Jun 2014


Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini mengulangi bahawa Pulau Pinang
memerlukan landasan kedua dan mempunyai cukup tanah untuk membina
landasan tambahan.

Beliau berkata permintaan itu berdasarkan peningkatan jumlah penumpang
di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) dan pengangkutan
kargo udara juga meningkat kerana pelaburan langsung asing (FDI).

“Bagi mereka yang tidak bersetuju Pulau Pinang memerlukan landasan
kedua, anda tidak melihat kepentingan Pulau Pinang. Tolong lihat
kepentingan Pulau Pinang, jangan sabotaj kepentingan Pulau Pinang
dengan berkata kami tidak memerlukan landasan kedua.

“Pada masa sama kami yakin di Pulau Pinang landasan keduanya akan
digunakan sepenuhnya, ia akan dioptimumkan tapi di Kedah kami tidak
pasti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 12 Jun, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir
berkata Kedah bakal memiliki lapangan terbang antarabangsa baharu di
atas tanah seluas 600 hektar yang akan merancakkan lagi pertumbuhan
ekonomi di negeri-negeri di utara tanah air.

———————————————-

Pada ana elok buat di Pulau Pinang. Jangan menipu diri sendiri lah, di
Kedah landasan yang ada pun tak ramai orang guna. Ana bukan cakap
suka-suka. Tak percaya boleh pakat pi tengok sendiri. Kesian. Tak
menarik langsung.

Ana bukan nak sokong cina Pulau Pinang tapi itulah hakikatnya. Di
Penang, fuhh…airport macam KLIA2. Dahsyat. Ramai sungguh orang.

Untuk 2013 sahaja, 5.5 juta pengguna meramaikan Lapangan Terbang Cina
DAP di Pulau Pinang. Berapa ramai guna di Kedah? Untuk tahun 2013,
535,000. Itu pun semua kalangan orang yang balik kampung sahaja.
Langkawi sahaja catat 2 juta pengguna.

Airport Kulim

Mengarut anak Che Det ni. Dah tak ada modal ka? Kalau nak buat sangat,
suruh Mokhzani sahajalah buat airport. Dia duit banyak.

Setakat RM1.6 bilion tu celah kangkang Mokhzani sahaja.

Advertisements

Semalam kita ibaratkan sebagai Hari Cina untuk Najib. Daripada pagi
sampai petang, Najib hanya melayan kehendak dan kemahuan Cina yang ada
disekelilingnya. Dengan MCA yang tinggal satu telur pun Najib takut.
Menggelabah lantik masuk Kabinet.

Menurut ramai kawan-kawan dalam UMNO, ini adalah petanda Najib akan
jatuh sebagai Presiden UMNO. Dah nampak tanda. Banyak pihak dalam UMNO
yang menyifatkan perlantikan kabinet baru Najib ini macam tak ada
arah. Main sumbat sahaja.

Pada ana, dalam Pakatan Rakyat, kita nasib baik sebab Cina yang masuk
PR adalah Cina yang pandai-pandai. Yang bodoh-bodoh semua masuk BN.
Sudahnya, itulah kena lantik orang yang tak diterima rakyat.

Ana tulis bukan ikut suka. Kalau Tuan/Puan tak percaya, boleh baca
blog Helen Ang. Perempuan Cina. Kuat sokong BN. Tapi dia sendiri pun
kata, kabinet Najib ini macam tangkap muat.

Orang mungkin kata, peduli apa dengan kabinet. Enta pembangkang. Tak
perlu risau pasal kabinet.

Eh mangkuk. Kabinet tu dibayar oleh cukai kita lah. Bukan duit poket
Najib. Ana ada hak juga nak sound sebab ana bayar cukai. Bini no 2 ana
kakitangan kerajaan. Jusa C lagi. Dia lagi menyumbang kepada kerajaan.
Sambil malam-malam menyumbang kepada ana. Hehe.

Kabinet Najib, terutamanya cina-cina laknat MCA itu elok dimasukkan
bersama Panda di Zoo Negara. Beri mereka makan. Sebab merekalah akan
jadi punca Najib tergolek.

Kalau Najib tergolek…tak boleh panggil tergolek dog. Tergolek Panda.

Ana tak tahu rumah kalian ada air cond atau tidak. Rumah ana air cond
ada 3. Itu air cond di rumah isteri nombor 1. Di rumah isteri nombor
2, air cond ada 5. Almaklum, isteri muda aksinya lebih sikit. Mudah
berpeluh.

Sekarang ini, bil elektrik ana sudah mencecah RM700 ringgit. Dua
rumah. Ana rasa, ini dah dekat dengan jumlah ansuran kereta Avanza
ana. Apa nak jadi ni?

