Januari 2009


Blog ni nak ucapkan ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada semua orang Tiong Hua, terutamanya yang sudah mula selesa dengan PAS. Jangan dengar cakap olang…PAS banyak baik punya parti. Lu pun sudah boleh percaya kan…untuk orang cina yang masih sokong BN…kita cakap….’kenapa, tak percaya ke?’…PAS boleh ditelima.
Tapi kita masih risau dengan sokongan sebenar orang Cina ni. Kadang-kadang, berasaskan sikap mereka; ekonomi dan kesenangan jadi segala-galanya. Tak mahu bersusah payah sikit. Tak mahu berkorban untuk cita-cita yang lebih besar. Bila kena ugut dengan jentera BN, mereka jadi takut. Macam kalau tak ada BN…mereka tak boleh makan.
Apa yang risau sangat, tengok di Perak, orang Cina semua dapat tanah. PAS banyak ‘kow tow’ sama orang Cina. Kita bagi tanah pada sekolah. Kita bagi tanah untuk 999 tahun (aiyaa…siapa bole hidup macam itu punya lama!). Inilah petanda PAS sayang sama orang Cina. Kita boleh hidup sama-sama meh. Orang Melayu di Perak banyak marah sama kita…tetapi, ‘friendship’ kita kena jujur. Kita kena bagi apa yang jadi hak pada rakyat…UMNO sudah perintah lama, pun tak berani mahu bagi. Kita janji. Kita bagi.
Tapi kita harap, orang Cina tak tipu sama kita. Jangan kena ugut sikit, sudah takut. Kasi undi sama BN. Chua Soi Lek (…bekas Menteri Kesihatan, yang ‘sihat’ anunya) pun orang Cina masih mahu percaya. Pemimpin kotor. Pemimpin tidak ada ‘maruah’; mahu dengar bikin apa???
Pemimpin PAS semua bersih. Tidak ada wang banyak. Tuan Ala (Allah) banyak sayang sama Tuan Guru. Orang Cina jangan takut, kita tidak kasi haram BABI punya. Selangor kasi naik BABI besar punya farm…kita PAS pun tak tegur. Kita sokong banyak kuat. Kalau Selangor problem…BABI farm boleh buka di Kedah (tak ada salah…orang Cina mesti mau makan babi meh…).
Tapi jangan tipu sama kita la…jangan kasi muka sama BN. Jangan ingat ini Soi Lek boleh bantu orang Cina la. Dia banyak fikir amoi…apa macam mau kasi orang Cina senang. DAP lebih baik. Dia Amat Prihatin (DAP) akan tengok semua orang…Melayu, Cina, India, Mamak, Portugis, Iban, Kadazan, Dusun….orang cina mesti mau sokong DAP, PAS, PKR…Pakatan Rakyat.
PAS dengan DAP sudah macam adik beradik. Kita selalu jumpa dan bincang masalah. Kita banyak sayang sama Guan Eng, Kit Siang, Karpal.
Jadi, orang Cina jangan risau – sambut Gong Xi Fa Cai, Happy Chinese New Year — jangan lupa terus sokong sama PAS; kita boleh hidup aman sama-sama…
Orang Cina jangan penting diri, jadi kiasu…dalam hidup mesti ada perjuangan; baru kita boleh hidup aman sentosa…
Kenyataan ini dikatakan keluar daripada mulut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Walaupun kita tidak boleh percaya dengan akhbar, tetapi kita juga tidak boleh mengambil mudah dengan sentimen yang serupa ini. PAS tidak mungkin akan menjadi lebih kuat, jika kita tinggalkan khidmat kepada rakyat.
Dalam suasana politik yang dikatakan berubah, PAS juga mesti berubah dengan suasana. Kita kena ingat pengalaman 2004, dengan gelombang ‘feel-good’, kita jadi seakan tidak relevan dalam politik Malaysia. Rakyat semakin bijak. Rakyat dah ada kayu ukur yang sangat nyata. Sementara mengundi mengikut ‘ideologi’ penting, kita kena bagi ‘discount’ kepada penyokong yang bijaksana memberi undi. Kalau wakil rakyat kita gagal beri khidmat; gagal beri manfaat – kita juga mungkin dihukum oleh rakyat.
Penting untuk kita, ahli PAS menjadi lebih bersungguh dalam mendekatkan diri kita dengan rakyat. Politik kan berpusing. Hari ini, imej UMNO teruk. Kalau dia bangkit, buat perubahan – apakah kita bersedia dengan perubahan itu? Kita kena jadi hikmah dalam perkara ni.
