Januari 2011


POST MORTEM (AWAL) PILIHANRAYA KECIL TENANG

PAS NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

31 JANUARI 2011

Isu-Isu Utama Jentera Pilihanraya DUN Tenang

1. Kredibiliti Calon

– PAS Negeri Johor sudah beberapa kali menyatakan keperluan mengemukakan calon ‘lelaki/muda’ di dalam pilihanraya kecil kali ini.
– Sdr Firdaus Mas’od adalah calon yang dirasakan mampu memberikan impak dan tekanan kepada pihak lawan. Calon orang muda, berpendidikan tinggi (Undang-Undang, UIAM) ini lebih mengenali kawasan Tenang daripada mana-mana calon lain;
– Cikgu Normala adalah calon yang baik (namun PAS Johor) menginginkan beliau bertanding di kawasan Serom dalam pilihanraya umum akan datang. Kekalahan ini akan merosakkan sedikit peluang dan kredibiliti Cikgu di kawasan lain.
– Suami calon menjadi masalah kepada parti.
– PAS Johor merasakan Pusat terlalu mencampuri urusan penentuan calon di peringkat DUN, Negeri Johor.
– Keperluan PAS Pusat memberikan peluang kepada PAS Negeri membuat keputusan terbaik di peringkat DUN.

2. Kelemahan Jentera

– Kekurangan dana menyebabkan banyak jentera kita tidak dapat melaksanakan amanah dengan berkesan dan baik.
– Hari Mengundi adalah kelemahan yang paling ketara; kita tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk membantu pengundi ke tempat mengundi mereka;
– PAS Johor tidak diberikan peluang untuk memegang dana secara langsung; perlu meminta-minta daripada PAS Pusat (perlu pemerhatian khas).

3. Penglibatan PKR

– PAS Johor sudah mengingatkan PAS Pusat agar ‘mengehadkan’ kehadiran jentera PKR (khususnya Ketua Umum) di kawasan Melayu;
– beberapa helaian kes sodomi Anwar di kawasan FELDA mendatangkan kesan kepada pengundi.
– jentera PKR terlalu dominan dan membuatkan jentera PAS sendiri tidak selesa;
– soal membuka aurat, pencampuran lelaki/wanita di dalam jentera PKR menyebabkan ramai di kalangan ustaz/ulama’ muda PAS menjauhkan diri;
– PKR tidak membawa niat Negara Islam. Gagal menjawab isu.

4. Kejayaan DAP

– PAS Johor berterima kasih di atas bantuan DAP yang memberikan 70 % undi Cina kepada PAS.
– kejayaan ini adalah sesuatu yang luar biasa;
– PAS berjaya menembusi tembok pemikiran masyarakat Cina dengan baik
– strategi ‘PAS for All’ berjaya; tetapi tidak berkesan di kawasan Melayu;
– Labis Tengah cemerlang;
– PAS mudah bekerjasama dengan DAP; disebabkan mereka menjayakan program mereka sendiri. Kita hanya hadir dan mendapat keuntungan politik.

5. Karisma Guan Eng

– tarikan utama DAP adalah kehadiran Guan Eng yang mempunyai kemahiran pidato yang hebat
– pimpinan yang dilihat bersih dan wibawa
– banyak membantu PAS Johor dengan menyediakan dana segera yang membantu parti
– amat berterima kasih.

6. Impak Kehadiran Pimpinan PAS Sendiri

– kehadiran pimpinan PAS Pusat adalah baik dan berkesan;
– masih gagal meyakinkan orang Melayu perjuangan PAS dalam soal ekonomi kepada orang Melayu;
– perlukan model kepimpinan (keberkesanan pentadbiran PAS di Kelantan dan Kedah).
– pimpinan PAS Johor perlu diberikan pendedahan di peringkat nasional.

7. FELDA

– masih sukar mendekati masyarakat FELDA
– dilayan seperti ‘penjara’ oleh BN; takutkan kehadiran orang luar
– minda orang FELDA sendiri masih mundur dan terkebelakang;
– tidak mendekatkan diri dengan ‘agama’;
– kita perlukan lebih ramai ustaz yang memasuki FELDA (bincang isu kepimpinan Islam, integriti, kepimpinan ulama’); jangan terus buka kad politik.

