Januari 2010


Ramai juga yang bertanya ana tentang penglibatan PAS dalam mempertahan Anwar Ibrahim dalam kes terbarunya. Kenapa PAS tak beria turun? Kenapa pimpinan PAS tidak bersama? Kenapa jentera PAS tidak bersungguh? Kenapa PAS macam lepas tangan? Kenapa Hadi dan Nasharuddin tak join sekali?
Ana jawab, ini soal PKR. Kalau PAS nak join semua perkara – dengan PAS-PAS sekali dihenyak oleh rakyat. Dalam kes sodomi ni, kita bukan tak mahu nak bersama. PAS pun masih ada krisis kecil. PAS pun masih ada masalah. PAS pun masih perlu menyelesaikan permasalahan politik sendiri. Lagipun, menurut kata Pegawai Khas Presiden, ‘keputusan sebulat suara kepimpinan adalah untuk TIDAK BERSAMA di dalam Siri Jelajah Anwar’. Ini keputusan sepakat. Konsensus. Jadi janganlah kawan-kawan kecil hati dengan tindakan kita. Biar PAS tengok sejauhmana momentum Anwar berlangsung. Kalau rasa macam kuat dan mantap? Kita join.
Ada yang kata kita opportunist pulak. Waktu Anwar kuat, kita pakai. Waktu dia dah londeh – kita TINGGAL. Bukannya nak tinggal. Ini soal ‘untung nasib’ dan wajah Islam parti. Apalah rupanya sebuah parti Islam macam kita ni nak mempertahan seorang yang dihadapkan dengan kes sodomi. Tak kena. Macam tak relevan jadinya PAS nanti. Kata kita mendaulatkan Islam, bab sodomi pun kita nak terpekik terlolong di jalan. Tak senonoh sangat nampaknya.
PKR kena selesai masalah PKR. Anwar kena selesai masalah Anwar. Itu keputusan yang dah kita capai. Bukan apa, ramai juga kalangan imam muda, guru agama, penyokong PAS di bawah yang rasa tak ‘thiqah’ jika dikaitkan dengan kes sodomi. Soal Anwar buat tak buat, itu soal lain. Tapi kita, sebagai Parti – kena slow sikit bab ini. Nanti kalau dah orang ingat sodomi; ingatkan PAS – payah kita. Susah kita nak tanggalkan ‘air muka sodomi’ kita nanti. Itu yang pimpinan tak setuju; dan ana sokong penuh.
Dalam kes sodomi, ana teringat tentang kisah kaum Luth yang terlibat dengan ‘penyakit’ ini.

Allah SWT berfirman:

“Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu).” (QS. an-Naml: 54-55)

PAS kena amalkan sikap yang sangat berkecuali dalam kes ini. Kita kena tenang. Walaupun Qaradawi dan Wahbah az-Zuhaili beria ia mempertahan Anwar. Kita kena akur dengan arahan politik. Kepimpinan kata tidak, kita tidak. Jangan nak kononnya bermain politik bodoh. Orang masuk gaung, kita masuk gaung. Orang masuk jail, kita masuk jail. Itu bodoh namanya.

Saat Luth menawarkan gadis-gadis yang cantik kepada kaumnya, mereka menolak.

“Mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kamu telah tahu bahwa kami tidak mempunyai keinginan terhadap putri-putrimu; dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki.’” (QS. Hud: 79)

Makanya, tindakan PAS adalah tepat. Kita tengok dan perhati. Kalau arusnya kuat. Kita kena ikut juga. Takut tertinggal. Payah juga, kalau Anwar jadi PM nanti – kita tertinggal. Macam main dam haji, adakala kita bagi umpan – untuk makan lebih banyak. Kita biarkan dahulu. Jangan pula kawan-kawan PKR marah.

Enta punya masalah sheikh….bukan ana.

Kerajaan Kelantan menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa perundingan wang ihsan yang bakal dibentuk tidak lama lagi, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz berkata beliau juga tidak akan memenuhi jemputan, malah tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.

“Kalau hendak beri wang ihsan, tak perlu berundinglah, saya tidak akan menerima wang ihsan itu.

“Saya tidak akan pergi sekiranya dijemput (menyertai jawatankuasa itu) dan menolak 100 peratus jemputan jawatankuasa perundingan itu,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di Kota Bharu hari ini.