PAS jangan jadi terlalu bergantung dengan populariti Anwar Ibrahim. PAS kena kuat sebagai PAS. Bukan kuat sebab Anwar. Dia masih lagi ‘candu UMNO’. Dia besar dengan UMNO. Dia hebat sebab UMNO. Dia pun pernah bantai kita teruk. Diperlekehnya kita. Dia pernah ketawakan pejuang PAS – kononnya ‘cara lama’ dan tidak sezaman. Hari ni, kita pulak nak bersandarkan harapan pada dia. Jangan lupa – ‘kes mahkamah’ pun belum berjalan – buatnya sesuatu berlaku, kita nak sandarkan pada siapa?
Tuan Guru Nik Aziz, Hj Hadi, Husam, Nasharuddin – semua kena letak kita sebagai PAS dahulu, sebelum PR. Kita kena utamakan kehendak parti kita. Kita kena jadi SUARA PAS; bukan PR. Husam pun tak payah lah selalu sangat ikut Anwar. Bantu Tok Guru. Jaga Kelantan.
Kita mesti sentiasa ingatkan diri kita, jangan percaya orang 100 peratus. Tak boleh. Dalam susah, kita ditinggalkan. Waktu nak guna, pakai PAS ke sana sini. Dah naik nanti – lupa PAS. Tengok betapa susahnya YAB Nizar nak uruskan tuntutan puak DAP di Perak. Orang Melayu dah mula sangsi dengan PAS – terutamanya isu tanah. Jangan kita terlalu yakin, kaum lain akan sokong/dokong/undi kita. Tak boleh. Dalam politik, semuanya boleh terjadi.
Sebab itu, wakil rakyat PAS tak boleh lagi kata ‘tak payah buat kerja; orang tetap sokong kita’, kalau tak percaya, amalkanlah tabiat macam tu, alamatnya…PAS pun akan ditolak rakyat.
PAS kena ada kekuatan sendiri, kalau kita kena asing sikit dari PR…asalkan memberi keuntungan politik, kita kena buat macam tu. Kalau kita perlu jauh sikit dari kemelut peribadi Anwar…kita kena buat. Jangan sampai orang kata PAS pun dah ikut telunjuk. Kita kena kuat sebagai PAS; bukan PR!!!
Takbir! Allahuakbar
Segala puji bagi Allah SWT yang memungkinkan kemenangan calon kita di pilihanraya kecil KT baru-baru ini. Alhamdulillah, walau kita diuji dengan kuat oleh media perdana, oleh jentera BN yang ‘mewah’, dengan kehadiran Puteri UMNO yang mengancam – kalangan penyokong kita tetap istiqamah dan memberikan kemenangan kepada calon PAS.
YB Wahid bukan calon biasa. Calon PAS calon murni. Calon sembahyang istikharah. Bukan calon tangkap muat. Bukan calon yang terlibat dengan rasuah. Inilah yang membuatkan rakyat menerima kita dengan baik. Pilihan Tuan Guru Hj Hadi memang tidak silap. Kemenangan YB Wahid adalah suatu kemenangan moral yang kuat kepada kita.
Namun, sesuai dengan niat blog ini, apa yang tidak elok di dalam parti PAS yang disayangi ini mesti kita tegur dengan ikhlas dan jujur. Kita tidak mahu PAS jadi UMNO. Kita tidak mahu kepimpinan PAS jadi kepimpinan yang tidak diterima rakyat. Kita tidak mahu wakil rakyat PAS ditolak oleh rakyat.
Sepanjang berada di Kuala Terengganu, kita mesti menerima hakikat yang PAS ni dok sempurna. Ini hakikat. Waktu berada di Wakaf Mempelam, yang dipimpin oleh YB Wahid sendiri selama lima penggal – bunyi ketidakpuasan hati rakyat dah mula terdengar. Ada pengundi kata, wakil rakyat bukan mesti jumpa waktu kenduri dan kematian saje. Kena turung lah; dengor masaloh rakyat.
Ini yang sampai di telinga kita, petugas parti dari luar KT. Sebagai penyokong wadah PAS, kita kena sama-sama amal beri teguran dengan ‘hikmah’.
Kali ini kita kena sama-sama ikhlas dan jujur beritahu pada puok wakil rakyat kita seluruh negara. Jangang dok suka dapat jawatang sajer; tapi dok buat kerja. Kena istiqamah dalam semua perkara. Ini teguran sebab sayang ke perjuangan PAS la ni. Kita tidak boleh selamanya berselindung di sebalik imej zuhud Mursyidul Am dan Tuan Guru sajer.
Wakil rakyat PAS mesti mampu menyelesai masalah rakyat. Kita mesti senantiasa berada dengan rakyat. Jangan sesekali lupa bahawa penerimaan rakyat adalah segala-galanya untuk kita.
Lagi satu, kita jangan jadi macam UMNO yang sudah tidak dekat dengan rakyat. Mereka sibuk dengan kereta mewah dan hisap cigar. Imej mereka rosak teruk.
Tahniah sekali lagi kepada YB Wahid…kena jaga sama rata, Wakaf Mempelam dan Kuala Terengganu. Rakyat dah amanahkan kepada kita.
Seorang pemimpin kanan PKR katanya dah bertapak di Lojing Kelantan dengan meneroka tanah secara haram.

