Pas tak minta banyak daripada pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Tak minta banyak. Kita minta mereka undi Pas, sebagai protes terhadap kegagalan kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Tun Razak.

Gagal apa? Banyak gagalnya. Gagal mengurus harta negara. Gagal memartabat Islam. Gagal tangani isu sosial. Gagal mengurus negara dengan baik.

Ini semua kegagalan. Sabotaj imigresen pun, berlaku sejak 2011, baru nak ambil tindakan sekarang. Ini petanda kegagalan.

Bila gagal, kita kena beri peluang kepada kerajaan dan wakil rakyat yang lebih baik. Sebab itu Pas menawarkan diri bertanding di Kuala Kangsar dan Sg Besar.

Kita tak mahu negara ini terus menjadi alat pihak tertentu untuk membina kekayaan sendiri dan kelompok kecil. Kita mesti perbaiki keadaan.

Pas tak minta banyak, sebagai protes kepada kerajaan yang gagal, berilah undi kepada Pas dalam pilihanraya kecil kali ini.

Memang tak merubah apa-apa di Parlimen, tapi sekurang-kurangnya Pas akan lebih dihormati oleh kawan dan lawan.

Undi Protes itu insya’Allah akan Pas hargai sampai bila-bila.

Seruan ini jugalah yang dibuat Dr Idris Ahmad. Blog ini amat setuju.

Advertisements
Kita pun tahu apa sedang jadi dalam kem lawan. Huru hara. Masing-masing nak tunjuk pandai. Masing-masing nak tunjuk siapa yang lebih rapat dengan PMO/Madame Ros. Ini kita dapat daripada mulut tukang susun sendiri. Kata dia, susah nak tentukan calon. Sebab di Selangor ini banyak Taikor.

Di Selangor ada Taikor Senior dan Taikor Junior.

Taikor paling senior, sudah tentulah Noh Omar. Ini memang master planner. Setakat plan aje lah. Buat kerja belum tentu.

Noh katanya mahu orang dia diletakkan sebagai calon. Mudah untuk menyusun gerakerja katanya. Kalau orang lain, payah dia nak bantu.

Noh dikatakan beri komitmen, kalau calon dia diletakkan, sebahagian kewangan akan keluar daripada poketnya sendiri. All out. Kalau orang lain, dia tak mahu masuk campur. Pandai sendiri lah.

Taikor junior di Selangor, tak lain tak bukan, YB Irmo (Kuala Selangor).

Katanya siapa yang ada blessing Irmo, akan dapat tempat. Kerana kuasa lobi YB Irmo lebih dahsyat berbanding Noh.

YB Irmo bawa nama orang lain. Orang muda. Orang yang tak ada cerita belakang.

Kita akan tengok lobi siapa lebih dahsyat dan kuat.

Minggu ini minggu umno bersidang. Kita ucap selamat kat semua ahli umno. Semoga mereka semua tidak terus ditipu oleh pemimpin mereka yang sembang kuat, cakap lebat. Bukan main semua benda boleh bagi free.

Terbaru, Noh Omar kata dia beri jaminan, BN akan beri pendidikan Islam/sekolah agama percuma jika menang PRU akan datang.

Noh Noh. Tak Senonoh. Semua rakyat nak dikencingnya.

Kita patut dengar apa lagi nak dijanjikan kali ini.

Katanya, ada pihak-pihak tertentu nak BOO pemimpin yang mereka benci tak sokong.

Ini macam berita baik kepada kita.

Kalau UMNO sudah belasah sama sendiri, itu petanda paling baik untuk kita.

