Ana rasa PM Malaysia sudah menerima maklumat dan nasihat yang salah. Dalam akhbar Utusan Malaysia (sesekali ana jengah juga di kedai Abang Mat); berkata bahawa dia dan kerajaan akan menunggu sehingga Bajet sebelum merangka sesuatu yang dapat membantu masalah kenaikan harga barangan. Ana rasa pengumuman ini memang cantik dan tepat sekali. Cantik dan tepat untuk kita sama-sama gunakan untuk kekuatan politik kita.

London ada rusuhan. Israel ada rusuhan. Spain ada rusuhan. Portugal ada rusuhan. Semua tempat ada rusuhan. Tahu apa yang sama di antara tempat-tempat ini? Soal kenaikan harga! Memang mantap. Kalau ini terus menjadi masalah rakyat dan kerajaan hendak tunggu sampai bajet (dijangka  bulan 10), kita kena guna 2 bulan ini bagi mendekati rakyat dan menjadi jurucakap mereka mengenai isu ini. Memang PAS dapat lakukan sesuatu yang baik.

Kita sekarang ni dah macam main defend. Macam Malaysia lawan Singapura – konon nak menang, tapi tak menyerang. Bila nak menang. Nak harap Tok Guru Nik Aziz (Safee Sali dalam politik PAS) pun tak boleh juga. Kita kena sama-sama serang. Jangan bagi can langsung. Kalau kerajaan dah tak pentingkan rakyat; kita cuma kena suntik sikit lagi virus marah dan rakyat akan bertempik lagi. Ini peluang baik.

Dalam pada kita sibuk nak pertahan Hasan ali dan gereja; kita lupa bahawa ada benda lain yang lebih wajar kita suarakan.

PM sudah buat salah besar kalau nak tunggu Bajet. Salah dan silap besar.

Ana cadang PAS jadi champiun bab harga ni. Jangan bagi pada pKR dan DAP. Kita henjut sendiri. Baru nampak kehadiran PAS.

PM ini dia suka cerita bilion-bilion. Selagi dia terima nasihat Idris Jala, kita ada ruang nak menang secara politik. Anak kelabit itu tak tahu pasal perasaan rakyat. Yang dia tahu hanya ekonomi dan KPI. KPI kita, dia tak faham? Dia tak tahu kita dapat makan sedap pun dah kira nasib baik.

Ana rasa PAS kena buat JK khas mengenai kenaikan harga ni. Bagi la tugas kepada Pemuda PAS buat program Cegah Inflasi. Barulah rakyat nampak kita bertugas di bawah. Ini asyik cerita pasal Paderi pun tak menguntungkan kita.