8. Penggunaan Jentera Kerajaan

– melampau; semua jentera RELA/JPAM/BTN digarap untuk kepentingan kerajaan.

9. Perang Saraf

– kejayaan BN menjahanamkan kredibiliti calon; serangan kepada suami dan sebagainya
– isu gaji halal/gaji haram

==============================

Inilah sebahagian yang dibincangkan malam semalam di post mortem jentera. Cikgu Normala memohon maaf dengan kelemahan dirinya. Tidak menyangka isu suaminya akan dibawa sebegitu rupa oleh BN. 

Tak apa…kita maafkan. Kita usaha lagi.

Advertisements

Alhamdulillah, semuanya berlangsung seperti yang dirancang. Nampaknya, rayuan PAS agar Anwar Ibrahim kurang-kurangkan lawatan ke Tenang mendapat reaksi yang baik. Anwar tidak marah. Faham bahawa Johor adalah satu tempat yang berbeza. Anwar faham, kalau dia selalu sangat turun, orang UMNO Johor akan marah. Mana tidak, kalau dulu, waktu Anwar turun ke Johor sebagai TPM – Muhyiddin Yasin adalah antara orang pertama akan turun cium tangan. Bosssss….panjang sahaja muncung Muhyiddin. Sekarang ini, Muhyiddin sudah jadi fobia dengan Anwar. Ngeri.

Kaedah kita dalam PAS mudah sahaja. Terus terang. Kalau kita tak mahu Anwar selalu turun. Kita beritahu sahaja. Tidak ada cakap belakang. Kita pun cakap benda sama kepada DAP. Tapi undi Cina penting. Kita tak boleh kalau arah Kit Siang dan Guan Eng tak turun. Payah kita. Teo Serdang pun selalu turun. Comel. Suka juga ana tengok pemimpin muda Cina ni. Lincah. Pandai cakap. Mudah untuk menarik perhatian orang.

Tenang memang kita kalah. Kita jangka. Ada peluang menang. Tapi terlalu nipis. Sangat nipis. Jadi, kita di kalangan jentera pun buat kerja sepertimana yang diarahkan. Ikut kata pimpinan. Sokongan nampak ada. Orang Felda memang nak sokong kita, tapi tak boleh nak buat secara terbuka. Bahaya.

Kita jangan paksa orang Felda keluor tengok kita. Mereka cari makan. Kalau kena ugut nanti. Yang susah kita. Kita pun minta derma nak buat aktiviti. Kalau mereka putus punca pendapatan. Mana kita nak bayar dia orang ni.

Dalam pada kita sibuk di Tenang; naik angin juga dengan khabor angin di Merlimau. Ada pula kata yang kita tak boleh nak menang Merlimau. Kena beri peluang kepada Abang ‘Pen’ PKR nak bertanding. Abang ‘Pen’ boleh menang ker? Sebelum ni pun bertanding pun kalah juga. Walaupun di kawasan lain.

Jangan tutup jalan kita. PAS berhak tanding di Merlimau. Kita ada jawatankuasa yang aktif di Merlimau. Kerja dah buat lama.

Kita minta Anwar ingatkan PKR. Jangan nak potong jalan PAS. Tak elok begitu. Jangan jadi ulau. Melingkau atas pagau. Tunggu nak patuk kawan-kawan.

Kata orang Melaka – jangan jadi hawau….nanti parti jadi lahabau.

