Ana teruja juga membaca satu posting terbaru yang diletakkan di dalam Malaysia Today. Teruja kerana kita akhirnya sedar bahawa kita perlu ada wajah pemimpin selain Anwar. Eloklah begitu. Kita jangan taksub sangat dengan satu-satu pemimpin. Pakatan Rakyat jika mahu jadi hebat dan kuat, mestilah mempunyai pasukan yang kuat. Bukan bersandarkan mana-mana individu. Kita kena cari dengan lebih meluas. Tak perlu fikir PKR sahaja.

Ana teruja kerana tulisan yang bernama Geta Hussaini ini merujuk kepada ramai calon PAS yang dianggap layak sebagai calon peneraju PR. Penulis tersebut percaya bahawa PAS mempunyai kepimpinan yang layak diletakkan sebagai wajah hadapan Pakatan Rakyat.

Calon utama yang dikemukakan adalah:-

Mohd Nizar – Bekas MB Perak Yang sah

Walaupun tidak mengulas kenapa Nizar – tapi ana rasa berkaitan dengan kepimpinan Nizar. Nizar yang boleh bercakap bahasa Tiong Hua memang mendapat perhatian pengundi Cina. Di Sarawak, Nizar bagaikan ‘Justin Bieber’ politik PAS. Memang hebat. Mereka kagum sebab Nizar berani dan boleh berbicara dengan bahasa mereka. Orang Cina di Padungan, di Miri, di Satok, di Bintulu, di Sejingkat – semuanya melihat Nizar sebagai rising star politik PAS. Mereka kagum dan menganggap PAS memang sedia menjadi kepala Pakatan Rakyat.

Tapi, di sebalik penerimaan baik masyarakat Cina – Nizar ditolak oleh perwakilan PAS sendiri. Ini yang payah. Kita tak asah bakat dan kemampuan pemimpin baru.

Mat Sabu

Ana rasa disebabkan penglibatan Mat Sabu dalam Bersih. Mat Sabu pun disukai oleh penulis artikel ini.

TG Nik Aziz

Juga diletakkan sebagai calon yang boleh menjadi kepala kepada Pakatan Rakyat. Kalau Anwar memimpin PR dengan stail dan gaya dan karisma, Nik Aziz akan menjaga PR dengan kepimpinan yang zuhud.

Khalid Samad

Memang antara calon yang digemari oleh masyarakat Malaysia. Berani. Terbuka dan menerima baik sokongan gereja. Luar biasa.

—————————————————————————

Nama TG Haji Hadi tidak langsung diangkat. Ana minta kawan-kawan PAS baca artikel ini yang disiarkan di Malaysia Today:-

Who should lead Pakatan after Anwar?

The truth is Pakatan needs Sabah and Sarawak to win the upcoming General Election and PKR is not helping by making mistake after mistake in these two states. I would say that the most suitable leader to replace Anwar if he is found guilty in the sodomy trial as Pakatan leader should come from either DAP or PAS. The opposition needs a good politician as its leader and currently in my humble opinion PKR has none of them.

Kita kena terus buktikan PAS mempunyai calon yang baik bagi menggantikan peranan Anwar. Mesti. Kita kena guna segala kekuatan – kemampuan Nizar berbicara bahsa Cina, kekuatan Khalid di gereja-gereja, dan kezuhudan TG Nik Aziz dalam meletakkan calon pengganti ini. Memang kita layak. Apa masalahnya?

English ana tak ada lah hebat sangat. Kalau ana salah tafsir. Ana minta maaf ya.

Advertisements