Memang kecoh sikit semalam di Permatang Pauh. Ana tak jauh dari kawasan. Sedang minum dengan Pemuda PKR Gombak. Tiba-tiba ada orang beritahu, Pas dgn Pkr gaduh. Kami pun pelik…
Kami elok ajer minum sama sendiri. Tak ada pun.
Cerita kami pun positif ajer.
PKR Gombak kata, dalam mesyuarat akhir persediaan, Kak Wan jelaskan bahawa dia sasarkan 40,000 undi.
Kalau dapat 40,000 undi, barulah Najib boleh jatuh kata Kak Wan.
Kalau itu target, maknanya kita agak BN dapat dalam 7000 undi sahaja. Kita pakai jumlah keluar mengundi 65 %.
Kalau betul jadi 40,000 undi, ana rasa memang meletup lah Permatang Pauh.
Ya betul, kita gagal dapatkan 20,000 undi di Rompin. Tapi cubaan itu bagus. Kita pun tak rayu untuk dapat 20,000 undi. Kita kata nak menang.
Kita tengok samada Kak Wan boleh dapat 40,000 undi.

“Kalau dibawa di Parlimen, dia (hudud) memerlukan kekuatan tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Melayu sekali pun macam mana undang-undang itu hendak menang?

“Sebab itu di Parlimen Permatang Pauh ini sekali pun – ini Parlimen – dia kena tengok ahli Parlimen itu boleh angkat tangan sokong hudud atau tidak.

“Kalau terang-terang dia kata kami tak sokong, maknanya dia dah menolak hudud.

“Berhati-hati tuan-tuan sebab Allah kata dalam Al-Quran (membaca sepotong ayat Al-Quran), orang yang menolak hudud ini adalah zalim.

“Allah kata dia akan cenderung kepada orang yang zalim,” katanya sewaktu berucap dalam program Ceramah Perdana di Sekolah Menegah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh malam tadi.

Kazim dalam ceramah sama turut menyindir secara halus perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat (PR) tentang pelaksanaan hudud.

“Dulu depa kata Umno tak sokong.

————————————-

Bukan main lagi Ustat Kazim mengutuk kononnya Wan Azizah tak sokong Hudud. Boleh kita tanya, Arwah Jamaluddin Jarjis dahulu sokong Hudud? Hasan Aripin sokong Hudud?
Ini semua wayang gambar Ustat politik UMNO dan BN. Kononnya turun ke Permatang Pauh, nak bawa agenda Hudud dan nakkan undi Melayu.
Pengundi di Permatang Pauh jangan tertipu dengan permainan lakhanat macam ini. Membohong.
Pengundi Rompin kena tanya Hasan Aripin tu dia sokong Hudud ke tidak? Lifestyle dia macamana? Keluarga dia macamana?
Konon nak sokong Hudud. Menipu punya Ustat.
Ok lah, ana tak boleh nak kata slogan ini tak baik. Senang ingat. Terima kasih kepada kawan DAP kita yang beri cadangan. Macam ini lah bagus. Kerjasama untuk menjatuhkan UMNO/BN.
Tapi pada ana, di Rompin, slogan kita elok lebih spesifik.
– ‘Jadi Sebahagian Drpd 20,000 Undi’
– ‘20,000 undi Untuk Malaysia Yang Lebih Baik’
– ‘Tunjuk Protes Anda. 20,000 undi Untuk Pas’
– ‘Hentikan Kemewahan UMNO/BN. 20,000 undi untuk Pas’
Pada ana, 20,000 undi ini adalah slogan yang lebih menarik. Betul, kita tak menang, tapi kita tak nampak angkuh.
Kita tenang, Hanya rayu untuk 20,000 undi.
Kalau dapat 20,000 undi nak majoriti turun, ana rasa UMNO akan ditiup puting beliung yang dahsyat.
Ana dimaklumkan, gerakan UMNO hanya diketuai oleh budak-budak mentah Hishamuddin.
Ana juga diberitahu, orang UMNO sendiri menyampah dengan beberapa orang mat lagak UMNO yang bertugas di Rompin. Mereka ini berlagak pandai. Tapi menjahanam parti.
Pada ana, 20,000 undi insya’Allah boleh dapat. Kalau kita bersungguh, boleh dapat. Jangan lupa, UMNO tak banyak duit macam zaman Penyamun JJ.

UMNO dan PRU 14

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.
2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.
3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.
4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.
5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.
6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.
7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?
8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.
9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.
10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.
11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.
12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.
13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.
14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?
15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.
16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.
17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.
18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.
19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.
20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.
21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.
22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.
23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.
– Chedet