Alhamdulillah, ana memang puas hati dengan prestasi calon kita di Tenang. Memang kalau nak ikutkan; usaha untuk membuat upset dan mencipta kemenangan memang sukar dan tidak mudah. Melayu Johor ini masih lagi macam Melayu yang tak berapa nak maju. Terlalu terkongkong dan menganggap UMNO ini kedua selepas agama. UMNO dah jadi macam satu parti sahaja yang akan menjamin kehidupan mereka. Totok lain macam. Macam kalau tak ada UMNO; mereka jadi sesat dan bersepah di jalanan. Kasihan. Tapi inilah realitinya. Ada seorang mak cik yang kami jumpa di FELDA; menangis dan mengalirkan air mata kerana anak-anaknya tidak mengikut kata untuk mengundi PAS. Seorang anak kononnya terlalu terhutang budi dengan FELDA. Lagi seorang, terlalu terhutang budi kerana diberikan peluang bersekolah di sekolah kerajaan. Kasihan. Sedangkan mak cik tersebut sudah lama meminta anaknya mengundi parti yang membawa perjuangan Islam. Tetapi, disebabkan amalan totok UMNO; rakyat diperbodohkan dengan gula-gula yang tidak logik. Chua Soi Lek sudahpun memberikan kita banyak undi dengan mempersoalkan keIslaman calon kita untuk tidak bersalam dengan pengundi. Kita cukup gembira; dan minta Chua Soi Lek dan anaknya (anak halal) terus hadir di Tenang dan memberikan lebih banyak fatwa kepada pengundi. Kita cukup seronok, kerana Ustaz Chua 2 Beranak akan menjadikan kempen kita lebih mudah dan menyeronokkan. Soal macamana kita nak hilangkan totoknya orang Johor; kita biarkanlah mereka terus dihina oleh Cina kaki ***** ini. Lagi banyak dia cakap. Lagi kita suka. Lagi banyak kita dapat undi. Lagi tinggi peluang kita nak turunkan undi BN di Tenang. Dalam masa yang sama, ana minta kita orang PAS; jangan sesekali ‘main tarik tali’ bab Negara Islam. Kita jumpa Cina; kita cakap Negara Islam. KIta jumpa orang asli; kita cakap Negara Islam. Tak payah nak simpan-simpan. Ini baru perjuangan.

Ana tengok warta berita sekarang dengan cukup semangat. Apa yang berlaku di Tunisia; apabila demonstrasi boleh menyebabkan pemimpin berundur – memang boleh menaikkan bulu roma. Kita jadi semangat. Maknanya, demonstrasi ini memang ada kejayaan. Nyata berlaku. Kalau dulu Thailand. Sekarang di Tunisia. Di Cote d Voire pun boleh tahan juga. Semua bermula dengan demonstrasi dan gerakan anti kerajaan.

Cantiklah tu. Cetus huru hara. Bawa isu ke jalan. Kena dua tiga das tembakan. Kena baling dengan cota. Kena simbah dengan air asid. Kena pekik dengan FRU. Kena balun tang belakang dengan kayu. Pun kita puas hati. Kerajaan jatuh tu. Tergolek dog. Puas hati.

Ana rasa, apa yang berlaku di Tunisia; mesti kita jadikan sebagai kata semangat di Malaysia ini. Dah lama sangat agaknya kita ni jadi pak turut. Kali ini kita bangkit. Kita guna semua yang ada. Syiah. Segala macam ajaran lain bagi jatuhkan kerajaan. Amacam?

Tapi yang ana hairan; sampai hari ni Tunisia tak aman. Demo tetap diteruskan. Kawan tu dah tertonggeng; apa lagi kita nak demokan. Kat sini ada silapnya juga. Dah menang sudahlah. Tapi yang nak teruskan demo untuk apa?

Ana pun naik tak faham.

==============================

Tunisia has been rocked by riots recently over unemployment and corruption, thought to have been sparked by the suicide of a young man who could not find a job and was barred from selling fruit without a permit. The unrest culminated today with the ouster of president and strongman Zine El Abidine Ben Ali. Prime Minister Mohammed Ghannouchi announced on state television that he had taken control of the country.  

A cable released by WikiLeaks called Tunisia a “police state” and criticized Ben Ali for being out of touch with the people. This has fueled references to the current protests as a “WikiLeaks Revolution.”

===============================================

Ana pun omputeh tak pandai sangat. Tapi kalau dah berjaya; kita bolehlah ikut agaknya. Kita gasak lah atas jalan. Lantaklah sebab liwat atau apa; kita gasak ajer. Tapi, soalnya – Islamik ke kalau kita buat huru hara?

Ayat LA TUFSIDU FIL ARDH…nak kita letak kat mana?

Salam.

