Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan ahli parti itu agar tidak menyertai ‘Deklarasi Mahathir’ kerana proses perubahan negara mesti dilakukan secara positif serta tidak menghuru-harakan negara.

“Kita hendaklah memilih demokrasi yang adil secara baik dan tidak (berlaku) ketegangan kaum dan kerana itu kita kawal pemuda kita. “Tidak perlu campur tangan asing kerana dalam semua kegiatan kita kena berhati-hati,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Anak Muda Istiqamah Perak di Kampung Batu 20, di sini, pada Ahad.

Ketika ditanya mengenai tindakan anggota PAS menyertai Parti Amanah Negara (PAN) kemungkinan menggugat parti itu pada pilihan raya akan datang, Abdul Hadi berkata, ia tidak menggugat PAS kerana hanya satu peratus sahaja anggota PAS yang menyertai PAN.

Ini dilaporkan di dalam Berita Harian.

Pada ana, dalam parti, disiplin sangat penting. Kalau TG dah kata begitu, kita ikut sahajalah. Tak perlu nak lawan.

Memang kalau ikutkan senario politik, kita kena bersama dengan grup ini.

Tapi TG bukan kecil anak. Mesti dah buat istikharah dan meminta panduan Allah SWT.

Ini bezanya kita dengan PKR. Mereka ikut angin. Kita ikut panduan Allah SWT.

Advertisements

Islam membenarkan penganutnya mendesak peletakan jawatan pemimpin, terutamanya jika mereka terlibat dengan kesalahan jenayah, kata bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang mengatakan memecat pemimpin merupakan satu tindakan tidak Islamik.

“Jika seseorang pemimpin itu tidak bersalah, sudah tentu kita tidak boleh menyuruhnya berhenti.

“Akan tetapi jika seseorang pemimpin itu terlibat dengan jenayah besar yang akan meruntuhkan nama baik negara termasuk institusi di bawah kepimpinannya dan kewangan, dan kamu kata beliau tak perlu letak jawatan?“Tunjukkan saya ayat Quran mana yang berkata demikian supaya saya boleh baca sekarang,” kata Husam pada satu forum bertajuk
“Pembangkang + Pasukan Mahathir – Berbaloikah untuk Rakyat?” di Kuala Lumpur malam tadi.

Husam merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikatakannya didakwa terlibat dengan pelbagai skandal mempunyai implikasi jenayah.

Disebabkan itu, rakyat mempunyai hak menuntut peletakan jawatan Najib, kata Husam.

“Dalam Islam, walaupun seseorang imam yang dilantik mengetuai 1,000 jemaah dalam solat, tiba-tiba ada yang tidak berpuas hati dengan apa sebab sekalipun, mereka mempunyai hak menuntut penyingkirannya.

**********************

Apa lagi nak tunggu pun tak tahulah. Kalau dah sampai hina pemimpin macam ini, masih simpan dan beri muka, memang kita ni orang baik.

Kepentingan parti mesti didahulukan. Bukan individu. Itu kita kena pertahan.

Orang macam Husam Musa, tak perlu ada dalam PAS. Elok biar dia bergerak dengan AMANAH.

Ketika pihak lain berbalah sama ada PAS patut menyertai pakatan pembangkang yang baharu atau tidak, presiden parti Islam itu dilaporkan berkata, ia tidak akan terjadi, lapor sebuah laman portal semalam.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.

“Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang. Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam,” beliau dipetik berkata selepas pertemuan dengan Sekretariat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di Bangi pada Rabu.

“Konsep kita, mahu Islam didaulatkan dan dimartabatkan kerana kita tahu negara kita mempunyai majoriti beragama Islam,” katanya kepada Ismaweb, sambil menambah pakatan baharu membawa agenda sebaliknya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertegas PAS akan menjadi sebahagian pakatan pembangkang baharu, menyatakan ia pendirian kolektif parti selaras amanat ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima mana-mana pihak menentang Barisan Nasional.

