Oktober 2013


moisPada ana, dosa buat photoshop di Sungai Limau itu tidak setinggi mana. Pendek kata, kalaupun masuk neraka, mungkin sehari dua sahaja. Kerja ringan. Kalau kena sebat pun, mungkin lukanya tidak dalam.
Tetapi, dosa rasuah dan makan suap memang masuk neraka dalam tempoh masa yang lama. Tak ada parol. Memang jahanam.
Ana nak rujuk kepada kenyataan Tun Mamu Mahathir al-Kutty bahawa anaknya kalah di dalam pertandingan Naib Presiden kerana politik wang.
http://my.news.yahoo.com/politik-wang-masih-dalam-umno-kata-dr-mahathir-054904290.htmlKatanya, rasuah masih belum dapat dihapuskan dalam pemilihan Umno dan wang masih terus diberikan.

“Banyak wang yang diberi hingga nilai berjuta ringgit dan itu  menjadikan mereka yang tidak layak telah dipilih disebabkan wang yang  diberi,” katanya di Putrajaya pagi ini.

“Saya pernah menang, kalah dan menang tanpa bertanding dalam pilihan  raya. Keadaan yang paling tidak menyeronokkan bagi pengundi di kawasan  saya, apabila saya diisytihar menang tanpa bertanding kerana tiada wang  untuk beli nasi lemak dan rokok.”

Katanya, jika ada pertandingan maka calon sanggup berbelanja besar untuk mendapat sokongan.

Menurutnya, rasuah dalam pilihan raya bermula selepas negara mendapat  kemerdekaan apabila pengundi mula bertanya apa yang akan diperoleh jika  mengundi calon tertentu.

“Semenjak itu, kita melihat pilihan raya demi pilihan raya, soalan itu  juga yang diajukan. Mereka tidak lagi melihat kepada pembangunan negara  tetapi kepentingan diri sendiri.

Kalau nak cakap pasal rasuah, mestilah salah seorang yang lawan Mukhriz yang terlibat dengan rasuah. Soalnya siapa?

Mana ada orang bersih dalam UMNO. Semua kotor dan jijik.
Berdasarkan risikan kawan ana dalam UMNO, antara tukang pam duit paling hebat di dalam UMNO pada ketika ini adalah orang dalam gambar.
Ana tak tahu dia kerja untuk siapa. Orang UMNO sendiri mungkin tahu.
Advertisements
h20mukhrizAna bergerak dengan kawan-kawan dari Negeri Sembilan di Sungai Limau. Senang aje komen mereka, monang dah tentu.

Garang juga warih Iso Samad ni. Mereka lebih cekap.
Pemimpin Pakatan Rakyat yakin dengan rekod yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak dan kekuatan jentera PAS, parti itu mampu mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.

Tinjauan Harakahdaily turut mendapati, keputusan PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah satu keputusan yang tepat serta dapat meneruskan amanah yang ditinggalkan Ustaz Azizan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang ditemui menjelaskan imej yang ada pada Ustaz Azam menunjukkan beliau seorang yang peramah dan disenangi penduduk setempat.

“Melihat kepada imej yang ada kepada calon kita, Azam yang sentiasa murah dengan senyuman, berperibadian serta pengalaman dalam agama saya yakin rakyat menyenangi beliau.

Senyum Payau Mukhriz

Paling jelas, ana dimaklumkan oleh rakyat di Sungai Limau, senyuman payau Mukhriz tidak akan mendapat simpati mereka. Sesi sengih dan senyum, Mukhriz dan Menteri Amaran tidak ke mana.

‘Politik UMNO tak masuk buku’, kata Pak Ya Sungai Limau.

Kalau berdasarkan respon rakyat, Mukhriz akan berdepan kekalangan yang ketiga kali ini.

Nasib baik Mahathir tak turun. Kalau Mahathir turun, bukan setakat tewas – bungkus.

DSC_0020.JPGSultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini  mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk  melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap  kesalahan zina.

Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.

Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis  tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara  berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.

Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.

“Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.

“Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam,” katanya.

http://www.bt.com.bn/news-national/2013/10/23/public-speak-out-syariah-penal-code-2103HIS Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darrusalam  announced that the phased introduction of Islamic laws, punishing  criminal offences such as theft, apostasy and illicit sexual relations,  will come into force in six months.

The monarch officially signed the new legislation, dubbed the Syariah Penal Code, at the launch of the Knowledge Convention (Majlis Ilmu)  2013 yesterday.

“The code is a special guidance from Allah (SWT) to us all. Indeed  this guidance is wholly Allah’s (SWT) right to bestow upon us,” he said.

The code outlines the punishment for Hudud crimes, where  punishment has been ordained by Al-Quran and the Sunnah (deeds and  sayings) of Prophet Muhammad (Peace be upon him).