Wajar atau Tidak?
Ini soal duit dan wang rakyat. Ini soal kepentingan rakyat yang mungkin diketepikan kerana ‘ego politik’. Kat sini, ramai juga di kalangan rakan ana yang merasakan TGNA bertindak secara melulu. Kehadiran PAS dalam Panel Royalti Minyak Kelantan ini penting. Ini pandangan rakan-rakan, termasuk kalangan usahawan, profesional jamaah PAS di KL. Ramai di kalangan jemaah kita yang berasal dari Kelantan. Cari rezeki di ibukota. Kita pun banyak bantu PAS dan TGNA dalam darihal kewangan. Tak pernah berkira pun. Pada kita, menyumbang kepada PAS dapat pahala. Dan insya’Allah diberkati ALLAH SWT.
Pada pandangan ana dan rakan-rakan, TGNA dan Kerajaan Negeri Kelantan wajar mengambil pelawaan Kerajaan Pusat secara serius. Ini bukan soal ego. Ini soal hak rakyat. Royalti, wang ihsan – pengakhirannya mestilah memberi keamanan, kesejahteraan dan rezeki kepada rakyat. Kalau kita tolak sebagai ahli Panel. Apa kita dapat? Sekurang-kurangnya, kalau ada dalam panel; kita boleh perhati dan pantau penggunaan wang tersebut. Tak perlu kita nak tunggu laporan mana-mana pihak.
Ini tidak, kita tolak terus. Tutup pintu. Kita mungkin boleh gelak dan ketawa; menunjuk lagak bahawa kita Tok Seh dengan bantuan wang ehsan. Kita dan keluarga kita mungkin tak perlu. Untung jual air Za’faran pun berjuta. Sekolah agama lagi. Deretan rumah kedai lagi. Kita dan keluarga pakai kereta mewah. Nanti apa kata rakyat dan jemaah PAS di bawah? Puok-puok jemaah kita di kampung pun teringin nak rasa nikmat duit wang ihsan. Tak semua ahli PAS nak kekal berada dalam kesusahan dan meratap hiba perjuangan yang entah ke mana.
Tidak ada ruginya TGNA nak kow tim sikit dengan Kerajaan Persekutuan. Ini soal rakyat secara keseluruhannya. Ini bukan soal ego TGNA dan keluarga. Kata kawan-kawan di bawah, yang bergerak untuk PAS Kelantan – banyak benda yang dah tak boleh buat. Bajet dah surut dan sayup. Ini menyebabkan gerakan kita dah perlahan. Kalau ada wang ehsan, ada perkara yang Kerajaan Negeri boleh tumpang. Macam perkara-perkara melibatkan penyediaan prasarana yang besar dan hebat. Kita tak perlu pakai duit Kerajaan negeri seluruhnya. Ini kan baik.
TGNA jangan lupa, kita dah banyak nak kena saman. DAP pun dah pakai ‘midlle malaysia’. Nak banyak musyawarah daripada bergaduh. PAS masih dengan politik gocoh. Sampai bila. Yang miskin kita. Yang kedana kita. Yang masalah kita.
Sebab apa DAP nak pakai middle malaysia? Sebab Anwar nak kena jail. Nanti PR dah tak ada kaliber. Anwar peduli apa. Dia dah kaya. PAS kena kekal sebagai parti Islam. Cukupkah duit?
Jemaah PAS Kelantan di bawah nakkan kepimpinan kita berada di dalam Panel tersebut. Pada kami, ianya lebih mendatangkan faedah berbanding dengan kita nak bergocoh pada setiap masa. Yang rugi rakyat. TGNA mungkin tak rasa. Kami di bawah ni yang rasa.
Ini pandangan kawan-kawan di bawah. Ana majukan sahaja untuk perhatian pimpinan. Ana terima kasih sebab ada pemimpin PAS yang baca blog ana ini. Ana bukan terkenal macam MSO.

Hari ni, khabarnya akan ada keputusan PAS Pusat mengenai dua orang kuat kita di Selangor. Kedua-duanya dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin PAS hari ini. Jawatankuasa Disiplin PAS tak macam JK sama dalam UMNO. Jawatankuasa dalam parti mabuk nasionalis dan buang agama itu boleh dijual beli. Kejap keputusan A. Kejap B. Ada orang bersalah, tapi tak dikenakan tindakan. Macam anak menantu Pak Lah. Buat rasuah. Tapi tak salah. Boleh teruskan bertanding. Apa kejadahnya macam tu? Salah tetap salah. Mana ada salah tak kena hukum. Yang buat salah, mesti kena hukum. Macam kita, kalau buat salah – mesti ada dosa. Dosa pahala ni tentukan hukuman yang dikenakan di mahsyar nanti. Kalau banyak salah. Banyaklah kena.   Yang susah mengenai keputusan PAS hari ni adalah ‘kepentingan’ kedua-duanya kepada Kerajaan Selangor. Jangan kita lupa, cubaan demi cubaan (bukan macam cerita Pendekar Bujang Lapok…ini betul-betul) akan dilakukan untuk meruntuhkan kerajaan PR di Selangor. Macam-macam kes. Dalam kes Pasir pun, nampaknya sudah terbuka tembelang. Rakan-rakan ahli perniagaan ana pun ada bertanya, apa cerita permit Pasir? Tak boleh kah PAS dapat satu atau dua? Ana kata, ana tak tahu nak campur. Tiba-tiba, pejabat DUN N40 Kota Anggerik jadi tempat dia orang faraid permit pasir. Dah pun kena cekup SPRM.   SPRM ni pun kita tak boleh nak salahkan. Jangan lupa, kitalah yang dahulunya beria-ia nakkan ada SPRM. BPR tak cukup ‘power’ kata kita dulu. BPR ini masih tak ada gigi. Kita mahu sebuah agensi yang berada di ‘atas’ keputusan dan judgement PM. Bila ada SPRM – kita juga yang dikejarnya. Ini kes senjata makan Tuan. Hampeh betul.   Yang jadi lagi tak sedap, yang MAKAN KELILING bukan kita. Orang PKR. Depa ni laju bab bisnes dan lubang meniaga. Habis dia tebas semua. Jangan ada ‘lubang’; semua dia nak jolok. Asal ada ‘lobang’ – sahaja, terus dia orang masuk. Tak kira lah, lubang halal ke lubang haram. Tak kiralah ‘lobang baik’ atau ‘lobang kunyit’. Ana bergurau sahaja. Bergurau pun tak boleh? Takkan nak serius memanjang. Orang masjid pun kena tahu bergurau.   Hari ini, PAS akan buat perhitungan DOSA POLITIK. Dosa siapa lebih besar. Dosa Hasan Ali atau dosa Khalid Samad. Kalau ikutkan ana dan kawan-kawan, Khalid Samad ni sudah ‘lain macam’. Ramai juga yang kata, PAS sudah ada ‘Father’. Tak baik ana kata. Khalid Samad hanya cakap bab comparative religion. Ilmu ni tak ramai yang ada. Jadi, kita tak boleh nak salahkan dia. Ilmu dia tinggi. Tak macam ilmu kita.   Blog ni nak minta JK Disiplin PAS buat pertimbangan yang seadilnya. Jangan berpihak. Kena tengok juga suasana ‘politik Selangor’ yang tengah panas. Kalau seorang dua lagi merajuk; hancur jadinya kita. Biarpun kita tak ada permit pasir; kita berjuang atas dasar agama.   Dalam Quran, ada ketika perkara yang menjadi ‘dosa’ dibolehkan jika dillakukan dalam keadaan terpaksa. Kalau dah terpaksa. Kita kena buat. Makanya, dalam kes ini – kita bolehkanlah ‘dosa politik’ Hasan dan Khalid Samad. Bukan sebab mereka special. Tapi disebabkan suasana Selangor yang darurat. Dalam darurat, apa pun boleh.

