Ngeh_Koo_Ham1Ana sedih dengan banyaknya email yang ana dapat mengenai isu BALAK di Kelantan ini. Banyak sungguh. Tak kuasa ana nak baca. Ratusan. Kesemuanya menggelarkan pemimpin kita di Kelantan sebagai mereka yang khianat. Pada mereka, bukan soal jumlah balak. Soalnya, kenapa beri kepada DAP? Pada mereka, tak sepatutnya DAP diberikan muka sampai begitu. Nizar layak jadi MB atas kekuatan dirinya, bukan sebab kena KOW TIM dengan Cina komunis DAP. Banyak email, khususnya dari Perak memberikan bayangan kepada ana bahawa Ngeh dan Nga Kor Ming adalah musuh PAS nombor wahid di Perak. Kata mereka, dalam siri ceramah PAS di kampung-kampung, nama Ngeh Koo Ham dan Ngar Kor ming ini macam VIRUS. Buat orang menyampah. Ana minta lah Kerajaan Negeri Kelantan tengok semula kes ini. Kalau boleh tarik balik, tarik balik anugerah yang diberikan kepada mangkuk hayun DAP ini. Jangan lupa, kita perlu tampilkan kita sebagai kerajaan yang bersih menjelang pilihanraya ini. Tarik balik. Buat apa tunggu. Beri alasan audit dan sebagainya. Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan. ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur. “Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi adalah diketahui’. Itu bukan soalnya. Soalnya, Kerajaan Kelantan KENA BERI MUKA sebab mereka berdua EXCO di Perak. Itu sahaja. Tak molek kepada Pakatan Rakyat.

Advertisements