Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengemukakan rang undang-undang persendirian berhubung pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Dewan Rakyat.

Rang undang-undang persendirian itu disenaraikan sebagai agenda terakhir dalam aturan mesyuarat pada hari akhir sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ini adalah kali ketiga Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan rang undang-undang yang serupa ke Parlimen selepas dua cubaan sebelum ini pada tahun lepas.

Sama seperti sebelum ini, rang undang-undang persendirian ini juga dipercayai tidak akan sempat dibentangkan dalam persidangan.

Rang undang-undang persendirian itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud dan qisas di negara ini.

**************

Syukur Alhamdulillah, kali ini kita tak main-main. Cakap lah apa pun, Pas sudah deliver apa yang patut kita deliver. Janji kita tepati.

Macam ini politik yang mudah. Tak payah fikir banyak. Cadang. Baca. Bahas. Apa yang sudah sangat. Dah lama tangguh.

Kita kena doakan para pemimpin UMNO, yang kanan dan setia kepada kepada pemimpin, nasihatkan PM, TPM dan yang lain, terima Hudud dan benarkan Pas laksana di Kelantan.

Jangan ada dolak dalik lagi. Jangan kata kita tak bentang. Sekarang ini, sudah jadi fardhu ain, Najib, Zahid, Hisham, KJ, Nazri, Tajuddin semua kena sokong Hudud. Kalau tak sokong….sendiri mahu ingatlah.

Kalau Abang Azalina pun boleh bangun sokong, malu lah kalau orang lain tak sokong. Malu lah.