“Hanyalah benda-benda ini yang Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan, dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.” (2:173)

PAS kena jadi parti Islam yang ‘pengampun’ juga. Beri nasihat – dan kembalikan mereka ke dalam jamaah seadanya. Khalid dan Hasan pun jangan la asyik bercakaran sahaja. Jaga parti. Pentingkan parti. Dahulukan Islam. Kita sibuk bergaduh sesama sendiri – yang dapat PASIR siapa? Yang pandai cari ‘lobang’ siapa? Yang layan ‘lobang konyit’ orang lain – yang siksa kita? Where got road???

Ana harap, ana seorang sahaja yang berfikiran begini. Tapi melihatkan kepada wajah dan kenyataan beberapa pimpinan PAS Kelantan mengenai isu ‘Bazar’ di Kota Bharu; seolah-olah menunjukkan kita takut dengan tekanan yang diberikan oleh pihak lawan. Pada ana, isu bazar ini mengenai keputusan ekonomi. Keputusan ekonomi, keputusan iktisadi ini tak payahlah nak panjang-panjangkan. Bukan banyak pun. Baru 23 juta. Yang kerajaan persekutuan kelentong rakyat berbilion ringgit tak menjadi apa pulak? Kenapa keputusan kita yang dipersoalkan. Yang paling tak tahan, wajah pemimpin kita jadi macam takut dan kecut perut. Kita kan parti Islam. Kalau kita ikut Islam, takkan ada keputusan yang merosakkan jemaah.
Husam Musa mencadangkan agar perkara ini disiasat secara OSA. Lah, kalau sebelum ini kita gemar membuka cerita dalam kain orang – takkan perkara sekecil ini kita nak OSA-kan. Jadilah berani dan jantan sedikit. Perkara ini kecil sahaja. Bagi Tok Guru jawab. Dia celakakan akhbar dan orang yang pecah rahsia sudah. Habis selesai. Bukannya susah. Tok Guru kita pakar bab mencelakan orang ni. Dengan dirinya yang bertaraf hampir wali – siapa berani melawan. Nak kena celaka? Ana tak sanggup kena celaka dek lidah Tok Guru. Tak berkat hidup ana.
Husam ni sudah jadi macam pemimpin meroyan dan hilang arah. Ada perkara dia jadi berani. Ada perkara jadi macam pondan politik. Kecut perut. Sebab apa? Ada saham? Ana nak ingatkan pemimpin PAS; kalau kita tampil dengan wajah takut; ancam nak guna OSA – ianya tidak akan perbaik imej parti kita. Lagi orang sangsi dengan PAS. Bab orang kita dedah bagaikan tak ingat. Segalanya kita bogelkan. Bila sampai tang kita, terus nak guna OSA.
Ana dah tahap bosan dengan lakonan politik Husam Musa ni. Nak selamatkan jawatan sampai sanggup gadai prinsip. Minta maaf cakap, Husam dah jadi LIABILITI kepada PAS. Banyak perkara yang dia buat dah orang persoalkan. Kaya bagaikan tak ingat. Ini bukan imej PAS. Laga-lagakan orang tak tentu hala. Husam patut masuk PKR sahaja.
Husam kena jawab segala tuduhan yang abang Sayuti buat kepadanya. Pasal ladang ternak kambing yang dah jadi ladang tanam jagung. Apa cerita? Tak pasal-pasal nak marah orang atas dasar apa. Isu sendiri tak mahu jawab – tapi isu orang nak buka dan bogelkan.
Husam sudah semakin tak relevan dalam perjuangan PAS Kelantan. Tindakannya selalu sendiri dan tidak mendahulukan jamaah. Semua perkara dia buat BETUL – yang orang lain buat; semua jadi silap dan salah.
Bab BAZAR ni adalah isu kecil. Takkanlah rakyat bodoh sangat nak tolak PAS sebab kes BAZAR ni. Rakyat tetap bersama kita – asalkan kita tak takut. Ini kan politik baru yang kita sama-sama perjuangkan. Politik baru ada ketelusan. Bila orang nak TELUSKAN kita. Kita pula jadi risau dan tak cukup tidur.

