PAS Selangor


Dalam blog Kit Siang yang terbaru, dia ada tulis mengenai resipi kemenangan yang boleh memastikan AMANAH menjadi Wakil Rakyat di Sungai Besar.

Kit Siang kata, ada 3 strategi penting.

This is therefore a three-pronged strategy for victory for the AMANAH/PH candidate, viz:

1. A higher voter turn-out and higher percentage of support by the non-Malay, particularly Chinese, voters in Sungai Besar;

2. PAS members rising above party politics to vote for AMANAH/PH candidate;

3. UMNO members rising above party politics to vote for AMANAH /PH candidate.

If this three-pronged strategy could apply and be implemented on June 18, then the next MP for Sungai Besar will be Azhar Shukor!

***

Kit Siang nak kata, orang dan ahli Pas sendiri akan membantu AMANAH untuk memastikan kemenangan dalam PRK Sg Besar. Apahal pulak orang Pas nak mengundi AMANAH.

Kita tahu siapa belakang AMANAH. Kita tahu siapa yang beri makan orang AMANAH. Kita tahu berapa pemimpin AMANAH dapat elaun politik setiap bulan.

Jadi, jangan anggap kita bodoh tak reti politik.

Jangan harap orang Pas nak mengundi AMANAH. Kalau dapat 10 undi pun dah bagus.

AMANAH kali ini bukan lagi akan kalah. Tapi LENGIT. Orang Johor tahu erti lengit ini.

AMANAH ini KETOLOL politik DAP sahaja.

Ana hairan dengan sikap PKR akhir-akhir ini yang sudah semacam mabuk kuasa dan tidak ada semangat berbincang. Semua nak buat ikut suka. Sondol keputusan ikut kepentingan diri dan parti mereka sahaja.

Mana Pas nak sorok muka kalau kita beri Pkr bertanding di Sg Besar? Kami yang dah bergerak lama di sini, nak disisihkan macam tu sahaja

Maukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur(sombong). (HR. Bukhari no. 4918 dan Muslim no. 2853).

“Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Beliau menjawab,“Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain. (HR. Muslim no. 91)

Jangan meremehkan orang. Jangan meremehkan kami sebuah parti Islam yang aktif laksana dakwah di bawah.

Bukan soal kita tak respek c. Tapi ada batas lah.

Nak tekan Pas sampai kami tak dibenarkan bertanding tu agak melampau. Azmin pun tak suka kena ugut dan tekan.

Jadi jangan buat kepada kami.

Beri sokongan kepada Pas. Kalah menang itu kuasa Allah SWT.

UMNO Selangor katanya cukup yakin mereka akan menang di Sg Besar. Apa cara pun, kata seorang AJK UMNO Bahagian Sg Besar, kita akan pastikan kemenangan. UMNO Selangor kata kawan itu, ada strategi luar jangka. Pas akan terkejut macamana UMNO boleh menang.

Senjata utama kata AJK UMNO tersebut, adalah duit dan peruntukan. Pas tak akan boleh lawan dengan kemampuan kerajaan. Segala macam peruntukan akan turun dengan melimpah ruah di Sg Besar.

Katanya ramai pihak UMNO Sg Besar yang mahukan Dr Khir Toyo kembali menjadi calon. Alasan AJK UMNO senang sahaja.

– Calon banyak duit (jentera bagus)

– Ketua Bahagian banyak duit (kerja licin)

– Bantuan war room (lagi masyuk)

– Hishammuddin (Pengarah PRK; lebih banyak masyuk)

AJK UMNO Bahagian itu kata, kalau macam ini punya set jentera, orang UMNO boleh senang-senang collect RM500 semalam. Kalau 10 hari berkempen, RM5000. Meriah untuk puasa dan raya.

Mereka kata, walaupun Khir Toyo sudah dipenjara, tapi duit masih banyak untuk dibelanja. Makan tak habis 16 keturunan. Untung.

Budiman Zohdi, tak ada duit. Kalau jadi calon, dia akan harapkan duit orang bagi. Bodohlah kalau PRK tak buat duit.

Gandingan Hishammuddin-Khir-Jamal Sekinchan-War Room; kata mereka akan menyebabkan sinaran kekayaan turun di Sg Besar.

Kita doakan mereka bahagia dengan duit-duit ini semua.

Pas turun dengan tawakal dan kuasa Allah. Kita tak ada duit. Kita ajak rakyat berubah kepada kebaikan. Tak perlu duit.

Kita akan bergantung kepada kekuatan spiritual. Insya’Allah, kita boleh menang.

Kalau Najibi yakin menang. Kita pun yakin menang

Blog ini terdengar khabar-khabar angin bahawa satu RIBUT PENYATUAN akan berlaku di Selangor menjelang PRU yang akan datang. Katanya banyak rombongan yang datang merisik, melamar, meminang Pas Selangor untuk dijadikan permaisuri politik. Hebat Pas Selangor.

Kita harap majlis merisik Pas Selangor tak menjadi seperti peristiwa di Masjid Khadijah, Pantai Dalam. Belum apa-apa dah bergasak sama sendiri.

Kalau nak bersama, mesti ada peraturan. Mesti ada undang-undang.

Ana minta sangat, jangan hanya cakap di mulut. Tapi dibuat dengan penuh adab dan peraturan.

Kita boleh minta perkara berikut: –

– Pas mesti MB; UMNO ambil Timbalan MB

– UMNO tak bertanding di kawasan Pas di seluruh Selangor

– Pelantikan apa-apa jawatan mesti 60:40 (Pas; UMNO)

– Penghulu semuanya orang Pas

– Imam/Bilal juga ditentukan oleh Pas

– Pas akan pegang 4 jawatan Exco

Kalau boleh setuju dengan syarat ini, ana rasa memang ada jalan untuk kita berte,u di pelamin politik.

