Mac 2012


Ana pun tak faham dengan sikap cina kiasu DAP ni. Pada ana, keputusan PAS Kedah sudah muktamad. Kita tahulah ground macamana. Kita dah belajar politik juga. Banyak benda yang kita gunakan kaedah saintifik. Dah jelas Kedah adalah Negeri Melayu, yang DAP masih nak cuba jolok sarang tabuan tu pasal apa.

Pada ana, bab ini Pakatan Rakyat kena jelas dan jangan dolak dalik. Kedah memang secara tabie dan semulajadinya menjadi gelanggang PAS. Bukan mana-mana parti lain. PKR yang separuh Melayu pun janganlah nak buat kacau. Tenang sahaja. Yang heboh nak berlaga sama kita buat apa. Tak ada untungnya. UMNO/BN dok seronok la tengok kita kelahi lagu tu. Yang DAP melilau cari kawasan tu pasal apa. Kalau kawasan Cina sekalipun, depa dah biasa dengan PAS. Tak payah nak kacau lah.

La ni, kita kena sama-sama ghe-tiaq (ikhtiar) cari jalan nak sambung hayat politik kita di Kedah. Jangan nak ghandok ikut suka. Politik mesti ada ilmu. Jangan ikut sedap sendiri.

PAS tak lupa, akibat kebodohan PKR dan DAP – akhirnya kita kalah di Derga. Heboh nak tanding sama sendiri. Sudahnya sapa menang? Bodoh kan tu.

PKR dan DAP tak payahlah nak tunjuk terer di Kedah. Simpan sahajalah. PAS akan beri bukti bahawa kita akan menang dengan lebih selesa kali ini. Petunjuk sudah ada. Memanglah kita kena kerja kuat. Tapi insya’Allah boleh menang.

Oleh yang demikian, jangan heboh nak tambah seat. Pegang yang mana ada. Lebih elok, kalau tak yakin menang, pulangkan kerusi kepada PAS. PKR pun macam itu. Kalau setakat letak pengkhianat, biar PAS yang bertanding.

Ini bukan soal tamak. Tapi soal prinsip dan kekuatan politik. Kedah perlu kekal menjadi medan PAS. Macam Kelantan.

Lim Kit Siang dan LGE tak perlulah nak nego macam Cina Singapura. Pemimpin PAS di Kedah bukan macam Tunku Abdul Rahman, Jenis senang lepas harta dan tanggungjawab. Kita tak kan lepas hak kita. Itu DAP kena belajaq sama no.

Advertisements

Lebih 70,000 kehadiran dicatatkan sepanjang dua hari program Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor di sini yang berakhir semalam.

Paling ramai dicatat malam tadi pada majlis ceramah rapat rakyat dengan anggaran 20,000 orang yang hadir terdiri dari pelbagai kaum.

Mereka hadir bagi mendengar ceramah yang menampilkan tokoh pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ceramah malam tadi bagaimanapun dilihat sedikit berbeza dari biasa. Bukan kerana diselangi persembahan kebudayaan dan nyanyian koir sebelum setiap penceramah mengambil pentas, tetapi mood yang dibawa penceramah.

Abdul Hadi yang tidak berapa sihat mengambil giliran pertama berucap malam tadi.

Biarpun sekajap, hanya berucap sekitar 15 minit, tapi beliau sering mendapat sorakan tidak putus-putus dari hadirin setiap kali menyentuh perkara yang menjelaskan perbezaan ketara antara Pakatan Rakyat dan BN.

Antara yang disentuh termasuk soal perkauman dalam BN berbanding Pakatan yang lunak dan menigiktiraf kepelbagaian kaum di negara ini.

Dihujung ceramahnya juga, presiden PAS itu sempat mengusik hadirin dengan lawak selambanya yang kononnya bercakap dalam nada seorang perdana menteri.

Noh Omar yang mendapat berita mengenai jumlah kehadiran itu, dikatakan demam panas dan terus tidur dilayan isteri kedua. Hehe. Cemas abang Noh kita, Mahunya tidak, kalau 70k kehadiran ini dijadikan sandaran – jawabnya hayat politik Noh akan berakhir dalam masa yang terdekat.

Ramai jemaah yang hadir mengatakan mereka gembira dengan senario politik semasa. BN tak kuat sangat. PR menunjukkan prestasi baik. Ini semua perkara positif untuk rakyat. Persaingan politik begini amat sihat dan menguntungkan rakyat secara keseluruhannya.