TG Nik Aziz adalah pemimpin istimewa dan special. Husam jangan nak samakan dirinya dengan TG. Tak sama. Tak serupa. Jauh panggang dari api. Panggang ke mana. Api ke mana.

Blog ini hari ini nak mengucapkan tahniah di atas keberanian barisan ‘Solidariti’ Mahasiswa yang memberanikan diri untuk menghantar memorandum protes kepada sistem e-voting yang mahu dilaksanakan di kebanyakan IPT. Tindakan ini sedikit sebanyak membayangkan keberanian mahasiswa ‘didikan’ kita untuk memperkatakan mengenai isu mereka. Suara mahasiswa semakin tidak kedengaran. Sepi dalam ketakutan. Gentar dengan cabaran. Makanya, apa yang dilakukan di KPT minggu lalu wajar dipuji oleh jamaah PAS keseluruhannya. Apa yang kita pasti, nampaknya keberanian adik-adik kita ini berhadapan dengan pihak berkuasa sudah semestinya menampilkan kebenaran, bahawa sistem didikan PAS di kampus masih berjalan dengan baik.
Kita nak nasihatkan adik-adik mahasiswa kita agar tidak gentar dengan peraturan dan tindakan pihak berkuasa. Lanskap politik sudah menjadi berbeza. Mereka tidak akan boleh bertindak sesuka hari. Suara mahasiswa suara keramat. Suara anak muda yang berani menentang arus inilah yang akan menarik perhatian kawan-kawan kita di luar. Kalau harapkan suara kumpulan mahasiswa pro-UMNO, mereka hanya tahu makan di hotel dan menurut bontot menteri. Mahasiswa jenis ini tidak ada pendirian. Mudah dibeli. Mudah dipergunakan oleh Kementerian/UMNO.
Kita nak adik-adik mahasiswa sedar, bahawa dalam perjuangan tidak akan ada jalan mudah. Mesti ada peritnya. Mesti ada getirnya. Barulah namanya perjuangan. Pada ketika ini, kita dapat lihat – bahawa kepimpinan KPT sendiri kelam kabut. Timbalan menteri lebih wibawa daripada menteri kecewa. Ya, Khaled Nordin adalah menteri kecewa. Sebab kalah pertandingan UMNO dengan belanja yang menggila besar. Maka, tidak hairanlah Khaled buat kerja lebih kurang sahaja. Melepaskan batuk di tangga. Dalam isu ‘Speakers Corner’ misalnya; timbalan menteri kata ok. Tetapi menteri jadi bacul. Payah kalau macam ini.
Dalam masa yang sama, kita nak ingatkan adik-adik kita; kalau nak bersungguh dalam perjuangan – kumpul la lebih ramai orang. Ini kalau setakat 20/30 orang sahaja; buat malu parti sahaja. Tak ada ummph. Syok sendiri. Kenapa tak kumpulkan sekali mahasiswa Cina UM. Mana Mahasiswa India. Kumpulkan. Buat gerakan mahasiswa yang betul-betul mantap. Barulah kita ada gerakan yang berkesan.
Apa masalah sebenar e-voting ni pun Pak Cik tak tahu. Takkanlah kampus nak undi pakai cara lama. Tak ‘universiti’ la agaknya. Di mana salahnya e-voting. Kena beritahulah. Orang luar macam kami ni nak tahu. Boleh kita sebarkan di kampung bahawa kerajaan takut undi mahasiswa. E voting sesuai dengan peredaran zaman. Takkan masih nak pakai undi stail zaman Pak Cik. Itu sudah kira retro.
PAS memang menghargai tindakan mahasiswa/i yang ada tempohari. Kami suka dengan nilai perjuangan yang ada. Tetapi ianya mesti juga diperkukuh dengan ‘kekuatan’ pemikiran dan pasukan. Kalau setakat 20/30 orang; Khaled Nordin pun gelak dengan kekuatan mahasiswa. Agaknya kalau kena gertak sikit. Tinggal la dua tiga orang.
PAS suka mahasiswa yang berani dan garang; tetapi mesti juga ada kekuatan fikrah dan perjuangan. Jangan nak main bangkang sahaja. Mesti ada asas ilmu. Mesti ada teras pemikiran yang baik. Sayang, kalau perjuangan mahasiswa hanya bergantung kepada dua tiga kerat sahaja. Dalam harakah, kami dah bantah.
“Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (Bantah), kesal tindakan pihak polis yang didakwa bertindak ganas dan kasar ketika menyuraikan himpunan mereka dihadapan bangunan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Putrajaya Jumaat lalu.

Selain mengecam tindakan itu, jurucakap Bantah, Mohd Ridzuan Othman turut mempersoal penangkapan yang dibuat ke atas beberapa pemimpin pelajar sedangkan dakwanya perhimpunan tersebut berlaku dengan aman.

