husam 3Semalam adalah hari yang paling ceria buat ana dan rakan-rakan blogger Pas. Semalam kita dilayan dengan baik oleh jentera Husam di Putrajaya. Puas kita dibawa round satu Putrajaya. Solat di masjid di sekitar Putrajaya. Kemudian solat maghrib di Masjid Balai Bomba Cyberjaya.

Ana cukup gembira apabila jentera Husam menunjukkan kaedah gerakan mereka. Ana pun pelik. Semua maklumat cukup lengkap. Sampaikan anak kepada kakitangan awam bersekolah di mana pun mereka ada butiran. Ini baru kerja politik yang halus dan lengkap.

Yang jadikan ana lebih pelik, data mengenai pinjaman perumahan kakitangan awam,  pinjaman ANGKASA, Bank Rakyat dan segala macam perincian lain pun mereka ada. Semuanya khusus untuk Husam buat kajian mendalam kepada setiap pengundi.

Apa yang akan mereka lakukan, apabila calon melawat rumah – calon sudah dapat tahu apa masalah sebenar di rumah terbabit. Husam boleh terus kata, ‘kami faham masalah saudara dan keluarga. ini semua kami akan selesaikan selepas PRU. kami akan wujud dana khas untuk menyelesai masalah pinjaman peribadi saudara’. Handal!

Ana sempat bertanya dengan orang kanan jentera Husam, bagaimana mereka boleh dapat segala perincian yang hebat begitu. Mereka kata, syukur kerana mereka mendapat bantuan pimpinan kakitangan awam yang simpati dengan perjuangan Husam.

Ana tabik spring kepada pimpinan kakitangan awam yang berani begini. Kalau ada 100 orang pegawai kanan kerajaan yang begini, kita akan mempunyai sebuah kerajaan yang mantap.

Ana juga tanya, siapa pegawai kanan yang terbabit ini? Di tahap mana? Jusa?

Dia kata, tak perlu tahu sampai begitu. Orang kanan. Yang pentingnya, seorang yang boleh dapat info seperti yang kita mahukan.

Bayangkan, dalam list yang ana tengok itu – siapa bini kedua pun ada tercatat. Lengkap sungguh.

Ana respek kerja Husam. Memang terer.