Jentera operasi PAS pilihan raya Dun Pengkalan Kubor yang diketuai Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengucapkan terima kasih kepada rakan parti dari Pakatan Rakyat, PKR bersama wanita dan AMK yang sama berjuang membantu agar kemenangan berpihak kepada calon, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Wan Abdul Rahim berkata, Ketua PKR negeri, Ab Aziz Ab Kader, Ketua Wanita, Nooraini Hussin dan Ketua AMK, Roslan Ismail turut turun bersama-sama kepimpinan PAS untuk berkempen dari rumah ke rumah.

“Terima kasih diucapkan pada semua termasuk PAS kawasan seluruh negeri yang turut serta membantu,” ujarnya.

Beliau juga turut merakamkan terima kasih pada petugas negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak yang juga datang membantu.

“Semangat kerjasama ini, memberi harapan yang begitu positif untuk kita merampas Dun Pengkalan Kubor,” ujarnya.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku  selepas penamaan calon sehingga hari mengundi Pilihan Raya Kecil PRK N.01 Pengkalan Kubor hari ini.

————
Pada ana, kita akan menang, walaupun dengan angka yang sedikit. 300-500 undi. Maksimum.
Kemenangan ini bermakna, kerana ianya memberi bukti bahawa rakyat bersama kita dalam isu melibatkan BARUA di Selangor. BARUA di Selangor tidak memberikan kesan kepada kita di Kelantan.
 
Ana dah turun banyak tempat di P Kubor, semuanya berjanji bahawa kali ini mereka akan bui kepada Pas. Syukur.
 
Elok kita kuborkan UMNO di Pengkalan Kubor, supaya Najib sedar diri bahawa dia sudah semakin Najis kepada rakyat.