“Bantah mengecam tindakan ganas dan kasar pihak polis yang menangkap Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM), Sdr. Shazni Munir sedangkan kekecohan ditimbulkan oleh pihak polis sendiri

Kita kesal POLIS sibuk dengan mahasiswa; walhal mereka patut jaga gereja dan archbishop waima sewaktu di dalam tandas. Itu kerja baru polis. Yang kecoh dengan mahasiswa ni sebab apa?
Kelantan Darul Naim amat sibuk dengan pelbagai sesi penerangan yang dilakukan oleh pihak Istana akhir-akhir ini. Kita mendoakan agar Tengku Mahkota dapat memberikan sebaik-baik penerangan dalam menjelaskan kepada rakyat tentang kedudukan Duli Tuanku. Hakikatnya, hamba rakyat tidak akan menidakkan taat setia kepada Duli Tuanku. Soalnya, PAS tidak mahu menjadi mangsa kepada pergolakan Istana. PAS akan bersama Tuanku, asalkan keputusan yang baik, berhemah dan mampu membuatkan hubungan hamba rakyat dan Istana bertaut – PAS akan bersama dengan Duli Tuanku.
Dalam keadaan PAS Kelantan masih lagi dalam proses ‘pemulihan’ kepada banyak isu dan kes. Samada yang melibatkan TGNA secara peribadi. Mahupun sebagai keluarga. Jamaah PAS perlu mengakui hakikat bahawa apa yang berlaku kepada TGNA dan keluarga memberikan imej yang ‘berat’ kepada parti. Kita kena terima hakikat itu. Sebagai sebuah parti dan jamaah yang terkenal zuhud, hikmah dalam memisahkan hubungan kekeluargaan dalam pentadbiran – apa yang berlaku di PMBK adalah suatu mihnah kepada PAS. Kita mungkin menolaknya, tetapi PAS mestilah menjadi parti yang kuat mendokong apa yang diperkatakan.
PAS Kelantan pelru cepat keluar daripada suasana ‘mendung’ kepercayaan rakyat. PAS Kelantan ini pengaruhnya kuat. Apa yang berlaku di Kelantan, akan menjadi ‘standard’ kepada PAS di tempat lain. Takut-takut, kita tak mampu ‘terbit’ semula daripada suasana mendung – PAS akan berhadapan dengan masalah.
Kita akui, kebelakangan ini – PAS sudah menjadi sedikit defensif. Cerita-cerita tentang keburukan pemimpin kita sudah bertaburan. Yang bawa lari anak orang ada. Yang nikah tak ikut prosedur ada. Yang lempang orang ada. Yang sombong terjalak ada. Yang kaya raya ada. Yang jadi ‘lembu dicucuk hidung’ pun ada. Semua ada. Ada belaka. Jadi, dengan cerita-cerita ini, ianya sebenarnya sudah meletakkan kita sama ‘level’ dengan parti nasionalis hok tu. Mana lebihnya kita? Mana zuhudnya kita? Mana strategiknya kita?
PAS sudah seakan menjadi terlalu bergantung kepada seseorang. Sheikh Kickdefella keluar daripada ‘lembayung’ Husam; kucar kacir belaka perjuangan kita di dalam blog dan alam virtual. Takkanlah PAS bergantung pada dia seorang sahaja. Ramai lagi blogger yang sudi membantu kita. Kenapa tak panggil dan cari.
Suasana politik Istana di Kelantan jangan buat PAS leka dan senang hati. Kita kena hikmah dan bijaksana. Jangan terlalu nak menyokong satu pihak; kena yang menang pihak yang lain – di mana relevansi dan kedudukan PAS? Takke pening kepala?
PAS Kelantan kena cari jalan perbaiki imej dan kedudukan kita. Yang menganggap diri mereka liabiliti, perlu jujur mengakuinya – dan ambil sebaik-baik jalan. Sembahyang istikharah dalam membuat keputusan sukar dan penting. Kalau perlu mengambil tindakan drastik; ambil.
Ambil iktibar dari Sirah. Ketika Panglima Khalid Al-Walid@‘Pedang Allah’ sedang berperang di Iraq, tiba-tiba datang perintah dari Khalifah Abu Bakar As-Siddiq (632-634M) menyuruh Jeneral Khalid dan pasukannya berangkat ke Syria untuk mengahadapi tekanan tentera Romawi Timur. Walaupun keadaan di Iraq amat tegang, perintah Khalifah perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu, setelah menyerahkan tanggungjawabnya kepada Mutsanna bin Harith, berangkatlah Khalid bersama 1500 tenteranya ke Syria. Oleh kerana mereka perlu sampai ke Syria dengan cepat, Khalid telah memilih untuk melalui jalan padang pasir, Badi’us Samawah yang belum pernah dilalui manusia sebelum itu. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah mereka berjaya sampai ke Syria dengan pantas.Apabila sampai di Syria, Khalid telah dipilih memimpin seluruh tentera Islam di Syria. Maka berlakulah pertempuran yang hebat di antara 40000 tentera Islam dengan 240000 tentera Romawi.  Pada saat pertempuran sedang hebat berlaku, datang perutusan daripada Khalifah Umar Al-Khattab pengganti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang baru meninggal dunia, membawa surat pemecatan Khalid. Alangkah terkejutnya Khalid setelah membaca surat pemecatan dirinya. Tugasnya harus diserahkan kepada Abu Ubaidah bin Jarrah. Bergetar jantung Khalid dan merah padam mukanya. Alhamdulillah, Khalid seorang satria sejati. Dia masih tersenyum seakan-akan tiada apa yang terjadi. Surat Khalifah disimpan agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan tentera Islam yang sedang bertempur. Dengan semangat yang membara, turunlah Khalid ke medan perang memimpin tenteranya lagi.

Mari kita sama-sama tunggu siapa yang berani menerima hakikat ‘sebuah perjuangan’. Mendung tidak bererti hujan.

