Mei 2014


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
“tidak derhaka” dan menteri besar Pakatan Rakyat itu hanya mengikut
undang-undang tubuh negeri.

Gabungan pembangkang, tambahnya, menubuhkan panel peguam untuk
mengkaji kesahihan pelantikan menteri besar baru Perak, Datuk Dr
Zambry Abd Kadir.

Beliau juga menjelaskan, Pakatan Rakyat akan terus menerangkan kepada
orang ramai apa yang sedang terjadi di negeri itu dan menggesa para
penyokongnya membantah secara aman.

Mereka dijadual mengadakan sidang media jam 4.30 petang ini, mengulas
perkembangan terkini di Perak yang menyaksikan kewujudan dua menteri
besar – Datuk Dr Zambry Abd Kadir bagi pihak BN dan Datuk Seri Mohamad
Nizar Jamaluddin bagi pihak Pakatan Rakyat.

kemaskini 4.17pm Difahamkan exco kerajaan Kedah, V Arumugam yang
dilaporkan “gagal dihubungi” masih bersama PKR.

Kebimbangan tentang “kehilangannya” cepat merebak susulan wujud
dakwaan terdapat usaha seumpama Perak sedang dilakukan terhadap
kerajaan Pakatan di Kedah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu
pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

kemaskini 3.20pm Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong
Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling
batu oleh penunjuk perasaan.

kemaskini 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di
kawasan masjid.

——————–

Tak ada yang menyedihkan pada ana apabila perginya Raja yang
merosakkan kepimpinan Pas di Perak. Pada ana, tidak ada yang perlu
ditangisi.

Tak perlu rasanya kita berlakon kononnya memberi hormat dan
sebagainya. Luka yang dibuat kepada kita terlalu dalam. Tak cukup
dengan mohon maaf sahaja.

Ana bukan orang Perak, tetapi ana tidak sangka seorang Raja boleh jadi
begitu candu kepada kepimpinan UMNO. Tak sangka. Sepatutnya, Tuanku
kena ambil bagaimana Sultan Selangor memimpin negeri. Hebat. Terbuka.
Bukannya macam itu.

Pada ana, hari ini macam biasa. Tak ada istimewa.

Advertisements

http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/perspektif-baru-hudud-mujahid-yusof-rawa

Kesan Pada PR

Gelombang kedua isu hudud juga meletakkan PAS dalam posisi yang
berbeza, kalau 90-an dahulu PAS tidak ada rakan kecuali parti Semangat
46, itupun terbatas kekuatannya hanya di Kelantan, namun kini PAS
punya rakan daripada DAP dan PKR sehingga membawa PAS mempunyai
pengaruh besar di pantai barat Semenanjung.

Sokongan masyarakat bukan Melayu bertambah malah memenangkan PAS di
tempat yang dianggap campuran. Sesuatu yang PAS kena akur bahawa di
kawasan-kawasan ini, pengundi Cina dan India mengundi PAS kerana
kesepakatan yang ada dalam PR dan manifesto bersama yang diusung
kemana-mana sahaja pimpinan PAS pergi.

Implikasi kepada isu hudud ialah pengundi Cina akan merasakan bahawa
suara mereka kepada PAS dikecewakan dengan hudud lantaran kesan
pengundian untuk PRU akan datang pasti akan terjejas sedikit sebanyak
tidaknya jika ianya tidak ditangani dengan baik. Begitu juga dengan
semangat politik baru yang cuba diketengahkan oleh PR dengan agenda
fajar baru, politik baru dan impian Malaysia seolah menjadi
anti-klimaks dengan isu hudud yang sifatnya adalah lokal, iaitu untuk
keperluan Kelantan sahaja.

Politik inklusif yang menjadi agenda PR dan agenda reformasi institusi
undang-undang dan penguatkuasaan seoalah-olah dialih pandangan kepada
isu hudud yang sifatnya terlalu eksklusif untuk orang islam sahaja.

Dengan kemunculan isu hudud perdebatan yang tak habis-habis didebatkan
ialah adakah Malaysia negara sekular atau tidak membawa rakyat kepada
sesuatu yang tidak produktif untuk perubahan yang diperlukan.

Kesepakatan PR

DAP pernah keluar pada tahun 2001 dari Barisan Alternatif (BA) kerana
membantah isu ‘Negara Islam’ yang PAS pertegaskan setelah bersama
dalam PRU 1999. Pada tahun 2008 DAP kembali melalui PR melalui
penubuhannya secara rasmi pada tahun 2009.

Satu persefahaman atas Common Policy Framework (CPF) hanya
mengisyaratkan komitmen kepada Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
sebagai sesuatu yang mesti dipertahankan.

