Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan pada 5 Disember
2012 lalu telah meluluskan program ini dengan kadar RM200 bagi seorang
pemohon.

“Namun pada 8 Januari lalu MMKN telah bersetuju untuk menaikkan kadar
tersebut daripada RM200 kepada RM500 seorang bermula 1 Januari lalu.

“Insentif ini disalurkan melalui akaun Tabung Haji bagi yang beragama
Islan dan yang bukan beragama Islaam melalui Sijil Simpanan Premium
Bank Simpanan Nasional (BSN),” jelasnya pada sidang media di lobi
Dewan Negeri Seangor (DNS).

Jelas beliau, pada 2013 sebanyak 5,777 permohonan telah diterima dari
Fasa 1 hingga Fasa 19, dari jumlah tersebut sebanyak 4,425 permohonan
telah diluluskan.

“Sejumlah RM885 juta peruntukan disediakan kerajaan negeri bagi 4,425
permohonan yang lulus.

“Seterusnya pada tahun 2014, jawatankuasa telah menerima sebanyak 850
permohonan bagi Fasa 1 hingga Fasa 10.

——————-

RM885 juta untuk subsidi kahwin. Ana pun rasa Selangor memang sudah
layak diangkat sebagai Serambi Mekah yang baru (walaupun ada Kilang
Carlsberg).

Macam ini barulah kerajaan Islam. Air percuma. Subsidi kahwin. Ana
cuma harap selepas ini ada bantuan kahwin kali kedua untuk warga
Selangor. Memang terbaik.

Inilah yang sepatutnya kerajaan Islam buat dan laksana. Kalau lepas
ini ada bekalan elektrik percuma di Selangor, ana akan declare
Selangor sebagai NEGERI ISLAM TERBAIK di Malaysia (walaupun ada kilang
carlsberg).