Satu benda paling penat apabila kita dipaksa menyokong seorang calon
yang kurang ada duit. Penat. Kawan-kawan ana di Bukit Gelugor dapat
elaun RM350 sehari. Di Teluk Intan, makan mee rebus mastan ghani pun
pakai duit sendiri.

Kata kawan di Bukit Gelugor, keluarga Karpal sendiri keluar duit dekat
RM500k nak pastikan RamRamPisangKarpal menang. Bayangkan. 500k. Ini
Dyana harapkan body sahaja yang baek. Hulur…haram.

Ana nak minta DAP berikan support kewangan kepada semua blogger. Tak
kira orang Pas, orang PKR atau orang DAP sendiri.

Semua kita nak sokong calon PR. Bukan parti.

Ana pun minta bantuan kepada keluarga Dyana, pun tak ada bantuan juga.
Padahal rumah mereka di Taman Melawati harga dekat RM2 juta. Macamana
tak ada duit?

Kalau tak ada duit…lain kali jangan jadi calon. Jadi calon bini abang boleh?

Advertisements

Ana memang sedih awal pagi tadi. Bila dapat berita daripada seorang
sahabat DAP di Ipoh bahawa Karpal terlibat dalam kemalangan jalan
raya. Ana kenal keluarga Karpal. Ram dan adik beradiknya yang lain.
Memang keluarga yang hebat.

Pada ana, memang lah Karpal menentang Hudud. Itu hak dia sebagai bukan
Islam. Ini soal perjuangan dia. Ana tak kisah pun. Pada ana, Karpal
berhak untuk menyampaikan pandangan. Lagipun, ulama’ muktabar pun
masih belum sepakat mengenai undang-undang shariah dan pelaksanaannya
kepada non-Muslim.

Pada ana, kita kena bezakan antara politik dan persahabatan. Karpal
ini masih sahabat yang baik kepada Pas. Tahaluf siyasi kita pun
disokong kuat oleh Karpal dan keluarga.

Ana daripada dulu kata, politik mesti mendahului hudud. Buat ketika
ini. Dalam Islam ada istilah fiqh-al waqi’. Realiti semasa, kita mesti
dahulukan politik. Itu pandangan ana.

Sebab itu pada ana, Karpal ini sahabat yang lebih baik kepada Pas,
berbanding orang UMNO.

Pada ana, Karpal ini jauh 1000 % lebih baik berbanding orang korup
seperti KJ, Shahidan kasim, nazri aziz dan sebagainya ni. Lebih baik.

Pada ana, tolak hudud bukan bererti Karpal tolak Islam.

Terus terang ana kata, ana akan menangis di tepi keranda Karpal.
Manusia hebat yang walaupun tidak menyokong Hudud, tetapi menyokong
kita di dalam Pas. Itu lebih penting.

khalid ismathAna kadangkala bosan dengan sikap pemimpin DAP yang tak pandai nak main politik. Tak mahu nak bantu kita dapat nama yang baik di mata rakyat. Ini yang payah. Tahaluf tahaluf lah juga, tapi kalau dah nak membunuh kawan sendiri, macamana cerita.
Pada ana, isu kalimah Allah ini patutnya dah didiamkan. Tak perlu kita nak main ikut rentak Utusan dan Berita Harian. Ini tidak, disebabkan kenyataan si tua OKU Karpal, kita masuk dalam muka pertama Utusan lagi. Bosan. Busuk nama.
Bila Majlis Syura Pas sudah buat keputusan, DAP patut terima sahajalah. Ana pun tak berapa setuju. Ana tulis 2/3 kali, bahawa Majlis Syura PAS tak pandai main politik. Kalau pandai, kalau nak beri kita dapat undi lebih besar di Sabah dan Sarawak, patutnya biarkan sahaja kalimah Allah dikongsi. Tapi, sebagai penggerak parti, ana akur dengan keputusan Majlis Syura. Kena ikutlah. Kalau tidak baik tak payah ada Majlis Syura.
Kita kumpul ulama’ di dalam Majlis Syura sebab mereka layak untuk nasihatkan pemimpin kita. Betul, semua pemimpin kita sudah level wali dan Tok Guru, tapi mereka masih perlukan nasihat. Sebab itu, di Iran, institusi Vilayatul Faqeh itu penting. Macam Majlis Syura lah juga. Nak nasihatkan Presiden. Nak beritahu kepada Imam bahawa mereka mungkin silap.
Ana kalau boleh, nak hantar satu memorandum kepada DAP – supaya PENCENKAN sahaja Karpal dari politik Malaysia ni. Menganggu kita. Mengganggu PR. Mengganggu pas dan pkr.
Bukan benci, tapi menyampah. Cakap macam orang sasau dah.
Tengok cara Ustaz Azizan (MB Kedah) main politik. Bijak. Cakap benda baik, dapat masuk Tv3. Budak mahasiswa pulak marah. Susah jadi pemimpin dalam Pas ni. Banyak nak kena dengar cakap orang.

