Kadang-kadang, politik ini mampu menghasilkan macam-macam isu dan perkara. Ana sedih, sebab semalam seorang Ahli Parlimen yang ana suka; mendapat hadiah yang sangat lumayan. Hadiah ugut dan ancam bunuh. Siap poskan peluru hidup M16 lagi. Bayangkan. Politik punya pasal; nyawa pun kita nak rembat. Politik punya pasal; kita peduli apa kalau orang mati.
Ana pun Melayu. Orang Islam. Tapi kalau setakat isu ‘rumah 500,000 tak ada diskaun’ pun dijadikan alasan nak membunuh; ini dah melampau. Melampau sangat rasanya. Sebagai orang melayu, apa yang kita nak terasa sangat kalau orang tak bagi diskaun? Kenapa? Sebab kita Melayu, kita dapat diskaun? Buat malu ajer. Sudah-sudahlah nak pakai Perlembagaan nak HALALKAN semua perkara. Buat orang menyampah lagi ada.
Ana bagi misal, kawan ana baru beli rumah di Taman Melawati. Dia beli harga 750,000. Dia gelak bila ana tanya pasal diskaun. Dia kata, kalau harap diskaun; tak payah beli rumah harga macam tu. Diskaun biarlah untuk rumah yang murah. Untuk orang yang susah. Pada ana, ini baru islamik. Zaman Nabi pun mana ada istilah Bumiputera dan kuota. Semua sama. Perniagaan dilakukan dengan terbuka dan tidak ada sekatan.
Ana dapat rasakan peluru ini diberikan hadiah oleh Melayu yang tak ada ‘asas Islam’. Sibuk dengan Melayu. Jadi gah dan perkasa kononnya bila menjerit pasal Melayu dan hak bumiputera. Muka tak tahu malu. Hak dan keistimewaan konon; padahal mereka sendiri yang paling banyak ligan projek dan permit.
Ana kesian dengan Tony Pua. Pemikiran Tony Pua ni jauh ke depan. Patut PAS pun guna pemikiran dia di Kelantan. Cuba bagi ruang untuk dia beritahu kita apa yang elok dibuat di Kelantan. Barulah kita dapat rasakan perubahan.
Tak patut langsung Tony dapat peluru. Tapi Tony pun janganlah nak tuduh ini kerja orang Melayu. DAP pun boleh tahan dengan isu kongsi gelap. Entah-entah kawan dia sendiri.
Advertisements