As Salam.
Apa yang berlaku 3/4 hari kebelakangan ini sebenarnya punya hikmah yang bukan kecil. Secara tidak sedar, ramai di kalangan kita yang sudah mula nak tahu tentang perbandingan agama. Selama ini, waima jemaah kita sendiri – cukup jelik, cukup tidak boleh tahan kalau perkara dan nilai agama nak dipermainkan. Waima tengok salib pun dah rasa ngeri. Jemaah kita sendiri pun ada yang tak berapa nak terang soal perbandingan agama ini. Sebab itulah, waktu Khalid Samad masuk gereja – ramai juga dikalangan aktivis PAS yang geleng kepala, susah nak faham – tak boleh nak terima pemimpin PAS masuk gereja, bersalaman dengan paderi dan sebagainya.
Pada sesetengah orang PAS, sebut bab Holy Water sahaja cukup mendatangkan kengerian. Belum cerita lagi bab orang Melayu yang selamba badak pergi mass. Ish, takut dibuatnya. Jangan dibuat.
Selepas apa yang berlaku kebelakangan ini, orang PAS, orang kita mula lebih terbuka dengan soal Kristianiti dan Gereja. Kebetulan pula, TGNA sendiri sudah mula menapakkan diri di Gereja bertemu dengan Paderi dan sebagainya. Yang teruk hanya di Taman Melawati. Yang lain tu, takde la apa serangan pun. Kalau ada tanda hitam sikit-sikit tu, anggap sahaja masanya dan tiba untuk di cat semula. Kalau semua gereja dapat RM500 ribu pun ok juga. Banyak benda boleh buat.
Apa yang pasti, PAS dah lama merapati dengan kepimpinan Gereja. Khalid Samad telah membayangkan bahawa budaya ‘taaruf’ dengan agama lain tidak boleh dijadikan acara bermusim. Ini tidak, jika ada kepentingan politik, baru nak kenal agama orang lain. Najib Razak, Hisham Hussein menggelabah cari jalan pergi gereja. Masuk dalam gereja walaupun dah tak ada apa nak tengok. Baru heboh nak bagi peruntukan. Khalid Samad dah lama bagi peruntukan….siapa lebih Islamik? Siapa lebih bijaksana dalam melihat perbezaan? Nampaknya PAS lebih sedia dengan politik baru di Malaysia ini. Kita dah buat lama – mendekati pimpinan Gereja dan penganut agama lain.
Najib Razak dan niat 1Malaysia nya sudah diuji lagi secara maksimum kali ini. Tapi, dalam apa yang berlaku, sebagai kerajaan mereka memang nampak tenang. Ada bajet dan peruntukan bolehlah disejukkan hati penganut Kristian. Bab ini kita ada sedikit kekurangan. Tapi yang penting, emosi kita terkait dengan kawan-kawan penganut Kristian. Kalau kita tengok cara penganut Kristian sambut Najib dan TGNA, berbeza. Mereka sambut PM sebab dapat duit – tapi mereka sambut TGNA sebab sikap TGNA yang sangat zuhud dan mengkagumkan. Lantaklah berapa juta pun kerajaan nak bagi, tapi hati orang Kristian sudah terikat dengan PAS.
PAS kena amal politik baru selepas ini. Jangan takut nak pergi gereja dan bertemu dengan pemimpin agama Kristian. Dekati mereka. Jangan lupa, Paderi ini ada kuasa – kerana merekalah yang menyampaikan mass kepada umum. Kita tak kata, gereja jadi tempat politik. Betul, kita ada gunakan masjid/surau – tapi itu dalam konteks dakwah. Kalau mereka pun boleh memberikan sedikit ‘nilai’ kepada PAS di dalam sermon mereka, mengapa tidak kita mampu mencapai asas yang baik dengan penganut agama Kristian.
Sekarang ini, kita jangan melompat dengan isu agama. Kita tenang. Kita susun langkah dengan hati-hati. Kita tak nak rugi dalam apa yang berlaku. PAS kena tampilkan nilai baru. Kita kena mesra dengan semua. Kalau kita kena masuk gereja – kita masuk atas nama dakwah. Apa ada hal, Hagia Sophia pun kita boleh tukarkan menjadi masjid.
As salam.
Semalam menelefon kawan-kawan di Kelantan; bertanya sedikit tentang suasana politik ‘keIstanaan’ yang berlaku di sana. Apakah ada kesan kepada politik Kelantan? Siapa yang pimpinan kita sokong? Siapa yang TGNA ingin bekerjasama di masa-masa akan datang? Bukan menyibuk, tetapi ambil tahu. Jangan kita hanya bercakap tapi tidak bersandarkan pandangan majoriti jamaah kita. Ramai yang penulis hubungi akan ‘ikut sahaja’ dengan pilihan TGNA. Kepada mereka, Istana institusi berbeza. Sesuai dengan sikap TGNA sendiri yang bijaksana, lembut tutur kata, insya’Allah PAS mampu bekerja dengan mana-mana Duli Tuanku.
Asasnya, kita sama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Duli Tuanku Sultan berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kalau tengok pada gambar, Alhamdulillah. Ada petanda Tuanku semakin sihat. Cadangan TGNA untuk membawa Duli Tuanku ke Malaysia pun bagus. Tak kiralah, ke HKL ke, Prince Court ke – Tuanku layak mendapat layanan yang terbaik. Demikian kasih dan sayang kita dengan Duli Tuanku.