Mas kahwin jangan lupa pulak! Harga? Itu kena bincang dalam Whatsapp. Tak boleh secara terbuka. Tahu sama tahu.

Apa yang penting, kalau berlaku penyatuan, ini adalah demi kepentingan Melayu dan Islam. Tak lain daripada itu.

Kita bertemu atas niat silaturrahim yang terbaik. Tak ada adu domba. Bersatu kerana Allah.

Ana dimaklumkan, Iskandar Samad sedang merangka pelan untuk melaksana penyatuan ini di Selangor. DAP mesti diketepikan terus. PKR diletakkan sekadar di pinggiran.

Kita dah penat jadi penyokong. Kita nak jadi leader ini kali.

Payah bila berurusan dengan kumpulan yang tak ada harakat perjuangan, dan hanya seronok nak berebut jawatan. Pada ana, keputusan Azmin semalam kira dah OK. Pas tak hilang satu kerusi pun. Tambah lagi 3. PKR kena korban 19. DAP maintain.

Yang PAN ini meroyan ini kenapa.

Kononnya mereka tak layak dapat 8; mesti dapat 34..

Cermin lah diri. Kuat sangat kah PAN di Selangor sampai nak demand 34. Kalau DAP rasa PAN penting sangat nak dapatkan undi Melayu, DAP lah patut korbankan banyak seats untuk PAN. Barulah satu hati.

Ini tidak, bila sampai waktu seats, DAP buat muka tokey jual babi. Macam tak mahu masuk campur.

Padan dengan muka Mat Sabu and Gang, kena kencing dengan Cina macam itu ajer. Mintalah DAP bagi 24 seats. Barulah nampak kerjasama DAP-PAN/PAN-DAP.

Susah sangat buat parti baru sahajalah.

Kalau dahulu PAN (Parti Amanah Rakyat); buat baru nama TAT (Tim Agenda Terbaik). Baru sedap main….politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi daripada PAS Mohd Shafie Ngah dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Selangor (DNS).

Pemilihan itu dibuat pada persidangan DNS pagi ini.

Nama Shafie dicadangkan oleh Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad.

Adun Sekinchan, Ng Sue Lim juga dicadangkan untuk jawatan itu oleh Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Sementara itu, Ketua Pembangkang DNS iaitu Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsuddin Lias yang mencelah selepas Yang Dipertua DNS, Hannah Yeoh memaklumkan pengundian dijalankan sulit bahawa Adun BN berkecuali.

Shafie mendapat 28 undi sementara Ng 14 undi dan satu undi rosak.

—————-

Pada ana, ini soal setiakawan dalam tahaluf siyasi. DAP nak tunjuk kepada kita, Cina tak terima Pas sebagai Timbalan Speaker. DAP nak tunjuk kepada kita, konon mereka tak pernah redha dengan perlantikan ini.

Pada ana, mesej ini adalah mesej jahat oleh cina komunis DAP di Selangor kepada kepimpinan Pas. Apabila ADUN Chempaka mengemukakan nama, ada calon DAP yang mula berbisik-bisik untuk mengenepikan cadangan Pas.

Pada ana, politik ala komunis, hati kaudu dan jahat seperti ini memang lambang stail politik DAP lah. Susah nak kawal. Cina Sekinchan yang poyo itu nak diletakkan sebagai Timb Speaker. Muka pun macam Chin Peng ada hati nak jadi Timb Speaker.

Yang jadi paling baghal dan bodoh adalah UMNO. Ada ke ambik keputusan berkecuali. Pada ana, ini adalah keputusan paling bodoh oleh Pembangkang di Selangor. Patutnya mereka bagi solid kepada Pas. Barulah mantap.

Kita kena tengok mesej politik DAP ni. Kita kena hati-hati. Permainan ini sangat jahat kalau kita tak waspada.

Ana dah tulis semalam, Pas ini berbeza dengan parti lain. Sesuai dengan harakat perjuangan Islam, guidance kita adalah al Quran dan Sunnah. Selain itu kesetiaan kepada ulil amri adalah amat penting di dalam perjuangan.
Kita tak kisahlah asas apa yang digunapakai oleh ADUN Hulu kelang dan Morib, tetapi pada ana mereka adalah kalangan yang munafik dan mufarakah daripada perjuangan sebenar Pas dan Islam.
Orang-orang begini tidak layak berada di dalam parti Islam. Nyata, Tuhan mereka adalah duit dan Anwar KETUM. Kalau mereka wala’ kepada KETUM, pada ana, mereka patut letak jawatan dan bertanding semula atas tiket PKR, bukan PAS.
Dalam parti, disiplin adalah perkara nombor wahid. Tak ada dolak dalik. Kalau nak main game, boleh persilakan keluar daripada Pas.
Apa yang Khalid Ibrahim tidak beri kepada Saari dan Morib. Banyak ADUN lain yang pelik kerana Hulu Kelang dan Morib adalah dua kawasan yang diberikan perhatian oleh Anwar Berahim. Surat sokongan KETUM berlambak. Semuanya nak memastikan bahawa mereka terus ikut cakap KETUM. Makna kata, kedua-dua mereka ini setia mereka kepada KETUM berbanding TGHH.
Pada ana, kalau Pas ada maruah, kita kena pecat dua orang ini. Pecat sahaja.

Laman Berikutnya »