Asal kisah, pemimpin bukan Islam ini kononnya telah berhubung dengan Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyelesaikan masalah pencerobohan tanah di daerah yang terletak di Gua Musang ini.

Alih-alih, dia pulak yang menjadi peneroka haram yang kini sudah bermaharajalela tanpa gangguan sesiapa. Keadaan itu amat kurang ajar kerana orang Kelantan sendiri tidak berani buat perkara sedemikian.

Pelbagai janji telah ditabur oleh pemimpin PKR ini bagi “melaksanakan” agenda berbaik-baik dengan kerajaan pimpinan Pas sehingga pimpinan kita kelihatan seperti tikus mondok.

Tak tahu nak buat apa. Balik-balik bawa bincang dalam mesyuarat Exco atau di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC).

Dengar kisahnya, orang PKR ini mampu control kawasan tanah tinggi yang kaya dengan penghasilan sayur-sayuran ini sebab dia ramai suku sakat yang menyokongnya dari negeri jiran iaitu di Cameron Highlands.

Penerokaan tanah secara haram ini bukan suka-suka mahu digelar haram. Ada sebab ada punca kenapa orang dan kerajaan menggelarnya haram. Dari sudut geografi, dari aspek keselamatan dan pelbagai lagi.

Jadi apabila kisah pemimpin PKR ini timbul dengan gaya ala gangster dalam filem Tamil dan “mengawal” Lojing, akhirnya tidak ada siapa yang berani menyentuhnya.

Kita kesal apabila kerajaan negeri berdiam diri, tindakan perlu disegerakan. Jangan tunggu sehingga surat khabar Umno dapat menghidu perkara ini kerana nescaya kita pastinya tidak dapat menangkis segala tohmahan kerana buktinya jelas jika dibongkar kelak.

Perancangan sedang dibuat untuk mengumpul seramai mungkin rakyat bagi melancarkan bantahan secara aman Memansuhkan ISA pertengahan Mac ini.

Kempen ala perhimpunan Bersih itu sudah dimulakan. Siaran media sudah disebarkan. Matlamatnya satu. Menghapuskan ISA.

ISA ini satu undang-undang yang dianggap kuno dan tidak lagi berperanan dalam memelihara keamanan. Pentas-pentas ceramah parti sebenarnya telah mula mengkritik undang-undang ini sejak zaman bekas Presiden Allahyarham Dato’ Fadzil Noor lagi. Ketika itu isu ini langsung tidak popular dan tidak menambat hati rakyat.

Bagaimanapun selepas sekian waktu, isu berkenaan tiba-tiba “meletup” selepas pemimpin Hindraf dan PKR ditahan. Ia mula mendapat perhatian media mainstream secara meluas. Pelik juga keadaan ini kerana ketika mereka ini tidak ditangkap, tidak pula pemimpin Hindraf ini meletakkan ISA sebagai satu agenda.

Apa yang diperjuangkan oleh Pas ialah keadilan dan menghapuskan kezaliman tanpa mengira kaum. Namun, isu ini tidak dipedulikan oleh mereka sehinggalah orang mereka terseret.