zairilCalon yang disingkir ialah Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari (305 undi), Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748 undi), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121 undi), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98 undi), Roseli Abdul Ghani (39 undi) dan Harun Ahmad (28 undi). Chairman: Karpal Singh Deputy Chair: Tan Kok Wai Vice-Chair: Chow Kon Yeow, Ariffin Omar, Chong Chieng Jen, M Kula Segaran, Teresa Kok Sec-Gen: Lim Guan Eng Asst Sec-Gen: Chong Eng, Ngeh Koo Ham, P Ramasamy Treasurer: Fong Kui Lun Asst Treasurer: Nga Kor Ming National Organising Secretary: Loke Siew Fook Asst Nat Organising Sec: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong National Publicity Secretary: Tony Pua Kiam Wee Asst Nat Publicity Sec: Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari International Secretary: V Sivakumar National Political Education Director: Liew Chin Tong Asst Nat Pol Edu Dir: Dr Boo Cheng Hau Committee Members: Lim Kit Siang, Dr Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong Sze Phin, Edwin Bosi, John Brian Anthony, Gobind Singh Ana kesian sangat tengok Melayu yang boleh sokong dan dokong penuh perjuangan DAP. Depa ni tak ada agama ke? Atau ideologi mereka melebihi agama. Ana cakap begini kerana perjuangan DAP ini jelas mengenai sosialisme. Sosialisme ini tak jauh mana dengan komunisme. Sepupu. Sayangnya, bila dah dokong ideologi begini, agama sudah tak jadi penting buat mereka. Agama itu candu kata Marxisme – yang masih jadi buku rujukan kepada sosialisme moden. Ana cadang, Melayu DAP ini masuk PAS sahajalah, Lebih makmur dan selari dengan agama berbanding DAP. Perjuangan Islam dapat ditegakkan. Dapat pahala. Kalau setakat nak pertahan Guan Eng dan Kit Siang, ana rasa – dapat dosa lagi ada. Kalau setakat dapat 39 undi dalam pertandingan, itu tandanya Melayu memang tak ada value dalam DAP. Itu sahajalah ana nak cakap. Orang macam Zairil Khir Johari, walaupun sudah togak arak sejak daripada kecil, boleh kita USTAZKAN di dalam PAS. Lebih mudah diterima di peringkat bawah. Selagi Zairil kerja dengan Comrade Guan Eng, mana dia dapat tarik undi Melayu. Percayalah cakap ana. Ana percaya, kalau Zairil nak berhijrah kepada PAS, kita boleh sediakan permaidani merah. Anak muda. Pandai. Memang ada tempat dalam PAS. Bukan calang-calang budak anak Khir Johari ni. Age: 29 Education: MA International Studies & Diplomacy, School of Oriental & African Studies, University of London, BA Information System Engineering. Previous work: CEO (Chocolate Eating Officer) of Chocolab, a chocolate maker Hobbies: Cooking, Football, Tennis Ana dimaklumkan, Guan Eng beria suruh orang DAP undi Zairil. Tak diikut juga oleh cina apek jual kangkung. Mereka biar Zairil kalah juga.

piggy backKeputusan Kerajaan Kelantan untuk menangguh penguatkuasaan Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut wajar dilakukan jika bertujuan untuk menjelaskan kes yang timbul.

“Peraturan itu sendiri tidak seharusnya diketepikan kerana prinsip menjaga kesopanan dan kesusilaan masyarakat seperti yang terungkap dalam Rukun Negara tidak boleh diremehkan,” kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Justeru, tegasnya Mapim berpendirian usaha untuk menjaga akhlak masyarakat adalah usaha yang murni dan tidak boleh dianggap menceroboh hak bukan Islam.

Beliau berkata, Mapim berpegang kepada prinsip bahawa tujuan utama yang harus difahami oleh masyarakat ialah menjaga kemurnian nilai dan sahsiah masyarakat.

“Ia tidak boleh dilihat sebagai mengganggu hak masyarakat bukan Islam kerana ia adalah suatu kesepakatan sosial untuk menjaga budaya hidup masyarakat yang sihat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Undang-undang kecil Kedai Gunting Rambut Salun Uniseks yang diwujudkan oleh MPKB adalah jelas dan ia ujud sejak 1991.

Tambahnya, undang-undang seumpama itu juga wujud dikebanyakan PBT di seluruh negara.