Tetapi, ia tidak dipersetujui Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang percaya parti sekular mereka tidak lagi boleh bekerjasama dengan parti Islam itu susulan pengalaman buruk mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini hingga menyebabkan pakatan itu terbubar.

***********************

 
 
Pada ana, ini keputusan paling berani yang diambil oleh Presiden parti. Tak ada segan silu. Straight forward. Pas bukan dalam Pakatan 2.0.
Apa makna?
– Kita akan bergerak sendiri dan tidak ada sebab untuk bekerjasama dengan DAP.
– Kita akan bertanding lebih banyak kerusi dalam PRU akan datang
– Kita akan berdiri dengan kekuatan sendiri
– Kita ada banyak option dalam politik
– DAP bukan TAIKO politik kita
– Jangan ada orang yang nak persendakan Islam
– Tuan Guru ada pendirian yang tegap
Pada ana, ini mesej yang cukup berani dan hebat. TG HH adalah seorang Presiden yang paling berani dan berpegang kepada prinsip.
DAP boleh pergi jahanam. PKR yang tak mahu kawan dengan kita pun boleh pergi jahanam. PAN? Tak ke mana. Esok lusa akan mati sendiri.
Hebat TGHH.

Ana setuju sangat ayat Setiausaha Agung PAS yang baru, supaya mereka yang nak berhenti menjadi ahli PAS agar segera berbuat demikian. Tak perlu berlengah lagi. Inilah masanya. Alang-alang kita nak persiap untuk PRU14, elok mereka ini dibuang sama sekali daripada parti.

Soalnya, bila mereka berhenti, mereka sabo parti. Mereka kutuk Presiden. Mereka maki Timbalan Presiden. Mereka cela Naib-Naib Presiden. Mereka buat jamaah benci kepada mereka. Ini karut.

Ini usaha nak jahanamkan Pas. Ini sudah lebih.

Apa untungnya kepada GHB jika PAS melingkup terus? Untung bukan kepada Islam dan jamaah. Tapi kepada DAP. Apa yang susah sangat nak faham. GHB ini jadi alat kepada DAP. Kita usaha nak kuatkan jamaah. Mereka balun kita supaya Pas hancur.

Pada ana, GHB ini memang sudah melampau dan berlebihan.

Sudah macam bukan saudara kita lagi. Mereka ini tamak jawatan dan berfikir pasal poket sendiri sahaja. Pasal kita mereka tak fikir. Pasal ummah? Jauh sekali. Tak langsung disebut.

Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Ibnu Umar.

Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat: “Apabila khazanah2 perbendaharaan Parsi dan Romawi telah dapat kamu kuasai, bagaimana keadaan kamu waktu itu?”

Abdul Rahman Bin Auf menjawab “Kami akan tetap bersatu seperti apa yang di perintahkan oleh Allah SWT kepada kami”.

Rasulullah mencelah “Bahkan kamu waktu itu akan saling berebut2an, saling dengki mendengki, kemudian saling menolak kebelakang dan benci membenci, kemudian kamu pergi ke rumah2 kaum muhajirin maka kamu tindas satu dengan yang lain nya”.

Sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berasas dan dikemukakan saksi.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Najib bukannya malaikat tetapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan mestilah dikemukakan saksi yang mengesahkan dakwaan itu.

“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil.

“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat terawih di majlis ‘Madinah Ramadhan’ di sini malam tadi.

Abdul Hadi diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada Ahad yang dilihat mempertahankan Perdana Menteri daripada skandal terkini susulan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.

**********
– Semalam Mursyidul Am, hari ini, Presiden pula seakan-akannya mempertahan Najib. Ana yang setia kepada perjuangan, akan ikut sahaja apa yang dikatakan para ulama’.
 
– Bab Najib bukan Nabi ini kita semua tahu. 
 
– Dalam undang-undang Islam, ada perkara yang dipanggil sebagai darjah pembuktian. 
 
