Ana baca Sinar Harian pagi tadi, YB Fuziah Salleh (PKR) dan beberapa orang YB PKR risau dengan perkembangan terkini SPR nak guna biometrik. Ana pun tak tahu kenapa depa risau sangat. Patutnya, kita kena terima cadangan yang molek-molek ni. Ana kata moleklah – sebab benda itu nampak canggih. Letak cap jari. Clear. Mengundi. Datang lagi? Sistem akan reject. Ana agak macam itulah gunapakai sistem biometrik ni.

Tapi yang ana tahu, kat Amerika pun tak pakai lagi sistem biometrik ni. Yang ana tahulah. Pakai komputer ajer. Itupun kecoh bagai nak rak. Ana suka benda-benda canggih ni. Tapi janganlah pulak SPR beri alasan kena pakai manual bila sistem down. Jangan nak canggih sangat, sudahnya – kaput.

Ana cuma terfikir bab nun jauh di Sarawak tu. Ada tempat elektrik pun tak ada. Macamana nak pakai sistem? Pakai solar? Kalau ada. Ok lah juga. Nak bawa naik bot. Bot terbalik? Kansel pilihanraya? Berapa ribu orang yang nak kena lantik jadi technician. Karang, technician masuk bilik mengundi…dia mengundi pula untuk orang lain. Menipu lagi.

Setakat ini, PAS belum buat keputusan dengan sistem biometrik. Cuma YB Mahfuz ada suarakan bahawa ini akan memudahkan lagi penipuan. Ana pun tak tahu macamana nak tipu lagi. ada juga logiknya. Buatnya sistem yang sedang kerajaan buat sekarang – daftarkan warga asing; dia campurkan dengan data pilihanraya. Berjuta pengundi baru. Hancur kita. Kat Semenanjung mungkin tak teruk sangat. Kat Sabah dan Sarawak? Jahanam kita.

Kalau betul nak pakai biometrik – ana harap SPR dapat selesai beberapa perkara asas:-

  • Lantik Jawatankuasa Khas (termasuk wakil parti politik) dalam mengkaji kebaikan/keburukan sistem biometrik. Kita tak tahu sistem sebenar. Kita balun aje. Tak boleh juga. Kita pun nak tahu juga macamana sistem ni dipakai;
  • Apa beza dengan sistem pendaftaran warga asing? Sekarang ni pun nampak kecoh dan tak tersusun. Setakat ini pun hanya ratusan ribu yang mendaftar.
  • Open tender! Kalau jadi nak buat. Jangan bagi semua kepada Heitech Padu yang dapat kontrak ratusan juta dengan KDN.
  • Pengundi kita 12juta…berapa lama masa nak merge data Jabatan Pendaftaran kepada SPR? Berapa kos?
  • Bagitahu rakyat berapa peruntukan yang disediakan untuk ini?
  • Apa jaminan sistem tak break down waktu pilihanraya? Kalau break down; boleh kita buat pilihanraya semula?
  • Jenama dan jenis apa nak pakai ni?
  • Siapa dapat kontrak? Mesti ada yang tengah lobi ni. Orang PAS boleh masuk tender?

Ana rasa – elok sangatlah kalau kita bincang bab ini. Bincang betul-betul. SPR jangan buat sistem ikut sempat. Kena kaji dan kaji dan kaji. Kena jemput semua pihak. Jangan jemput PERKASA, AMANAH dan UMNO sahaja. Tak gentleman la macam tu. Kita ni dah dipinggirkan dalam semua perkara. Panggil bincang. Jangan ikut sedap mulut aje.