Ana hairan dengan sikap PKR akhir-akhir ini yang sudah semacam mabuk kuasa dan tidak ada semangat berbincang. Semua nak buat ikut suka. Sondol keputusan ikut kepentingan diri dan parti mereka sahaja.

Mana Pas nak sorok muka kalau kita beri Pkr bertanding di Sg Besar? Kami yang dah bergerak lama di sini, nak disisihkan macam tu sahaja

Maukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur(sombong). (HR. Bukhari no. 4918 dan Muslim no. 2853).

“Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Beliau menjawab,“Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain. (HR. Muslim no. 91)

Jangan meremehkan orang. Jangan meremehkan kami sebuah parti Islam yang aktif laksana dakwah di bawah.

Bukan soal kita tak respek c. Tapi ada batas lah.

Nak tekan Pas sampai kami tak dibenarkan bertanding tu agak melampau. Azmin pun tak suka kena ugut dan tekan.

Jadi jangan buat kepada kami.

Beri sokongan kepada Pas. Kalah menang itu kuasa Allah SWT.

Advertisements
Keputusan PRN Sarawak patut buka mata PKR, DAP bukanlah kawan yang baik. Tak boleh pakai. Selagi boleh matikan kawan, DAP akan matikan kawan.

如果人生没有朋友,就等于没有太阳

Pepatah Cina ada kata, kawan yang lama lebih bernilai berbanding wine yang mahal. Ini Ah Long Simpang 4 Kulai yang bagi tahu. Entah betul atau tidak. Cuba selidik berapa lama PKR dan PAS sudah bersama. Tak macam DAP.

Cita-cita DAP memang nak rampas Selangor. Itu mereka dah beritahu awal-awal. DAP akan ada Penang; dan akan pegang Selangor. Sebab itu tak ada guna PKR nak maintain hubungan dengan DAP ini.

Yang terbaik adalah PKR tinggalkan DAP sendiri, dan masuk bersama Pas di dalam third force yang kita sama-sama bina.

Insya’Allah ini jalan kita nak mempertahan politik kita daripada serakah DAP yang melampau.

Sarawak dah tunjuk kepada kita, game DAP ini jahat dan tidak ada semangat setiakawan. Takkan kita tak mahu belajar.

Anwar sudah tak ada dalam perbincangan. Apa lagi pilihan kita.

Gabungan PAS-PKR nampak lebih molek.
Ana tengok DAP sudah macam ketakutan di Sarawak. Tak tahu pasal apa. Tukang kempen mereka pun cepat marah, cepat emosi. Ada yang dah mula menangis bila kita sebut PAS sudah tidak mahu sama dengan DAP.

Apa yang dia takut dengan kita pun ana tak tahu. Ada sekumpulan tukang kempen DAP yang ana jumpa di Satok, kerapkali beritahu ana.

‘Tuan Aji, kita mesti kawan sama-sama. Kita mesti kasi Najib jatuh. PAS dengan DAP mesti mahu kawan’.

Ana balas:-

‘Kita mahu kawan, tapi lu punya taiko banyak langsi. Guan eng, Kit Siang sudah buat jahat sama Pas. Sudah kulang ajar sama Haji Hali’.

Dia balas cakap ana:

‘Ini bukan Guan Eng punya parti. Ini kita punya parti ma. Dia nanti boleh tulun jugak. Bukan duduk atas lama-lama’.

Ana senyum sahaja lah. Mereka risau DAP akan tewas banyak kawasan kali ini.

Ana tanya, berapa kawasan Putih (selamat).

‘Kurang dari 10’.

Maknanya, 19 seats lain itu masih 50-50. Silap haribulan, tewas semua.

Pas tak kisah sangat kalah di Sarawak. Kita memang tahu akan kalah. Tapi kita target peningkatan undi. 30,000 pun jadilah.

Kalau dapat 30000, kita sembelih babi di rumah panjang.

Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam pilihan raya umum lalu di negeri itu, iaitu 20 kerusi Dun dan tujuh parlimen.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, untuk itu, mereka sedang membuat persiapan rapi dari pelbagai sudut untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14 akan datang.

Kata Izham, Amanah Selangor sentiasa bersedia menghadapi apa jua pertandingan sama ada dua atau tiga penjuru mewakili Pakatan Harapan, apabila  pakatan itu membuat keputusan.

“Amanah tidak akan bertanding menentang mana-mana rakan komponan dalam Pakatan Harapan, sebaliknya akan membantu rakan komponan di tempat mereka bertanding,” demikian kata Izham kepada Malaysiadateline baru-baru ini.

Amanah Selangor, katanya, sedang membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang, termasuk dari segi strategi, calon, jentera dan dana. Semua aspek diambil kira untuk mencapai kemenangan di negeri Selangor, katanya.

Amanah kini adalah rakan komponan dalam Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP.

Menurut beliau, Amanah hadir mengisi kekosongan tempat yang dahulunya diwakili oleh Pas dalam Pakatan Rakyat.

********

Nak tergelak pun ada. Isi kekosongan? Ini semua agenda ikut cakap DAP. Bukan sangat sebab perjuangan. Tapi sebab sudah jual maruah dan harga diri. Bila dah jual, jadilah cakap macam orang mabuk.

Siapa tak kenal AMANAH dan mereka yang bersekongkol dengan parti ni. Semua orang kecewa dan tidak ada pengaruh. Mereka yang jika ikut kaedah Pas, yang tidak akan naik selama-lamanya.

Cakap pandai. Kerja kurang.