BN kata dalam akujanji PRU, kenaikan kos akan jadi perkara paling
utama yang akan diselesaikan? Apa jadi?

Ana baca dalam Star:-

Just six months after the nation saw a tariff hike in electricity
rates, consumers may see another rate rise.

But the agency given the mandate to restructure and reform the
country’s power sector has proposed that the Government utilise some
RM500mil in savings derived from the renegotiations of the power
purchase agreements (PPAs) with independent power producers (IPPs) to
mitigate the potential impact on the people.

At a briefing yesterday, MyPower Corp Bhd stated that it would
recommend to the Cabinet to stay on course with the implementation of
the fuel cost pass-through (FCPT) mechanism, whereby the tariff will
be adjusted based on the international gas price every six months.

The first adjustment is scheduled for next month, which could result
in a tariff hike, as domestic gas prices are lower than international
prices.

The last revision was done in January at a 15% hike to 38.53 sen per
kilowatt-hour (kWh). But this was an increase in base tariff and not
due to the FCPT mechanism.

– kalau dah kenaikan 15 % pun rakyat dah tertekan, apa jadi kalau naik lagi.
– TNB pulak catat untung bukan main bagus.

http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/04/25/TNB-net-profit-up-to-RM17b-It-declares-10-sen-dividend-per-share-for-the-second-quarter/

– RM1.7b. Dengan tenang sahaja TNB buat untung.

Kalau macam ini, ana rasa, ana nak ajak bini no 2 tinggal sekali
dengan ana. Tak larat dah nak bayar dua rumah.

Malaysia antara negara paling teruk menjalankan aktiviti perdagangan
manusia, kata Laporan Pemerdangangan Manusia 2014 oleh Jabatan Negara
Amerika Syarikat.

Laporan yang dikeluarkan Washington DC pada 20 Jun lalu meletakkan
Malaysia di Senarai Pemerhatian Tahap 3.

“Malaysia antara negara yang diturunkan status kepada tahap paling
rendah (Tier 3) kerana tidak mematuhi sepenuhnya piawaian minimum bagi
penghapusan aktiviti pemerdagangan manusia.

“Malaysia turut diletakkan di antara negara yang paling tidak
mempunyai undang-undang, bersifat menindas dan tidak berfungsi di
dunia,” Laporan Pemerdagangan Manusia 2014 Jabatan Negara Amerika
Syarika dipetik baru-baru ini.

April lalu, penggubal undang-undang Amerika Syarikat menggesa
pentadbiran Presiden Obama menghukum negara-negara yang tidak
mengendahkan aktiviti pemerdagangan manusia termasuk Thailand, Myanmar
dan Malaysia sendiri.

Laporan itu juga mendapati Malaysia telah membuat usaha-usaha yang
tidak mencukupi bagi mengatasi permasalahan itu dan pengurangan jumlah
kes yang disiasat pada tahun 2013 berbanding tahun 2012.

********************************************

Ana kesian dengan Najib. Dalam dia seronok-seronok selfie dengan
Obama, sudahnya kena pelempang apabila laporan pemerdagangan manusia
dikeluarkan. Teruknya Malaysia. Dah sampai peringkat paling rendah.

Bab ini ana setuju dengan Amerika. Malaysia ini memang lubuk untuk
orang asing. Kita ambil satu bab sahajalah PELACUR.

Malaysia lah tempat berkumpul segala pelacur-pelacur dari seluruh
dunia. China ada. Mongolia ada. Indon ada. Vietnam ada. Myanmar ada.
Iran ada. Amerika pun dan eksport pelacur ke Malaysia. Tak percaya
tengok Craiglist.kl.

Sebab itu ana selalu kata, negara ini sudah hilang barokah dan
keberkatannya. Pemimpin tidak dihargai. Muka tidak dihormati.
Keputusan macam tak diterima setiap kali.

Ana dimaklumkan oleh orang JPM, semua ini dibroker oleh Jamaluddin
Jarjis. Kira gagal lah ni.

AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan pembantunya, Hasmizi Hasan
terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan
Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.

Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu
sementara pembantunya cedera.

Kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang
dinaiki enam penumpang.

Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki
itu terbakar.

Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad
Tahfiz wal Tarbiyah (MTT) Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan.