ISA sememangnya tidak perlu kerana ia undang-undang yang menyekat kebebasan. Tetapi sehingga sekarang kita ingin mendengar apa alternatif kepada penghapusan ISA di bumi Malaysia ini. Apa bentuk kawalan yang ingin dibentuk oleh pimpinan Pas. Atau mungkin juga DAP dan PKR dalam hal ini?

Pembentukan undang-undang yang lebih berkesan tidak pernah dijelaskan. Rakyat perlu tahu hala tuju. Jangan hanya pandai main kritik, tinggal dan tikam. Pimpinan kita perlu bergerak dengan roh Islam dan tidak wajar mengkritik Umno tanpa kewajaran. Jadi, apa alternatifnya? Apa bentuk undang-undang yang lebih sesuai?

Satu lagi yang dikhuatiri dengan penganjuran ini ialah takut kalau perhimpunan ini hanya untuk menggembar-gemburkan keadaan, mencipta satu gelombang ala-Bersih yang tujuannya mungkin dipesongkan sehingga berbaur politik semata-mata.

Jika rakyat sudah mula rasa mereka dipergunakan, susah bagi parti PKR, DAP dan Pas untuk bergerak kerana mahu perubahan dan mereka mahu kita tunaikan janji.

Tidak elok rasanya jika matlamat menganjurkan perhimpunan ini hanya untuk memastikan momentum ‘Reformasi’ terus meniti di bibir rakyat.

Tidak memadai jika kita berterusan menjual slogan dan kempen sana sini sedangkan apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum lalu tidak diusahakan bersungguh-sungguh.

Dari segi rekod, hakikatnya pemimpin Umno berjuang sedaya upaya mengotakan janji mereka sama ada di peringkat negeri atau nasional. Mereka menggerakkan perubahan dan mereka mencorak masa depan. Sehinggakan Presiden mereka pun sanggup lepaskan jawatan Perdana Menteri.

Hakikatnya, kita tidak sepatutnya terbuai dengan angan-angan

Seorang kakitangan awam di Putrajaya memberitahu jalan raya penghubung antara Bangi dan Kajang atau Serdang ke Pusat Pentadbiran Negara, sehingga ke hari ini kekal tidak dibaiki walaupun kerajaan negeri telah berubah.

Lopaknya, pecahnya, retaknya, rosaknya sama macam dahulu. Tidak ada bezanya.

Cuba intai laluan dari Putrajaya ke Sungai Merab melintasi laluan di tepi Maktab Perguruan sehingga ke kawasan perindustrian di Bangi. Ini satu laluan yang jelas dan boleh dijadikan bukti. Rosak teruk dan makin teruk dari sehari ke sehari.

Begitu juga laluan dari kawasan perumahan di Serdang ke Putrajaya. Keadaannya tetap seperti dahulu – tidak berubah.
Keadaan makin parah apabila hujan turun dengan lebat. Rosaknya makin menjadi-jadi.

Mungkinkah kerajaan yang ada sekarang mahu mencontohi Kerajaan Barisan Nasional yang hanya menurap jalan dengan hebatnya semasa kempen-kempen pilihan raya?

Senario ini adalah antara babak-babak yang mengusutkan pemikiran rakyat di banyak tempat di Selangor. Tidak ada banyak beza dan perubahan juga tidak banyak dilakukan.

Rakyat memberi harapan bukan sandaran kosong. Keputusan rakyat ialah agar perubahan jiwa dan pendekatan dapat dilakukan oleh kepimpinan baru, namun sehingga ke hari ini langsung tiada perubahan.

Soal jalan raya bukan perkara remeh kerana ia sudah menjadi keperluan asas kepada ribuan rakyat untuk berulang alik ke tempat kerja.

Mungkin oleh kerana perkara ini bukan isu mendesak bagi sesetengah Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat, jadi mereka mendiamkan dulu. Mungkin juga mereka mempunyai keutamaan yang lain, contohnya pembangunan ekonomi, projek dan sebagainya. Sesetengahnya pula mungjkin tidak boleh fikir soal Selangor sebab sibuk menunjukkan wajah di kawasan pilihan raya Kuala Terengganu. Tunjuk wajah ni diiktiraf sebagai Buat Kerja di kalangan orang politik.

Mengapakah mereka ini gemar berjanji pada masa pilihan raya dan sukar sekali mengotakannya apabila semuanya sudah selesai?

