Berdasar kenyataan beberapa pemimpin Umno seolah-olah memperlihatkan
sekarang 108 anggota parlimen Melayu bersedia menyokong usul mengenai
hudud apabila dibentang di parlimen.

Jumlah tersebut iaitu seramai 87 orang anggota parlimen Melayu Islam
dari Umno dan 21 lagi PAS. Jumlah itu belum lagi diambil kira anggota
parlimen Islam dari PKR.
Sedangkan untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan Enakmen Kanun
Jenayah Syariah II di Kelantan memerlukan tambahan seramai empat orang
lagi anggota parlimen untuk menjadikan 112 orang (majoriti mudah).

Anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, perkiraan itu dibuat
berdasarkan kenyataan beberapa anggota Umno yang memberi gambaran awal
mahu menyokong enakmen berkenaan.

Katanya, sebelum ini anggota parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Tengku Razaleigh Hamzah
(Gua Musang) membayangkan mahu menyokong usul hudud.

“Bagaimanapun lebih mudah lagi apabila usul tersebut dibawa wakil
kerajaan. Mengapa mereka hanya mahu menyokong dari belakang dan tidak
membawa sendiri usul tersebut kalau benar-benar serius.

“Sekiranya kerajaan yang membawa usul tersebut peluang untuk diterima
dan dibahas lebih terbuka berbanding dibawa secara persendirian wakil
pembangkang,” katanya pada ceramah di perkarangan Flat Kampung Sireh
malam tadi.

Hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar, Lau Chin Chua yang juga bekas
Setiausaha Gerakan Kelantan dan anggota-anggota jawatankuasa Majlis
Tindakan Dun Bunut Payong.

Pada ana, PAS patut bentang dan dapat political mileage. Kita perlu
undi Melayu dan orang Islam. Kita perlu kuat di pedalaman dan luar
bandar.

Pada ana, kita jangan jadi bodoh. Bentang dan biarkan UMNO buat
keputusan dia nak sokong atau tidak. Kalau kita dah bentang, UMNO
laknatullah tak mahu sokong, kita boleh pergi balik ke kampung, cakap
dengan orang kampung, orang UMNO sudah tidak lagi mendokong Islam.
Mereka setakat bina masjid sahaja. Lepas bina, lantak ko lah nak jadi
apa.

Kita jangan jadi sangkak sangat dengan UMNO ni. Kalau mereka tak
sokong, mereka yang rugi. Bukan kita.

Kita hanya perlu bentang dan kelaku orang UMNO. Kalau dia terima, ok.
Kalau tak, kita turun ke Parlimen mereka, dan mula berikan penerangan
kepada orang Melayu akan masalah orang UMNO yang tidak menyokong
Hudud. Apa susah.

Dah betul dah tu. Nik Abduh bentang. Reezal Merican sokong. Ku Li
bahas. Khairudin Kuala Nerus ulas.

Apa yang susah.

Kawan-kawan ana di Kepala Batas semua kata anak Naina ini dah nekad
nak sokong Pas dalam isu Hudud. Ana tak tahu lah betul ke idak.

Advertisements