Biodata

Tarikh Lahir: 18 Ogos 1950
Tempat Lahir: Kg. Masjid Tepoh, Kuala Terengganu
Nama Isteri: To’ Puan Zaitun Binti Salleh
Bil. Anak: 8 Orang (5 Lelaki, 3 Perempuan)
Alamat Rumah: 1026, KM 14 Jalan Kelantan, Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu
Alamat Email: ust_abc@yahoo.com
Pendidikan

1973 – 1977: Ijazah Sarjana Muda (Hons) Pengajian Islam (Syariah) Dan
Diploma Pendidikan UKM.
1987 – 1988: Melawat Sambil Belajar Bahasa Inggeris Di Fort Wayne
Community College, Indiana, USA
1995 – 1996: Melawat Sambil Belajar Bahasa Arab Di Jami’ah Afriqiyyah
Alamiyyah, Khourtoum, Sudan.
2011 – 2012: Ijazah Master Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia (OUM)

Pengalaman Kerja

1977 – 1981: Pengetua Institut Berakan. Kuala Terengganu.
1982 – 1986: Wakil Rakyat (ADUN Jeram), Terengganu
1997 – 1999: Pengarah Urusan Ilmu Amal Sdn. Bhd, Pemilik Rangkaian
Sek. Rendah Islam Pintar (SRIP)
1999 – 2004: Exco Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu
2000 – 2004: Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu
2004 – Kini: Pengerusi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT)
2008 – Kini: Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi
Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan

Politik

1981: Menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS)
1984 – 1986: Tahanan Politik (ISA) Di Kem Tahanan Kemunting
1989 – 1999: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ke- 13
1999 – 2011: Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu
2000 – Kini: Ahli Jawatankuas PAS Pusat
2000 – 2007: Pengerusi JK Pertanian & Pembangunan Luar Bandar PAS Pusat
2007 – Kini: Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat
2008 – Kini: Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat

Kegiatan Pelajar & Belia

1968 – 1970: Setiausaha Gabungan Pelajar Islam Terengganu.
1975 – 1977: Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UKM
1976 – 1977: Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM
1977 – 1981: Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah
Kuala Terengganu & Negeri Terengganu.

Kegiatan Kemasyarakatan & Pendidikan

1979 : Mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah TASKI ABIM
1983: Mengasaskan Maahad Darul Quran, Terengganu
1987: Mengasaskan Pusat Pendidikan Islam Darul Taqwa, Terengganu
1989 – 1999: Pengerusi PASTI Malaysia
2006 – 2008: Penasihat (Luar) Yayasan Amal Malaysia
2009 – Kini: Timbalan YDP Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan (YAKEP)
2013: Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN)

Kegiatan Antarabangsa

1989: Ahli Persidangan Buruh Antarabangsa, Karachi, Pakistan
1989 & 1993: Pengarah Ijtima’ Perpaduan Ummah Antarabangsa Kali 1 & 2
1994, 1995 & 1996: Ahli Persidangan Perpaduan Masyarakat Islam
Antarabangsa, Turki
1997 & 1998: Anggota JK Nadwatul Shabab Al-Alami, Khortoum, Sudan.
2003: Ahli Persidangan Islamic Development Bank, Tajikistan & Uzbekistan
2005 – 2013: Presiden AFMY
2007: Mengasaskan  Internasional Muslim Busines Network (IMBNet)

Penulisan Buku

1987: Individu Muslim Dan Jamaah Islam – Angkatan Edaran Sdn Bhd
1998: Ketahanan Gerakan Islam – Ilmu Amal Sdn Bhd
1999: Al Hizbul Islami Al Malizi (Bahasa Arab) – Darul Biarak, Beirut, Lubnan
2007: Pilihanraya: Satu Tuntutan Jihad – Pustaka Damai
2011: PAS 60 Tahun – Pustaka Damai
2013: Negara Berkebajikan Menurut Pandangan Syed Qutb – Pustaka Damai

Darjah Kebesaran & Anugerah Tokoh

2002: Setia Mahkota Terengganu (SMT)
2003: Dato’ Setia Mahkota Terengganu (DSMT)
2003: Anugerah Tokoh Sempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Trg
2003: Anugerah Tokoh Tarbiyyah Sempena Sambutan Jubli Emas Dewan
Pemuda PAS Pusat
2009:Tokoh PASTI Malaysia

Takdir memisahkan kita Ustaz. Moga-moga Ustaz ditempatkan di kalangan
mereka yang beramal soleh.

Pemergian Ustaz berkurang lagi kalangan Ulama’ yang benar-benar
menidakkan penularan liberalisme dalam masyarakat. Terasa sungguh
pemergian Ustaz kali ini. Susah nak dapatkan Ustaz yang berbicara soal
hukum dengan hati yang terbuka.

Sikap menteri besar Selangor pada penggal kedua itu yang seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keputusan menyebabkan parti Islam negeri yang selama ini setia bersamanya, beralih arah, kata beberapa pemimpin PAS negeri.