Alhamdulillah, politik Kelantan pun semakin baik dari sebarang isu berkaitan. Pelantikan SUPOL dan SUA pun diterima baik. Adalah puak yang bercakap-cakap sedikit, tetapi itu biasala. Ada yang kata Setiausaha Politik MB, politician ‘recycled’. Recycled la bagus. Mesra alam. Dia tahu apa masalah. Tidak mengulangi kesilapan dan sentiasa meletakkan agama dan parti; mengatasi perkara lain.
Dalam mendepani isu Istana ini, PAS kena hati-hati. Jangan kecilkan hati Duli Tuanku Sultan. Jangan terlalu cepat nak bertukar arah kesetiaan. Kesetiaan kita bukan kepada individu, tetapi kepada kedudukan. Soal waris yang paling berhak, kita serahkan kepada hikmah Duli Tuanku. Soalnya, nak jadi pemimpin – sistem nilai kita kena betul. Didikan kena baik. Adab dan hormat mesti dijaga. Kontroversi kena kurang.
Dalam segi ini, tindakan tegas Yang Teramat Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra,Tengku Mahkota, merangkap Pemangku Sultan Kelantan – dalam menyelesaikan beberapa isu ‘korupsi’ level tinggi amatlah kami, rakyat Kelantan dan penyokong PAS hargai. Kami hormat keberanian Tuanku yang sanggup membuat keputusan bijaksana dalam memastikan hasil mahsul Negeri tidak tiris di ambil oleh ‘orang lain’.
Kami mendoakan Ayahanda Tuanku sihat walafiat, dan dapat menerima baik keputusan Tuanku Tengku Mahkota dengan hati terbuka. Dalam masa yang sama, keputusan yang dibuat ini akan menampilkan PAS yang lebih telus dan bersih. Jangan pula kita, jamaah PAS pun tumpang sekaki nak amal korupsi. Payah kita pilihanraya nanti.
Banyak sungguh artikel, nota facebook yang menjurus kepada isu kalimah Allah kebelakangan ini. Kita terima bahawa memang isu ini penting. Tak payahlah puak UMNO, khususnya Pemuda UMNO nak ajar PAS mengenai kalimah Allah ini. Kita lebih bijak daripada mereka. Tak payahlah cuba-cuba nak kelirukan rakyat KONONNYA PAS sudah tidak lagi Islamik dan sangat ‘memberi muka’ kepada soal kalimah Allah ini. Semalam, pendirian PAS telahpun dikemukakan. Kepada kita, isu ini sudah terlalu dijadikan modal politik. Ramai sangat yang nak jadi pejuang dan jihadis. Padahal sebelum ini, kita tidak pernah dengar pun mereka mempertahan Islam dan prinsip keimanannya. Mereka inilah yang selalu berada di Pub, Bar, karaoke dan sebagainya – tetapi kali ini, kononnya menjadi pejuang Islam.
Kita ambil contoh Pemuda UMNO Pulau Pinang – yang datang dengan hanya 20/30 orang; kononnya menghantar memorandum kepada pihak tertentu. Muka senyum. Wajah nampak lembut dan ceria. Lebih memikirkan soal imej di depan kamera daripada membicarakan isu sebenar. Lebih memikirkan tentang ‘glamour’ atau tidaknya dia malam itu. Wajah Ketua Pemuda Negeri Pulau Pinang seakan seorang pondan tua yang mencari publisiti murahan.
Ana bukan nak mengutuk, tapi ini hakikat. Tidak ada ‘keikhlasan’ di wajah mereka ini. Perjuangan mereka bermusim. Bila tiba musim Melayu; mereka jerit Melayu! Bila tiba musim Islam, mereka jerit Islam! Bila tiba musim rasuah, mereka ‘telan rasuah’! Inilah budaya Pemuda UMNO.
Pendirian PAS semalam cukup jelas. Kita tidak mahu isu ini menjadi propaganda politik. Jangan kita cakap tidak berdasarkan fakta dan nas. PAS komited, bahawa dalam isu ini kita tidak mahu kalimah ALLAH menjadi komoditi; baik kepada Herald – mahupun puak UMNO yang ‘terdesak’ mencari jalan politik. Terdesak untuk mencari sokongan. Kita tidak rela kalimah ALLAH ini menjadi modal politik. Soalnya, siapa yang lebih bersungguh nak cari modal politik? PAS atau UMNO? Jawapannya adalah UMNO. Mereka ini sedang berusaha nak ‘out-religious’ (betul ke ayat tu) kan kita. Senang cerita, mereka nak kata – mereka lebih Islamik daripada kita. Sejak bila?
Ada yang pesan pada Ana, dalam isu ini – PAS dan UMNO kena ber-tahalluf siyasi. Kena ada jiwa besar. Masalah dengan UMNO ini, kita sentiasa nak dipijaknya. Semua benda nak ikut kata dia. Perangai macam penjajah. Nak menang semua. Mana boleh. Ber-tahalluf siyasi mesti ada tolak ansur. Ana dapat sikit. Anta dapat sikit. Baru betul. Ini tidak, perangai macam penyamun dalam cerita Nujum Pak Belalang. ‘satu untuk engkau; satu untuk aku’. ‘Dua untuk engkau; dua untuk aku’. ‘Bedallah untuk engkau; bedallah untuk aku’. UMNO tidak pandai kira-kira politik. Dia suruh kita tengok, lepas tu dia nak ambil semua. Where got road???
