PAS Kedah


Ana ucap tahniah la kepada Abang Bashah kita yang dah pun angkat sumpah sebagai MB yang baru. Dalam Pas, kita tak kira orang. Musuh kita UMNO. Musuh sampai bila-bila. Letak la siapa pun jadi MB, kita lawan.

Bashah ni ada kehebatan dia juga. Hemoi. Pandai ambil hati orang. Stail lama. Tapi memang hebat.

Kita kena hatu-hati sebab politik Bashah ini memang orang kampung suka. Protokol tak ada. Main langgar ajer. Pemurah pun ya.

Sebab itu, ana nak ingatkan kawan-kawan di Kedah, kena hati-hati dengan politik Bashah ni. Dia cekap.

Ana nak ingatkan beberapa kerusi yang kita menang cukup makan, kena tengok semula. Undi orang muda kita kena tambah lagi.

Caranya? Kita main isu nasional. Isu Kedah ni tak banyak sangat. Kalau Bashah boleh buat perubahan, rasanya masalah juga kita nanti ni.

Kita kena guna strategi lain. Ikut rentak lain. Masuk semula pondok. Tapi guna kaedah yang lebih bijak. Jimat duit. Kita ambil hati guru dan ustaz.

Advertisements
Ana tak faham dengan perangai buruk sesetengah YB kita yang buat kerja bodoh pergi sokong MB parti lawan. Siap angkat tangan. Siap beri pandangan. Siap beri komen konon MB tidak ada dosa.

Sheikh, kita semua tahu enta memang kaki cari makan. Di Parlimen pun begitu, jumpa Menteri UMNO sana sini minta duit. Tak ada maruah.

Semalam buat perangai lagi. Konon Mukhriz ini MB yang baik dan tidak ada masalah dengan rakyat. Mata buta ka? Apa jadi dengan Kedah la ni? Apapun tak boleh nak naik. Nak cari makan pun susah dah la ni.

Apa sahaja yang anak Mahathir ini buat di Kedah?

Ok lah bantu sekolah pondok. Tapi bukan semua.

Apa yang dia bantu Pas? Tak ada.

Pas tak ada masa lah nak layan manja Mukhriz ni. Dia jatuh terjunam pun kita tak peduli.

Kalau tukaq orang yang bodo, kita lagi suka. Mad Sudin ka. Bashah ka. Tajul ka. Silakanlah.

Tak payah kerja kuat. Kita boleh menang.

Benda yang betul, kita kena puji dan lambung seeloknya. Ana nak puji
Menteri Besar Kedah kerana berjaya melaksanakan program yang macam itu
punya besar. Walaupun kita tahu Mukhriz berlakon sahaja dengan jubah
dan selipar, konon nak nampak zuhud dan rendah diri, tapi lakonan itu
nyata menjadi. Tahniah.

Ana puji sebab keluarga ana di Kodiang pun pakat pergi ramai-ramai.
Siap sewa bas lagi. Bukan bajet MB. Tapi bajet sendiri. Ana senyum
sahajalah. Takkan nak halang orang pergi berselawat. Buruk sangat
perangainya.

Apa yang ana nak beritahu, Mukhriz ini sedang menempa jalan politik
yang sangat baik. Letih kita di Kedah kalau dia terus dengan program
macam ini. Letih.

Ana dah pesan banyak kali, PAS Kedah memang lembab bab mengatur
strategi. Mahfuz bukan ada otak nak saing Mukhriz. Dia ni jenis tak
sekolah. Rembat isu pun selalu tak berapa nak kena. Yang susah kita.

Pada ana, Mukhriz sebenarnya sudah menempah jawatan TPM dengan program
sebesar itu. Abang Din @ Muhyiddin Sembab al-Poyo pun tak pernah mampu
buat program sebesar itu sewaktu jadi MB Johor. Kalau TPM, apatah
lagi. Jauh panggang dari api.

Pada ana, Mukhriz patut lawan Timbalan Presiden UMNO selepas daripada
ini. Jangan setakat Naib Presiden. Pergi lawan Timbalan Presiden.
Bukan ana nak menyibuk dengan hal parti lain, tetapi kalau kita ada
peluang dapat pemimpin seperti Mukhriz, apa salahnya kita beri
sokongan.

Sewaktu program di Stadium itu, ana dapat jumpa ramai aktivis PAS
Kedah yang hadir. Mereka pun geleng kepala dengan kemampuan Mukhriz.
Pada mereka, anak Mahathir ini boleh tahan juga kemampuannya.

Pada ana, kalau tak hati-hati, PAS Kedah boleh baca WASSALAMU kepada
politik Kedah. Hancur harapan nak menang balik kalau lagu ni Sheikh.