Ana kadang-kadang jadi keliru dengan pandangan kawan-kawan dalam parti yang menghina pencalonan aktivis wanita kita, Normala sebagai calon di kawasan Tenang. Apa masalahnya? Kononnya ada yang kata bahawa ini formula untuk merosakkan parti. Ini formula untuk memastikan kekalahan. Ini formula yang menyebabkan PAS akan tewas. Dan macam-macam penghinaan lagi. Salah sangatkah Normala yang banyak berkorban masa dan tenaga demi untuk menegakkan Islam?

Memanglah dia tidak lahir di Tenang. Dia orang Muar. Orang Serom 3. Kira-kiranya dekat dengan Bukit Gambir dan Tangkak. Itu pun jadi masalah? Habis yang tokoh agama Kedah, yang bertanding di Kelantan tu apa namanya? Lain pulak hukumnya.

Janganlah kita nak tertutup sangat dengan segala macam pandangan. Kalau wanita tak boleh terlibat; kita janganlah beri wanita jadi Senator, Wakil Rakyat dan sebagainya. Tapi dah beri peluang kepada wanita pegang jawatan – dalam isu Tenang; kita pula nak kritik keputusan parti. Apa jenis orang lah ni?

Dalam PAS ini kita kena akui – memang pelik. Yang berlagak ustaz/imam/wali pun ramai; padahal mereka juga yang pergi beli nombor. Mereka yang kahwin cerai. Mereka juga yang main sabung ayam. Tapi bila bercakap pasal hukum mengalahkan Hakim Syarie.

Kita kena terima calon wanita seadanya. Janganlah PAS nak jadi Taliban sangat. Tak perlu.

Kita kena terbuka sedikit dalam banyak isu. Tak payah nak timbul huru hara dan merosakkan parti.

Ana kadang-kadang sakit hati dengan orang kita yang terlampau ulama’ dalam isu yang tak berapa perlu sangat ni. Kita letak Dr Lo’ Lo’ misalnya; Menang! Terburai UMNO di tangan muslimah PAS. Apa masalahnya?

Ana nak nasihat orang kita yang tolak calon Muslimah ni…jangan la jadi radio buruk yang merosakkan parti. Macamlah bagus sangat. Halal haram. Anak sendiri pun jadi bohsia. Kita jangan bangga sangat dengan serban keliling tu – kalau cari makan melalui rasuah. Sibuk nak mengutuk pimpinan kerana pilih calon wanita.

Salam Isnin. Ana sengaja nak mulakan dengan info yang ana dapat daripada rakan-rakan aktivis PAS di Kepala Batas, Pulau Pinang. Memang kawasan ini luar biasa. Kawasan bekas Perdana Menteri mestilah luar biasa. Pak Lah punya sedara mara penuh dalam masjid. Tapi ramai yang tak bersama UMNO; bersama PAS. Tapi mereka mengaku waktu Pak Lah jadi PM; mereka undi Pak Lah. Sebab ada pertalian darah. Keluarga Pak Lah pun memang dekat dengan masyarakat Kepala Batas.

Ana cuma sampaikan kesedihan rakan-rakan aktivis PAS yang terasa amat tertekan dengan apa yang berlaku di PP. Mereka kata, dengan kepimpinan Guan Eng; suara PAS macam tak kedengaran langsung. Malik Itik bukannya suara yang boleh diharap. Dalam banyak isu, orang Melayu tertekan. Orang Melayu adalah pengundi Melayu. Pengundi kita di Pulau Pinang. Kalau orang Melayu dah tak berapa nak undi kita; nak menang macamana?

Ini soal pokok. Tak dapat undi. Kalah. Suara kita makin tertinggal.

Kalau dok ikut rentak DAP/PKR; kita akan menjadi kelam kabut sendiri. Komen rakan-rakan PAS di Kepala Batas; ‘buku ghaplah jingga’ yang dibuat PKR sebenarnya tidak ada nilai Islam langsung. Di mana duduk agama Islam? Mana satu point dalam buku ghaplah jingga yang ada ciri Islam? Ana tengok…memang lah tidak jelas sangat bab Islam nya.

