Ana serahkan kepada kebijaksanaan kawan-kawan untuk membuat keputusan esok. Masing-masing ada tahap perjuangan masing-masing. Ada yang berani. Ada yang tidak. Ada yang komited. Ada yang tidak. Ada yang setia. Ada yang tidak. Masing-masing fikir.

Ana akan tetap hadir dan berarak. Bukan sangat disebabkan Ambiga – tetapi keputusan parti yang mahukan ahli macam ana hadir dan beri sokongan. Pada ana, PAS adalah jalan untuk kita mendapat keredhaan Allah. Apalah sangat kalau kena mandi dengan air buih FRU tu. Tak takut pun. Kita siram dengan air mineral. Selesai masalah. Terang balik mata. Kulit gatal – kita boleh beli Calamine Lotion dan pakai. Itu makna perjuangan.

Pada ana, kita kena turun dan berani berdepan dengan kesukaran. Mana ada perjuangan kalau duduk dalam air cond dan seronok-seronok pegang jawatan. Apa makna perjuangan kalau setakat cakap berdegar-degar. Bila dipanggil memasuki medan peperangan, terus ngeri dan tarik diri. Ana tak katalah yang kita nak berperang. Ibaratnya sahaja.

Abang Mat Sabu sendiri sudah memaklumkan bahawa dia sanggup turun walaupun terpaksa berjalan kaki. Ana tabik.

Kita minta Abang Mat jadi leader dan jangan takut dengan senarai Polis. Kita hadap sama-sama. Jangan lari. Kita harap semua yang pegang jawatan dalam PAS pun turun sekali. Ana nak ambil nama siapa pemimpin yang tak hadir. Ana nak belasah dalam surat. Siaplah nanti.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini tetap akan disertai PAS biarpun mereka terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.

“Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terbaru bahawa permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi alasan tindakan itu bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas pada hari tersebut.

Bagaimanapun dipercayai tindakan tersebut bertujuan menghadkan kehadiran peserta ke himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada Sabtu ini.

Ini kerana sebahagian peserta yang akan hadir ke perhimpunan tersebut adalah dari luar Kuala Lumpur yang dijangka akan membanjiri ibu negara bermula Jumaat ini.

Ana tengok blogger UMNO ramai yang kata kita amal bughah. Mereka tahu tak makna bughah. Tahu?

KONSEP BUGHAH DALAM ISLAM

Pengertian bughah Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)

Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)

Ana nak tanya – yang ada ini semua ULIL AMRI kah? Soi Lek ULIL AMRI? Tiong LAI Ulul AMRI? Siapa Ulil Amri. Jangan perasanlah UMNO/BN. Ulil Amri adalah mereka yang ada dalam PAS dan bersama Pakatan Rakyat.

Advertisements