Payah bila orang cemburu dengan kekuatan dan keakraban kita. Susah nak puaskan hati semua pihak dengan perubahan yang Pas ingin bawa. Tak ada salahnya Pas pakai busana Melayu. Itu pakaian lama kita. Pakaian pahlawan. Apa masalah?

Bila Pas dah sedia untuk membawa ciri patriotisme dan nasionalis, itu petanda kita dah sedia nak berlawan dan bertempur.

Bukan soal kita nak jadi lebih Melayu, tapi suasana politik menyebabkan kita kena lakukan perubahan. Kita nak berkawan dengan orang yang lebih ramai.

Bukan sebab kita ikut UMNO. Kita mahu orang Melayu selesa dengan kita. Pas tak mahu Arabisasi jadi halangan. Kita nak progresif.

Pada ana, usaha Pemuda Pas ini bijak dan patut kita sokong dan hargai. Pakaian cantik. Ucapan dah bagus. Perpaduan semakin kuat.

Alhamdulillah, ini petanda kita berada di landasan politik yang betul.

Nik Amar beritahu semalam, dalam politik, kadangkala keputusan tidak semuanya betul. Ada yang salah. Tapi kena terus setia kepada pemimpin. Itu yang paling penting.
Advertisements
Ana puji rakan-rakan yang berani tampil dengan bahan bukti bahawa ada kumpulan dalaman kita yang nak jahanamkan jamaah. Ana puji, kerana mereka ini berani, walaupun berisiko hilang jawatan dan dimarahi, sanggup ke depan dan mempertahan TGHH.
Pada ana, Pas sekarang sudah jadi Pas yang terbelah-belah. Tak pernah terjadi, kalangan pemimpin utama bergerak secara sendiri untuk membentes Presiden dengan pelbagai strategi.
Inilah detik hitam dalam politik kita. Hitam pekat. Yang musykil, yang biasanya buat kerja-kerja kotor macam ini adalah mamak. Sekarang ini Melayu muka jawa, pun dah ada skill yang sama. Busuk hati.
Dalam sejarah Islam, golong khawarij ini memang dah wujud lama. Memang jahat dan hati legam.
“Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang usia mereka masih muda, dan bodoh, mereka mengatakan sebaik‑baiknya perkataan manusia, membaca Al‑Qur’an tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka. Mereka keluar dari din (agama Islam) sebagaimana anak panah keluar dan busurnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Mereka baik dalam berkata tapi jelek dalam berbuat, mengajak untuk mengamalkan kitab Allah padahal mereka tidak menjalankannya sedikitpun.” (HR. Al-Hakim)
“Al-Khawarij adalah anjingnya ahli neraka.”

 
Kalau dah hanya layak jadi anjing ahli neraka….sendiri mahu ingatlah.