Tapi kalau kita mempunyai kerajaan yang mempertahan nilai Islam; melalui kebajikan – dikira Islam juga. Kita kena jelas bab ini.

Kalau kita mampu kurangkan kemiskinan. Itu Islam. Kalau kita dapat wujudkan pekerjaan. Itu Islam. Mungkin tak sebut Islam; tapi nilai Islam itu ada.

Guan Eng kata kawan-kawan; mesti buat lebih banyak tentang Islam. Banyakkan bantuan. Tambah peruntukan. Gunakan agensi Kerajaan Negeri dengan lebih berkesan. Jangan sibuk dengan buku ghaplah jingga – sampai pengundi pun diketepikan.

Masih ramai yang miskin di Penang. Masjid/surau pun bukan elok semua. Termasuk di Kepala Batas; banyak lagi yang perlu dibuat. Kita kalau menang di Kepala Batas; kira PAS memang mantap. Calon UMNO pun kurang wibawa. Katanya anak Merican nak tanding. Ada yang kata, anak Pak Saidin. Kita boleh hadap semua tu.

Janji kita buat kerja kita.

Ronnie Liu ini sememangnya sudah banyak kali meletakkan kita dalam keadaan yang serba salah. Macam-macam hal. Dulu, Hassan Ali nak dakwa kes arak – dia yang selamatkan tokey tokey Cina yang kaya raya di Selangor ini. Habis kita nampak macam parti yang tidak ada sebarang suara. Nampak sangat kita ni macam tak ada makna dalam PR. Takkan si apek Ronnie Liu ni tak tahu; kita jaga kepentingan umat Islam. Kalau ada perkara yang berlaku; tidak selaras dengan cita-cita Islam; ke mana kita nak letak muka.

Siapa yang berjamaah di Kota Damansara semalam pasti perasan bagaimana penceramah sentuh mengenai kelemahan ‘kerajaan tertentu’ nak menegakkan Islam. Boleh juga kita katakan Kerajaan Persekutuan. Tapi ustaz tu kata, bagaimana nak tegak Islam – kalau anak Melayu hidang arak pun tak jadi salah di negeri kita? Ana terus terasa. Ana rasa ustaz ni nak kenenkan kepada parti kita. Memang ana terasa.

Ronnie Liu ni ana tengok memang sudah jadi beban kepada PR di Selangor. Beban kepada DAP. Beban kepada PAS. Beban kepada semua. Mana tidaknya, kita sedap nak tegakkan Islam – dia sibuk nak jaga orang kongsi gelap. Sibuk nak pertahan tokey arak. Payah la kalau ini macam.

Ana nak tegaskan; ingatan buat kita semua – jangan ada banyak sangat model Negeri Islam ini. Kita kena tegas dan tegakkan yang hak. Jangan nak dolak dalik. Jangan nak u turn. Jangan nak main kong kali kong. Jangan nak tipu muslihat.

MPSJ dah buat peraturan yang sangat baik. Sangat islamik. Sangat berkait dengan usaha kita nak tegakkan negeri Islam. Kita jangan hipokrit. Cakap lain. Buat lain. Sudahnya – orang menyampah dengan kita. Kalau dah kata Bedah, Senah, Ina, Wati tak boleh hidang arak; kita laksana terus! Jangan tarik tarik. Ini tidak. MPSJ buat. Kerajaan Negeri tarik balik. Aduhai….letih….

==============================

=========================
MPSJ diarah tarik larangan kerja di tempat jual arak – Malaysiakini

Exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu (kiri) mengesahkan pekeliling berhubung perkara itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan pagi ini untuk menarik semula syarat itu kerana kerajaan negeri tidak menyedarinya.

“Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” kata Liu.

========================================================

Ini bukan kerja portal UMNO. Ini dalam Malaysiakini. Macam mana kita nak jawab? Macamana kita nak beritahu pengundi? Macamana kita nak tegakkan Islam?

Agaknya betullah…nak tegakkan Islam ini banyak cabaran. Tak cukup setakat ‘takbir, takbir, takbir’ sahaja. Tak cukup solat hajat sahaja. Kena buat dan laksana. Bab itu yang payah…

Wallahu’Alam.

Laman Berikutnya »