Bekas Presiden Berjasa, Datuk Wan Hashim Wan Ahmad tidak yakin
anggota-anggota parlimen (MP) Umno akan mengundi menyokong perundangan
syariah apabila dibawa ke parlimen nanti.

Beliau berkata, kenyataan beberapa pemimpin Umno kononnya mahu
menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan disifatkan hanya
sekadar retorik politik semata-mata.

Katanya, banyak tindak tanduk sebelum ini tidak mencerminkan apa yang
dinyatakan melalui media, kerana parti itu sendiri tidak berminat
dengan perundangan Islam.

“Kalau benar pemimpin Umno mahu perundangan hudud dilaksanakan sudah
tentu mereka sejak dari awal lagi menyokong enakmen tersebut dan bukan
banyak berdolak dalih.

“Sekali sokong dan pada waktu lain pula tidak sokong, kononnya pula
hudud PAS dan macam-macam lagi. Bagaimana mereka hendak beri keyakinan
kepada orang ramai,” katanya yang juga seorang peguam veteran.

Pada 2 April lalu kerajaan Kelantan mengumumkan mahu membawa Enakmen
Kanun Jenayah Syariah II ke parlimen melalui usul persendirian bagi
membolehkan ia dilaksanakan di Kelantan.

Sebelum itu beberapa pemimpin Umno termasuk Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, anggota parlimen Ketereh, Tan
Sri Annuar Musa dan anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh
Hamzah dilaporkan bersedia menyokong perundangan syariat apabila
dibawa ke parlimen.

Ahli Parlimen kita semua akan sokong HUDUD? Dah confirm? Ana
diberitahu ada beberapa MP Pas sendiri pun tak akan bangun dan sokong
Hudud. Apa nak jadi ni. Ana dimaklumkan seorang Pegawai Khas YB Pas di
Parlimen, Boss dia sudah bersumpah dengan Guan Eng bahawa dia akan
pastikan Hudud digagalkan.

Malahan MP Pas itupun mintak modal untuk memastikan beberapa orang
rakan lain turut akan menolak Hudud. Ini bukan calang-calang MP. Orang
berpengalaman.

Katanya, DAP sedang usaha cari sedikit dana untuk pastikan beberapa
orang MP Pas pun akan menolak Hudud di Parlimen.

Wah pada ana ini satu berita yang baru. Hudud sudah jadi macam bahan
perniagaan. Boleh dijual beli.

a. Menurut ulama Hanafiyah : “Pertukaran harta (benda) dengan harta
berdasarkan cara khusus (yang dibolehkan)”. (Alauddin al-Kasani,
Bada’i ash-Shana’I fi Tartib asy-Syara’i, juz 5, hal. 133)

b. Menurut Imam Nawawi dalam Al-Majmu’ : “Pertukaran harta dengan
harta untuk kepemilikan”. (Muhammad asy-Syarbini, Mugni al-Muhtaj, juz
2, hal. 2)

c. Menurut Ibnu Qudamah dalam kitab al-Mughni : “ Pertukaran harta
dengan harta untuk saling menjadikan milik”. (Ibnu Qudamah, al-Mughni,
juz 3, hal. 559)

d. Tukar menukar harta meskipun ada dalam tanggungan atau kemanfaatan
yang mubah dengan sesuatu yang semisal dengan keduanya, untuk
memberikan secara tetap (Raudh al-Nadii Syarah Kafi al-Muhtadi, 203).

e. Menukar barang dengan barang atau barang dengan uang dengan jalan
melepaskan hak milik dari yang satu kepada yang lain atas dasar saling
ridha. (Idris Ahmad, Fiqh al-Syafi’iyah)

f. Saling tukar harta, saling menerima, dapat dikelola (tasharruf)
dengan ijab dan qabul dengan cara yang sesuai dengan syara.
(Taqiyuddin, Kifayat al-Akhyar, hal. 329)

g. Penukaran benda dengan benda lain dengan jalan saling merelakan dan
memindahkan hak milik dengan ada penggantinya dengan cara yang
dibolehkan. (Fiqh al-Sunnah, hal. 126)

Ana tak tahu pula Hudud pun boleh dijadikan jual beli. Ada komisen
bagai. Rosak agama kita kalau macam ini.