagi virus marah dan rakyat akan bertempik lagi. Ini peluang baik.

Dalam pada kita sibuk nak pertahan Hasan ali dan gereja; kita lupa bahawa ada benda lain yang lebih wajar kita suarakan.

PM sudah buat salah besar kalau nak tunggu Bajet. Salah dan silap besar.

Ana cadang PAS jadi champiun bab harga ni. Jangan bagi pada pKR dan DAP. Kita henjut sendiri. Baru nampak kehadiran PAS.

PM ini dia suka cerita bilion-bilion. Selagi dia terima nasihat Idris Jala, kita ada ruang nak menang secara politik. Anak kelabit itu tak tahu pasal perasaan rakyat. Yang dia tahu hanya ekonomi dan KPI. KPI kita, dia tak faham? Dia tak tahu kita dapat makan sedap pun dah kira nasib baik.

Ana rasa PAS kena buat JK khas mengenai kenaikan harga ni. Bagi la tugas kepada Pemuda PAS buat program Cegah Inflasi. Barulah rakyat nampak kita bertugas di bawah. Ini asyik cerita pasal Paderi pun tak menguntungkan kita.

Laman Berikutnya »