“Saya sendiri akan memberikan perhatian secara peribadi kepada pembentukan dan pelaksanaan DPTN ini.

“Kita mendapati institusi pendidikan tahfiz terus mendapat sambutan yang begitu hebat daripada masyarakat. Institusi tahfiz ini telah berkembang dan tidak lagi berpaling ke belakang,” katanya ketika berucap dalam Majlis Himpunan 20,000 Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri turut merasmikan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta).

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengerusi Pinta, Mohd. Zahid Mahmood.

Perdana Menteri menambah, penubuhan Pinta amat tepat pada masanya untuk madrasah dan maahad tahfiz disatukan dan disusun saf mereka.

“Sehingga pelbagai program dan aktiviti yang mampu memperkasakan kebajikan dan pendidikan institusi ini dapat dilaksanakan dengan lebih rapi dan menyeluruh,” ujarnya.

Sebagai satu sumbangan awal tanda pengiktirafan kerajaan kepada usaha para huffaz menubuhkan Pinta, Najib berkata, kerajaan bersetuju memberi sumbangan dana sebanyak RM10,000 bagi setiap Pinta di peringkat negeri.

“Untuk Pinta kebangsaan, kita akan bincangkan kemudian. Insya-Allah, harapan tidak akan dihampakan,” kata Perdana Menteri.

**********

Benda yang baik kita kena sokong penuh. Tak ada masalah pimpinan kita bersama Najib dalam perkara baik seperti ini. DPTN memang bagus untuk negara kita. Pas patut sokong penuh.

Guan Eng pun beri bajet untuk tahfiz. Azmin Ali pun. Semua ada bagi bajet. Kita sokong mana yang baik.

Sebab itu pada ana, tak jadi masalah anak Tok Guru Nik Aziz datang bersama Najib dalam program itu. Program dakwah dan islamik. Bukannya program laghaw.

Pas sokong DPTN. Kalau beri bajet kepada kita pun bagus. Dalam RM600k setahun. Tahfiz Pasti. Boleh PM? Bolehlah…bolehlah….we love PM! Lulz.
Advertisements

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak menyertai perhimpunan anjuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim itu.

“Orang UMNO kita (PAS) hendak berbaik. Ada pun parti UMNO sudah banyak (buat) kesilapan. Saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib),” katanya kepada sebuah portal berita semalam.

Zaid yang pernah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini mengumumkan akan menganjurkan satu perhimpunan bagi menjatuhkan Perdana Menteri pada 27 Mac ini.

Pengumuman beliau itu disambut baik oleh pemimpin pembangkang dan kumpulan penentang dalaman UMNO termasuk Lim Kit Siang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Zaid kemudian berdolak dalik mendakwa beliau cuma mahu membuat satu acara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

**************

PAS tak ada masa nak layan program politik kaki tunggang. Tak ada masa.

Kita tak nak join bukan sebab kita kawan sangat dengan Jib. Tapi kita ada pendirian. Tak payah nak kecoh-kecoh.

Abang Jib jadi PM masa PRU14 itu satu bonus kepada kita. Kita pun ada strategi juga. Ganti orang, nanti payah kita nak sailang.

Jadi jangan buat spekulasi kata kita sudah kena beli. Tolong sikit lah.

Ana sokong penuh tindakan yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas yang cepat untuk menidakkan kes songlapisasi wang yang melibatkan Najib Razak. Pada ana, langkah ini memang strategik dan tepat.
Ketika mana ramai orang UMNO nak sailang Najib, kita ambil keputusan untuk pertahan. Barulah ada istilah persahabatan. Itu dianya.
Kita sokong Najib bukan membuta tuli. Ada sebab dan alasan. Najib, seburuk mana pun dia, adalah seorang Muslim. Itu sebab nombor satu. Dia bukannya orang kapir. Dia Muslim. Kita mesti sokong orang Islam, apatah lagi serangan ini melibatkan media asing yang mempunyai niat jahat.
Kedua, kita mungkin tak tahu, ada ketikanya, duit 1MDB digunakan untuk memajukan parti kita juga.
Cuba tanya orang seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa, yang sentiasa sahaja mendapat bantuan dan laba berkala daripada Pejabat PM. Katanya ratusan ribu sekali collect. Pastinya ada yang tumpah kepada orang kita.

