Payah bila orang cemburu dengan kekuatan dan keakraban kita. Susah nak puaskan hati semua pihak dengan perubahan yang Pas ingin bawa. Tak ada salahnya Pas pakai busana Melayu. Itu pakaian lama kita. Pakaian pahlawan. Apa masalah?

Bila Pas dah sedia untuk membawa ciri patriotisme dan nasionalis, itu petanda kita dah sedia nak berlawan dan bertempur.

Bukan soal kita nak jadi lebih Melayu, tapi suasana politik menyebabkan kita kena lakukan perubahan. Kita nak berkawan dengan orang yang lebih ramai.

Bukan sebab kita ikut UMNO. Kita mahu orang Melayu selesa dengan kita. Pas tak mahu Arabisasi jadi halangan. Kita nak progresif.

Pada ana, usaha Pemuda Pas ini bijak dan patut kita sokong dan hargai. Pakaian cantik. Ucapan dah bagus. Perpaduan semakin kuat.

Alhamdulillah, ini petanda kita berada di landasan politik yang betul.

Nik Amar beritahu semalam, dalam politik, kadangkala keputusan tidak semuanya betul. Ada yang salah. Tapi kena terus setia kepada pemimpin. Itu yang paling penting.