Dulu masing-masing berkobar-kobar mengutuk Umno dan Barisan Nasional bila bercerita soal perkhidmatan kepada rakyat, sekarang masing-masing sendiri perlu menjawab apa perkhidmatan kita kepada rakyat.

Kepimpinan bukan satu jawatan yang perlu dikejar tetapi perkhidmatan perlu diutamakan. Jadi berubahlah sebab tanggungjawab satu amanah dan apabila amanah tidak dipenuhi, bersedialah untuk mengundur diri.

Maka ditakdirkan Allah, bertemulah dalam satu majlis kecil dengan seorang sahabat lama yang mempunyai firma guaman sendiri.

Tetuan Peguam ini yang merupakan salah seorang pemimpin Pas peringkat Kawasan, kini memandu sebuah kereta agak mewah dan boleh dianggap berjaya mengumpul kekayaan setakat ini. Semua itu rezeki.. Syukur.

Kekayaannya bukan kerana kesan Pilihan Raya Umum 2008 tetapi rezekinya diperolehi sejak zaman Umno di beberapa negeri. Sama seperti kejayaan perniagaan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Nizar. Mereka ini membina kekayaan dengan projek-projek hasil dari dasar dan perjuangan Melayu Umno.

Oleh sebab pertemuan itu agak santai, maka bermulalah sesi berkongsi pengalaman, apatah lagi sudah lama tidak bersua, maka banyak cerita hendak dibuka.

Dalam banyak isi dan perkara, tertarik rasanya bila Tetuan Peguam ini berkata, projek di Selangor, hatta projek yang kecil jumlah sebut harganya perlu mendapat perhatian pejabat YAB Menteri Besar terlebih dahulu.

“Menteri Besar mentadbir ala korporat, setiap satu ringgit perlu ada pulangan dan keuntungan perlu dilipatgandakan,” katanya.

Terasa dalam hati hebat sungguh Tan Sri Khalid Ibrahim ini, Tidak sia-sia dia dilantik ke jawatan Ketua Eksekutif Negeri Maju ini. Pastinya dalam lima atau empat tahun nanti, Selangor lebih maju dan maju dari aspek kewangan.

Namun, tiba-tiba Tetuan Peguam ini menghela nafas, mengkritik Tan Sri Khalid.

Dia mendakwa Pas tidak mempunyai peluang sebesar peluang sebesar orang Parti Keadilan Rakyat di Selangor. Agihan dan peluang didakwa tidak adil. Sudah pelbagai tindakan dibuat untuk mengukuhkan hubungan Pas dan PKR dari aspek perniagaan di kalangan ahli-ahlinya namun kemutan projek di bawah kerajaan Selangor makin ketat. Khabarnya tidak banyak mengalir kepada orang Pas.

Entah ia atau tidak kerana hanya orang meniaga yang tahu kebenaran perkara. Cuma jika perkara ini benar maka ini kerja gali lubang kubur. Seolah-olah mengulangi corak pemerintahan Pas di Terengganu selepas menang Kerajaan Negeri pada pilihan raya umum 1999.

PKR baru sahaja bertapak di Selangor, penubuhan kerajaan pula perlu mendapat sokongan DAP dan Pas. Jadi jika benar Pas tidak mendapat peluang untuk berkongsi hasil, maka perkara ini amat menyedihkan.

Satu lagi perkara yang wajib difahami, kerajaan bukan sebuah entiti perniagaan kerana perniagaan menurut pandangan Islam bukan mutlaknya untuk mencipta kekayaan. Ada hak pada setiap sen hasil pulangan ke atas orang yang kurang berkeupayaan.

Maka jika dasar tadbir urus korporat ala perniagaan yang dipegang, maka susur galur masa depan Pakatan Rakyat pastinya menghadapi keadaan sukar dalam tempoh terdekat.

Teringat kenyataan salah seorang pemimpin PKR yang mirip Pas selepas pilihan raya umum lalu. “Selangor patut menjadi ‘centre’ kepada ‘catalyst’ negeri-negeri pimpinan DAP, Pas dan PKR, baru lah tercipta ‘synergy’ untuk memacu kehadapan”.

Bagaimanapun, jika tidak tercipta satu synergy yang disebutkan, pasti laluan masa depan sukar bagi kita.