Noh Omar ada hantar pasukan pengacau. Bayar murah. Tapi suruh kacau 70k orang. Sudahnya – cari sakit sendiri. Ini semua kerja bodoh. Padan dengan muka.

Boleh pula hari ini Mat Taib ‘Mike Tyson’ kata BN boleh menang. Mat Taib ni dah nyanyuk ke?

Mohamad Abdul Wahid Endut mendedahkan sebahagian dari nama-nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang ‘dianugerahkan’ tanah oleh kerajaan negeri.

Pendedahan kali ini lanjutan dari dakwaan yang dibuat pada 18 Mac 2012 lalu yang tidak disebut nama-nama Adun-MP terbabit.

Antara nama-nama pemimpin Umno-BN yang diberi keistimewaan memperolehi tanah seluas satu hektar seorang termasuk bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Pertama, Ahli Parlimen Besut, Dr Abdullah Muhammad Zin. Dia dikurniakan tanah seluas satu hektar di kawasan Dendong, Mukim Tembila, Besut dengan No. Lot PT6964.

Kedua, Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh. Bekas MB Terengganu dan dia (Idris) dapat juga di kawasan yang sama dengan keluasan satu hektar dan No. Lot PT6902.

“Ketiga, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, juga di lokasi tanah yang sama, keluasan juga satu hektar dengan No. Lot PT6904. Keempat, Muhammad Pehimi Yusoh iaitu Adun Kota Putera juga di kawasan sama, keluasan satu hektar dengan No. Lot PT6903.

“Pemimpin kelima, Adun Batu Rakit, Karzan Che Mat. Tanah itu di kawasan Mengabang Bakong, Mukim Batu Rakit, Setiu. Keluasan tanah 0.9965 hektar, dengan No. Lot PT30794,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, 24 Mac lalu.

Seronok lah kalau dapat bagi-bagi tanah sesama sendiri macam tu. Mudah kerja. Mudah jadi kaya.

Inikah tabiat pemimpin UMNO di Terengganu? Memang layak jadi pembangkang nampaknya. Asyik nak kayakan diri sendiri dan kaum keluarga. UMNO sekarang ini tak kira, Ustaz atau tokoh agama, semua main songlap tanah rakyat. Jenis lebih teruk daripada Yahudi. Inilah dia.

Cuba tengok situasi di Selangor. Tak ada seinci tanah pun yang kami orang PAS ambik. Tak ada. Pasir pun kita bagi pada PKR. PAS tetap biasa dan zuhud.

Ana nak tengok macamana abang MAT SAID selesaikan isu ini. Ini semua kerja Allah SWT dalam melaknat MB yang tarik biasiswa pelajar Terengganu kerana terlibat dengan Bersih. Padan dengan muka.

Ana yakin, kalau kena cara, kita boleh menang semula Terengganu.

Dengan kebodohang Ahmad Said dan amalang kerasuahang yang menggila – PAS akan kembali memerintah Terengganu.

TAKBIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

RR!

PAS Kelantan belum berbincang kedudukan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang sedia bertanding sebagai calon bebas jika tidak dicalonkan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Wan Nik Wan Yusoff berkata, setakat ini pihaknya hanya mengambil maklum perkara itu dan sedang melihat perkembangan berhubung perkara itu dari semasa ke semasa.

“Kita belum bincang perkara itu walaupun pandangan di peringkat pimpinan secara peribadi sudah ada. Tapi merumuskan pandangan-pandangan itu belum ada.

“Setakat ini kita ambil maklum segala perkembangan beliau (Ku Li) dan kita akan lihat dari masa ke masa,” katanya kepada Harakahdaily.

Pada ana, kita berilah peluang kepada Ku Li memberikan impak di dalam kemenangan kita di Kelantan nanti. Ini bukan soal nak ambil orang luar. Ku Li orang Kelantan. Kuat menyokong kita dalam isu royalti minyak.

Pada ana, kalau kita boleh dapat Ku Li bertanding atas tiket PAS – UMNO Kelantan akan almarhum dengan lebih cepat. Kita dah boleh talkinkan sekarang. Tak payah tunggu pilihanraya. Meninggal. Confirm. Macam itulah kuatnya pengaruh Ku Li di Kelantan.