(a) Yakin : 100 %
(b) Zan al-ghalib (besar kemungkinan/ berat sangka / tanpa keraguan yang munasabah): 90-99 %
(c) Zan (pertimbangan kemungkinan) : 51 – 89 %
(d) Syak : 50 %
(e) Waham : bawah 49 %
 
Ana nak tanya orang Pas, dalam kes Najib/1MDB/Jho Low/WSJ – apa darjah ke[ercayaan kita kepada isu ini. Apakah kita Yakin kes ini benar? 
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar menegur Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penghalang utama membentuk kabinet bayangan Pakatan Rakyat.

“Sebagai pemimpin utama di dalam parti demokratik, tidak sewajarnya beliau meneruskan serangan peribadi kepada pemimpin tertinggi parti rakan dalam Pakatan Rakyat,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Pakatan dibina atas semangat toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain,  di samping tidak meleburkan dasar perjuangan parti masing-masing.
Mahfuz berkata, kesemua ketua whip DAP, PKR dan PAS telah bermesyuarat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan berjaya mencapai kata sepakat.
“… iaitu isu kabinet bayangan Pakatan tidak berbangkit atas faktor keutamaan perlu diberikan kepada proses mereformasikan institusi Parlimen.
———–
Ini sebenarnya petanda dah dekat pilihanraya. Mahfuz pun mula berlakon jadi ahli politik yang garang dan balun Guan Eng dengan kuat.
Padahal, selama ini Guan Eng lah jadi dewa kepada dia. Apa saja Guan Eng lah yang paling hebat dan kuat. Guan Eng paling pandai.
Mahfuz cemas sebab ada petanda akan kalah lagi kali ini.
Kalau ikut kira-kira, calon favourite Naib Presiden kali ini:-
– Mohd Amar Abdullah
– Salahuddin Ayub
– Iskandar Samad
Mahfuz dah kira, dia nasib baik kalau dapat 120 undi. Sebab itu sekarang kena balun Guan Eng rapat-rapat.
Puiiii. Lakonan.

Zaharuddin Muhammad, menantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memenangi jawatan Ketua PAS Kawasan Subang.

Beliau merupakan anak muda pro ulama di dalam PAS yang akan mencetuskan gelombang baharu bagi mengembalikan hala tuju dan dasar sebenar parti itu.

Zaharuddin yang berusia dalam awal 30-an dan Ketua Pegawai Agama Perangsang Selangor menewaskan penyandang Misni Rahman, seorang jurutera yang juga dari kumpulan pro-erdogan di dalam PAS.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata kemenangan Zaharuddin merupakan sebahagian daripada trend kuat pro ulama di dalam pemilihan parti itu.

Katanya, pemimpin pro ulama yang juga berpengaruh di Selangor dengan segelintir pihak menyifatkan ia sebagai negeri pro-erdogan.

Kumpulan pro ulama juga mendominasi di Klang dimana terdapat peralihan mesra dari ulama Nazri Nayan kepada Mohd Prasad Haniff.

Lebih banyak kemenangan kumpulan pro ulama dijangka minggu ini dengan sebahagian besar daripada kawasan di Selangor akan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) mereka dan mengadakan pemilihan baharu.

Di Kapar, bekas pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman berdepan persaingan sengit menentang Timbalan Ketua Ulama Kawasan, Najhan Salleh yang menerima sejumlah besar pencalonan.

**** Ana minta maaf cakaplah, pemimpin seperti Dr Rani Osman ini sudah tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada parti. Lembab dan tidak ada pendirian.
Kita memerlukan barisan kepimpinan baru yang ada tenaga, wang ringgit, komitmen untuk menggerakkan parti. Bukan orang tua yang sibuk menggatal dengan bini orang.
Pas perlu lapisan pemimpin yang lebih berkaliber dan berwawasan. Jika kita nak menang besar lagi di Selangor, calon kita mesti tepat dan kena. Kalau setakat Pak Tua janggut labuh, tapi tak ada iltizam nak bantu parti, buang masa.
Tahniah Menantu Haji Hadi dan rakan-rakan, yang sudah mula menunjukkan kemenangan di Selangor. Kepada kalian, kami akan letakkan amanah membawa parti ke depan.