Ana harap sangat, dalam isu air di Selangor dan WP ini, pemimpin PKR di Selangor faham dan tahu apa strategi yang nak dibuat untuk masa akan datang. Ana cukup risau, sebab kita bermain dengan kesusahan rakyat. Ana sendiri pun terlibat. Ada ketika waktu air tak ada, kena angkat dengan baldi ke atas rumah. Aduhai, seksa. Nak patah pinggang rasanya.

Sebab itu ana nak katakan, kita jangan main-main dengan kesusahan rakyat. Rakyat yang marah, tension, penat kena angkat air, tak pandai nak tahu isu step in ka, klausa pengambil alihan ka, strategi korporat ka. Yang rakyat tahu, mereka nak tahu ada air waktu mereka pulas kepala paip di rumah. Mandi junub tak terganggu. Istinjak pun mudah. Ana harap sangat, MB seperti Khalid Ibrahim faham bab ini.

Bukan ana tak sokong. Ana sokong. Panggillah mana-mana penasihat pun. Tapi jangan sampai punah kepercayaan rakyat kepada kita. Ketakutan ana, sebab ego, kita berlagak dan cuba nak menegakkan benang yang basah. Itu yang bahaya.

Kita tengok apa yang berlaku di Kelantan, masalah air sangat serius. Berapa sekolah di Kelantan yang tak dapat air yang sepatutnya. Terganggu proses pebelajaran anak-anak kita. Tak elok begitu.

Kerajaan Negeri Selangor akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mengenal pasti keadaan semasa air terawat di Selangor.

Kumpulan profesional ini dianggotai oleh Suhaimi Kamaruzaman (Ketua Pengawai Eksekutif KDEB), Ir Abas Abdullah (Pengarah ABASS), Karim Endut, (Pengurus Besar Pengurusan Air, Kumpulan Perangsang Selangor) dan Kevin Lee (Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan, Perangsang Selangor).

Demikian umum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Pengumuman ini berikutan kenyataan beliau semalam, kerajaan negeri akan ‘step in’ dalam pengurusan Syabas.

Ia dibuat berikutan kenyataan Syabas akan membuat catuan air di Selangor.

Bagi kerajaan negeri, kenyataan ini satu kenyataan politik yang mahu menyusahkan kerajaan dan rakyat negeri Selangor.

Ini kerana, bagi mereka, catuan air tidak perlu kerana kesemua empangan air yang ada penuh dan tidak masalah.

“Kumpulan profesional ini dihantar kerana Syabas gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, pagi tadi,” kata Khalid dalam kenyataannya.

Ana harap sangat, yang diamanah untuk memantau bukan kroni mana-mana pihak. Buat kerja untuk rakyat. Mudah

Advertisements