http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/detik-terakhir-saya-bersama-pa-ramkarpal-singh

Ana sedih dengan tulisan RamKarpal Singh ini. Sedih sangat. Manakan
tidak, nampak sangat Karpal memang sayang dengan anaknya yang satu
ini. RamKarpal memang agak rapat dengan Karpal. Dalam kes liwat Anwar
pun, ana tengok memang Ram yang bantu dan tahu rahsia dalaman mengenai
kes ini.

Ura-ura Ram ganti Karpal ini dah kuat sangat. Kalau tak Ram, Sangeet.
Anak Karpal juga. Inilah pada ana masalah dengan kawan-kawan politik
kita ni. Tak boleh keluar daripada keluarga.

Mereka patut contohi kita, mana ada main ganti-ganti ni. Ustaz Fadzil
Noor, walaupun kuat dan berpengaruh, tak wasiat pada anak. TG Hadi pun
tak wasiat. TG Nik Aziz pun tak wasiat pada anak. Karpal pulak yang
buat.

Patutnya, kita kena fikir di luar kotak politik biasa. Bayangkan kalau
DAP letak calon PAS di tempat Karpal. Menang dengan 40,000 undi.
Memang goyang telur Najib. Konpem. Manakan tidak, seorang pemimpin
kanan Pas menang kawasan Cina.

Itupun tak boleh nak fikir.

Kalau beri Abang Mat tempat, barulah kita tangguh Hudud. Baru adil.
Ada kerjasama. Ada tolak ansur. Ini tidak. Depa nak menang semua.

Mereka desak kita tinggal hudud. Mereka desak kita kurang sebut negara
Islam. Mereka desak kita terima sahaja politik mereka. Mereka desak
kita terima dasar ekonomi mereka. Tapi mereka tak dengar cakap kita.
Mana ada jalan. Where got road kata omputeh.

Ini Kali Lah

Beri tempat kepada Abang Mat. Kita tangguh Hudud.

Advertisements