Hudud crimes cover areas including theft, illicit sexual relations,  making unproven accusations of illicit sex, causing physical hurt,  drinking intoxicants, apostasy, and acts contrary to Islamic beliefs.

“I hope that all citizens and residents our country alike, will stand firmly, shoulder to shoulder in upholding and welcoming the coming into force of this historic legislation,” His Majesty said.

Masya’Allah. Allahuakbar. Ana rasa macam nak menangis ada Sultan yang begini berani nak melaksanakan hukuman Hudud. Memang luar biasa sungguh.

Pada ana, tindakan Sultan Brunei ini adalah satu petanda baru bahawa undang-undang syariah memang wajar menjadi pilihan mana-mana kerajaan pun di dunia ini. Tak ada alasan.

Ana jamin, dengan undang-undang ini, anak pinak Mamu Mahathir pasti rasa panas punggung sebab merekalah antara keluarga paling tak gemar dengan undang-undang Islam. Pada mereka ini undang-undang lapuk dan ketinggalan zaman.

Sultan Brunei beri tamparan kepada Mamu Mahathir, supaya jangan hina undang-undang Islam. Nanti tak diterima tanah.

Ana minta semua ahli Pas yang datang dalam muktamar nanti, bahaskan undang-undang ini secara teliti.

Kalau Pas nak tewaskan UMNO, kita kembalikan perjuangan HUDUD. Guna Sultan Brunei punya undang-undang. Masak Jamil Khir nak jawab.

Fathul Bari? Enta nak menyorok dekat mana Sheikh?

Ana cuma teringat Putera Azim (kerabat Sultan Brunei) buat parti di UK. Ini kalau ikut hukum Islam – apa pulak hukumannya? Sajer tanya.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali secara sinis mencabar  bekas perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turun  berkempen di situ selepas anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir ditolak  anggota Umno dalam pemilihan Umno yang baru sahaja selesai.
“Kenapa kita perlu pertahan Sungai Limau? Kita mahu bagi mesej jelas  kepada BN, Umno dan Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pemilihan,”  katanya Azmin sewaktu berucap pada majlis pengumuman calon PAS semalam.
“Dalam mesyuarat pimpinan Pakatan, saya diminta fokus di Sungai Limau untuk berdepan Mahathir.
“Saya tak takut dengan Mahathir tetapi saya takut dengan Allah. Saya  akan lawan Umno dan BN habis-habisan sampai mereka kalah di Sungai  Limau.

Ramai jamaah kita yang geleng kepala bila Azmin buat ucapan macam itu semalam. Mereka kecewa, kerana Azmin sudah buat silap. Azmin tak faham politik Kedah. Azmin tak faham mentaliti orang Sungai Limau.
Azmin kena tahu, banyak beza pemikiran orang politik di Gombak dengan di Sungai Limau. Kalau Azmin benci Mahathir sekalipun, tapi orang Sungai Limau tidak sampai tahap benci. Ada adabnya.
Keputusan di kalangan blogger Pas semalam, kita tidak akan guna isu JAHANAM MAHATHIR di Sungai Limau. Kita kata TERIMA KASIH AZIZAN. Rakyat kena berterima kasih kepada mantan MB. Itu line kita.
Cara Azmin ini ramai yang rasakan terlalu kurang ajar. Biadap. Tak kena dengan mentaliti orang kampung di Kedah.
Ramai juga yang kata, elok Azmin jangan datang lagi ke Sungai Limau. Bukan kasi tambah undi. Kasi jahanam.

bloghouse malaysiaRata-rata menjangkakan PRK kali ini sebagai medan ujian getir kepada MB Kedah yang baru, Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir dan juga Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar yang menggantikan Almarhum Tan Sri Azizan yang uzur selepas PRU-13. Ujian pertama ini penting bagi kedua-dua pihak bagi menunjukkan kebolehan masing-masing dalam menerajui kepimpinan parti di peringkat negeri Kedah.

Walau bagaimanapun, PAS dilihat memiliki kelebihan dan peluang yang cerah berbanding Umno dalam PRK kali ini kerana penyandang yang lepas, Almarhum Tan Sri Azizan memenangi kerusi Dun tersebut (13,294 undi)  dengan majoriti undi yang tinggi iaitu 2,774 undi berbanding sepupunya sendiri yang juga seorang arkitek, Ar. Mohd Fadzillah bin Mohd Ali yang mendapat 10,520 undi.