Isu perlaksanaan hudud di negeri yang PAS perintah seperti Kelantan
tidak menjadi persefahaman PR. Sebab itulah apabila isu hudud muncul
semula asas persefahaman ini mula dipertikaikan oleh rakan PAS.

Walaupun PAS mempertahankan sikapnya bahawa isu hudud sudahpun wujud
sebelum adanya PR, namun bagaimana ia disesuaikan dalam CPF belum lagi
jelas kelihatan.

Kepimpinan PR harus ambil serius hal ini kerana akhirnya persepsi
pengundi kepada PR akan terjejas dan satu rumusan awal tidak dapat
dielakkan lagi bahawa PR tidak bersatu sedangkan PR ada agenda besar
iaitu menjadi Kerajaan Persekutuan di masa hadapan.

Sokongan pengundi pastinya akan terjejas khususnya pengundi Cina dan
golongan pertengahan Melayu tyang idak akan yakin kemampuan PR
menyelesaikan masalah kesatuan mereka.

** Ana tak tahu apa lagi nak kita lakonkan. DAP memang jelas nak tolak
Hudud – Mujahid masih lagi percaya ada ruang untuk Pakatan bersatu
menyelesaikan hal ini?

** Pada ana kita kena berhenti berlakon dan berharap DAP akan faham.
DAP tidak akan faham.

** Waima Melayu Bangsat macam Dyana Sofya pun janji nak tolak Hudud.
Dia Melayu. Dia Islam. Cumanya dia DAP. Dia pun tolak Hudud.

Pada ana, kita ni jangan jadi Pak Sanggup lah. Dah tahu UMNO suka nak gali lubang bagi kita jahanam, yang kita masih sibuk nak join muzakarah ini sebab apa? Ana tak faham.
Kita dah buat ketetapan, buat masa ini hudud kita tangguhkan dahulu. Fokus kepada Bukit Gelugor dan Teluk Intan. Pastikan adik manis kita Dyana Sofya menang. Itu lebih penting.
Ana nak beritahu, Dyana Sofya adalah lambang kesepakatan kita dengan DAP. Kalau kita berjaya pastikan Dyana menang, makna kata barulah betul DAP perlukan PAS jika nak memerintah negara. Harga kita pun naik sedikit. Tak macam sekarang.
Pada ana, anak Dusuki di YADIM memang sudah diberikan bajet besar untuk jahanamkan imej kita. Dilantik pula jadi Senator. Tanda apa? Nak suruh dia jadi penjahanam Pas nombor wahid lah tu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa, keadaan itu berpunca daripada tindakan BN yang memainkan politik wang dalam kempen PRK tersebut.

“Kita tahu kita masih di belakang, BN masih mendahului DAP kerana mereka banyak guna taktik kotor.

“Main politik wang, gertak ahli Rela bahawa hanya bila BN menang baru dapat uniform baru.

“Itulah nilai undi BN, sama sehelai uniform baru,” katanya pada sidang media selepas melancarkan lori ‘Trak Ubah untuk Dyana’ di Bandar Baru Teluk Intan di sini tengah hari ini.
 
Pada ana, kita mesti usaha supaya Guan Eng yakin dengan Pas. Jangan lupa. Guan Eng pegang dana banyak. Kalau kita tak yakinkan Guan Eng, blogger macam ana pun tak dapat pay. Payahlah nak buat kerja.

Pada ana lah, kumpulan Pemuda UMNO Kepala Batas yang pergi menyerang
DUN dulu tak ubah macam samseng upahan dalam cerita Pendekar Bujang
Lapok. Setakat itu ajerlah standard Pemuda UMNO. Macam garang. Tetapi
sebenarnya lembik.

Salah seorang yang datang semalam dikatakan “Sham Boroi”. Sham Boroi
ini makan gaji dengan ramai orang. Dia makan gaji dengan Hishammuddin.
Dia makan gaji dengan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas. Dia makan gaji
dengan ramai lagi orang.

Pada ana, gelagat macam budak bodoh yang ditunjukkan oleh Pemuda UMNO
ini melambangkan mereka berdepan dengan tekanan.

Seorang yang turut masuk ke dalam Dewan mengaku dengan orang di luar,
kalau kami tak dapat bayaran…kami tak akan buat benda macam ini. Dia
sendiri mengaku. Berapa ringgit dapat bro?

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/28047-serbu-dun-ketua-polis-pulau-pinang-wajar-letak-jawatan

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi wajar
meletakkan jawatan kerana gagal mengawal keselamatan di Dewan Undangan
Negeri (Dun) tengah hari tadi.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, kejadian merusuh oleh
ahli dan penyokong Umno itu satu tindakan kurang ajar kerana tidak
menghormati undang-undang sedangkan di dalam Dun mana-mana pihak tidak
boleh bertindak sedemikian kerana ia terikat dengan peraturan dewan.

“Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi kena letak jawatan
kerana tidak menghalang tindakan ahli dan penyokong Umno yang
bertindak kasar menyerang Dun. Patut mereka menghormati Dun,” ujarnya
yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Kalau Ketua Polis PP tidak letak jawatan…dia memang taraf Sham Boroi
lah. Kaki rembat.

Satu benda paling penat apabila kita dipaksa menyokong seorang calon
yang kurang ada duit. Penat. Kawan-kawan ana di Bukit Gelugor dapat
elaun RM350 sehari. Di Teluk Intan, makan mee rebus mastan ghani pun
pakai duit sendiri.

Kata kawan di Bukit Gelugor, keluarga Karpal sendiri keluar duit dekat
RM500k nak pastikan RamRamPisangKarpal menang. Bayangkan. 500k. Ini
Dyana harapkan body sahaja yang baek. Hulur…haram.

Ana nak minta DAP berikan support kewangan kepada semua blogger. Tak
kira orang Pas, orang PKR atau orang DAP sendiri.

Semua kita nak sokong calon PR. Bukan parti.

Ana pun minta bantuan kepada keluarga Dyana, pun tak ada bantuan juga.
Padahal rumah mereka di Taman Melawati harga dekat RM2 juta. Macamana
tak ada duit?

Kalau tak ada duit…lain kali jangan jadi calon. Jadi calon bini abang boleh?

Hahahaha, ana nak tergelak bila semua orang buat lawak bila tengok
muka NKP UMNO resah semacam. Kalau biasa NKP UMNO sentiasa bawa RM500k
dalam kereta. Semalam di Teluk Intan, katanya dah dikurangkan amaun
itu. Sebab nombor kereta dah keluar dalam blog.

Budak-budak kita di Teluk Intan tak payah ejek dan maki pun.
Budak-budak UMNO yang maki dia dari belakang.

Kalau Kak Ijat dok kata Dyana adalah pengkhianat, kalangan penderhaka
dan pengkhianat paling besor ada dalam Pemuda UMNO. Mampus.

Apa ke tidaknya, nilai aset dan tunai yang dimilki oleh NKP UMNO
Malaysia, menurut satu blog tu, mahunya dekat juta-jutaan ringgit.
Hebat.

Rasanya Shahrizat lebih elok cakap benda sama kepada NKP UMNO
Malaysia. Jangan Jadi Pengkhianat!

Bekas AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani
Abdul Rahman kembali ke rahmatullah kerana komplikasi darah tinggi dan
buah pinggang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),
Cheras 12.05 tengah hari ini.

Menurut menantu keempat Allahyarham, Mahazan Hashim, ketika ini
jenazah masih berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
bagi urusan mengeluarkan jenazah.

Sejurus itu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Bandar Tun
Razak, Kuala Lumpur, sementara nmenanti kepulangan seorang anaknya
yang menuntut di Mesir.

Jenazah Allahyarham dijangka akan disempurnakan dan disolatkan pada
jam 2.30 petang ini, di Surau Al-Mustakimah, Bandar Tun Razak, dan
seterusnya dibawa ke Melaka untuk dikebumikan di kampung halamannya.
di Tanjung Bidara.

Allahyarham sebelum ini hampir sebulan menerima rawatan di HUKM ekoran
komplikasi penyakit yang dihidapinya.

Pada Khamis lalu, keadaan Allahyarham semakin merosot apabila doktor
mengesahkan terdapat jangkitan kuman di dalam badan Allahyarham dan
dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Sejak Khamis lalu, Allahyarham sudah tidak sedarkan diri sehingga
menghembuskan nafas terakhir di samping isteri dan anak-anaknya.

——————-

Ana cukup sedih dengan pemergian Ulama’ hebat macam Ustaz Ghani.
Inilah antara contoh pejuang PAS yang tidak mementingkan diri dalam
mempertahan pendirian.

Level Ustaz Ghani, pada ana, jauh lebih tinggi dari kalangan Ulama’
Pembodek yang ada disekeliling Najib. Ana tak pyh sebut namalah. Semua
kaki nak dapat duit lebih.

Ana dimaklumkan, Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia pun lebih
kurang kaki ampu dan rasuah. Masukkan anak sendiri ke dalam IWM dan
minta gaji yang tinggi. Kakitangan di JPM pun semua pelik dengan
mudahnya menipu demi keluarga dan anak sendiri.

Cuba check, dana RM7juta yang IWM dapat itu pergi ke mana? Apa program?

Ana mendoakan Ustaz Ghani beroleh syurga yang tenang dan abadi. Amin.

Laman Berikutnya »