PAS hari ini dilihat mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada skandal terkini susulan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memetik Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menyifatkan dakwaan WSJ itu tidak logik dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dulu.

Katanya, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, dia akan menggunakan akaun sulit dan bukannya menerusi akaun peribadi.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/haron-din-pertahan-najib-tuduhan-wsj-tidak-logik#sthash.0doXeyey.dpuf

Kalau pemimpin kita, Pas di Kelantan dan Pulau Pinang pun pandai pakai akaun sulit, takkanlah Najib tak tahu. Tak logik lah.
Ana puji langkah cepat Mursyidul Am dalam hal ini.
Baru kena cara.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar;
Hutang budi, pertahan 1MDB. Reti?
PAS memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak segera memanggil Sidang Khas Parlimen agar pihak kerajaan dan pembangkang dapat sama berbincang dan berbahas untuk mencari solusi kepada isu ekonomi negara yang kian meruncing ini.

Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Najib yang akan membuat kenyataan rasmi berkenaan keadaan ekonomi negara pada minggu hadapan termasuklah kemungkinan penstrukturan semula Bajet 2015.

“Hal ini kerana sebarang perubahan terhadap Bajet 2015 yang sudah dibentang dan diluluskan pada tahun lepas itu hendaklah dibuat melalui proses tatacara yang betul khususnya dibawakan kembali ke institusi Parlimen,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PAS dan Pakatan Rakyat di peringkat awal lagi mengingatkan kerajaan pimpinan Najib agar Bajet 2015 yang dibuat itu mestilah mengikut unjuran semasa harga minyak.

Katanya, ketika Bajet 2015 dibentang dan dibahaskan, harga minyak sudah pun berada pada paras USD86 setong, namun bajet yang diluluskan itu masih berdasarkan unjuran USD105 setong.

Tambah beliau, telahan PR itu terbukti berasas apabila hari ini harga minyak jatuh menjunam sehingga USD46 setong iaitu kadar penurunan lebih daripada 50%.

“Hal ini, pasti memberikan impak besar terhadap Petronas sebagai penyumbang utama tradisi kepada pendapatan negara,” katanya lagi.

————————-
Kahkah. Kesian Pirrdana Mintri yang terpaksa tekan brek bajet yang dia sendiri bentang. Buruk betul rupanya. Nampak sangat petugas di MoF semuanya jenis bingai tak tahu baca forecast ekonomi. Main balun sahaja letak amaun untuk bajet.
Ana dah cakap banyak kali, kebodohan orang-orang di MoF ini menjahanamkan Najib. Tapi ana suka. Kalau Najib jahanam. Lagi ana suka. Sebabnya, kita ada peluang nak merampas kuasa.
Ini sebenarnya tamparan hebat kepada Najib. Menampakkan kelemahan seorang Menteri Kewangan.
Tahniah Malaysia. PM anda memang PM!
Berkata kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar‎, jikalau sebelum ini pemimpin BN sering mencanang bahawa kita mampu dalam segala bidang tetapi dengan pelantikan warga asing sebagai penerajui baru Mas membuktikan kegagalan Malaysia.

“Dalam isu ini kita gagal melahirkan tokoh pengurusan koperat tempatan, ini menjadikan slogan ‘Malaysia Boleh’ adalah slogan palsu.

“‎Pemilihan warga asing untuk menerajui Mas menjadikan slogan Malaysia boleh bertukar menjadi ‘Malaysia Bodoh’ sepertimana kenyataan sinis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang rakyat Malaysia ini bodoh dan tidak layak untuk terajui Mas,” kata beliau.

‎Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, isu menyelamatkan dan memulihkan Mas bukan cerita baru kerana kerugian terus berlaku walaupun pelbagai pelan pemulihan telah dilaksanakan.
‎‎
Katanya, sepertimana pelantikan Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Azman Mokhtar dalam menyelesaikan masalah Mas sebelum ini sehingga Syarikat Penerbangan Malaysia itu terpaksa tutup kedai.‎

‎”Sungguh menghairankan apabila mereka yang telah terbukti gagal menyelesaikan masalah sebelum ini antara yang terlibat dan bertanggungjawab dalam memulihkan Mas dengan pelan pemulihan antaranya membawa masuk tokoh asing untuk menyelamatkan Mas.‎