Nampak gaya, kerja kira-kira Desmond (DAP) pun macam lahanat. Konon kita akan menang 2000 undi. Sudahnya, ke parit. Nasib baik tak out terus.

Ana sms Desmond banyak kali. Tanya dia apa jadi dengan kira-kira 2000 undi. Desmond jawab, ‘BN beli undi last minute’. Ana pun jadi pelik, kaedah mana nak beli undi last minit. Kita semua jaga di setiap PDM. Cara mana nak beli.

Desmond kata, last minit BN masukkan duit dalam bank. Masuk akaun. Ana kurang percaya dengan kenyataan Desmond.

Jika dilihat kesungguhan dan strategi yang disusun, PAS Kedah berpeluang menawan kembali Kedah pada PRU14 dengan syarat mengekalkan momentum  sedia ada. Setiap UPU telah menjalankan tugas yang baik dengan lengkap  senarai pengundi yang telah lengkap dicula. Petugas tempatan yang  dibantu dengan petugas daripada kawasan dan negeri bantu sangat  memainkan peranan yang penting dan bekerjasama dengan baik untuk  memastikan kemenangan calon PAS.

Sudah tidak timbul pergeseran  dalaman dan isu-isu yang dimainkan oleh BN dijawab dengan baik walaupun  di saat-saat akhir, isu patung Al-marhum Ust Azizan dan pemuda PAS  menumbuk Puteri UMNO dimainkan begitu kuat sekali. Namun, jentera PAS  yang dikemudi oleh Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Ahli Parlimen Pokok  Sena, Datuk Mahfuz Omar, tetap gagah melawan tanggapan negatif yang  dilontar BN di media perdana. Pastinya media alternatif dan media sosial banyak membantu jentera PAS dalam meluaskan sebaran maklumat dengan  pantas.

Ana harap sangat DAP terus beri kita kekuatan, material khususnya.  Tak rugi melabur dengan Pas ini. Balik modal. Kalau nak menang di Kedah, ana rasa kita perlu RM12 juta setahun. RM60 juta sahaja sampai 2018. Anwar beri RM25 juta. Guan Eng beri RM25 juta. Kita minta derma RM10 juta. Menang kita.

moisPada ana, dosa buat photoshop di Sungai Limau itu tidak setinggi mana. Pendek kata, kalaupun masuk neraka, mungkin sehari dua sahaja. Kerja ringan. Kalau kena sebat pun, mungkin lukanya tidak dalam.
Tetapi, dosa rasuah dan makan suap memang masuk neraka dalam tempoh masa yang lama. Tak ada parol. Memang jahanam.
Ana nak rujuk kepada kenyataan Tun Mamu Mahathir al-Kutty bahawa anaknya kalah di dalam pertandingan Naib Presiden kerana politik wang.
http://my.news.yahoo.com/politik-wang-masih-dalam-umno-kata-dr-mahathir-054904290.htmlKatanya, rasuah masih belum dapat dihapuskan dalam pemilihan Umno dan wang masih terus diberikan.

“Banyak wang yang diberi hingga nilai berjuta ringgit dan itu  menjadikan mereka yang tidak layak telah dipilih disebabkan wang yang  diberi,” katanya di Putrajaya pagi ini.

“Saya pernah menang, kalah dan menang tanpa bertanding dalam pilihan  raya. Keadaan yang paling tidak menyeronokkan bagi pengundi di kawasan  saya, apabila saya diisytihar menang tanpa bertanding kerana tiada wang  untuk beli nasi lemak dan rokok.”

Katanya, jika ada pertandingan maka calon sanggup berbelanja besar untuk mendapat sokongan.

Menurutnya, rasuah dalam pilihan raya bermula selepas negara mendapat  kemerdekaan apabila pengundi mula bertanya apa yang akan diperoleh jika  mengundi calon tertentu.

“Semenjak itu, kita melihat pilihan raya demi pilihan raya, soalan itu  juga yang diajukan. Mereka tidak lagi melihat kepada pembangunan negara  tetapi kepentingan diri sendiri.

Kalau nak cakap pasal rasuah, mestilah salah seorang yang lawan Mukhriz yang terlibat dengan rasuah. Soalnya siapa?

Mana ada orang bersih dalam UMNO. Semua kotor dan jijik.
Berdasarkan risikan kawan ana dalam UMNO, antara tukang pam duit paling hebat di dalam UMNO pada ketika ini adalah orang dalam gambar.
Ana tak tahu dia kerja untuk siapa. Orang UMNO sendiri mungkin tahu.

bloghouse malaysiaRata-rata menjangkakan PRK kali ini sebagai medan ujian getir kepada MB Kedah yang baru, Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir dan juga Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar yang menggantikan Almarhum Tan Sri Azizan yang uzur selepas PRU-13. Ujian pertama ini penting bagi kedua-dua pihak bagi menunjukkan kebolehan masing-masing dalam menerajui kepimpinan parti di peringkat negeri Kedah.