DAP perlu belajar untuk hidup dalam Negara Islam. Itu sahaja pesan ana. Tak perlu dolak dalik. Isunya bukan ‘agama’. Isunya adalah tingkah laku. Ana setuju, tidak ada keperluan orang perempuan Cina untuk urut/cuci pelanggan lelaki. Sengaja nak rosakkan tatasusila lah namanya.

DAP kena sedar, PAS kena usaha yakinkan pengundi Melayu-Islam bahawa parti kita benar-benar pegang hukum Islam. Itu sahaja. Kalau DAP nak protes semua benda, payahlah. Ana dimaklumkan, DAP juga hantar orang untuk arah kita perlahankan sedikit usaha memperkembang undang-undang kecil berkaitan tatasusila. MCA pun protes. Tapi nampaknya protes senyap DAP lebih berkesan untuk mempengaruhi kita.

Memang lah naik tang belakang tak salah. Tapi kalau amoi itu pakai seluar pendek yang terdedah – dilakukan di SERAMBI MEKAH, ianya salah dan tidak sesuai dengan tatasusila. Itu sahaja.

Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat.Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.

Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Karpal mengucapkan terima kasih kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim atas sumbangannya sebagai naib pengerusi DAP dan senator parti itu.

DAP tidak menyambung tempoh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara ekoran kenyataan beliau yang menolak demonstrasi jalanan di ibu kota baru-baru ini.

Ana kesal, kerana DAP masih mempunyai pemimpin yang terlalu fobia dengan HUDUD. HUDUD-FOBIA. Mangkuk betul, dah berapa kali kita nak ulang – bahawa PAS tanpa Hudud memang tak akan menjadi parti Islam. Kita dah berlebih kurang, dengan memperkenal Negara Berkebajikan pun mereka masih kurang ajar.

Pada analah, kita terpaksa menanti saat Karpal ‘karam’ barulah kita mampu menegakkan Negara Islam. Nampak macam tak logik, tapi kalau inilah sikap yang DAP ambil – mana kita nak letak muka dengan rakyat.

Apakah Haji Hadi tidak setaraf Anwar Ibrahim? Di atas segi apa? Apa salahnya Hadi nak bercakap soal Hudud. Ikut suka dialah. Dia Presiden parti ISLAM.

Ambiga kita sayang. Irene Fernandez kita hormat. Tapi kalau macam Karpal ni – kita kecewa.

DAP patut lebih memberi muka kepada PAS. Jangan terlalu memperkecilkan pemimpin kami sampai tak boleh buat kenyataan.

Beza yang nyata antara Presiden PAS dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah keberanian kita untuk bercakap perkara benar; walaupun mungkin ianya pahit untuk diterima dan ditelan. Ini beza. Kerana perjuangan kita ke jalan Allah SWT; kita tidak takut nak beritahu umum bahawa Pakatan Rakyat masih belum elok dan wajib diperbaiki. Inilah namanya perjuangan yang jujur dan ikhlas.

Kita cakap terus terang. Prinsip Negara Islam belum selesai. Kita masih menunggu DAP dapat menerima Negara Islam secara keseluruhan dan tanpa syarat. Jangan cakap tentang perlembagaan sahaja. Mesti terima Negara Islam; prinsip dan amalannya secara keseluruhan. Bukan pilih-pilih dan ambil yang sesuai sahaja. Tak elok begitu. Sebab itu apabila TG Haji Hadi bercakap dengan ikhlas soal Negara Islam ramai yang dapat terima. Ana tengok twitter Elizabeth Bogel pun dia terima. Malah Elizabeth Bogel sendiri terpesona dengan ucapan TG Haji Hadi. Inilah yang ana katakan – tidak salah kalau nak bercakap benar.

Kita jangan sorok-sorok masalah. Kalau ada masalah; ada pekung kita kena tangani. Bukan sorok.

Ana puji sikap keikhlasan TG Haji Hadi untuk kembalikan wacana Negara Islam ini. Jangan kita tinggalkan. Inilah perjuangan asal kita. Kalau kita tolak ansur bab ini; hormat orang kepada kita akan hilang. Jangan cakaplah pasal negara berkebajikan; kalau negara Islam kita pinggirkan. Tak kena. Tak sesuai.

Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya  terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat  mengenai  isu Malaysia sebagai  negara Islam.

Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional  memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS.

Beliau  menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan  mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya. 

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara.  Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Eloklah Karpal dah terima dan sedar. Ini bukan soal runding. Ini soal terima dan amal. Kalau PR angkat Islam; ana yakin – kita akan dapat menang pilihanraya dengan baik.

“Negara Islam ialah negara yang berada  di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.