Ana selepas pertemuan di Johor baru ini, cukup terangsang dengan sikap dan pendekatan baru Presiden PAS. Ana dah lama impikan seorang Presiden yang tegas, yang berani menyampaikan pandangan secara terbuka, tanpa simpan-simpan.
Celaka, Barua, Syaitan, Haram – benda biasa yang kita guna dalam perbualan. Kalangan orang UMNO pun biasa pakai. Mereka suka jadi MACAI. Macai dengan barua ini tak jauh beza. Cuma Macai ini kira low standard lah. Macai ini tahapnya macam budak peon.
Apa yang nak marah sangat pun ana tak tahu. Siap minta bukti lagi. Presiden PAS kalau tak ada bukti tak cakaplah. Bukan macam Presiden UMNO.
Pada ana, MB Selangor ini sudah membuka siapa kawan dan lawan di kalangan kita. Sudah nampak jelas.
Kita kena bertegas dengan pendekatan politik. Kalau perlu pecat, kita pecat sahaja mereka yang membaruakan diri untuk kepentingan parti lain. Buang masa.
Pada ana, TUAN GURU HAJI HADI sudah dapat kembali skill zaman muda-muda dulu. Ini yang kita nak.