Dalam isu kalimah Allah, pendirian PAS sudah jelas. Kita tidak mahu isu ini jadi propaganda politik. Jadi alat politik. PAS tak mahu jadi GPMS, jadi PKPIM, jadi Persatuan Pengguna Islam yang mudah sangat dicucuk hidung oleh kerajaan. Sikit-sikit buat laporan. Sikit-sikit nak demonstrasi. Sikit-sikit nak buat bantahan. Ini politik budak-budak. PAS sudah jadi lelaki sejati. Politik kita ada hikmah. Bukan macam politik ‘cucuk hidung’ sesetengah NGO dalam negara kita ini.
PAS nak ucap ‘good luck’ selamat berjuang kepada NGO-NGO yang dicucuk hidung oleh Kerajaan. Anta semua perlukan geran ‘pengurusan’. Kita faham. Peruntukan datang daripada kerajaan. Kita faham. Ini bukan sangat isu kalimah Allah sebenarnya; ini isu ekonomi dan duit. NGO Islam pun ikut ‘jalan duit’ juga.
As salam.
1 Jan 2010 telahpun melabuhkan tirai dan sauhnya. Blog ini hanya memerhati sambutan Tahun Baru dari jauh. Macam-macam cerita. Khutbah di Selangor pada Jumaat tahun baru adalah berkisar tentang ‘pembaharuan bai’ah antara kita dan Allah SWT’. Cukup dalam makna dan perkaitannya. Kita harapkan seluruh umat dapat menerima ‘pesanan mimbar’ Jumaat tempohari sebagai batu loncatan dalam kita memperkukuh perjuangan kita menegak agama Islam yang hakiki ini. Bermula tahun baru, cerita tidaklah sangat memihak kepada umat Islam. Tahun baru disambut dengan keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh majalah Herald.
Setakat ini, pendirian rasmi PAS belum dapat kita pastikan. Yang nyata, hari ini Timbalan Presiden PAS membayangkan keperluan untuk umat ISLAM bersatu di dalam isu ini. Makna di sebaliknya? Bersatu dengan UMNO? Atau bagaimana? Nampaknya, kita masih lagi belum nyata bab ini. Apakah pendirian Ustaz Nasa ini pendirian rasmi PAS? Kita di dalam jamaah pun ingin tahu? Bab nama Allah ni apa pendirian PAS yang sebenar?
Selain daripada keputusan mahkamah, situasi di Pulau Pinang pun tidak memihak kepada kita. Janji bahawa ADUN Permatang Pasir, Salleh Man diangkat sebagai YDP MAINPP akhirnya tergelincir. Ketua Umum PKR, Anwar akhirnya terpaksa mengakui bahawa banyak benda yang masih di luar kawalan dan kuasa Anwar. Janji Anwar sewaktu berkempen di Permatang Pasir, bahawa Salleh Man akan diangkat sebagai YDP MAINPP tergelincir. Apa jadi dengan janji? Apakah kita hanya mampu terbuai dengan janji manis orang lain?
Kita wajar menjadikan 2010 ini sebagai tarikh kebangkitan PAS yang sebenar. Yang paling molek, untuk kita menjadikan ‘suara kita’ lebih mantap. Tak boleh lagi nak terpecah-pecah. Orang ni cakap lain, parti buat lain. Parti cadang lain, orang itu buat lain. Orang yang pertahan parti, pertahan Islam – dikatakan sebagai pengkhianat. Orang yang mengkritik pimpinan parti lain – dianggap sebagai tidak setia. Di mana sebenarnya landasan perjuangan kita? Jangan ada lagi konflik pendirian di kalangan pimpinan. Presiden parti belum kata apa; orang lain dan lompat dahulu. Kita di bawah jadi lagi huru hara. Tak tahu nak pertahan yang mana.
Kita sayangkan PAS sebagai wadah perjuangan. Tapi, dalam masa yang sama – parti ini mestilah menjadi penegak perjuangan Islam yang sebenar. Jangan kita menjadi setengah masak. Kalau dalam isu Islam kita jadi nombor dua – ini sudah meletakkan ‘kerisauan’ di kalangan jemaah tentang kedudukan sebenar parti ini.
Kalau dalam keadaan semasa, blog ini merasakan PAS Selangor nampak terkehadapan. Walaupun katanya ada persengketaan kecil – tapi PAS Selangor nampak lebih bersungguh dan aktif di bawah. Ceramah tidak pernah berhenti. Setiap malam. Macam tak ada penat. Banyak masjid dan surau yang sudah kita tawan fikrah dan pengurusannya. Alhamdulillah. Ini semua menjadi punca kekuatan.
PAS Selangor nampak sangat bersungguh dalam mempertahan kuasa. Walaupun kita tidak berkuasa secara ‘praktis’; tetapi biarlah dengan ikhlas kita dapat membantu agenda perubahan. Niat kita untuk memantapkan kedudukan kita di kalangan rakyat – insya’Allah akan terbayar dengan baik. Soalnya, PAS Negeri lain bagaimana? Baru balik bercuti di Terengganu – UMNO nampak kuat. Aktiviti banyak. Berbual dengan aktivis PAS Terengganu – aktiviti sudah lama perlahan. Kenapa?
Menjengah ke Kelantan, banyak sangat soal imej dan integriti dimainkan? Nampak tidak kukuh. Kedah masih lagi angau dengan kuasa. Tak ada penyusunan program yang lengkap. Justeru, apa harapan kita di 2010 ini?
Sebagai ahli biasa, kita doakan PAS dapat membina kekuatan sebaik mungkin di tahun 2010. Kita kena bersedia dengan segala macam suasana politik yang berlaku. Kalau imej kita longgar; perkuatkan. Kalau kesatuan kita, longgar; perkuatkan. Sekarang, bukan tunggu 2011 pulak.