Kita ucap tahniah kepada anak Dato’ Dusuki yang bijak main politik di Pengkalan Kubor. Walaupun dioffer beberapa kali, ditolak kononnya nak tumpu kepada gerakerja di YADIM (yang sedang bagus dipelopori oleh bekas budak-budak PKPIM dan ABIM). Bajet puluhan juta. Hebat.
Asyraf tahu, kalau dia terima dan kalah, makna kata, itulah KUBOR kepada politik dirinya. Di akar umbi, anak Dato’ Dusuki ini tidak ada kekuatan. Longgar. Siapapun tak hormat. Ibarat kata, kalau bertanding, kalah dah tentu.
Menurut orang kanan Asyraf, anak Dato’ Dusuki itu sedang menimbang beberapa kawasan lain untuk PRU14.
– Gua Musang
– Ketereh
– Setiawangsa (kawasan urban)
Anak dato’ Dusuki tahu, Tumpat ini bukan kecik-kecik anak. Dah serik dia kalah. Ahli Parlimen kalah. Bertanding Ketua Pemuda pun kalah. Kalah dengan budak tak sekolah.
Kalau bertanding hari tu, konfem dah akan kalah entah kali ke berapa.
Pandai budak ni buat keputusan politik.
Boleh fokus kepada mengurus bajet YADIM yang juta-juta itu.