“Terima kasih kepada petugas-petugas peringkat kawasan di negeri ini serta petugas seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang turut membantu.

“Terima kasih juga pada pengundi calon Pakatan Rakyat. Tidak ketinggalan juga anak-anak muda yang inginkan perubahan, petugas keselamatan yang menjalankan tanggungjawab dengan baik,” ujarnya di sini.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana PRK Pengkalan Kubor berjalan baik serta tidak ada insiden yang buruk.

“Saya akan bertugas seperti biasa kepada rakyat seperti sebelum ini,” katanya

Maaflah kesilapan ana dalam posting terdahulu. Konon nak kuborkan UMNO, sudahnya kita yang melingkup.
Salah ana juga kot, cakap besar cepat sangat. Konon nak sorok masalah Selangor, sudahnya rentung juga kita.
Pada ana, Pengkalan Kubor ini bukan signal kecik kepada kita. Nampak sangat, Kelantan pun boleh jatuh, kalau kita tidak kuat dan bergaduh sama sendiri.
Elok kita bersihkan Pas segera daripada kalangan mereka yang tak pernah henti nak menjahanam kita dari dalam.
Moga Allah melindungi Pas dan Tok Tok Guru kita. Amin.