——————–
Ana diberitahu oleh seorang rakan di Ireland, antara usaha turnaround yang diperkenalkan Mueller di Aer Lingus adalah membuka lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk membeli liquor di dalam kapal terbang.
No more free booze. Semua kena bayar. Tapi lebih menarik, cakaplah pasal apa sahaja minuman yang pelanggan nak, MAS akan dengan sukacitanya sediakan untuk anda. Nampaknya, lebih cepat jalan MAS nak ke neraka kalau macam ni.
Dalam pada Ustaz UMNO kecoh nakkan pramugari MAS bertudung, ambik Nazi Laknat pula jadi CEO. Maka akan mewahlah MAS dengan botol-botol arak dari serata dunia.
Nak apa? Cakap.
– Chivas Regal Royale ada
– Macallan 1939 ada
– Glenfarclas ada
– Dalmore ada
– Lalique Crystal Decanter ada
– Glenfiddich ada
– Single Highland ada
– Diva Vodka
Ana musykil, ramai juga Melayu (termasuk Menteri dan Ustaz UMNO yang sokong) penuh pelantikan Nazi Laknat ini. Takpalah…kot depa dah pahala banyak. Tak apa lah dapat share skit kot no.
Ana ucap tahniah, sebab MAS akan ikut strategi Aer Lingus yang akan bawa arak kelas tinggi ke dalam penerbangan MAS. Tak kena lah kalau pakai tudung lepas tu cakap….’Sir, this is your Crystal Decanter…enjoy it Sir. Thank you for flying with MAS’.
Arak yang nak dibawa masuk mestilah harga mahal. Bukan murah. Jenis orang kaya-kaya punya level. Orang miskin boleh order todi atau ayaq ketum.
Terserlah kebijakan pegawai gomen. Bab neraka jahanam memang dia orang numero uno.
Lepas Abang Jib & Kak Ros membuat rakyat marah dengan hadiah pra aidiladha kenaikan harga minyak, apa agaknya yang akan Abang Jib & Kak Ros bagi untyk rakyat dalam Bajet 2015 nanti.
Ana akan buat unjuran ana, yang dalam kurungan tu, kira macam ana punya unjuran lah. Kalau salah, biasalah.

* Peruntukan RM264.2 bilion bagi melaksanakan langkah-langkah, program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara (ana agak ini tahun, mahunya mencecah RM274 bilion. Naik RM10b. Apasal naik? Sebab rakyat ramai kena subsidi. Menyusahkan gomen). 

* Belanja mengurus RM217.7 dan RM46.5 bilion belanja pembangunan. (belanja mengurus, ana rasa naik juga. RM225 bilion). 

* RM63.6 bilion diperuntukkan bagi emolumen dan RM36.6 bilion disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan.

* Sejumlah RM29 bilion diperuntukkan untuk sektor ekonomi. (ini confirm naik. 1MDB, Talentcorp, PEMANDU, MAGIC, segala mak nenek ni pakai banyak duit).

* RM10.5 bilion bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. (kekalkan ajer…kalau x mampu; pandai-pandailah jaga kesihatan).

* RM3.9 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM1.1 bilion (pentadbiran am) dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kutipan hasil diunjurkan RM224.1 bilion, naik RM4 bilion (hasil naik lagi RM230b. 6 bilion dapat dr GST dan sumber lain)

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan berkurangan kepada 3.5 %, berbanding 4 % pada 2013. (kalau boleh kekal…3.5 % pun dah baik). 

* Kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun 2013 dan 2014 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan, meliputi program promosi dan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan sasaran 28 juta pelancong. (ini kena tambah…Nazri Aziz nak bagi menantu dia rumah mewah lagi). 

* Tahun 2015 diisytiharkan sebagai Year of Festival.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek.

* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

BR1M? Kali ini Jib bagi RM1200. Seronok lah pak cik makcik beratur pergi ambik duit. Terus puja Najib sampai liang lahat.

Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia).

Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.

Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.

Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.

Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.

Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi.

BINI SENDIRI PUN TAK BOLEH JAGA, NAK JAGA PALESTIN. LAKONAN APA INI NAJIB? LAKONAN APA? KALAU DAH PANDAI BERLAKON SANGAT…MASUK SINETRON LAH.