Ada orang UMNO beritahu ana, sebenarnya ada usaha UMNO Kelantan nak beri ruang kepada Ku Li sebagai Menteri Besar yang baru. Tapi ada pula orang dalam UMNO yang tolak dan tidak bersetuju. Menurut ramalan strategik UMNO, kalau Ku Li dijanjikan sebagai MB; BN ada peluang menang.

PAS akan bentang permaidani merah jika Ku Li nak bertanding atas tiket PAS. Kalau hantu langsuir macam Ibrahim Ali pun kita boleh beri peluang, Apa salahnya Ku Li. Kawan-kawan di Kelantan pun nampaknya macam OK nak terima Ku Li. Ini perkembangan baik untuk PAS di Kelantan.

Ana tak sabar nak tengok muka Samseng Pejabat Perdana Menteri – FATMI. Mesti susah nak jawab kepada boss dia. Kalau ikut sekarang, dia punya report kepada PM dia, Kelantan menang besar – samada Ku Li bertanding atau tidak.

Ana semalam duduk di DUN Selangor. Nak tengok juga bagaimana prestasi ADUN-ADUN PAS kita. Ana dah pun sampaikan report kepada kepimpinan. Sajelah ana bagi pandangan sebagai seorang blogger. Kepimpinan boleh terima kalau nak. Tak terima pun takpe. Ana sengaja bagi pandangan ikhlas.

Pada ana, prestasi ADUN kita belum boleh dibanggakan. Ana bertemu dengan seorang teman lama, pegawai tinggi SUK Selangor – dia pun kata, kalangan pegawai Kerajaan Negeri pun rasa ada yang tak kena dengan ADUN PAS di Selangor. Mereka senyap. Tak pandai cari peluang. Tak pandai nak bawa pembangunan ke kawasan. Rakan-rakan di SUK hanya lenguh melayan permohonan ADUN DAP dan PKR. Mereka telefon. Mereka tulis surat. Mereka jumpa. Mereka tak duduk diam. Semua bentuk pembangunan waima sekecil projek RM20k pun, mereka nak rembat ke kawasan masing-masing.

Ana yang duduk di DUN pun jadi hairan. ADUN PAS banyak yang senyap. Yang tidur pun ada.

Apa dah jadi ni? Takkanlah kita nak harap jadi tukang sokong sahaja? Kita kena ke depan. Ikhlas ana cakap ni.

Semalam, ucapan Dr Rani pun kurang isi. Macam ceramah biasa di kampung-kampung. Lepas tu, kalau nak kata hebat pun – bila dia kutuk Hasan Ali. Yang lain, kekeringan idea. Tak banyak idea untuk membawa pembangunan Islam di Selangor dibawa oleh Dr Rani. Minta Dr Rani kerja kuat sikit. Tukar semua pegawai yang tak membantu tu. Buang masa sahaja.

Sebab itu ana serba salah, bila kawan di SUK tanya – ‘setakat itu sahaja ke level pemikiran ADUN PAS?’. Ana terdiam. Malu pun ada.

EXCO baru kita pun nampak tak aktif. Tak ada gaya EXCO langsung. Zuhud itu bagus, tapi jangan sampai orang perkecilkan kita.

* ana nak ucap terima kasih kepada MB Selangor yang berikan peruntukan hampir RM100k untuk program Karnival Rakyat di Sungai Besar. Macam inilah baru betul. Baru kita boleh menang di Sabak/Sungai Besar/Sekinchan.

Bukan main berlagak lagi YAB Ahmad Said sekarang ni. Mentang-mentanglah laporang terkini mengatakang mustahil untuk PM Najib menukar MB menjelang PRU akan datang, kerana tugasnya yang cemerlang dalam memenangi hati rakyat. Soalnya, betulkah Ahmad Said ini kuat dan kebal? Betulkah Ahmad Said ini adalah aset penting UMNO untuk berdepang dengang PAS di Terengganu? Apakah Najib tak rasa senario sama macam TS Wan Mokhtar akan berlaku kembali?

Tindakan MB Terengganu menarik biasiswa pelajar yang menyertai Bersih ini macam budak-budak. Tak ada kelasss langsung. Macam tak sekolah.

Dalam dunia demokrasi, suka hati budak itulah nak suka BN atau tidak. Mana boleh paksa-paksa dan tarik biasiswa. Ini sudah jadi lebih kejam dari Yahudi. Tapi kata tak nak kawan Yahudi. Tapi buat apa buat perangai macam Yahudi mabuk?

