Dalam PAS ini ada dua hukum: hukum akhirat…hukum politik dunia. Syarat nak jadi pemimpin dalam jamaah memang ketat. Bukan main belasah. Orang belakang mesti patut kepada pemimpin. Wala’. Setia dan utamakan parti. Bukan main ikut kepala sendiri.
Pengertian Al Wala’ dari segi istilah
Tidak ada satu kalimah dalam bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan secara keseluruhan makna wala’. Al Wala’ biasa ditakrifkan sebagai meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan yang disertakan dengan sokongan dan bantuan sama ada berbentuk nyata atau tidak.
Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu;
Memberikan kasih-sayang
Memberikan ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi
Mengangkat sebagai pemimpin,
Mengormati,
Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu,
Memberi kepercayaan,
Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan
Cuba kita tanya diri kita masing-masing ahli PAS. Kita masih kasih sayang dengan pemimpin atau tidak? Kita beri taat setia atau tidak? Kita hormat atau tidak?
Ini tidak, dalam kes Selangor, ada ADUN yang badigol-sood yang buat buat keputusan sendiri, nyatakan kesetiaan kepada Anwar dan Wan Azizah. Ini wala’ jenis apa?
Tiada Islam tanpa jama’ah, tiada jama’ah tanpa pemimpin, tiada pemimpin tanpa ketaatan.
 
Dalam kes Selangor ini, ana minta sangat ahli kita bertenang dan tunggu keputusan. Bukan main langkah ikut suka hati.
 
Kalau ada peluang, ini mungkin peluang kita nak jadi MB. Doa banyak-banyak. Ini peluang.
 
Kalau nak jadi rezeki. Jadi. Kun fayakun kan. 
 
* ADUN PAS yang 4 orang itu…eloklah berpisah main dengan isteri masing-masing. Kontrak jangan lupa. Masa jadi wakil rakyat, mesti setia kepada keputusan parti. Kalau tidak jatuh talak.