Penguasaan PAS dapat dilihat apabila memenangi 13 peti undi daripada 20 peti undi termasuk 1 peti undi pos yang sememangnya sinonim dimenangi oleh parti pemerintah. Ini merupakan isyarat jelas bahawa pengundi Dun Sg. Limau condong kepada PAS pada PRU-13 walaupun beberapa analisis lepas menyatakan Almarhum Ust Azizan bakal menghadapi cabaran getir apabila ditentang oleh sepupunya sendiri dan undi keluarga mereka akan berpecah.

pengundi berulang

Undi PAS juga dilihat kukuh apabila 9 daripada 13 peti undi yang dimenangi mampu menang di setiap saluran walaupun pengundi saluran 1 tinggi bilangannya iaitu 5,295 pengundi iaitu lebih 20% jumlah pengundi keseluruhan. Walaupun undi saluran 1 di peti-peti undi lain tidak memihak kepada PAS tetapi jumlah undi yang diterima tetap tinggi iaitu 2737 undi (melebihi 52% undi keseluruhan saluran 1). Ini menunjukkan para pengundi berulang tidak jemu-jemu menyokong PAS selama 5 penggal berturut-turut.

Ana dimaklumkan oleh orang UMNO, kali ini, Mukhriz akan membawa senjata hebat dari Kuala Lumpur. Beberapa orang bloggers bertahap dewa untuk UMNO, akan berada secara full time di Sungai Limau.

Antara blogger hebat UMNO yang akan turut bersama Mukhriz di Sungai Limau, adalah Syed Akbar, Big Dog, Another Brick dan lain-lain.

Sebagai blogger Pas, ana nak ucap selamat datang kepada blogger-blogger hebat ini ke Sungai Limau. Kita boleh bertembung secara anak jantan di Sungai Limau.

Harap mereka boleh terangkan kenapa Mukhriz boleh kalah pemilihan UMNO yang baru lalu. Sedang mereka ini menyokong Mukhriz bagai nak rak.

Selamat datang bloggers UMNO. Selamat berjuang.

keranda Teoh Beng HockBismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai UMNO Bin PEKEMBAR, wahai UMNO Bin PEKEMBAR, wahai UMNO bin PEKEMBAR, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai UMNO bin PEKEMBAR, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai UMNO Bin PEKEMBAR, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu? DUIT
Siapakah Nabi kamu? RASUAH
Apakah agama kamu? KORUPSI
Apakah kiblat kamu? PUTRAJAYA
Siapakah saudara kamu? ORANG MCA/MIC
Apakah pegangan iktikad kamu? UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Wahai UMNO bin PEKEMBAR tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai UMNO bin PEKEMBAR, bahawa senya mati ini
adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar.

—————————-

Kematian UMNO akan bermula 19 Oktober 2013. Kita patut duduk diam, saksikan sahaja bagaimana DUIT sudah menjadi TUHAN kepada orang-orang UMNO. Kita akan menyaksikan bahawa KUASA sudah jadi kiblat kepada orang-orang UMNO.

Kita patut buat solat hajat di seluruh negara, meminta agar kematian ini dipercepat dan dipemudahkan. Tanda-tanda sudah bermula.

Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang Gereja Katolik daripada  menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald  bukan alasan mana-mana pihak mewujudkan ketegangan agama, permusuhan dan kebencian.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata ketegangan yang berlaku berhubung isu kalimah Allah yang menggunakan pendekatan rasis  dan ekstrem dihentikan segara agar suasana tidak bertambah tegang.

Katanya, perlu diadakan pertemuan lebih kerap antara pimpinan agama,  politik dan badan bukan kerajaan bagi mempertingkatkan toleransi dan  hormat menghormati antara pelbagai agama di negara ini.

“Sebelum ini kurang berlaku pertemuan yang untuk mengurangkan rasa kecurigaan antara satu sama lain.

“Jika banyak pertemuan diadakan sudah pasti suasana agak tegang ini  dapat dikurangkan,” kata Dr Manuty ketika dihubungi TVSelangor.

Kata Dr Manuty, dialog antara agama perlu diperbanyakkan bertujuan  untuk memperbaiki ruang toleransi yang dibenarkan agar lebih memahami  antara satu sama lain.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata keputusan  mahkamah itu tidak sewajarnya menjejaskan hubungan baik antara agama di  negara ini.

“Apabila mahkamah sudah membuat keputusan maka semua pihak perlu menghormati keputusan itu.

“Tetapi ini bukan alasan untuk hubungan antara agama menjadi tegang,” kata Dr Mujahid ketika dihubungi TVSelangor.

Kata Dr Mujahid, apabila pertemuan antara pimpinan agama diadakan ia  dapat mengelakkan pihak rasis dan prejudis agama mengambil kesempatan  mewujudkan suasana konflik agama.

“Kesan keputusan mahkamah itu diharap akan berterusan menjadi  perbincangan dan menguatkan lagi azam melihat suasana kedamaian bagi  meningkatkan usaha dialog dan sebagainya,” kata Dr Mujahid.

Harap kita semua boleh tenang dan menerima keputusan ini dengan baik.

Tak guna menjerit-jerit dan menghina agama lain. Bawak bertenang sheikh.

Laman Berikutnya »