AMANAH ini lupa agaknya siapa yang jadi tiang kekuatan mereka selama ini. Tak payah cakap pasal orang lain lah. Shah Alam? Sepang? Dua-dua melingkup kalau tak kerana kami yang bantu. Cakap macam orang suka dia sangat.

Ana alu-alukan mereka nak masuk. Tapi ingat, kita bermusuh. Apabila sudah bermusuh, apa sahaja akan dilakukan untuk menghancurkan musuh.

Rahsia semua orang kuat AMANAH dalam poket kami. Tinggal nak lambak sahaja.

Nak tergelak ana tengok perangai parti PKR dan DAP di PRN Sarawak. Huru hara. Macam tak ada mak bapak. Tak ada halatuju.

Kawan ana dalam PKR kata, Baru Bian tak setuju sebab banyak keputusan dibuat di Tropicana dan tak melalui perbincangan di Kuching. Semua Azmin Ali yang buat keputusan tanpa ambil maklum pandangan dari bawah.

DAP tetap dengan pendirian nak tanding kerusi lebih banyak. Tapi nampak boleh bertolak ansur. Yang jadi rosak adalah perangai buruk Baru Bian. Elok tukar nama Baru Gian. Gian nak jadi Ketua Menteri.

PAS setakat ini relaks sahaja. Kita target tak besar. Nak tingkatkan jumlah undi sahaja. 30,000 undi pun kita akan rasa best.

Itu tanda program dakwah kita menjadi. Tak payah nak rebut-rebut.

Putrajaya cemas dengan gerakan kita. Sebab itu, semua agensi seperti JAKIM, IWM, MAIWP, Baitulmal turun buat program di Sarawak.

Cemas lah tu.

Mereka takut kita menang 30000 undi. Kalau dapat 30000 undi, orang seperti Ashraf Wajdi, Jamil Khir elok letak jawatan sahaja.

Maknanya apa? Maknanya mereka adalah Menteri yang gagal

Ana dimaklumkan oleh seorang kawan di Negeri Sembilan, sudah ada usaha PKR mahu meletakkan salah seorang pemimpin mereka sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya cakan datang ini mencatatkan keputusan upset.

Berdasarkan kiraan PKR, mereka wajar diberikan seat itu sebab DAP lebih rapat dengan mereka, berbanding parti lain. Katanya sudah ada perjanjian syaitan di antara PKR dan DAP, untuk meletakkan PKR di kerusi Menteri Besar.

Antara kerusi yang diidamkan oleh PKR adalah N14 (Ampangan). BN menang hanya 89 undi sebelum ini. Kalau ikut kiraan PKR, ini kerusi confirm boleh menang.

Orang yang mereka nak letak sebagai calon MB pun bukan main handal. Jangan terperanjat.

Ana dimaklumkan, PKR ready untuk letak Rafizi Ramli sebagai Calon DUN Ampangan dan Menteri Besar NS. Katanya, Rafizi sudah dapat endorsement Yang DIpertuan Besar untuk bertanding dan jadi MB jika menang.

Pas jangan leka dengan perkembangan ini.

Kita pun kena letak calon yang baik. Bukan main belasah sahaja. Anak Mat Sabu yang tak tahu hala asal usulnya letak bertanding di Jelebu. Bungkus.

Padan kan dengan muka kita. Punya ramai Ustaz dan Ulama’, kita letak budak mentah jadi calon. Bangang.

PKR kalau tanding 13 kawasan DUN macam PRU13, memang ada peluang. Tapi kena letak orang betul-betul. Ada peluang.

13 + 11 DAP, ada 24. Ada 19 pun dah cukup jadi MB.

YAB Dato’ Seri Rafizi Ramli. Sedap nama tu.

Blog ini terdengar khabar-khabar angin bahawa satu RIBUT PENYATUAN akan berlaku di Selangor menjelang PRU yang akan datang. Katanya banyak rombongan yang datang merisik, melamar, meminang Pas Selangor untuk dijadikan permaisuri politik. Hebat Pas Selangor.

Kita harap majlis merisik Pas Selangor tak menjadi seperti peristiwa di Masjid Khadijah, Pantai Dalam. Belum apa-apa dah bergasak sama sendiri.

Kalau nak bersama, mesti ada peraturan. Mesti ada undang-undang.

Ana minta sangat, jangan hanya cakap di mulut. Tapi dibuat dengan penuh adab dan peraturan.

Kita boleh minta perkara berikut: –

– Pas mesti MB; UMNO ambil Timbalan MB

– UMNO tak bertanding di kawasan Pas di seluruh Selangor

– Pelantikan apa-apa jawatan mesti 60:40 (Pas; UMNO)

– Penghulu semuanya orang Pas

– Imam/Bilal juga ditentukan oleh Pas

– Pas akan pegang 4 jawatan Exco

Kalau boleh setuju dengan syarat ini, ana rasa memang ada jalan untuk kita berte,u di pelamin politik.

Mas kahwin jangan lupa pulak! Harga? Itu kena bincang dalam Whatsapp. Tak boleh secara terbuka. Tahu sama tahu.

Apa yang penting, kalau berlaku penyatuan, ini adalah demi kepentingan Melayu dan Islam. Tak lain daripada itu.

Kita bertemu atas niat silaturrahim yang terbaik. Tak ada adu domba. Bersatu kerana Allah.

Ana dimaklumkan, Iskandar Samad sedang merangka pelan untuk melaksana penyatuan ini di Selangor. DAP mesti diketepikan terus. PKR diletakkan sekadar di pinggiran.

Kita dah penat jadi penyokong. Kita nak jadi leader ini kali.