Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) Mazlan Aliman mahu Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) menjual kembali saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sekiranya mereka telah membelinya.

“Kita konsisten dengan pendirian menentang FGVH. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam mesyuarat PAS Pusat.“Jika benar, saya akan bantah kerana ia bertentangan dengan solidariti parti komponen Pakatan Rakyat.

“Kita juga akan mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan tersebut menjual saham dan memohon maaf pada rakyat,” kata Mazlan yang juga ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKNK yang membeli 500,000 unit saham peruntukan Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) untuk kuota bumiputera pada harga RM4.55 beberapa hari yang lalu.

Ana nak tergelak bila baca PKNK beli saham FELDA. Inilah bijaknya MB Kedah. Korang buat Himpunan Oren, dia beli saham. Pada ana, ini adalah usaha yang sangat baik. Peluang untuk Kerajaan Negeri untuk buat duit mudah.

Mazlan Aliman tak faham dengan suasana ekonomi di Kedah. Miskin, susah dan berdepan dengan bajet yang lemah. Ini kita kena akui. Sebab itu, kalau Azizan melabur dalam FGV pun ana tak marah. Sebagai CEO Negeri, pada ana, tindakan itu wajar dan membawa kebaikan kepada semua. Malah, pada ana, Kedah patut mohon jumlah yang lebih besar. Jauh lebih besar. 

Ana yakin, MB Kedah minta tolong kepada rakan-rakan pemimpin UMNO untuk membolehkan ini berlaku. Mukhriz Mahathir di MITI. MITI jaga saham Bumiputera. Ana yakin sangat, anak Mahathir membantu MB Kedah untuk dapat saham FGV. Kalau betul, pada ana, anak Mahathir ini ada otak politik. Pandai dan bijaksana. Dia tahu bahawa Kerajaan Negeri ada masalah kewangan. Ini akan bantu kerajaan Negeri. Yang akhirnya bantu rakyat di Kedah.

MB Kedah, pada ana, memang bijak dan berpandangan jauh. Ini yang kita mahu. Kita bukannya nak kaki protes semata-mata. Kena imbang juga dengan tuntutan ekonomi kerajaan negeri yang sebenar. Bukan main gasak sahaja.

Kalau Azizan minta tolong Mukhriz pun, ana rasa tak berdosa. Tak masuk neraka.

Advertisements