“Pada dasarnya, inilah yang disuarakan oleh satu mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor sebelum ini, kesemua 22 Yang di-Pertua PAS kawasan di seluruh Selangor bersetuju agar Khalid ditukar kerana beliau dianggap membawa masalah,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman kepada The Malaysian Insider.

Menurut Jaafar, pelbagai isu yang berlaku di Selangor kini berpunca daripada kelemahan pimpinan Khalid yang membelakangkan parti-parti dalam PR walaupun mereka yang meletakkan beliau di kedudukan itu.

Jaafar turut mendesak PAS Pusat dan PR agar menukar Khalid dengan calon yang lebih layak dan sentiasa bersama gabungan itu.

PKR sebelum ini memulakan Langkah Kajang untuk menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Namun langkah itu terbantut selepas Mahkamah Rayuan menerima rayuan Putrajaya, dan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Keputusan mahkamah itu menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.

—————————–

 
Ana nak sampaikan rasa kecewa dengan sikap 22 YDP Pas Selangor yang mula ambil sikap belasah MB Selangor. Malahan, suruh lagi MB ini ditukar. 
 
Ana nak pesan kepada antum semua, perbuatan antum semua ini macam tak ada maruah. Waktu antum jumpa MB sebelum Kajang dahulu, bukan main berikan taat setia kepada MB. Bawa balik sedikit buah tangan untuk mantapkan Pas kawasan. Banyak jugalah duitnya. Kawasan tak diperkuat, kali ini konar baring.
 
Pada ana, nak berpolitik mesti ada semangat sokongan yang betul. Bukan bila kena bayar, konar dan sokong orang lain. Ini politik Abu Jahal. 
 
Ana dimaklumkan seorang Pegawai Khas ADUN, ini semua kerana ura-ura Azmin Ali akan jadi MB sudah terlalu kuat. Sudah tidak boleh ditahan. YDP PAS Kawasan kena ambil tindakan sokong Azmin, atau mereka tak dapat peruntukan selepas daripada ini. Mangkuk. 
 
Kepada Lebai-Lebai YDP Pas Kawasan, ana nak ingatkan Allah SWT melihat perbuatan kalian. Jangan tipu orang untuk poket sendiri. 

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan
Mohamed  tidak berpuas hati dengan pihak Kementerian Kewangan yang
telah memberikan projek Empangan Paya Beda yang bernilai RM348 juta
kepada syarikat yang tidak mempunyai kredibiliti.

Menurutnya, akibat dari pengambilan kontraktor yang tidak berkemampuan
beberapa kesan telah terjadi seperti projek itu lambat siap dan
menimbulkan banyak masalah serta empangan tersebut tidak diurus dengan
baik oleh pegawai yang terbabit.

“Antara punca projek ini bermasalah adalah kerana keputusan pihak
Kementerian Kewangan untuk melantik sendiri kontraktor tanpa melakukan
tender terbuka,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat hari
ini.

Ujarnya, kontraktor yang dilantik iaitu JAKS Resources Berhad juga
didapati bermasalah kerana kontraktor tersebut tidak mematuhi syarat
yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB).

“Mereka sepatutya mendapatkan lesen untuk membuat empangan, tetapi
sebaliknya pula berlaku. Mereka tidak mempunyai lesen untuk membuat
empangan,” katanya.
Kata Jazlan lagi, pihaknya sendiri tertanya-tanya mengapakah pihak
Kementerian Kewangan memberikan projek tersebut kepada pihak yang
sudah diketahui tidak berkemampuan untuk melaksanakan projek tersebut.

———————————-

Ana puji anak Mat Rahmat Bulldog kerana berani buat kritikan pedas
yang macam ini. RM348 juta projek kepada syarikat yang tidak ada
pengalaman. Ana nak tengok mana orang UMNO yang masih pertahan UMNO
dan gomen dengan rasuah yang macam ini.

Sebab itu negara kita hutang banyak. Projek diberi macam belanja roti
canai. Ikut suka hati. Tak ada pengalaman. Tak ada sijil CIDB. Pun
dapat projek ratusan juta. Ini kerja gile boss.

Bila kita tengok dalam senarai Board of Director JAKS Resources,
Razali Merican Naina Merican ada nama. Adik dalam PAC, Reezal Merican
Naina Merican.

Maknanya, memang Jazlan ini berani orangnya. Dia tak peduli. Balun
semacam. Pada ana, keberanian ini memang luar biasa.

Tahniah lah orang UMNO. Rasuah masih bermaharajalela.

Laman Berikutnya »