Ana hanya menyampaikan pandangan rakan-rakan PAS di Taman Ibukota, Setapak yang membayangkan PAS sangat rugi kerana kehilangan Dr Asri. Ana diam sahaja. Sambil ana mencari-cari isi ayam, kebetulan makan tengahari semalam di Nasi Ayam Mancongkam, Jalan Gombak. PAS Taman Ibukota memang dah lama aktif. Amat kuat. Walaupun berjiran dengan UMNO milik Setiausaha Politik Perdana Menteri. Tapi PAS Taman Ibukota tak hairan pun. Sebabnya, UMNO di kawasan itu pun kacau bilau. Huru hara. Jadi, PAS hanya buat kerja sendiri. Alhamdulillah, menang kita dalam PRU yang lepas. Menang 150 undi. YB PKR. Dah letak jawatan dalam PKR pun.

Berbalik kepada kes Dr Asri ni – ana pun merasakan benda yang sama. Rasa rugi. Asri mungkin dikatakan sebagai Wahabi; tapi apa salahnya. Lebih meriah al adabul ikhtilaf dalam parti kalau ramai daripada sekolah pemikiran berbeza. Barulah terasa bahawa PAS parti Islam sebenar.

Apa yang jadi masalah dengan puak reformis dan wahabi ini? Anak tak faham. Kenapa kita perlu takut dan risau. Sedang dalam PAS ramai yang mengamalkan ‘syiah’, tak pula kita takut. Yang sembahyang letak batu, tak pula kita tegur. Kerana apa? Kerana mereka orang Kelantan? Maka, orang PAS Kelantan ada ‘keistimewaan’? Apa perlunya kita membiarkan Syiah di dalam PAS.

Ana menganggap kehilangan Asri untuk bersama UMNO adalah ‘kesilapan’ kita juga. Sedang ramai kalangan ahli PAS di bawah yang menghargai ilmu Dr Asri; ramai ulama’ PAS yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka takut Asri jadi lebih bijak. Mereka takut Asri jadi lebih diterima. Mereka takut Asri melampaui ‘glamor’ Presiden dan Timbalan Presiden. Malahan, ada yang kata – waima Majlis Syura pun tak berapa nak berani nak berdebat dengan Asri. Payah la kalau macam itu.

Ana pernah menghadiri kelas Asri. Dia bukan orang UMNO totok. Dia bukannya suka sangat dengan Jibby (Najib). Tak. Dia sukakan kebebasan pemikiran. Kalau zaman Pak Lah; Dr Asri selamba sahaja mengutuk Pak Lah dengan menidakkan sajak Mencari Damai Abadi orang tua tu. Selamba. Berani menegur pemimpin. Ciri ini yang kita mahu.

Kepimpinan PAS janganlah takut dengan bayang-bayang sendiri. Ketemu Asri. Pujuk dia. Tarbiyah dan didik hatinya dengan perjuangan murni PAS. Kenali Asri – berikan peluang dia mendekati perjuangan Islam kita. Ini tidak. Belum pun kenal – dah tolak dia. Selalu nasihatkan kita, dahulukan parti – abis tu, yang kita gagal tarik Asri ini kenapa? Kerana kita nak jaga pangkat dan jawatan kita?

Ana kecewa, sebab antara yang kuat menolak Dr Asri ini adalah Mahfuz dan Md Sabu. Tapi atas dasar apa? Atas sebab apa? Kononnya, dia terlalu banyak makan jasa/budi UMNO. Terlalu banyak makan duit rasuah. Masya’Allah; sampai hati menuduh ulama’ dengan sedemikian rupa. Di mana adab dan hati budi mereka ini? Ana dan kawan-kawan PAS Taman Ibukota berkongsi rasa kecewa. Kita tahu, Asri boleh jadi aset kepada PAS.

Hadis riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya orang yang terbaik di antara kamu ialah yang hidup pada zaman kurunku (sahabat), kemudian orang-orang yang hidup sesudah kurunku (tabiin), kemudian orang-orang yang hidup sesudah mereka (tabiit tabiin), kemudian orang-orang yang hidup sesudah mereka. Imran berkata: Aku tidak tahu apakah Rasulullah saw. mengatakan setelah kurun beliau dua kali atau tiga kali. Kemudian setelah mereka akan datang suatu kaum yang memberikan kesaksian sedangkan mereka tidak dimintai kesaksian, dan mereka berkhianat sehingga tidak dapat dipercaya, mereka selalu bernazar namun tidak pernah memenuhinya dan akan tampak pada mereka kegemukan.

Masih mendoakan Dr Asri membuat keputusan tepat dengan bersama PAS, insya’Allah.

* sama-sama kita doa….untung kita kalau ada Dr Asri.