Walau bagaimanapun, PAS dilihat memiliki kelebihan dan peluang yang cerah berbanding Umno dalam PRK kali ini kerana penyandang yang lepas, Almarhum Tan Sri Azizan memenangi kerusi Dun tersebut (13,294 undi)  dengan majoriti undi yang tinggi iaitu 2,774 undi berbanding sepupunya sendiri yang juga seorang arkitek, Ar. Mohd Fadzillah bin Mohd Ali yang mendapat 10,520 undi.

Penguasaan PAS dapat dilihat apabila memenangi 13 peti undi daripada 20 peti undi termasuk 1 peti undi pos yang sememangnya sinonim dimenangi oleh parti pemerintah. Ini merupakan isyarat jelas bahawa pengundi Dun Sg. Limau condong kepada PAS pada PRU-13 walaupun beberapa analisis lepas menyatakan Almarhum Ust Azizan bakal menghadapi cabaran getir apabila ditentang oleh sepupunya sendiri dan undi keluarga mereka akan berpecah.

pengundi berulang

Undi PAS juga dilihat kukuh apabila 9 daripada 13 peti undi yang dimenangi mampu menang di setiap saluran walaupun pengundi saluran 1 tinggi bilangannya iaitu 5,295 pengundi iaitu lebih 20% jumlah pengundi keseluruhan. Walaupun undi saluran 1 di peti-peti undi lain tidak memihak kepada PAS tetapi jumlah undi yang diterima tetap tinggi iaitu 2737 undi (melebihi 52% undi keseluruhan saluran 1). Ini menunjukkan para pengundi berulang tidak jemu-jemu menyokong PAS selama 5 penggal berturut-turut.

Ana dimaklumkan oleh orang UMNO, kali ini, Mukhriz akan membawa senjata hebat dari Kuala Lumpur. Beberapa orang bloggers bertahap dewa untuk UMNO, akan berada secara full time di Sungai Limau.

Antara blogger hebat UMNO yang akan turut bersama Mukhriz di Sungai Limau, adalah Syed Akbar, Big Dog, Another Brick dan lain-lain.

Sebagai blogger Pas, ana nak ucap selamat datang kepada blogger-blogger hebat ini ke Sungai Limau. Kita boleh bertembung secara anak jantan di Sungai Limau.

Harap mereka boleh terangkan kenapa Mukhriz boleh kalah pemilihan UMNO yang baru lalu. Sedang mereka ini menyokong Mukhriz bagai nak rak.

Selamat datang bloggers UMNO. Selamat berjuang.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkeyakinan dengan kekuatan dan pengaruh yang dibina oleh bekas Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, PAS mampu mempertahankan kerusi Dun berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Katanya, Ustaz Azizan telah menunjukkan kecemerlangan sejak menjadi Adun tahun 1995 sehingga 2013 dengan mengekalkan kemenangan PAS di kerusi tersebut.

Dalam pada itu, Mahfuz tidak memandang mudah untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) apabila melihat faktor-faktor yang dipergunakan oleh parti itu dalam setiap pilihan raya kecil.

“Saya yakin dengan kekuatan yang dilakukan Ustaz Azizan sebelum ini, kecemerlangan yang ditunjukkan membolehkan PAS mengekalkan kemenangan sejak 1995 hingga 2013.

“PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut pada PRK kali ini, tetapi dalam masa yang sama ia bukan satu laluan mudah apabila setiap kali berlakunya PRK, BN akan berjanji dengan pelbagai imbuhan kepada pengundi yang boleh mempengaruhi pengundi,” jelas beliau pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkeyakinan pengundi di Dun Sungai Limau akan tetap bersama PAS untuk memastikan parti itu terus kekal di kerusi tersebut.

Ana tak menganggap Mukhriz sebagai pemimpin yang bagus pun. Masih jauh di belakang bayang-bayang Mahathir, Vincent Tan, Daim Zainuddin.

Ana nampak kita boleh pastikan Mukhriz tewas teruk di Sungai Limau. Biar dia sedar diri, anak Mahathir tak mestinya dapat sokongan rakyat.

Ana yakin, kerjasama Mahfuz dan Dr Hatta, kita boleh kalahkan calon Naib presiden UMNO di Sungai Limau.

Laman Berikutnya »