Budak itu mahasiswa. Dia ada pemikiran. Dia ada pendirian. Kenapa mesti Ahmad Said nak tentukan siapa yang patut dia sokong.

Ana sokong kenyataan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang sangat terkilan dengan tindakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menarik balik membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) ke atas 6 pelajar lelaki setelah didapati terlibat dalam demostrasi Bersih 2.0 di Mesir.

Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan yang bercanggah dengan pendekatan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib yang cuba mesra mahasiswa dengan merombak semula Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat pembatalan bantuan ke atas mahasiswa terbabit adalah hasil daripada semangat Auku di dalam diri Menteri Besar Terengganu yang cuba mengawal mahasiswa agar menjadi ‘pak turut’ beliau sahaja.

Sekiranya indikator pembatalan bantuan oleh Menteri Besar Terengganu itu ke atas 6 pelajar tadi hanya kerana mereka memakai pakaian kuning dan memegang bendera Terengganu, Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan ianya sebagai satu agenda politik daripada Menteri Besar Terengganu untuk mencantas mahasiswa luar negara daripada memiliki pemikiran yang berkembang maju.

Ahmad Said sedang menjemput amarah orang muda dan rakyat. Inilah resipi kejayaan kita di Terengganu. Ahmad Said sudah tak betul. Memang komang lah MB Terengganu ni. Dak tak sabor nak kaloh ke orang BN ni?

 

“Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,” demikian maksud kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh Yong Yuk Thien, 26, seorang pemuda Tionghua yang berasal dari Sabah.

Majlis itu dipimpin oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas menyampaikan Kuliah Manghrib sempena Konvoi Penerangan PAS Pusat ke Perak yang diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kampung Padang Tembak dekat sini, semalam.

Selepas selesai mengucap dua kalimah syahadah, Tuan Ibrahim telah memberikan penerangan berkenaan tanggungjawab seorang muslim.

“Seorang saudara baru masih boleh lagi berhubungan dengan ahli keluarga terutamanya kedua-dua ibu bapa, menghadiri perayaan yang bukan bersifat keagamaan seperti Tahun Baru Cina, majlis perkahwinan dan sebagainya,” jelas beliau kepada pemuda tersebut.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap, pihak PAS Kawasan Teluk Intan dapat mengambil tanggungjawab memastikan Yong mendalami ilmu agama serta mengambil tahu sebarang perkara berkaitannya.

Yong ketika ditemua berkata, beliau banyak membaca buku tentang agama Islam di samping mendapat pemahaman dan bimbingan daripada kakak dan bapa saudara beliau yang sudah memeluk Islam.

========

Kita tak perlu nak berhimpun bagai orang gila untuk menggalak perkembangan Islam. Tak perlu join Jalur Tiga untuk melakukan agenda pengislaman. Apa yang dibuktikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan bukti bahawa agenda Islam di dalam PAS masih tegap dan kuat. Kita tak terjejas langsung dengan apa sahaja yang dibawa oleh Dr Hasan Ali dan kawan-kawan. Berapa ramai yang Dr Hasan Ali sudah Islamkan? Berapa ramai? Setakat cakap pasal bible guna tenaga solar – macam orang tak sekolah; takkan membawa Islam di tahap yang tinggi.

Apa yang berlaku di Teluk Intan dan banyak lagi daerah lain di Malaysia – memberikan bukti bahawa agenda peng-islaman yang dibawa oleh PAS masih lagi menarik di kalangan bukan Islam. Agenda PAS for All sudah semakin mendekatkan diri kita dengan orang bukan Islam. Inilah dakwah yang sebenar.

Sebahagian umat Islam beranggapan bahawa jihad hanya disyariatkan selepas nabi s.a.w berhijrah ke Madinah. Sebelum itu, umat Islam tidak mengenali istilah jihad dan hukumnya. Padahal kenyataannya bukanlah begitu. Ini kerana terdapat ayat al-Quran yang diturunkan pada zaman Mekah yang menyuruh nabi agar berjihad. Ayat ini ialah dalam surah al-Furqan ayat 52. Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir dan berjihadlah kepada mereka dengan al-Quran dengan jihad yang benar.”

Dalam surah al-Nahl ayat 110, Allah juga telah berfirman yang bermaksud :

” Dan sesungguhnya Tuhanmu adalah (pelindung) bagi orang orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cubaan, kemudian mereka berjihad dan sabar. Sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Nahl, ayat 110)

Laman Berikutnya »